Friday, 12 May 2017

SEBARIS PEMANCING DI BATAS BENDANG...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...CUTI HUJUNG MINGGU KALAU DAPAT BALIK KAMPUNG SERONOK JUGA...
DAPAT NIKMATI SUASANA DAMAI DI DESA SAMBIL MEMANCING IKAN DI BENDANG UNTUK DIJADIKAN LAUK ATAU PEKASAM..



SEBARIS PEMANCING
DI BATAS BENDANG

Bok buluh panjang di tangan
dan gadis gadis kecil
leka merenung air tenang yang
kadang meriak
kadang berolak.
Tanda ikan ikan sepat puyu keli haruan
berenang nyaman
perhati umpan
di celahan anak padi menghijau
baru ditanam di dalam bendang.
musim berderau teraju usaha
masyarakat desa.
usai segala.
Sebaris gadis kecil
Akulah antaranya
hanya duduk-duduk di permatang
seraya sembang perlahan
bimbang ikan ikan kedengaran
lari tidak ketahuan.
Sabarnya
menanti ikan tersangkut
di ujung tali tangsi berkail tajam
Petang semakin berhujung
senja bersambung di horizon
Sebaris gadis kecil menyandang joran di bahu
tidak jalan beremba
menjinjing raga selamba
pandangan jatuh
Ikan puyu tergelitik sepuluh
hidangan malam
menanti takdir esok. 

Paridah Ishak
Selayang Utama
25/04/017


PIC GOOGLE

18 comments:

  1. W/salam kak PI. Memang seronok memancing ni tapi tahap kesabaran tu kena tinggi. Bila ikan dah tersangkut di mata kail/joran itulah saat yg paling seronok sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SWEETIE...MNCING ADA KESERONOKANNYA TERSENDIRI

      Delete
  2. dikampung takde bendang..tengok gambo je lah..huhu..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kalau bangun pagi buka tingkap nampak bendang...kemudian bersantai memancing...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kalau dapat balik kg.saya tak ada kampung.ingatkan dalam gambar tu gambar kak PI

    ReplyDelete
  5. Dulu2 kecik2, masa ada bendang selalu jugak mengail. Ada ikan puyu, keli dan haruan.
    Sekarang bendang dah jadi kebun sawit. Parit/tali air pun dah kering.
    Nostalgia.

    ReplyDelete
  6. TKSH NOHAS...ADA KAMPUNG TU ADA BNDAN ADA BUKIT ADA DUSUN ADA LAUT SPT DI TNJUNG DAWAI KEDAH..INDAH SEKALI

    ReplyDelete
  7. TKSH PC..KAT KAMPUNG KAK DI KEDAH ITULAH SUASANANYA LUAS PANDANGN PC

    ReplyDelete
  8. TKSH FYDA..YEKE...KAMPUNG N KOTA ADA KEISTIMEWAANNYA YG BERBEZA TETAP INDAH

    ReplyDelete
  9. TKSH WP...NOSTALGIA YG KEKAL DLM INGATAN HNYA DPT DIBAYANG2KAN

    ReplyDelete
  10. Kalau balik kampung bolehlah tengok suasana orang mengail ikan darat berbaris ni...Dah lama tak pancing ikan ni..

    ReplyDelete
  11. Bestnya memancing dibendang..
    Sedap buat pekasam ikan puyu..

    ReplyDelete
  12. seronok tengok mancing kat sawah
    duk kat bandar ni tak boleh rasa suasana macam tu..huhu

    ReplyDelete
  13. tingat dulu mengail kat bendang dpt ikan sepat... skrg bendang pn mcm dah x de lg hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist