KERANG KALAU DIMASAK SAMBAL TUMIS DIGANDINGKAN DENGAN NASI LEMAK SEDAP SANGAT TU....KALAU DIREBUS DENGAN SERAI DAN DIMAKAN DENGAN SOS ATAU SAMBAL KICAP SEDAP JUGA....TAPI ADA KISAH MENARIK TENTANG KERANG YANG RAMAI TIDAK TAHU...
KALAU NAK TAHU JOM BACA PELAN-PELAN....PENDEK JERPUN...
pic google image
Alkisah pada satu hari ada se ekor anak kerang mengadu kepada
ibunya ada sebutir pasir tajam memasuki dan menusuk tubuhnya
“Anak ku”
Kata sang Ibu sambil bercucuran air mata
Kata sang Ibu sambil bercucuran air mata
Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tangan
pun, sehingga ibu tak dapat menolongmu. Tapi terimalah itu sebagai takdir alam
dan kuatkan hatimu dan kerahkan semangatmu. Balutlah pasir itu dengan getah
perutmu. Hanya itu yang dapat kita lakukan...nak
Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya. Ada hasilnya, tapi
rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, anak kerang
meragukan nasihat ibu nya.
Dengan air mata ia bertahan sehingga cukup lama. Tetapi tanpa di
sedari, sebutir mutiara mulai terbentuk dalam daging nya. Makin lama makin halus.
Rasa sakit pun semakin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.
Akhirnya sebutir mutiara besar indah yang bernilai mahal pun
terbentuk dengan sempurna.Penderitaannya berubah menjadi mutiara. Air matanya
berubah menjadi sangat berharga kerana dirinya lebih bertuah dari kerang lain
yang cuma di santap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Demikian juga dengan manusia yang ingin berjalan menuju pintu
kesedaran dan kedamaiaan. Tidak akan terkecuali untuk memasuki pintu
penderitaan dan kesakitan terlebih dahulu.
Allah memelihara manusia bukan saja dengan kegembiraan tetapi
juga dengan kesedihan. Allah mengurus kita tidak hanya dengan kenikmatan tetapi
jugan dengan penderiaan.
Pasrahlah mengalir bersama derita kerana ganjaran dari Allah sungguh
istimewa dan Allah Maha Mengetahui
Sumber ustazah nurbayah usman
Satu hasil yang boleh kita renungkan bersama
ReplyDeleteKerana sesungguhnya setiap kesakitan tak semuanya berakhir dgn airmata semata
Kisah yang patut menjadi renungan bersama..
ReplyDeleteMemang termenung sekejap Mrs. A lepas habis baca nih!
ReplyDeleteNice sharing K.PI
betul kak PI. derita tak semestinya berakhir dgn derita juga. saya sudah merasainya. kalau dulu asyik hujan jer, skrg sudah nampak pelanginya. ^_^
ReplyDeletewaalaikummusalam
ReplyDeleteterima kasih berkongsi...
apa2 pun kerang mmg fav saya..
Derita dahulu,bahagia kemudian
ReplyDeleteMasa baca kisah kerang tu rasa terlalu sebak, sampai ke pengajaran terus rasa terdiam. Ya, Sha dah terlalu banyak menangis, tapi Sha redha dengan apa Tuhan bagi, mungkin ada hikmah yang Sha tak tahu :)
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian berharga ini Kak Paridah.
Samalah dengan apa yang saya rasa semasa baca kisah kerang ni, Cik Sha T_T
DeleteSemoga kita sama-sama dapat melalui yang sukar dalam hidup ni.
nice sharing
ReplyDeleteSubhanallah.dlm penderitaan itu terlalu bnyk hikmahnya yng tak terjangkau dek akal fikiran.Thnks 4 sharing kak.
ReplyDeletesedih sangat! tapi tiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..
ReplyDeletefollow kak paridah #259 follow me back and keep in touch! teruskan berkarya ye kak paridah :D
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeletepengajaran dari cerita tersebut yang penting.
betul..sentiasa bersangka baik..allah maha penyayang
ReplyDeleteTKSH KAKZAKIE..ALLAH MENGASEHI HAMBA2NYA N SETIAP UJIAN BERSALUT HIKMAH.
ReplyDeleteBETUL TU SYAHIDA..TKSH.
ReplyDeleteHEH..HEH..BACA RENUNG N FIKIR..TKSH MRS A
ReplyDeletePENGALAN KITA MENGAJAR KITA FAMINYA KAN..TQ KHAIRUL BARIAH
ReplyDeleteYA SYA REDA APA SAJA TAKDIRNYA N BERSYUKUR...TQ
ReplyDeleteTKSH HASLYNDA LINN..SEDAP JUGA MKN KERANG NI.
ReplyDeleteBENAR TU SUE..TKSH
ReplyDeleteTKSH MKL
ReplyDeleteYA MAS PENDERITAAN ITU SAKIT AMAT NAMUN BESAR GANJARANNYA...TKSH
ReplyDeleteTKSH MISDARIOS SUDI FOLLOW BLOG KAK
ReplyDeleteTKSH GEE KITA SEMAT DI HATI PENGAJARAN YG BAIK.
ReplyDeleteBENAR TU WP...AMBIL PENGAJARAN YG BAIK...TQ
ReplyDeleteBENAR JM ALLAH MAHA MENGASEHANI...TQ
ReplyDeleteSusah2 dahulu pasti bersenang2 kemudian... in shaa Allah..
ReplyDeleteLuarbiasa..
ReplyDelete