SALAM JUMAAT MULIA
PERNAH MAKAN BUAH TEBU TELOR? PI BARU TAHU ADA JENIS TEBU YANG BERBUAH DAN BOLEH DIJADIKAN SAYUR DISAMPING BATANGNYA MENGHASILKAN AIR MINUMAN YANG MANIS....TERINGIN JUGA NAK MENANAMNYA SETELAH TAHU INFO YANG DITULIS RAKAN PENULIS ILHAM SURI DI WALL FBNYA....
TEBU INI AKAN BUNTING DIHUJUNGNYA DAN MENGELUARKAN BUAH TEBU...BOLEHLAH DIPETIK UNTUK DIJADIKAN SAYUR APA SAJA...SEDAP TU
Pic Saniah Masri
Masak Lemak Putih Meranti dengan Telur Tebu
Bahan2
Telur tebu secukupnya ~ dipotong 2
Sayur meranti secukupnya ~ dicelur hingga lembut & tos airnya
cili merah ~ belah 2
bawang besar ~ belah kasar2
sejemput ikan bilis
santan secukupnya
garam secukupnya
bahan perasa jika suka
Cara menyediakan
Satukan semua bahan2 dalam satu periuk & masak hingga mendidih. Masukkan bahan perasa secukupnya. Sentiasa kacau supaya santan tak membuak. Bila sayur telur tebu lembut. Bolehlah matikan api & hidang.
Resepii http://mamawandiha.blogspot.my/
Kakak tahu PI sebab kakak betul-betul memang pure org kg
ReplyDeleteTapi sayangnya dah berpuluh tahun kakak tak jumpa lagi
Kalau ada benihnya nak kakak tanam balik kat kg.
Saya tahu kak PI..
ReplyDeleteKak Sah belakang rumah kak lang saya dikampung ada menanamnya..
Memang sedap tebu telor.. manis sangat jika di gulai dengan udang..
saya ada buat entri mengenainya di sini
http://cahayahidupku2569.blogspot.my/2013/04/gulai-telur-tebu-yummy.html
gambar belum masak macam serai.. da macam macam telur ikan plak hehe..
ReplyDeletePernah jugak tahu... membesar dengan arwah opah, memang banyak belajar... termasuk testis lembu yang boleh dimakan... haha..! tapi sha tak pernah rasa telur tebu ni, sekadar mengetahui ianya wujud dan boleh dimasak...
ReplyDeleteTak tahu pun.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian K.PI
xpenahhh
ReplyDeletePestime tgk..nmpk sedap masak lemak kn
ReplyDeleteKita org bandar tak tahu sgt PI hihi
tak pernah rasa, tapi pernah dengar je
ReplyDeleteKAK PUN BARU TAU MAR...KALAU XDAH LAMA KAK TANAM KAT RUMAH KAK...KAT RUMAH KAK PENUH DGN TEBU HITAM JE...TQ
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,selamat hari raya aidilfitri..
ReplyDeleteSaya telah terlupa dengan bunga tebu ni. masa budak-budak dulu arwah bonda selalu masukkan dalam goreng sayur campur, dan sayalah yang mengutipnya tanpa sempat diceduk oleh abang2 dan kakak2...hehe nostalgianya.
orang bandar betul saya ni..jangan kata tebu telur, sayur meranti pun tak kenal..huhu
ReplyDeletekak org kampung pun xkenal sal..inikan pula sal org bandar...pokok meranti biasanya bnyk dlm kebun kelapa n sedap disayur lemak...tq
ReplyDeleteSaya pernah makan sayur telor tebu ni masa menepat di Terengganu. Masak lemak campur telur itik atau udang.
ReplyDeleteDi JDT ni tebu telornya tak bertelur sebab kami panggil tebu kuning tu tebu telur.
Tebu kuning yang dimesen buat air tebu tu.
macam tu rupanya ye, saya tak pernah makan dan tengok
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.... di Market Central Sarikei sangat banyak dijual tebu telor oleh orang Cina kak ? Saya tak pula bertanya bagaimana ia dimasak. Setelah melihat foto ini, saya nak cubalah. Selamat Hari Raya. maaf zahir bathin kak. Maaf juga tak sempat bertandang kemari kerana sangat sibuk. Salam sayang dari Sarikei, Sarawak. :)
ReplyDeletetak pernah jumpa lg spesis tebu camni
ReplyDelete