Friday, 15 July 2016

TEBU TELOR?

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA

PERNAH MAKAN BUAH TEBU TELOR? PI BARU TAHU ADA JENIS TEBU YANG BERBUAH DAN BOLEH DIJADIKAN SAYUR DISAMPING BATANGNYA MENGHASILKAN AIR MINUMAN YANG MANIS....TERINGIN JUGA NAK MENANAMNYA SETELAH TAHU INFO YANG DITULIS RAKAN PENULIS ILHAM SURI DI WALL FBNYA....

TEBU INI AKAN BUNTING DIHUJUNGNYA DAN MENGELUARKAN BUAH TEBU...BOLEHLAH DIPETIK UNTUK DIJADIKAN SAYUR APA SAJA...SEDAP TU



Pic Saniah Masri

Masak Lemak Putih Meranti dengan Telur Tebu

Bahan2

Telur tebu secukupnya ~ dipotong 2
Sayur meranti secukupnya ~ dicelur hingga lembut & tos airnya
cili merah ~ belah 2
bawang besar ~ belah kasar2
sejemput ikan bilis
santan secukupnya
garam secukupnya
bahan perasa jika suka 

Cara menyediakan
Satukan semua bahan2 dalam satu periuk & masak hingga mendidih. Masukkan bahan perasa secukupnya.  Sentiasa kacau supaya santan tak membuak. Bila sayur telur tebu lembut. Bolehlah matikan api & hidang.

Resepii http://mamawandiha.blogspot.my/

16 comments:

  1. Kakak tahu PI sebab kakak betul-betul memang pure org kg
    Tapi sayangnya dah berpuluh tahun kakak tak jumpa lagi
    Kalau ada benihnya nak kakak tanam balik kat kg.

    ReplyDelete
  2. Saya tahu kak PI..
    Kak Sah belakang rumah kak lang saya dikampung ada menanamnya..
    Memang sedap tebu telor.. manis sangat jika di gulai dengan udang..
    saya ada buat entri mengenainya di sini
    http://cahayahidupku2569.blogspot.my/2013/04/gulai-telur-tebu-yummy.html

    ReplyDelete
  3. gambar belum masak macam serai.. da macam macam telur ikan plak hehe..

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak tahu... membesar dengan arwah opah, memang banyak belajar... termasuk testis lembu yang boleh dimakan... haha..! tapi sha tak pernah rasa telur tebu ni, sekadar mengetahui ianya wujud dan boleh dimasak...

    ReplyDelete
  5. Tak tahu pun.
    Terima kasih atas perkongsian K.PI

    ReplyDelete
  6. Pestime tgk..nmpk sedap masak lemak kn
    Kita org bandar tak tahu sgt PI hihi

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa, tapi pernah dengar je

    ReplyDelete
  8. KAK PUN BARU TAU MAR...KALAU XDAH LAMA KAK TANAM KAT RUMAH KAK...KAT RUMAH KAK PENUH DGN TEBU HITAM JE...TQ

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak,selamat hari raya aidilfitri..
    Saya telah terlupa dengan bunga tebu ni. masa budak-budak dulu arwah bonda selalu masukkan dalam goreng sayur campur, dan sayalah yang mengutipnya tanpa sempat diceduk oleh abang2 dan kakak2...hehe nostalgianya.

    ReplyDelete
  10. orang bandar betul saya ni..jangan kata tebu telur, sayur meranti pun tak kenal..huhu

    ReplyDelete
  11. kak org kampung pun xkenal sal..inikan pula sal org bandar...pokok meranti biasanya bnyk dlm kebun kelapa n sedap disayur lemak...tq

    ReplyDelete
  12. Saya pernah makan sayur telor tebu ni masa menepat di Terengganu. Masak lemak campur telur itik atau udang.
    Di JDT ni tebu telornya tak bertelur sebab kami panggil tebu kuning tu tebu telur.
    Tebu kuning yang dimesen buat air tebu tu.

    ReplyDelete
  13. macam tu rupanya ye, saya tak pernah makan dan tengok

    ReplyDelete
  14. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.... di Market Central Sarikei sangat banyak dijual tebu telor oleh orang Cina kak ? Saya tak pula bertanya bagaimana ia dimasak. Setelah melihat foto ini, saya nak cubalah. Selamat Hari Raya. maaf zahir bathin kak. Maaf juga tak sempat bertandang kemari kerana sangat sibuk. Salam sayang dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  15. tak pernah jumpa lg spesis tebu camni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist