Monday, 26 September 2016

TAWA DAN TANGIS..

ASSALLAMUALAIKUM...



Tawa dan tangis adalah permainan hidup. Hidup yang hanya dipenuhi dengan tawa ria saja akan membosankan kita.
Dalam perjalanan hidup kita pasti akan menempuhi saat berduka lara.
Air mata pasti akan mengalir keluar membasahi pipi. Itulah air mata kedukaan atau kekecewaan.. Namun dalam kegembiraan juga kita boleh mengeluarkan air mata. Itu adalah air mata kebahagiaan. Dalam kesyahduan kita sujud menghadap Yang Maha Esa pun kita boleh menitiskan air mata. Kita terkenang akan betapa kerdilnya diri kita ini di sisi-Nya. Betapa masih terlalu kurangnya amal ibadah kita. Betapa kurangnya kita bersyukur di atas nikmat dan rahmat-Nya. Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan selama ini. Itulah air mata keinsafan. Tawa ria dan tangisan adalah rencah kehidupan. Dan air mata yang masin menambahkan kenikmatan kehidupan itu sendiri.
Namun harus diingat, janganlah sampai kita mengeluarkan air mata atas perkara yang sia-sia dan melalaikan. Air mata yang sedemikian tiada nilainya di sisi Allah.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


9 comments:

  1. Sebab itulah mengalirnya airmata bukan bermakna duka-lara tetapi ada juga yg mengalirkan airmata disebabkan kegembiraan yg tidak terkata

    Tapi yg pasti perempuan dan airmata sangat akrab hubungannya.

    ReplyDelete
  2. syukran berkongsi nasihat ni...sesiapa yg mampu tersenyum di saat hati menangis kerana musibah adalah insan yg tabah..

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Kadang2 kita mengeluarkan air mata kerana mata masuk sampah.

    ReplyDelete
  4. menangis ingat akan dosa2 lalu dikatakan Allah hapuskan seksa neraka..subahanallah

    ReplyDelete
  5. Selepas menangis barulah lega rasanya.

    ReplyDelete
  6. Baca entri kak PI pun saya terasa nak menangis..
    Terkenang susah payah yg dihadapi selama ni, terasa jauh seketika dari Allah dan air mata mengalir percuma bukan keranaNya. :'(

    ReplyDelete
  7. Adakala dengan menangis itu memberi satu kekuatan baru...

    ReplyDelete
  8. air mata kerana Allah tu sgt menenangkan jiwa..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist