CORETAN PAK ENGKU
KEHIDUPAN INSAN
Kiranya malang menimpa diri
berduka nestapa bukan jawapan
kuatkan iman tabahkan hati
kepada Allah kita serahkan.
berduka nestapa bukan jawapan
kuatkan iman tabahkan hati
kepada Allah kita serahkan.
Jikalau kita bawa bersedih
nasib yang malang takkan berubah
banyak jalan boleh dipilih
pintalah petunjuk darinya Tuhan.
nasib yang malang takkan berubah
banyak jalan boleh dipilih
pintalah petunjuk darinya Tuhan.
Hidup di dunia tak sentiasa indah
bahagia bukan milik abadi
jatuh bangun kemudian rebah
itulah rencah kehidupan duniawi.
bahagia bukan milik abadi
jatuh bangun kemudian rebah
itulah rencah kehidupan duniawi.
Jikalau malang timpa bertimpa
kepada Allah tempat mengadu
mungkin ada banyak himahnya
hanya DIA-lah Yang Maha Tahu.
kepada Allah tempat mengadu
mungkin ada banyak himahnya
hanya DIA-lah Yang Maha Tahu.
Bersandar bulatlah kepada DIA
berputus asa jangan sekali
mungkin bahagia kan hampir tiba
tiada siapa dapat mengetahui.
berputus asa jangan sekali
mungkin bahagia kan hampir tiba
tiada siapa dapat mengetahui.
Sujudlah kita di tengah malam
semai di hati sifat tawaduk
di dalam zikir diri tenggelam
kepada Allah minta petunjuk.
semai di hati sifat tawaduk
di dalam zikir diri tenggelam
kepada Allah minta petunjuk.
Andai nasib tidak berubah
usahlah diri bermuram durja
mungkin semuanya terkalam sudah
itulah takdir Yang Maha Esa.
usahlah diri bermuram durja
mungkin semuanya terkalam sudah
itulah takdir Yang Maha Esa.
Sedikitan coretan buat semua
jua peringatan diri sendiri
kerana kita hanyalah hamba
bersangka baiklah pada Ilahi.
jua peringatan diri sendiri
kerana kita hanyalah hamba
bersangka baiklah pada Ilahi.
PAK PAK ENGKU
Senawang. N.Sembilan.
06/12/2016
06/12/2016
Beramal-ibadah bersama teman
ReplyDeletelebih baik dari berseorangan
bila hidup berlandaskan iman
tetap tabah menempuh ujian
TKSH KAKZAKIE..KEIMANAN KENTAL JUSTERU AMALAN KITA MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA DUNIA N AKHIRAT.
ReplyDeleteSemua untuk DIA..kerana DIA juga..
ReplyDeletesemoga tabah menempuh ujian.
ReplyDeleteperingatan yg bernas..kita ni hambaNya..
ReplyDeleteSetiap bait-bait itu ada peringatan untuk semua. Terima kasih atas perkongsiannya, kak.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteIndahnya peringatan ini..
Ujian adalah rukun dalam kehidupan. Bahkan, hidup dan mati juga adalah ujian. Ia berkeliling memayuti kita semua. Bezanya bagaimana kita memandang ujian tersebut. Pastinya, sebagai mukmin kita ada DIA...
setiap apa yang dilalui ada liku2 dan onak dan durinya :)
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteUsaha, berdoa dan tawakkal.
Geram tenguk ibu ayam dan anak2nya yang meriah.
Nampak bahagia.
Sebelum ni saya tak dapat nak komen blog kak pi.. comments box tu hilang, so saya boleh baca jer. Hari ni bukak blog kak pi, baru dpt nsk drop komens..
ReplyDelete