Wednesday 15 March 2017

SUATU SENJA...

ASSALAMUALAIKUM...

 CERPEN SUATU SENJA
OLEH PARIDAH ISHAK

AQIL HARISS ralit mengetik papan kekunci komputer.  Dia memuat turun permainan kereta yang disukainya. Mulailah dia menolak cursor dan mengetik abjad yang berfungsi dengan permainan  perlumbaan kereta itu. Perhatiannya tertumpu kepada permainan itu.
“Aqil Hariss!” mamanya memanggil namanya. dia tidak menjawab panggilan mamanya. Terlalu asyik dia hendak memintas kereta yang dikawal komputer dengan amat laju.
“Aqil Hariss!” Ulang mamanya memanggil namanya.
“Apalah mama tu nak lagi. Kacau aku nak main saja.” Dia merungut dengan suara perlahan.
“Apa ma?”
“Tanya pula dia! “ Mamanya menggumam perlahan.
“Naik atas cepat. Tolong jaga adik ni. Mama nak solat sekejap.”
“Ariff kan ada. Suruhlah Ariff tu jaga.” Sahutnya pantas membalas.
“Ariff sedang buat kerja sekolah ni. Abang tu main game saja.” Kedengaran Arif bersuara.
“Naiklah cepat! Mama nak solat ni.” Jerit mamanya justeru dia menyedari waktu solat Asar semakin hendak berakhir.
“Iyalah Aqil naik ni,” sahutnya lemah. Dia berlari  menaiki tangga ke tingkat atas. Rumah yang dihuninya bersama ibu bapa dan adik-adiknya bertingkat dua jenis semi-D. Di tingkat bawahnya ada ruang tamu, bilik kecil dan dapur. Sementara di tingkat atasnya ada tiga bilik tidur. Ruang di atas digunakan dengan keperluan yang ditentukan. Seperti untuk bersolat, belajar dan berehat.
Adiknya Damia Maisara yang baru sahaja berusia tujuh bulan itu sudah pandai melonjakan tubuhya ke mana sahaja untuk mencapai keinginannya. Ariff  sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Mamanya pula sedang mendirikan solat Asar. Aqil Hariss sedang leka mengetik punat kecil yag memaparkan permainan “Pokemon”  di telefon tangan kepunyaan mamanya.
Damia Maisara semakin melonjak jauh. Sambil meniarap dia melungsurkan tubuhnya. Tangannya sudah diturunkan ke anak tangga. Damia Maisara hendak melungsurkan tubuhnya menuruni tangga yang menghubungkan tingkat atas dengan tingkat bawah.
“Mana adik?” Tanya Ariff yang menyedari ketiadaan adiknyadi situ. Dia memandang abangya.
Aqil menoleh merata. Tadi dia merasa adiknya itu ada di sisinya.
“Mana Damia ni?” tanyanya dengan gelabah.
Ariff bergegas bangun menuju keluar bilik. Mungkin dia mengagak adik kecilnya itu sudah melonjak jauh. Dan telah keluar daripada bilik itu tanpa disedari mereka.
Abangnya Aqil Harris juga mengikutinya. Masing-masing mulai risaukan keselamatan adik kecil mereka. Juga bimbang dimarahi mama mereka jikalau adik mereka ditimpa bahaya.
“Dah sampai sini kau ya Damia.”
Ariff segera mendokong adiknya setelah menemuinya.
“Cepatnya Damia melungsur,” tukas Aqil Hariss.
“Mujur Damia tak jatuh tangga. Kalau Ariff lambat tadi mesti Damia dah tergolek ke bawah. Abang ni kenapalah. Mama suruh jaga adik sekejappun tak boleh. Kalau adik jatuh tadi, macam mana abang nak jawab dengan mama.” Ariff memarahi abangnya. Mengecam sikap abangnya yang mengambil mudah dalam menjaga adik kecil mereka.
“Adik tak jatuh pun lagi,” tukas Aqil dengan rasa serba salahnya.
“Eh! Kalau jatuh macam mana? Kalau terlambat sikit mesti dah jatuh.”  Ariff menjawabnya tanpa ragu. Nada  suaranya berbaur rasa marah dengan sikap abangnya yang cuai itu.
“Dahlah! Tak payahlah nak marah abang. Pergilah buat kerja sekolah kau tu. Damia tak apa-apapun tu.” Jawab Aqil Hariss sambil lewa seolah kejadian yang berlaku sebentar tadi tidak perlu dikhuatirkan sangat.
“Habis siapa nak jaga Damia?” Tanya Ariff.
“Abanglah!”
“Boleh percaya ke? Abang tu asyik main game saja. Kat tingkat bawah main game komputer. Kat tingkat atas main hp mama atau papa.” Komen Ariff panjang lebar. Ragu pula dia dengan kemampuan abangnya.
“Habis nak buat apa lagi. Kerja sekolah abang dah buat. Nak main kat luar mama tak bagi. Takut itulah! Takut inilah! ” Aqil Hariss mengatakan kekesalan hatinya.
“Jagalah adik tu sekejap. Nanti bila petang sikit mama bawalah kita pergi main kat taman. Kan mama cakap rumah kita ni dalam kawsan bandar banyak orang jahat. Jadi kita budak kecik ni kenalah hati-hati.”
“Tunggu mama lambatlah. Asyik terkurung saja dalam rumah. Bosan abang. Abang nak ikut Aman pergi main bola kat taman, mama tak bagi.”
Ariff meletakan adiknya dalam ribaan abangnya. Dan dia meneruskan semula kerja sekolah yang perlu disiapkannya.
“Abang berani ke main di padang tanpa ada orang tua yang perhati kita? Kan mama cakap kita ni budak kecik lagi. Budak kecik yang orang jahat suka culik untuk diambil organ dalaman kita dan dijual. Tak takut ke? Mesti dengar cakap mama tu.” Kata Ariff mengulangi apa yang diberitahu mamanya kepada mereka selalu.
“Abang tengok Aman tu selalu ke taman main bola tak ada sapa pun culik dia.” Tegas Aqil Harris. Dia seakan tidak mempercayai kenyataan mamanya itu.
“Belum kena culik lagi. Harapnya taklah kena culik.” Jawab mamanya. Mamanya tiba-tiba saja sudah berada di bilik tempat belajar itu kerana dia baru saja menyelesaikan solatnya.
Sepasang tangan Damia Maisara sudah mendepa  untuk memeluk mamanya. Mamanya segera memautnya dan mengambilnya daripada ribaan Aqil Hariss.
“Apa yang bising-bising tadi? Sampai mama solat pun tak kusyuk.” Tanya mamanya. Dia memandang kedua-dua anak lelakinya bersilih ganti.
“Adik tu ma, melungsur nak turun tangga. Mujur Ariff cepat sampai.” Jawab Ariff.
“Ha! Kamu berdua ni mama harap jaga adik sorang pun tak boleh.” Puan Sabariah menempelak sikap kedua-dua anak lelakinya itu.
“Bukan salah Ariff ma. Ariff sibuk buat kerja sekolah.”
“Damia tu ma, cepat sangat dia melungsur sampai Aqil taksedar dah jauh perginya.” Beritahu Aqil Hariss pula.
“Ada saja alasannya ya. Mama tu bukan tak tahu kamu tu ralit sangat main game. Kalau sehari tak main game tak senang duduk kamu.” Mamanya bersuara dengan nada keras.
Aqil Hariss diam saja kerana dia menyedari kesilapannya. Mamanya yang garang itu pasti akan bertambah marah sekiranya dia masih mengatakan apa saja alasannya.
“Dah siap semua kerja sekolahya Ariff?”
“Dah ma.”
“Simpan semua buku dalam beg. Pilih buku ikut jadual pelajaran sekolah esok. Jangan semua nak usung bawa, Lepas tu siap. Mama bawa kamu berdua ke taman permainan. Abang kamu tu dah tak sabar nak bermain bola. Tadi masa kat sekolah tak puas lagi agaknya bermain di padang sekolah.”
Puan Sabariah amat memahami kehendak anak-anakya yang masih dalam peringkat hendak membesar itu. Kegemaran mereka yang utama hanya bermain. Seronok sungguh bermain tanpa memikirkan yang lain-lain lagi. Dan beliau cuba untuk memenuhinya sedaya mampunya. Di samping kesibukannya menguruskan keluarganya dan tugasnya sebagai seorang guru.
“Okey ma.”
Aqil Hariss tersenyum.  Amat bersetuju sekali dengan rancangan mamanya.
“Mama nak tukar baju sekejap. Ariff pegang adik ni.” Puan Sabariah meletakan anak kecilnya itu ke dalam pangkuan anak lelaki keduanya itu. Setelah dia bersiap, segera pula mencapai beg tangan yang sering dibawanya ke mana-mana sahaja.
“Cepat siap Ariff.”Aqil Hariss berkata kepada adiknya.
“Macamana nak bersiap? Tak Nampak ke Ariff sedang pegang Damia ni. Abang tu dah siap, tolonglah pegang adik nI kejap. Ariff nak tukar seluar yang Ariff pakai ni dengan seluar trek.”
“Iyalah! Iyalah! Bak sini abang dokong Damia.” Sahut abangnya.
“Abang bawalah Damia turun. Mama dah hidupkan enjin kereta tu.” Ariff memberi saranan.   
“Cepatlah siap. Abang tunggu kat dalam kereta dengan mama.” Aqill Hariss mendokong adiknya menuruni tangga dari tingkat atas. Dia membuka pintu rumah kemudiannya grill beranda luar sebelum memasuki kereta yang diparkir mamanya berdekatan situ.
“Ariff cepatlah!” Laung mamanya.
“Ya Ariff turun ni.” Ariff segera keluar dari rumahya.
“Jangan lupa kunci pintu dan semua grill.” Mamanya bersuara mengingatkan.
Setelah Ariff memasuki kereta kecil Kancil berwara biru itu, Puan Sabariah menekan pedal minyak perlahan dan menggerakkannya ke jalan utama. Akhirnya sampailah ke destinasi tujuan mereka. Kereta itu diberhentikan di pinggir jalan berhampiran taman permainan itu. Taman yang diredupi dengan pohon yang rimbun itu dilengkapi dengan pelbagai alatan permainan yang bersesesuaian untuk kanak-kanak.
“Tengok tu! Aman bukan main leka main bola dengan kawan-kawannya. Aqill pergi main dengan Aman ya ma. Jom Ariff ikut abang sekali.”
“Pergilah. Jangan lama sangat main tu. Dah petang sangat ni. Nanti ajak Aman balik sekali dengan kita.” Kata mama mereka.  Aqil  Hariss dan adiknya berlarian mendapatkan Aman dan kawan-kawannya yang sedang bermain bola dengan riang gembira itu. Ariff dan abangnya turut bermain bola bersama mereka.
Puan Sabariah hanya duduk di bangku batu sambil meriba Damia, memerhati anak-anaknya dan kawan-kawan mereka mengejar bola dan menyepaknya ke sasaran. iaitu ingin menjaringkannya ke dalam gol.
“Damia jom kita pergi main buaian sambil tengok abang-abang Damia main bola.” Puan Sabariiah mengagah anak kecilnya lalu mencium pipinya yang montel itu kiri dan kanan. Kakinya sedang melangkah arah buaian yang didirikan berhampiran permainan papan menggelongsor. Beberapa orang budak-budak kecil sedang leka menggelongsor di atasnya.
Kelihatan beberapa orang dewasa lelaki dan perempuan berada di situ. Puan Sabariah beranggapan mereka adalah ibu bapa kepada budak-budak itu. Dia sebenarnya tidak megenali siapa mereka. Sebab kawasan perumahan sekeling taman permainan itu amat luas dan penghuninya ramai.
Suasana semakin petang beransur senja.  Puan Sabariah menggamit anak-anaknya. Ariff dan abang berhenti bermain setelah menyedari mama mereka mengajak pulang. Kelihatan Aqill Hariss berkata sesuatu kepada Aman. Setelah itu kedua-dua beradik itu berlarian mendapatkan mama  mereka.
“Kenapa tak ajak Aman balik dengan kita sekali?”
“Dah ajak ma. Katanya nak main lagi.”
Mamanya tidak berkata apa-apa lagi.
“Ariff Aqil dokong adik ni.  Mama nak memandu.”
Sebentar saja kereta yang dipandu Puan Sabariah sudah tiba di hadapan rumah mereka. Mama Aman menegur Puan Sabariah dengan ramah.
“Tak jumpa Aman kat taman permainan tadi?”
“Jumpa. Dah ajak dia balik sekali. Tapi dia tak nak. Katanya nak main lagi.” Jawab Aqill Harris.
“HHish! Budak tu dah nak senja pun tak balik lagi.”
“Sekejap lagi baliklah tu kot.”
Selesai puan Sabariah, suaminya bersolat Maghrib, mereka dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu.
“Jom temankan saya ke balai polis, buat laporan. Aman hilang. Puas saya cari kat taman tapi tak jumpa. Bila saya tanya kawan-kawannya kata mereka Aman dah balik menumpang kereta seorang pak cik dan mak cik, mereka pun tak kenal siapa orang tu. Tapi kata mereka selalu ada di situ masa petang.” Suami Puan Sabariah tidak bertanya apa-apa danterus mengikuti papa Aman menaiki kereta.
Puan Sabariah memandang wajah anak-anaknya seorang demi seorang. Dia mengurut dadanya dan beristighfar ambil mendoakan anak jirannya itu Berjaya ditemui. Dia terbayangkanwajah seorang lelaki dan perempuan yang berdiri di tepi permainan papan gelongsor ketika dia berbuai dengan Damia.

TAMAT

14 comments:

  1. Penulis hebat ni kak PI..tahniah ya..

    ReplyDelete
  2. Moga menjadi ingatan dan pengajaran kepada Aqill Hariss..suka PC baca kak PI..

    ReplyDelete
  3. TKSH CIKGU ETTUZA TLS SUKA2 SAJA.

    ReplyDelete
  4. Perenggan last sekali..
    Buat jantung saya berdebar kak PI..
    Skrg banyak yg kejadian begitu..
    Kita sebagai ibubapa kena ambil berat tentang anak2 ni..
    Hari ini mungkin tak hilang..
    takut esok lusa kan..

    ReplyDelete
  5. TKSH LADY GITULAH KITA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  6. TKSH WAN SYUHADA INSYAALLAH

    ReplyDelete
  7. TKSH YATI SBG IBU BAPA KITA SGT RISAUKAN KESELAMATAN ANAK2 KITA DAN PERLU SENTIASA MENGAWASINYA.

    ReplyDelete
  8. ibu mn yg x risaukan anak-anaknya....

    ReplyDelete
  9. Seronok Mrs. A baca k.PI.
    Nanti sambung lagi ya...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist