Friday, 22 July 2016

MENGURUSI KEMISKINAN DIRI....

ASSALAMUALAIKUM…

MENGURUSI KEMISKINAN DIRI

Bagaimana mahu mengurusinya? bukan kemiskinan harta benda saja yang menjadi masalah besar untuk diurusi dengan bijaksana. Entah macam mana tiba-tiba kita jatuh miskin kerana telah hilang kekayaan kesihatan.

Kesihatan yang baik adalah kekayaan yang tidak ternilai. tetapi kita tidak tahu selama mana allah meminjamkannya kepada kita.

Sedar-sedar saja kita hanya terlantar di katil akibat sakit kemalangan atau stroke. Sedangkan semalam kita elok sihat, riang gembira melakukan aktiviti yang kita sukai.

Dan kita terasa begitu kehilangan, jemu melayani kesakitan yang entah bila akan pulih sediakala, di samping sentiasa merasa terabai lantaran terpaksa bergantung kepada pertolongan mereka yang terdekat untuk membantu kesusahan kita.

Setelah terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya hati kecil akan bertambah kecil, cepat terasa dengan tutur bahasa yang agak kasar walau bagi setengah orang yang segar bugar biasa saja. Tapi bagi pesakit ia sangat melukakan perasaan.

Penawar kepada sakit zahir/batin itu tentulah hanya dengan mengingati allah. zikrullah. Allah telah menentukan takdir hidup kita dengan bersebab. Tentu ada rahmat disebaliknya yang tidak diketahui. sentiasa berfikiran positif.

seperti diriku berpuluh tahun duduk sakit, berdiri sakit, tidur sakit sebab terlalu lama menghadapinya menjadi mangli. tidak kisah lagi dengan pandangan sinis rakan/taulan,saudara kerana jeleknya rupa yang semakin memualkan hari demi hari kerna tidak mampu lagi mengurus kemasylahatan diri.

Seboleh-bolehnya walau hanya miliki sedikit upaya berusahalah menolong diri sendiri agar tidak menyusahkan mereka yang terdekat dan sentiasa menolong kita. Cuba fahami dan sama-sama toleran juga.

PI menulis berdasarkan pengalaman dan merasa sedih mendengar khabar kawan-kawan yang dulunya menziarahiku dan menuturkan kata nasihat, memberi semangat hidup kini telah jatuh sakit akibat stroke atau lain-lain penyakit yang tidak diinginkan samasekali.

semoga mereka akan tabah sepertiku meneruskan hidup SEADANYA SELAGI ALLAH MAHUKAN KITA BERNAFAS DAN MENIKMATI REZEKINYA TANPA BERKELUHKESAH TAPI REDHA....
Sebenarnya PI merasa amat sedih kerana emak PI sehari selepas raya baru-baru ni tiba-tiba sakit perut sehingga sukar membuang angin. Setelah diberi rawatan homoepati elok sedikit kesihatannya dan cergas ke sana-sini. Kini sakit itu menyerang lagi menyebabkan dirinya lemah dan lumpuh. PI pula tidak dapat menolong emak sebab PI pun half-paralised tidak bertenaga. Hanya adik PI yang menjaganya tapi sentiasa bergelut dengan tugasannya sebagai guru. PI hanya mampu berdoa agar Allah segera menyembuhkan sakit emak PI dan kembali pulih seperti sediakala Insya-Allah.

Bersama kita mendoakan emak PI ya…mungkin antara doa-doa kawan-kawan yang tulus murni melepasi hijab dan dimakbulkan Allah.

16 comments:

  1. sentiasa tabah kak..

    In Sha Allah emak kak akan sht..

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik... sama2lah kita mendoanya..

    ReplyDelete
  3. Semoga maknye cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Semoga keluarga akak Paridah semua sentiasa kuat dan tabah hadapi ujian ini. Semoga emak akak kembali sihat.

    ReplyDelete
  5. selain berdoa..saya amat anjurkan bersedekah untuk menyembuh penyakit..lakukan itu sebagai ikthiar utama

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum PI..berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersabarlah dalam apa jg masalah..serahkan padaNya...Allah loebih tahu. Semoga tabah dan cepat sembuh ya ibu PI..dan moga jg PI sihat2 selalu. amiin

    ReplyDelete
  7. Mohon maaf jarang dah ke blog ya..sesekali..inilah nak jaga kesihatan..apapun masa selalu membatasi diri

    ReplyDelete
  8. Semoga diberi kemudahan buat kak PI dan rakan2.

    ReplyDelete
  9. Wkmsalam.
    Didoakan PI dan ibu sentiasa dalam lindungan Allah.
    Tabah denag ujian hidup.

    ReplyDelete
  10. Didoakan mak Kak PI sembuh seperti sediakala..dan Kak PI dan keluarga sentiasa tabah..

    ReplyDelete
  11. semoga P dan emak P akan sentiasa sihat kembali ameenn
    memang mudah berkata2 tapi tidak bagi yg menanggungnya
    kaknoor harap P akan tabah dgn dugaan ALLAH ya

    ReplyDelete
  12. Terima kasih noor soanya..amiin...insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Sedih bila ini yg terjadi. Ujian bukan kepada yg sakit aje tapi kepada yg sihat sejauh mana mampu bersabar mengurusi mereka yg memerlukan bantuan. Bapak kakak sekarang pun sama 90% kami yg buat. Mandi, pakaikan losyen, pakaikan baju, urut/picit-picit bagi dia sampai tidur. Suap makan-minum walau dia boleh buat sendiri kami buatkan. Kalau dia kata nak buat baru kami bagi. Sedih memang sedih. Moga kita semua kuat dgn ujian ini PI.

    Doa kakak juga titip buat PI dan mak PI.

    ReplyDelete
  14. ya kakzakie moga kita tabah dgn ujian Allah..terima kasih doa kakzakie n kak juga mendoakan ayah kak zakie akan pulih sediakala

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist