PANTUN PERBIDALAN BERKIAS
Jala dikancing diletak tinggi ,
bungkus kersani tumpat gerigi;
bila kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi
bungkus kersani tumpat gerigi;
bila kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi
Bersuka
kita karang kenanga,
dilitup selut sampan di jeti;
buka mata pasang telinga,
tutup mulut simpan di hati.
dilitup selut sampan di jeti;
buka mata pasang telinga,
tutup mulut simpan di hati.
Sarung
diluar jaringan kempas,
sabar mengambil longgokan ikan;
burung yang liar jangan dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.
sabar mengambil longgokan ikan;
burung yang liar jangan dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.
Buang
sauh tidak terjangkau,
melayang candik sambung menyimpai;
barang yang jauh hendak dicekau,
tangan yang pendek dihubung tak sampai.
melayang candik sambung menyimpai;
barang yang jauh hendak dicekau,
tangan yang pendek dihubung tak sampai.
Tuil melentuk tampan terkukur,
duri kaktus kenari merenyut;
kail sebentuk umpan seekor,
sekali putus sehari berhanyut
duri kaktus kenari merenyut;
kail sebentuk umpan seekor,
sekali putus sehari berhanyut
Lain terpancar titip bersuci,
kasih dirasuk membilang sangga;
kain dalam acar dikutip dicuci,
masih nak masuk ke longkang juga.
kasih dirasuk membilang sangga;
kain dalam acar dikutip dicuci,
masih nak masuk ke longkang juga.
Dalil
menyimpan harta ribuan.
bayarlah zakat tanpa dilewat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
bayarlah zakat tanpa dilewat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
Datang
ke Lamir belum ke Pasai,
datang seorang labuh meranggi;
hutang samir belum langsai,
hutang kajang tumbuh lagi.
datang seorang labuh meranggi;
hutang samir belum langsai,
hutang kajang tumbuh lagi.
Menyasar bulan gerhana surut,
debar menguji kelana malang;
pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.
debar menguji kelana malang;
pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.
Kain kapas kain sutera
ReplyDeletepakaian indah gadis jelita
hela hafas setiap masa
beramal ibdah jangan dilupa
TKSH KAKZAKIE...PANDAI BERPANTUN SPONTAN..KAK KALAU NK CIPTA KANMAIN LAMA CARI IDE...HEH..HEH..
Deletealhamdulillah terima kasih kak PI,,banyak perkataan baru yang PC dapat.. :)
ReplyDeleteTKSH PC...PERBIDALAN LAMA NI UNIK KLASIK BAHASANYA.
ReplyDeleteAda laptop ni dapatlah singgah menyapa PI harini...
ReplyDeleteSungguh bermakna setiap bidalan pada pantun PI ni.Ada juga yang saya sendiri tak faham disebalik maksud.
Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak....
ReplyDeletePantun bidalan memang amat menarik dan penuh makna tersirat. Tidak senang untuk merangkainya kecuali yang berminat. Hebat orang dulu-dulu ya bila berpantun ada sahaja unsur alam dikaitkan. Akak pun pandai menciptanya.
Emas perak tarikan wanita
Sudah cantik berbudi tinggi
Jika pandai mengukir kata
Jiwa bahagia berbunga di hati
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
TKSH SANIAH..BERUSAHA JUGA SINGGAH BLOG KAK YG TAK MESRA HP..GAYA BAHASA BIDALAN DULU MMG BGITU
ReplyDeleteWSALAM CT FATIMAH..PERBIDALAN KITA MMG CANTIK..KAK CUMA CARIKAN SAMPIRANNYA SAJA
ReplyDeleteKAIN KASA SUDAH DIBELI
BUAT BASAHAN DI TELAGA
UKIRAN BAHASA INDAH SEKALI
MATI KERESAHAN JADI LEGA
Peehh, berpusing kepala otak nak memahamnya.
ReplyDeleteIndahnya seni kita kalau dapat memahaminya.
TKSH WP PERBIDALAN LAMA BERKIAS MAKSUDNYA SUKAR SIKIT NK FHM
ReplyDeleteMemang betul2 berkais ni kak
ReplyDeleteTKSH DIK KK ORG DULU CKPNYA BERKIAS
ReplyDeletecantik..
ReplyDeletetapi siapa samir, siapa kajang? hehehe
knapa hutang banyak sangat.. hahahaha
melayang candik??? mmmm
ReplyDelete