Thursday, 8 June 2017

KUMBANG TANDUK KELAPA SAWIT...

ASSALAMUALAIKUM...


Pic google

KUMBANG TANDUK KELAPA SAWIT

Entah di mana silapnya
Kumbang tanduk di pucuk kelapa gading
Di pinggiran desa
Bertukar arah angin
Setelah menggerogot tuntas pucuk muda
Hingga habis punah ranah
Sisanya bersepah rempah.
Jelingan mata sekawan kumbang bertanduk hitam
Meleret pandang
Sawit rendah berbuah lebat di kebun pusaka
Akan dimangsa seterusnya
Pasti tumbang dan rebah
Sedih mengocak rasa lemah daya
Tidak tahu bagaimana
Menghambat  sekawan kumbang bertanduk hitam
Daripada memusnahkan segala yang tumbuh
Berkat peluh yang luruh.

Paridah Ishak
Selayang Utama

8/06/017

21 comments:

  1. mungkin ada rehmahnya juga kenapa kumbang bertanduk hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SHEILA..SETIAP KEJADIA ALLAH BNTUKNYA BERFUNGSI SEBAIKNYA.

      Delete
  2. Selain pokok kelapa sawit, pokok nyoq pun dibalunnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP POKOK NYOQ DH JADI MAKANANNYA TU

      Delete
  3. Kandang kambing mertua PC diperbuat daripada kayu hutan...habis berlubang2 di korek kumbang tanduk ni..

    ReplyDelete
  4. Kumbang ni makhluk perosak yg perlu dibanteras..
    kad raya n antologi cerpen dah sampai semlm. TQ kak dah. pelan2 sy baca sampai abis.

    P.S. Sila PM no HP kak PI, pls... TQ. [abamkie@yahoo.com]

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
    Kumbang tanduk hitam, menjadi permainan semasa budak-budak dahulu. tetapi awas jangan sampai disepit tanduknya. Sakit buka kepalang sehingga mampu mengeluarkan air mata. Walaupun makhluk perosak tetapi pasti ada hikmah penciptaannya.
    #hebatnya seorang penulis (akak paridah), kumbang hitam bertanduk pun boleh dijadikan subjek tulisan/madah.

    ReplyDelete
  6. kat rumah saya ni pun habis sebatang pokok kelapa dikerjakan kumbang tanduk.Nampak kecil je kan tapi bila dah banyak boleh jadi pemusnah.
    Betul kata ustaz tu masa zaman bebudak dulu kumbang tanduk ni jadi mainan je PI.

    ReplyDelete
  7. musuh utama peladang kelapa sawit

    ReplyDelete
  8. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah diingati...

    Saya sangat geli dengan kumbang tanduk ini, tapi jarang ditemui sekarang. Kalau ada pun di kawasan pokok nipah. Masa kecil dahulu selalu diganggu kumbang tanduk, senang nak tahu ia datang sebab bunyi kepaknya sangat bising. Lagi tak suka kalau tercium najisnya, sangat berbau.

    Puisi kumbang tanduk menunjukkan rintihan hati penulisnya. Perlu cari racun serangga yang sesuai kak. Benar, pasti ada sebab Allah ciptakannya untuk menjadi pemakan buah kelapa sawit dan putik nyiur.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  9. Menarik dan tepat sekali.

    ReplyDelete
  10. baru tau ada kumbang jenis macam ni.

    ReplyDelete
  11. TKSH PC..KUMBANG NI TAJAM GIGINYA

    ReplyDelete
  12. TKSH CIKGU AK...SYUKUR DH SAMPAI KIRIMAN KAK...OK NNTI KAK PM NO HP

    ReplyDelete
  13. TKSH USTAZ DOANYA AMIIN...DI KAMPUNG MMG BNYK KUMBANGNI TERBANG N MERAYAP MERATA...SAJAK KAK TU ANOLOGI SAJA..BOLEH KITA TAFSIRKANYA SESUKA HATI

    ReplyDelete
  14. WSALAM SANIAH...TKSH DOANYA AMIIN...KUMBNG TNDUK MAKHLUK PROSAK YG INGIN DIHINDARI..WALAU GITU RUPANYA UNIK N MNARIK

    ReplyDelete
  15. TKSH ANIES..KALAU UJUDNYA XGITU BNYK OK JE XMNJHANM SGT

    ReplyDelete
  16. WSALAMDIK CTFATIMAH..DI TEMPAT KAK KWSN NYA BNYK POHON KELAPA N SAWIT JADI KUMBANG MUDAH BIAK SBB BNYK SUMBER MKNNYA...ADA SAJA DIMANAMANA

    ReplyDelete
  17. TKSH FIDAH KUMBANG GINI BNYK JE KAT TMPAT KAK FIDAH

    ReplyDelete
  18. Selalu main kumbang pokok rumbia masa kecik dulu2 kak PI..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist