MUFLIS
Ampuni
hamba-Mu ya Rabbi
hadir
di Mahsyar ini
tidak
berbusana pahala.
Telah
terlucut londeh
di
kaki seorang dia
yang
kucerca hina nista meleta
hingga
serak suara dibawa media maya
serata
buana.
Tidak
jemu kucoret di ruang alam
tulisan
tanpa metafora
kejian,
cacian, celaan
tiada
hujung kesudahan
ranah
perbidalan.
Mekar
bunga fitnah pesona
demi
duniawi tercinta.
Hukum
neraca-Mu terentang di layar
meski se
halus zarah dosa
terhadap
dia adalah hutang.
Hutang-piutang
harus jelas
sedang
kealpaan menguasai emosi
sebelum
berangkat ke sini
jemari
tidak menyusun frasa murni
tuntut
kemaafan kepada dia.
Maka
muflislah hamba-Mu ini.
Hutang
dunia fana dibayar
kepadanya
seluruhnya tanpa bersisa.
Busana
pahala indah
tersarung
ditubuhnya megah bergaya.
Hamba-Mu
menggigit bibir yang berdarah.
Paridah
Ishak
Selayang
Utama
5/05/017
Allah. Peringatan buat kita semua,
ReplyDeleteTKSH SYAHIDA...PERINGATAN UTK DIRI SNDIRI SEBENARNYA..
ReplyDeleteye, kena mohon ampun dosa sesama kita.
ReplyDeleteTKSH WP..BETUL TU AGAR XMUFLIS DI AKHIRAT.
ReplyDeleteNauzubillahiminzaliq...moga dijauhkan..
ReplyDeleteMoga segala dosa-dosa kita diampunkan...aamiin
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak yang diingati...
ReplyDeleteJika kita amati, hubungan dengan manusialah yang paling sukar di muka bumi ini. Kerana setiap kesalahan yang kita lakukan sesama insan perlulah jelas komunikasi dalam apa pun permohonannya. baik kesilapan dalam berbentuk sosial, ekonomi, politik, muamalat atau munakahat. Semua itu nanti akan dituntut di akhirat. Jika kita mengambil mudah pasti akan menjadi muflis di sana nanti. Mudhan Allah mengampunkan kita dan memberi kita jalan untuk menyelesaikannya di dunia lagi sebelum hari kematian menjemput pergi. Mohon maaf kalau ada salah silap dengan Kak Paridah selama ini. Kosong-kosng kak. Puasa dah nak dekat ni. Rindu dengan kehadiran Ramadhan.
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
Bagus ingatan ni umtuk kita yang seringkali alpa dengan godaan dunia ni kak..sob sob sob
ReplyDeleteTKSH DOAKAN KITA XMUFLIS DI SANA
ReplyDeleteTKSH FIDAH..INSYAA ALLAH
ReplyDeleteWSALAM DIK CT FATIMAH..TKSH..HUBUNGAN SESAMA MANUSIA HARUSDIJAGA SEBAIKNYA SBB AKN MMBAWA AKIBAT BAIK BURUK DI SANA KELAK..
ReplyDeleteTKSH WA...YA KDG KITA TERLUPA
ReplyDeleteterlalu kejar dunia smpi akhirat tercicir2
ReplyDelete