CORETAN PAK ENGKU
SEPANJANG JALAN KENANGAN
BAB 18 – KEPERITAN HIDUP DI ZAMAN JEPUN.
Pada awal tahun 1942 anak ku yang kelima dilahirkan. Seorang anak perempuan yang aku berikan namanya Hamidah. Keadaan kehidupan ku pada masa itu teramatlah susah. Beras untuk kami makan pun tidak ada. Jikalau ada pun adalah hanya untuk anak-anak ku sahaja. Oleh kerana itu terpaksalah aku memakan ubi kayu. ubi keledek dan pisang. Ubi kayu ini terlebih dahulu diparut. Kemudiannya dikukus dan barulah dimakan. Di samping itu aku ada juga menanam padi Taiwan. Namun sementara menantikan padi yang ditanam berbuah dan masak, aku terpaksalah memakan ubi kayu dan yang lain-lain lagi.
Sewaktu Jepun menduduki Tanah Melayu atau Malaya pada waktu itu, aku telah dilantik menjadi Ketua Keempat di Kuala Sawah. Kawasan jagaan ku adalah dari sebelah hilir jambatan Kampung Setesen hingga ke Kampung Ribu. Orang-orang dalam kawasan jagaan ku ini nama mereka semuanya didaftarkan di bawah jagaan aku. Pada masa itu markas tentera Jepun adalah di Rantau Tin. Dalam bahasa Jepunnya dinamakan Izuka Teko Kaysa.
Orang-orang kampung disuruh menebang pokok kayu getah untuk dijadikan kayu api atau bahan bakar. Bahan bakar bagi menjana injin kapal korek bijih timah. Kapal bijih timah yang ditinggalkan oleh pihak British atau orang putih. Gaji atau upah yang diberikan oleh Jepun ialah satu pot tin susu beras dan sejengkal ubi kayu.
Salah seorang dari pegawai tentera Jepun ini bernama Kato Keri. Orangnya bertubuh kecil tetapi amat garang dan jahat. Banyaklah orang, tanpa mengira Melayu, Cina atau India yang kena penagannya. Kata orang pada masa itu, kena penampar Jepunnya. Ketua orang Melayu di Kuala Sawah pada masa itu ialah Cikgu Ahmad bin Hj. Ali. Dia kawan aku sewaktu sama-sama bersekolah dahulu. Penolongnya pula ialah Bilal Hamzah. Di bawah mereka ada empat orang lagi iaitu Ahmad Hussin, Abdul Latif, Jaafar dan termasuk aku sendiri.
Mereka yang bertiga ini sudah selalu dipanggil oleh pegawai tentera Jepun ini. Setiap kali pergi mereka pasti akan mendapat bonus dari Kato Keri. Sudah pasti akan kena penamparnya. Pada suatu ketika Ketua ketiga iaitu Jaafar ini telah jatuh sakit akibat kena penampar pegawai tentera Jepun itu. Hingga ke akhirnya mereka bertiga ini tidak berani lagi hendak pergi berjumpa dengan pegawai Jepun yang menjaga kapal korek bijih timah ini. Bila ada sahaja hal pegawai Jepun itu dengan Ketua kumpulan, yang berempat ini akan demamlah kejap-kejapan. Terutamanya Penolong Ketua iaitu Bilal Hamzah. Apabila mereka mengetahui bahawa Kato Keri memanggil mereka akan menggigillah seluruh tubuh badan mereka. Maka akulah yang disuruh pergi oleh Ketua, Cikgu Ahmad bin Hj. Ali untuk bertemu pegawai tentera Jepun tersebut. Maka terpaksalah aku bersiap sedia untuk pergi menemuinya. Ianya juga adalah demi untuk kebaikan diri aku juga.
Jadi pada pertemuan itu, sesampainya aku di situ aku disuruh berdiri di suatu sudut dari pagi hingga ke tengah hari. Aku terpaksa melakukannya tanpa soal jawab. Aku hanya menundukkan kepala dan berdiam diri. Setiap kali pegawai Jepun ini keluar masuk atau Kerek dalam bahasa Jepun, sekali sekala seperti hendak diterkamnya aku. Dia berkata pada aku “Kominis ro, tak mau torong (tolong) Nippon ka?” “Kepara (kepala) potong ro!”
Aku hanya menundukkan kepala bila dia kata begitu. Sambil menundukkan kepala, sesekali aku menjawab, “Tuan, orang saya inilah saja. Setengah dari orang jagaan saya ini kerja sama tuan.
“Oooo.. besok mesti torong ro,” sambungnya lagi.
‘Baiklah tuan,” balasku pendek.
Aku hanya menundukkan kepala bila dia kata begitu. Sambil menundukkan kepala, sesekali aku menjawab, “Tuan, orang saya inilah saja. Setengah dari orang jagaan saya ini kerja sama tuan.
“Oooo.. besok mesti torong ro,” sambungnya lagi.
‘Baiklah tuan,” balasku pendek.
Selepas itu barulah aku dibenarkanya pulang. Kerani dalam pejabat itu menjadi hairan juga. Dia berasa melihat aku yang tidak kena penampar atau penendang pegawai Jepun itu. Sedangkan yang lain-lain itu sudah pasti akan mendapat atau menerima habuannya.
Kembali kepada keadaan hidupku pada masa itu ianya semakin hari semakin teramat susah sekali. Harga ubi kayu telah melambung naik sehingga 3 ringgit sekati. Oleh itu aku buatlah kerja-kerja yang mampu aku lakukan. Aku pergi memancing atau menjala ikan dengan seorang kawanku bernama Muhammad bin Abdullah. Dia berketurunan India Malbari. Pada waktu malam tiba giliran aku menjaga simpang Jikidon, aku suruhlah Muhammad pergi menjala ikan. Apabila dapat ikan, kami bakarlah ikan itu di atas unggun api yang sentiasa hidup di rumah tempat berjaga kami itu.
Pada waktu yang sama, ayahku sedang sakit. Bila aku teringat padanya, aku pergilah ke Bukit Jelutung pada malam-malam hari itu juga. Kadang-kadang aku bertolak pergi pada jam 1.00 pagi. Aku balik ke rumah ayahku dengan berjalan kaki seorang diri. Sebagai senjata untuk mempertahankan diri, aku bawalah sebilah keris panjang. Keris panjang itu tidak berlok. Keris ini ayahku berikan kepada aku semasa tentera British berundur. Tentera British berundur selepas kalah berperang dengan Jepun di Tanah Melayu. Kebetulan pula aku tidak punya sebarang senjata pun untuk mempertahankan diri.
Sesampainya aku di rumah ayahku di Bukit Jelutung, waktu sudah dinihari. Aku terdengar bunyi suara ayahku terbatuk-batuk. Lalu aku pun memanggilnya. Ayahku kenal akan suaraku. Dia pun memanggil adikku Kalthum supaya membukakan pintu. Setelah naik ke rumah, aku duduk di belakang ayahku. Aku duduk sambil mengurut-urut di bahagian belakang badannya. Aku urut urat belikatnya agar batuknya menjadi reda atau berhenti. Kadang-kadang sampai satu jam aku urut belakangnya itu. Aku berasa amat kasihan melihat keadaan ayahku pada masa itu. Ayahku mendapat penyakit batuk itu kerana termakan bisa. Tetapi dia tidak mahu memberitahu aku atau anak-anaknya yang lain akan siapakah yang telah meracunnya.
Pada tahun 1942 bersamaan 2602 tahun Jepun iaitu setahun selepas Jepun menduduki Tanah Melayu ayahku pun kembalilah ke alam baqa. Ayahku kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan aku yang tidak mempunyai sebarang harta. Namun sebelum ayahku meninggal dunia dia telah memberitahu kesemua anaknya bahawa tanah kebun getah di Batu 7 diberikan kepada tiga orang anaknya iaitu aku sendiri, Kak Tehku Lembik dan adikku Kalthum.
Pada jam 8.00 malam, dihari ayahku itu akan meninggal dunia, aku lihat dia telah mula berkeadaan resah. Sekejap dia hendak keluar dari bilik tidurnya dan duduk di atas buaian. Sekejapan pula dia hendak masuk semula ke dalam biliknya untuk berbaring. Dan setiap kali dia bangkit atau bangun dia akan memanggil namaku. Lebih kurang jam 10.00 malam ayahku telah berkata kepadaku, “Man, beralih angin nanti, kau tinggallah. Abah akan pergi.” Mendengarkan kata-katanya itu hatiku serasakan hancur. Sambil mengurut-urut urat belikat di belakangnya, air mataku jatuh berderai. Jatuh menitis ke lantai! Ayahku tahu aku sedang menangis, lalu dia berkata,”Sudahlah Man. Usahlah kau menangis lagi.” Abangku Abdul Rahman yang datang sebelum ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat membacakan surah Yassin. Pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam, ayahku pun kembailah ke Rahmatullah.
Pada petang harinya jenazah ayahku pun diusung ke tanah perkuburan di Kuala Sawah. Aku tidak dapt turut serta kerana badanku terasa cukup letih dan teramat lemah. Semasa jenazah arwah ayahku terbujur di atas rumah aku telah menangis sepuas-puasnya. Hampir satu jam aku menagis. Semasa orang akan mengapankan ayahku, semua saudara-saudaraku telah dipanggil untuk menatap wajah ayahku. Kami disuruh menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Seluruh badanku menjadi lemah. Hatiku serasakan hancur berkecai. Aku tahu dengan kepergian ayahku akan bertambah susahlah hidupku. Hilanglah sudah tempat aku mengadu jika aku ditimpa kesusahan.
Tahun berikutnya itu pula iaitu pada tahun 1943 bersamaan tahun Jepun 2603, ayah mertuaku pula telah meninggal dunia. Dia meninggal dunia di rumah adiknya Busu Jamil di Kuala Sungai Baru, Melaka. Aku dan isteriku tidak dapat menziarahi arwah kerana kesusahan hidup di zaman Jepun itu. Tambahan pula pada ketika itu kenderaan tidak ada. Arwah ayah mertuaku telah di kebumikan di Tanah Perkuburan, Kuala Sungai Baru, Melaka. Dia disemadikan bersebelahan pusara arwah ayahnya. Maka hilanglah sudah dua orang tempat aku mengadu untung.
Tidak berapa lama selepas kematian ayah mertuaku, maka datanglah adik bongsunya Busu Jamil ke Ulu Sawah. Tujuannya adalah untuk membuka rumah arwah ayah mertuaku. Ia adalah sebagai bayaran kembali wang yang telah dibelanjakan bagi menjaga ayah mertuaku. Perbelanjaan dari mula dia sakit hinggalah sampai dia meninggal dunia. Isteriku hanya menurut kehendak Busu Jamil dan langsung tidak mahu menahannya. Maka rumah itu pun dibukalah. Semua kayu-kayunya dibawa balik ke Paya Rumput, Melaka dengan kereta lembu.
Aku, isteriku serta anak-anakku terpaksalah balik dan tinggal semula di rumah burukku yang dulu. Rumah yang hanya ada bahagian tengah rumah dan dapur sahaja dan tiada berserambi. Alangkah hina rasanya diriku dengan kehidupanku yang amat daif dimasa itu. Sanak saudara termasuk ibu sendiri pun tidak sudi untuk datang atau singgah ke rumahku. Maka dengan sedaya upayaku, aku bawalah untung nasibku bersama keluargaku. Benarlah bak kata pepatah, “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tak berharta.”
Bersambung ke BAB 19 – AKU DITUDUH MENCURI
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAkak join ye antologi Tribunal Cinta?
teringat baru ni ada tour ke jepun oleh seorang artis. dalam citer tu, artis berkunjung ke muzium hiroshima (sejarah jepun kena bom), tetiba artis tersebak. terus mak komen, nak sedih kenapanya? dia tak tahu ke apa jepun buat time masuk malaya dulu? lagi teruk. saya tak tahu nak komen apa.
ReplyDeleteTKSH FYDA..YA JOIN JUGA..FYDA PUN JOIN KAN
ReplyDeleteJoin kak. Pertama kali join antologi memandangkan saya ni penulis suam2 kuku...hehee
ReplyDeletenice entry
ReplyDeleteTKSH HANA MRK YG XALAMI KEGANASAN JEPUN PATUT BACA NOVEL NYAWA DIHUJUNG PEDANG SEDIH SEKALI KISAHNYA...MRK YG BERPERANG TIADA LAGI RASA KEMAUSIAAN...KITA YG XKENA MENGENA YG JADI MANGSA
ReplyDeleteXPA FYDA..ALONG AKAN BERI TUNJUK AJAR TU...KAKPUN BNYAK ALONG KOMEN CERPEN KAK N TERPAKSA BETULKAN SEMULA.
ReplyDeletetakut tgk aksi jepun masa kecik2 dulu...
ReplyDeletetgk kat cerita kat TV masa tu...
sekrg alhamdulillah bertambah maju jepun tu..
kalau time tu RM3 utk sekati ubi kayu kalu bandingkn dgn duit sekarang brapa agaknya ya?
ReplyDeleteAsalamualaikum saya nak tanya kandungan manuskrip itu ada kaitan ke dengan zaman pemerintahan Jepun
ReplyDelete