Sunday, 21 August 2016

GURU DAN MURIDNYA...

ASSALAMUALAIKUM...




Once upon a time
Teringat anak murid tahun satu ..16 tahun lepas..sedap namanya yusuf rabbani..tiap kali jawab soklan apakah cita cita kamu.
Pasti jawapannya cita cita saya ialah menjadi seorang Tok kadi.jawapannya x pernah berubah samada dlm buku latihan mahupun dalam peperiksaan.Moga cita2 kamu kesampaian wpun dimana saja kamu berada Yusuf Rabbani..
masih teringat cikgu rotan kamu.kamu ada sedikit nakal.suka sakat kawan..tapi kamu x nangis..kamu kata tak sakit..lagi cikgu naik hantu masa tu..ialah cikgu kan darah mudo maso tu..semalaman cikgu tak dapat lelapkan mato..diasak pelbagai soklan..sakitkah kamu..marahkah kamu..esok pagi2 cikgu berlari2 mencari kamu.tak sabar nak jumpo kamu..tp perhimpunan sekolah pulak...cikgu berdoa moga dpat jumpa kamu..
sapo ado nampak yusuf rabbani..akhirnya cikgu dapat tanya soklan tu masa loceng terakhir kringggg..
Oh Yusuf tunggu atuk eh kek bus stand..
cikgu pun berlari tak hingat
Sambil jerit yusuf yusuf..alhamdulillah kamu ado kek bus stand tu..
Cikgu mendekati kamu.tak terkeluar suara dari anak tekak ni.tetiba je kering
Yusuf cikgu nak tanya semalam cikgu rotan kamu sakit tak
Dia geleng.tak keluar suara.
Cikgu pegang bahu kamu.yusuf cikgu minta maaf.cikgu x patut marah kamu mcm tu.cikgu ikut sangat perasaan sakit hati lps kamu kata tak sakit masa cikgu rotan tgn kamu tu..maaf kan cikgu ye
Sambil cikgu tepuk2 belakang kamu..
Masa tulah air mata kamu bergenang..masa cikgu rotan kamu x nangis..tp saat cikgu minta maaf dari kamu..kamu menangis..cikgu pun nangis masa tu..cikgu pun risau kito nangis kek bus stand tu..esok tu kamu dtg sekolah x nakal dah..cikgu pun hepi dtg sekolah..cikgu meme tak boleh jadik cikgu sejak tu..kelas cikgu paling riuh sampai guru besar dtg ke kelas.
Kelas kamu paling bising kata guru besar
Hahah cikgu x nak rotan kamu dan kawan2
Kamu semua terlalu comel
Moga kalian menjadi org yg berguna kpd agama bangsa dan negara

Wall fb Marliani Ariffin

9 comments:

  1. Wkmsalam.
    Saya pun teringat waktu darjah 2, guru kelas tanya cita2 nak jadi apa.
    Saya jawab nak jadi petani macam ayah saya. Rupanya jadi betul.

    ReplyDelete
  2. amin.. semoga jadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  3. Assalaamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kesihatan yang baik..
    Baca n3 ni...teringat pengalaman mengajar kelas bahasa arab kelas budak-budak. macam-macam pengalaman, saya pula dengan budak-budak susah nak marah..apalagi enjoy la budak-budak tu hehe...
    Sama la doa saya..agar mereka semua menjadi 'manusia' dan tidak melupakan kita di dalam doa mereka....

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak jadi cikgu,..kadang-kadang banyak hati yang kena jaga,rasa sayu pula baca kisah ini,yusuf sedap namanya.moga dia dan semua anak-aanak ni berjaya di dunia dan menjadi manusia berguna,dan akhirat nanti memperolehi syurga ALLAH

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak boleh jadi guru Kak PI..
    Kuat benor nak marah ..
    Anak2 pun pernah cakap ..
    Mama ni garang..
    Sekarang ni saya, kalau marah gi jauh2..
    Masuk bilik ke..
    tak nak marah2..
    Kekadang anak pulak pujuk kita balik :)

    ReplyDelete
  6. zmn dulu, cikgu rotan anak murid, mak bapak tak kisah, sbb tau anak depa nakal, cikgu nk displin..tapi sekrg mak bapak report polis, viral kan dlm whatsapp, fb..huhu..zaman dh berubah..

    mulia sungguh hati cikgu tu, sanggup minta maaf dgn anak murid...jasa guru tk terbalas..

    ReplyDelete
  7. saya kecil dulu ingin jua jadi guru
    tetapi kini hanya membantu ibu

    :)

    ReplyDelete
  8. cita2 pertama sy nk jd cikgu tp skrg sy dpt jd 'cikgu' utk semua murid diseluruh dunia ;-)

    ReplyDelete
  9. teringat zaman kanak2 jue dulu..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Jue Followers #250

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist