ASSALAMUALAIKUM…
Pic fb penulis
PERANTAU DI TEBING DERANG
Sebuah autobiografi nostalgia tulisan ustaz Ilhami Hisyam
dihadiahkan sendiri penulisnya kepada PI dalam kunjungannya ke rumah anak PI
bersama isterinya Ummu Atiffi Ilhami baru-baru ini. PI dalam kesibukan menulis
dan membaca aneka karya terlupa pula hendak menyelaknya untuk mengkhatamnya
walau telah disorot mata sepintas lalu beberapa lembarannya..
Terima kasih banyak kepada penulisnya juga penerbit BeTA
yang sudi menghadiahkan tulisannya yang amat bernilai tinggi ini kepada PI.
Mesti ramai hendak tahu di manakah Derang yang menjadi
lokasi garapan penulis ini. PI yang lahir di Kedah pun tidak tahu di manakah
letaknya Derang ini.
Setelah membaca autobiografi ini barulah tahu serba
sedikit mengenainya. Tidak jauh
sangatpun dari daerah Yan tempat kelahiran PI. Justeru tiada urusan ke sana
tidaklah PI mengambil tahu sangat.
Kampung Derang amat dikenali kerana di sini
terdirinya sebuah maahad dibina sejak
1980 yang mendidik anak bangsa mendalami agama Islam yang syumul. Dan penulis
ini juga ada kaitan dengan Maahad Derang kerana ayahanda Penulis terlibat juga
dalam pembinaan Maahad Derang ini. Penulis lahir dan membesar di Derang juga merupakan salah seorang tenaga
pengajar Maahad Derang ini suatu ketika dulu.
Penulis sangat mengenali jiran-jirannya yang
bersama tinggal di kampung Derang yang indah permai dan aktiviti yang
menyeronokan mereka. Memorinya menggarap pelbagai kisah yang pernah berlaku di situ dengan jelas. Kebanyakannya sebagai petani yang mengerjakan sawah bendang
dan ada juga miliki dusun buah-buahan.
Adat dan budaya bersendikan agama di kampung
ini juga unik dan digarap dengan cantik, menarik hati. Salah satunya adat pengusung. Iaitu mengusung
hadiah berupa kuih muih seperti karas, pulut wajik, kuih bakar dan lain-lain kuih
lazat yang dibuat semua penduduk kampung dan diusung menggunakan pengusung ke
rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan.
Begitu bersatu padu sekali masyarakat kampung Derang
dalam memudahkan setiap urusan penting
secara bergotong royong di bawah kepimpinan kampung yang amat dihormati
yang kebanyakannya juga adalah alim ulama berilmu yang mentadbir Maahad Derang..
Menurut sedikit petikan catatan luar di kulit
buku ini;
Autobiografi ini menggabungkan 100 nukilan
pengalaman penulis di kampung sejak 1972. Di sebelahnya didirikan Maahad Derang
bermula 1980.
Di kampung kami mendapat bimbingan langsung daripada
Tok Ayah Haji Wan Samad Wan Nik yang meninggal pada 1983.
Manakala Maahad Derang pula mendapat tarbiyah
Ayahanda Almarhum Syiekh Niamat Yusoff yang meninggal pada 2003.
Di dalam buku ini dicatat kembali berbagai
kisah yang telah menjadi bahan sejarah. Meskipun ketika kecil, ia berlaku
begitu saja tanpa difikir apa hikmah-Nya, namun kini barulah kita tahu rupanya
ianya terjadi untuk mendidik kita. Ramai
yang terlibat dalam usaha mendidik kita menjadi insan berjiwa merdeka.
Pengalaman ini sangat mahal. Kenangan ini
tidak boleh dijual beli.
Catatan 100 nukilan Penulis ini bukan sahaja sekadar
pengalamannya di kampung Derang dan di Maahad Derang tapi meliputi juga
kerjayanya dalam bidang penulisan dan lain-lain perkongsian yang menarik dan
amat bermenafaat dibaca. Tulisannya santai dan banyak menggunakan lorat
tempatan/Kedah/Derang yang menarik.
Membuat PI tersenyum sendiri membaca perkataan-perkataan
yang sudah lama tidak kedengaran walau PI memang faham maksudnya seperti
nangoi-nangoi, terung pungak dll. Maklum PI meskipun asal Kedah tapi pergaulan
masyarakat felda di Pahang menyeluruhi persertanya berasal dari merata negeri
yang menutur dialek bercampur baur walau masih berasaskan bahasa Melayu tetap
mempengaruhi.
Sekiranya ada
yang berminat memiliki autobiografi PERANTAU DI TEBING DERANG tulisan ustaz
Ilhami Hisham ini boleh dapatkannya di kedai-kedai buku atau hubungi sendiri
penulis ini via emel ilhamibeta@gmail.com
whatsapp/telefon
011-3271-4312 Ilhami BeTA
PI
yang membacanya memang amat berpuas hati sekali dan menambah ilmu dalam
menghasilkan karya penulisan. Lagipun manatahu suatu waktu kelak teringin pula
hendak menulis memoir autobigrafi, bolehlah buku ini dijadikan rujukan dan
panduan.
PI boleh buat dari sekarang autobiografi diri sendiri
ReplyDeletePenulis berkawan dgn penulis mesti rancak jadinya
Ilmu digandingkan sama.
TKSH KAKZAKIE...MEMOIR KAK NI SEDIH SGT KISAHNYA TU YG SEGAN NK TULIS HEH..HEH..
DeleteBos saya dulu En Yusof Talib..rumahnya kat Derang..dekat sangat dengan madrasah..
ReplyDeleteYEKE FIDA...AGAKNYA MESTI KENAL DGN PENULIS NI...TKSH
ReplyDeletePI bolehlah menulis auttobiografi pulak.
ReplyDeletePasti menarik.
TKSH WP...ENTAHLAH...TLS AUTOBIOGRAFI UNTUK DIJADIKAN PUSAKA PADA KELUARGA HEH..HEH..
ReplyDeleteowh kak boleh tulis juga autobiografi ya. semoga terus berjaya kak
ReplyDeleteTKSH HANA...INSYA ALLAH KALAU RAJIN...HEH..HEH..
Deletex penah tau kewujudan maahad ni ye laa sblm ni tau maahad2 yg pemes je...
ReplyDeletebetul tu kak PI..buat autobiografi sendiri..setiap pengalaman kak PI bulih jadi inspirasi untuk orang lain jugak ke..nak2 kalau ada penggabungan writers hebat...wah best nih..
ReplyDeleteYELA ANIES KAK XTAU JUGA MAAHAD NI...TAPI MAAHAD NI DH BNYK MENABUR BAKTINYA KPD UMAT ISLAM YG MENDAPATKAN TARBIAH ILMU DRPD SITU TKSH ANIES
ReplyDeleteTKSH HUSNA...TULIS AUTOBIOGRAFI NI SELALUNYA KAN LIBATKAN BANYK NAMA...TU YG SEGAN NK TULIS...TKSH HUSNA.
ReplyDelete