Friday, 5 May 2017

PENAWAR SAKIT...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
"Kita ni bila dah berumur ni macam-macam sakitnya yang menyerang yer...darah tinggi, kencing manis, sakit jantung...yang paling takut tiba-tiba menjadi lumpuh pula...risau betul..."

"Sihat tentulah lawannya sakit...kan dah lama hidup sihat....bila diserang sakit sedikit janganlah merungut. Kalau dah sakit kenalah cari ubat. Kan Allah kata setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Pabila dah mati dah tak boleh nak kata apa lagi..."

Zai dan Idah leka bertukar kata sambil menjeling aku yang terkedu di sisi mereka.

"Kak Pidah ni ok saja...tak pernah pulak kita dengar dia sakit teruk yer..."
"Ok apa...kau tak ingat dulu kak Pidah kena darah tinggi...masuk wad dekat sebulan...badannya menggelembong macam belon..."

"Betullah...tapi lepas tu kak Pidah dah tak ada darah tinggi lagi kan...apa yang kak Pidah makan yer?"
'Kau nak tahu ye Zai...biarku ceritakan...'
"Kak Pidah dulu lepas balik daripada hospital terus dia makan akar petawali yang pahit sangat tu...aku tahulah sebab aku yang tolong blendkan untuk dia...punyalah pahit akar tu sanggup dia minum..." Idah menolongku menjelaskan yang sepatutnya.


PETAWALI/AKAR SERUNTUN...PIC GOOGLE.
"Tapi pahit-pahitpun mujarab akar tu. Tengok sampai sekarang kak Pidah dah takde darah tinggi lagi."

Selain akar petawali banyak lagi herba2 alam yang boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sekiranya diamalkan tanpa jemu seperti pokok akar cerita, daun rambutan, daun manggis yang gugur, daun sabung nyawa dan lain-lain lagi yang tidakku ketahui
Bukalah matamu untuk melihat bagaimana di perairan samudera lautan yang dalam betapa Allah SWT menunjukkan kuasaNya sehingga kapal kapal dapat berlayar dengan seizinNya dan juga supaya manusia melihat anugerahNya untuk di syukuri.
Allah SWT telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi semuanya sebagai RahmatNya untuk di syukuri.
Allah SWT berfirman di surah Al Jaasiyah ayat 13:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang berfikir

12 comments:

  1. usia meningkat... antibodi semakin berkurang tu yg byk penyakit mula hinggap...

    ReplyDelete
  2. TKSH ANIES BETUL TU..MAKIN TUA MAKIN BNYK PENYAKIT HINGGAP KAT TUBUH

    ReplyDelete
  3. Betul kak..semakin berusia semakin mudah penyakit mendekat..subhanaAllah..

    ReplyDelete
  4. TKSH PC YA PERLU JAGA KSHTAN DIRI

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pernah rasa akar tu K.PI adoi... pahit yang amat.

    Itulah orang kata ubat mana ada sedapkan.

    ReplyDelete
  6. TKSH MRSA..AKAR NI MMG PAHIT YA AMAT

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Betul apa yang akak katakan, semakin usia meningkat makin banyak penyakit yang singgah. Lebih-lebih lagi jika tidak dijaga makannya. tengok pitawali, teringat duu-dulu. Arwah ayah boleh makan camtu je batang pitawali. Saya pula selalu menyakat budak-budak. Suruh diorang sentuh batang pitawali tu dilidah. Sebelum tu saya buat dulu, "tengok tak pahit pun." Memanglah sebab tak kena lidah pun. Lalu, mereka pun buat la...apalagi sampai nak termuntah, hok menangis pun ada, pahit kemain....hehehe dulu-dulu masa tengah nakal di kampung. Sekarang tak dah!

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK USTAZ DOANYA...NAKAL JG MNGENAKAN KWN2 YA..PETAWALI UBAT MUJARAB SGT UTK DARAH TINGGI KALAU RJN AALKNYA..PAHIT KAN UBAT

    ReplyDelete
  9. semoga kita dijauhi daripada penyakit2 berbahaya

    ReplyDelete
  10. TKSH AIMAN..INSYA ALLAH MOGA GITULAH HENDAKNYA

    ReplyDelete
  11. Rahsia alam...
    Setiap penyakit, in shaa Allah ada penawarnya

    ReplyDelete
  12. TKSH FIDAH RAHSIA ALAM MILIK ALLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist