Friday 20 January 2017

DHUHA..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA


DHUHA MENTARI SEPENGGALAH


Sinar suria menyuluruhi alam buana
membawa rahmat menerangi kegelapan
bertebaran merata
segala yang tercerok mahu tersudut
diliputi semua
mentelah di kolbu yang dalam
pada setiap diri

Mengusung hajat impian hati
agar bukan sebuah mimpi dinihari
mencipta realiti pasti
Mentari naik mengansur sepenggalah
titiplah doa demi dhuha
Biar dibawanya melepasi
petala langit berlapis tinggi
Segenggam mohon hajat
moga termakbul
Di permudah Allah rezeki melimpah
untuk dikongsi bersama ummat
mencicipi nikmat-Nya
dengan kesyukuran
berterusan



Paridah Ishak
Selayang Utama
20/01/017


Ketika kelelahan jasad masih mempengaruhi ibadah maka ketahui lah bahawa perjalanan rohani masih terlalu jauh kerana muttaqin (orang orang yang bertaqwa) itu beribadah dengan kekuatan hatinya bukan jasadnya.
Berusahalah langkah demi langkah dengan ikhlas kerana ibadah yang sempurna itu adalah suatu tuntutan dalam agama.

Ustazah Nurbaya Usman.

10 comments:

  1. Semoga Allah sentiasa memberi kita peluang utk terus mengabdikan diri kepadaNya tanpa lelah. Moga diberi kekuatan iman.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...amin...biarpun jasad mula lelah..jangan izinkan semangat lemah..moga semangat yang ada mendorong untuk kita terus melangkah..moga Allah membuka banyak pintu rezeki untuk kita semua..

    ReplyDelete
  3. Semoga kita terus istiqomah dengan Dhuha ye kak PI

    ReplyDelete
  4. Moga rezeki halal melimpah di tahun 2017 ni..

    ReplyDelete
  5. keluar rumah cari rezeki, jgn lupa buat dhuha skli sbb ianya pemberi rezeki.

    ReplyDelete
  6. Allah menjanjikan rezeki demi waktu Dhuha.

    ReplyDelete
  7. Aamiin.. subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar

    ReplyDelete
  8. cari masa di pintu dhuha
    dari lelap sang mata
    dari kesibukan dunia
    dirikan pengabdian
    lintaskan pengharapan
    kerana padanya rahmat
    dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist