RINDU INI
Kutelusuri waktu .
semi pun berlalu .
terhimpun untai kenangan
laluku selak
helaian-helaian kenangan.
Lelah sungguh aku merindu tentangmu
suaramu berbicara aksara lunak
mengundang bahagia; mengerdip kejora mata
tersenyum di wajah tawa berderai.
hati terluka
tersenyum di wajah tawa berderai.
hati terluka
ditoleh di sisi kau tiada
telah berada
telah berada
nun jauh di sana
Teguh janjiku bagai tugu
malam dan siang bergantian
Galaksi alam berputaran
atmaku yangkau bawa bersama
silamku menyulam kisah pahit manis
kuhitung lagi..
masakan mungkin kubiarkan berlalu
tanpa jejak hanya mimpi
atmaku yangkau bawa bersama
silamku menyulam kisah pahit manis
kuhitung lagi..
masakan mungkin kubiarkan berlalu
tanpa jejak hanya mimpi
namun abadi
bersemi di hati
Alam mempelangi indah
bak lukisan
yang menyuarakan rasa hatiku
tidak pernahku coret
di mana-mana
lembar kertas nan putih
Rahsia hati tidak akan terungkap
sebagai kalimat
Paridah Ishak
Selayang Utama
27/02/017
Wkmsalam.
ReplyDeletePenulisan yang hebat.
bait yang tersimpan
ReplyDeletetersekat di kerongkong
ternoktah di warkah
masakan bisa
sampai padanya.
tulisan yang indah mempamerkan sebuah hati yang indah juga..teruskan berkarya kak
ReplyDeletesyahdu sungguh..puisi sang perindu..
ReplyDeletebait-bait yang indah...teruskan menulis kak
ReplyDeletecam melankolik jer kak PI... hehe
ReplyDeleteTKSH WP XDELAH..BERSAJAK SUKA2 JE
ReplyDeleteTKSH PHAIS...JGN SIMPAN DI HATI HASRATNYA...LUAHKAN SAJA
ReplyDeleteTKSH IRDA...BERSAJAK LUKISANHATI INSYAALLAH
ReplyDeleteTKSH FYDA..INSYAALLAH
ReplyDeleteTKSH NOHAS SANG PERINDU MERINDU SAYU
ReplyDeleteTKSH SHIELA..JIWA SDG BERMELANKOLIK TU
ReplyDeleteTerbuai sekejap dengan bait2 syahdu dan puitis.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteTahniah akak, bahasa yang puitis.
Tiba-tiba perasaan saya terbuai-buai disapa kalimah rindu yang melambai. Lalu saya cuba menjejak memori lama nun di sana, agar rindu di dalam dada terubat dengannya. Demikianlah saya sering menjadi 'gila' kerana rindu pada kenangan itu...