Sunday, 31 July 2016

SAYEMBARA HAIKU...

ASSALAMUALAIKUM....

SAYEMBARA HAIKU ANJURAN SIFU TABIR ALAM UNTUK HAIJIN PENCIPTA HAIKU TELAH TAMAT HARI INI....RAMAI HAIJIN YANG MENYERTAINYA TERMASUK PI.... DAN MENERIMA HADIAH SUMBANGAN BERUPA BUKU-BUKU DARIPADA PENULIS TERKENAL  SEPERTI CT NURZA, SITI ZAITON AHMAD, NAZIM SUBARI, PADIN MAJID, PAUZI MOHD ISA, KHAZIAH YEM, YAHTI HAYATI, MASS ONN BAGI YANG MEMENANGINYA....PI TAK MENANG PUN HEH..HEH..

HAIKU SAYEMBARA TERAKHIR BERTEMAKAN BUAH KELAPA.

Haiku #1
kelapa condong –
gugur di laman orang
cambah merata

haiku #2
kelapa matang -
santan berlemak tepu
kalori tegar

haiku #3
kelapa tua -
likat lemak berminyak
akal dewasa

haiku #4

hiasan diri
anyaman daun kelapa -
tarian sewang

haiku #5
tema kelapa -
citra jelas terpamer
maksud tersirat

Haiku #6

kelapa tua –
masak gulai sekawah
resepi Perak

Haiku #7
kelapa Matag  –
perdu melempai buah
benih pilihan

haiku #8
lempeng kelapa -
cicah gulai semalam
menyorok pagi

haiku  #9
kelapa Matag -
nerseri Bagan Datoh
semaian baru

haiku # 10
kelapa gading –
tandan kuning di pohon
ditebuk tupai

haiku #11
kelapa pandan –
aroma harum amat
minat ketara

haiku #12
air kelapa -
minuman isotonik
penawar asli

haiku # 13
sagun kelapa –
manis bergula halus
serak suara

haiku #14
kelapa lawas –
permintaan meningkat
import berganda

haiku #15
kumbang kelapa -
pucuk muda kerekot
musuh petani

haiku # 16
kelapa bulat -
muat penuh selori
niaga kecil



SENARAI PEMENANG & HADIAH SUMBANGAN:
.
11/06/2016
 Sayembara #1 - Zuraida Dewi
~> Mahabbah Bahasa (Pauzi Mohd Isa)
15/06/2016
 Sayembara #2 - Nazim Mohd Subari
~> Ilham Nurani (Pauzi Mohd Isa)
18/06/2016
Sayembara #3 - Khaziah Bte Yem
~> Untukmu Ibu (Pauzi Mohd Isa)
22/06/2016
 Sayembara #4 - Pauzi Mohd Isa
~> Gurindam Bingkisan Hati (Nazim Mohd Subari)
25/06/2016
Sayembara #5 - CT Nurza
~> Senandung Tanah Merah (Khaziah Yem)
30/06/2016
Sayembara #6 - Hazama Harun
~> Komplot Menulis (Siti Zaiton Ahmad)
02/07/2016
 Sayembara #7 - (1) Nazim Mohd Subari
~> Bilang Adik Bilang (Ct Nurza)
02/07/2016
 Sayembara #7 - (2) Bayu Pagi
~> Bilang Adik Bilang (CT Nurza)
06/07/2016
 Sayembara #8 - Pauzi Mohd Isa
~> Deklarasi Tanah Cinta (Mas Onn)
09/07/2016
 Sayembara #9 - Pauzi Mohd Isa
~> Komplot Menulis (CT Nurza)
13/07/2016
Sayembara #10 - Kamarsinah Sarkam
~> Untukmu Ibu (CT Nurza)
16/07/2016
Sayembara #11 - Kamarsinah Sarkam
~> Antologi Haiku 2006 (TabirAlam)
20/07/2016
Sayembara #12 - Khaziah Yem
~> Taman Fikir (Padin Majid)
23/07/2016
Sayembara #13 - Mas Onn
~> Mahabah Bahasa (CT Nurza)
27/07/2016
Sayembara #14 - Sri Mawar
~> - Untukmu Ibu (Padin Majid)
30/07/2016
Sayembara #15
16 - Sedetik.doc (TabirAlam)

REZEKI SEPOHON BELIMBING BULUH...

ASSALAMUALAIKUM....

Di rumah PI ada sepohon belimbing buluh yang PI tanam sebaik boleh bangun dari sakit terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.


Ada rezeki-Nya pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat. Pi akan ambil buahnya untuk digunakan dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang digunakan untuk menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang jaundice.

Buahnya yang sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan banyak yang gugur setelah terlalu masak.
Dan kini semenjak sambal itam Pahang viral dan popular di merata media maya nampaknya setiapkali belimbing buluh PI berbuah menjadi rebutan penggemar sambal itam untuk memetiknya.



 Bila ramai penggunanya tidaklah belimbing hanya gugur saja…siapa yang mahu PI  beri saja. Setakat PI sekeluarga yang makannya berapa butir sangatlah.

Jiran-jitan PI yang memasak sambal itam hasil belimbing yang diambil di rumah PI selalunya akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepada PI…rezeki..PI tak minta heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah PI merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa perlu PI penat mengacaunya di kuali heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni.

     

Saturday, 30 July 2016

AYAM GORENG MAMAK..

ASSALAMUALAIKUM

RESEPI AYAM GORENG PELBAGAI JENISNYA....CUBA PULA AYAM GORENG STYLE MAMAK...RASANYA PASTI BERBEZA KESEDAPANNYA.





BUNGA-BUNGA INDAH...MEXICO

ASSALAMUALAIKUM....

BUNGA-BUNGA UNIK INDAH...










Pic facebook.

Friday, 29 July 2016

MONOLOG JUAL UBAT DARI STESEN KE STESEN....

ASSALAMMUALAIKUM…



Tuan/Puan dijemput hadir.
Persembahan di stesen KTM Kuala Lumpur pada 4 September 2016
Monolog Jual Ubat: Dari Stesen ke Stesen.
Karya dan arahan Khalid Salleh II

Sinopsis:

‘JUAL UBAT’ menghantar banyak kritikan dari sudut pandangan orang kecil – yakni tokoh Penjual Ubat; yang melihat bukan sahaja isu sosial, bahkan juga kebejatan politik, perjuangan bangsa, tidak terkecuali kedirian Melayu-Islam.

Biodata Khalid Salleh:

Khalid Salleh dilahirkan pada 29 Februari 1948 di Sungai Kantan, Kajang, Selangor. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Seri Bengkal, Batu Pahat dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, Batu Pahat. Walaupun bermula sebagai penjual ubat, Khalid akhirnya lebih dikenal sebagai penyair, pengarah, pelakon pentas, TV dan filem. Beliau pernah menjadi kolumnis di akhbar Watan pada tahun 1995, dan kemudian menjadi kolumnis di akhbar Berita Harian.

Bukunya yang pernah diterbitkan berjudul Bukan Apa-apa (1988), manakala kumpulan skrip drama pentasnya berjudul Kena Main (1999) dan Pandirnya Si Pandir (2012). Manakala bukunya Melayu Hilang Di Dunia (2012) merupakan sebuah pandangan kritis beliau tentang nasib masa depan bangsanya.

Drama-drama yang pernah ditulis dan diarahkannya seperti Bertam-bertam Bukan Semambu (1984), Umbut Mayang Mengurai (1985), Sijil Penuh (1987), Mat Cincai (1988), Pawang (1989), Si Bereng-bereng (1990), Gong Gedombak (1992), Ningg... (1992), Kena Main (1994), Brang Breng Brung (1996), Seng Ora Ora (1998), Hang Tak Tuah (1999), Pandir Si Pandir (2001), Bangsat (2005) dan Benda Sulit (2005). Beliau juga telaah beberapa kali ke luar negara untuk mementaskan teater seperti ke 2nd Asia Monodrama Festival di Taiwan (1989), 3rd Asia Monodrama Festival di Jepun (1991) dan Non-Verval Theatre Festival di Calcutta (1992) dan New Delhi (1993). Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan hadiah.

Antara anugerah dan hadiah yang diterimanya seperti hadiah Sastera Malaysia dengan puisi “Percikan Sinar” (1984/85), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Azizah The Legend (1994), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Taipei untuk filem Jogho (1998), Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin TV3 (1999), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-14 (1999) dan Anugerah Karyawan Teater, Anugerah Seni Negara (2006).


Sumber Dr. Fahd Razy facebook

BUAT KAWAN-KAWANKU...

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA.

PESANAN BUAT KAWAN

Sedikit pesanan buat kawanku
yang kini sudah diusia senja
sudahlah jauh masa berlalu
pastilah malam akan menjelma.
Ibarat kita belayar rakit
kita dah hampir nak ke pengkalan
masa yang tinggal hanya sedikit
sebaik mungkin kita gunakan.
Usah difikir akan duniawi
tersilau akan wang dan ringgit
bekalan pulang teruslah cari
semasa sihat sebelum sakit.
Masa yang ada jangan dibuang
tambahkan amal waktu yang ada
siapkan bekal nak bawa pulang
untuk bertemu Allah Yang Esa.
Diwaktu diri kudratnya kuat
pergilah mana kita nak pergi
berjumpa ikhwan bertemu sahabat
masanya singkat sudahlah pasti.
Kalau selera rasa nak makan
makanlah apa yang dihajati
kok nikmat selera diambil Tuhan
segalanya sudah tiada bererti.
Janganlah kita rasa kecewa
mengenang akan nasib yang malang
semuanya takdir Yang Maha Kuasa
iman dan taqwa janganlah hilang.
Dekatnya waktu makin terasa
sesingkat senja di siang hari
apabila tiba akannya masa
tinggallah dunia yang fana ini.
Riwayat hidup begitulah rupa
sampai saatnya akan terhenti
semuanya itu sudah tertinta
semenjak dari azali lagi.

Thursday, 28 July 2016

HAIKU ANGSA...

ASSALAMUALAIKUM...




haiku #1
kolam binaan -
deko lanskap laman
seekor angsa

haiku #2
sepotong kuih –
rebutan angsa putih
piring berlumpur

haiku #3
di tepi danau -
seekor angsa tua
menggamit pandang

haiku #4
makanan angsa -
campuran dedak halus
tiada sisa

haiku #5
gimrama ballet -
Majlis Sukan Negara
tarian angsa

haiku #6
sereban angsa -
merata telur memutih
sekawah gulai

haiku #7
tasek beriak -
sekawan swan lake
seri suasana

haiku #8

tenang di kolam
angsa berbulu putih -
berteman bayang

haiku #9
seekor angsa -
mengawal rumah gedang
malang pengganggu

haiku #10
teriakan angsa –
gema riuh sekampung
damai terusik

haiku #11
cerita rakyat –
angsa bertelor emas
selamat malam

haiku # 12
serunding angsa –
kenduri doa tahlil
berkat bertandang

haiku #13
pelepah angsa –
di rambut Red Indian
lambang wira

haiku #14
sekawan angsa –
beradu di reban
selsema h1n1

haiku #15
seputih angsa -
bergantungan lelangit
cantuman reja

haiku #16
angsa tersesat –
jauh pinggiran kampung
pulang bersambut

haiku #17
pensel mewarna
angsa berbentuk besar –
kelas Tadika


 PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.

Wednesday, 27 July 2016

ORKID POKOK...

ASSALAMUALAIKUM....

BUKAN POKOK ORKID TAPI ORKID YG MENUMPANG HIDUP DI POKOK....
BIASANYA KALAU DI KAMPUNG JENIS ORKID MERPATI DLL...CANTIK SUNGGUH KAN JIKA ADA POKOK-POKOK SEKITAR LAMAN RUMAH KITA DITUMPANGI ORKID YANG BERBUNG LEBAT BEGINI.









Pic facebook.

Tuesday, 26 July 2016

HEMOROID/BUASIR..PETUA/.PANTANG LARANG MAKANAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran

Penyebab utama
·         Sentiasa duduk
·         Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
·         Cirit-birit
·         Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
·         Batuk yang teruk
·         Bersalin
·         Mengangkat berat
·         Seks dubur
PETUA BUASIR








Boleh juga guna cara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun/ Olive Oil bersama Inai dipermukaan buasiritu. Sambil itu amalkan memakan minyak Zaitun. Insyallah sembuh

Seorang jiran PI yang menghidapi penyakit ini memberitahu beliau pantang banyak jenis buah kayu bermusim seperti durian, rambutan, dokong, langsat dan buah mata kucing. Menurut beliau buahan ini amat berbisa dan memberi kesan
sakit yang ketara.



Sumber wikipedia
http://herbaramuantaufiq.blogspot.my/


MELANSKAP LAMAN INDAH....

ASSALAMUALAIKUM...

BAGI YANG BERADA DI RUMAH KERANA BERCUTI ATAU TIDAK BERKERJA SECARA TERIKAT JADUALNYA BOLEHLAH MENINJAU SEKITAR LAMAN RUMAH MENGUBAHSUAI APA YANG PATUT SESUAI CITARASA KEGEMARAN....LAMAN YANG INDAH DIPANDANG MENDAMAIKAN SEKALI...







Pic facebook


MyBloglist