Thursday, 28 July 2016

HAIKU ANGSA...

ASSALAMUALAIKUM...




haiku #1
kolam binaan -
deko lanskap laman
seekor angsa

haiku #2
sepotong kuih –
rebutan angsa putih
piring berlumpur

haiku #3
di tepi danau -
seekor angsa tua
menggamit pandang

haiku #4
makanan angsa -
campuran dedak halus
tiada sisa

haiku #5
gimrama ballet -
Majlis Sukan Negara
tarian angsa

haiku #6
sereban angsa -
merata telur memutih
sekawah gulai

haiku #7
tasek beriak -
sekawan swan lake
seri suasana

haiku #8

tenang di kolam
angsa berbulu putih -
berteman bayang

haiku #9
seekor angsa -
mengawal rumah gedang
malang pengganggu

haiku #10
teriakan angsa –
gema riuh sekampung
damai terusik

haiku #11
cerita rakyat –
angsa bertelor emas
selamat malam

haiku # 12
serunding angsa –
kenduri doa tahlil
berkat bertandang

haiku #13
pelepah angsa –
di rambut Red Indian
lambang wira

haiku #14
sekawan angsa –
beradu di reban
selsema h1n1

haiku #15
seputih angsa -
bergantungan lelangit
cantuman reja

haiku #16
angsa tersesat –
jauh pinggiran kampung
pulang bersambut

haiku #17
pensel mewarna
angsa berbentuk besar –
kelas Tadika


 PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.

10 comments:

  1. Blog Paridah Ishak
    gambar angsa putih
    membaca mata terpaku

    ReplyDelete
  2. Bnyk maksud tersirat disebalik yg tersurat ni kak PI...

    ReplyDelete
  3. angsa putih sentiasa menarik perhatian...
    putih suci bersih je nampak.. =) indah ciptaan Allah

    ReplyDelete
  4. Pelbagai kisah angsa ni kak PI..
    Walaupun takut kita dekatinya..

    ReplyDelete
  5. masa kecil2 dulu takut nak lalu depan angsa kerana takut disudunya...

    ReplyDelete
  6. pensel warna Swan...menggamit memori..
    zman sekolah rendah dulu, ayah ada bela angsa..selalu kena gigit dgn angsa..

    ReplyDelete
  7. masa kecil dulu pernah dikejar angsa..haru biru juga dibuatnya

    ReplyDelete
  8. Memberi gambaran untuk pelbagai situasi
    Salam Jumaat Kak PI

    ReplyDelete
  9. angsa putih dikolam sangat cantik

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist