ASSALAMUALAIKUM...
SEMALAM PI ADA TEMUJANJI DI HOSPITAL SELAYANG BERTEMU PAKAR TULANG...TERLALU RAMAI PESAKIT YANG SAKITNYA MELIBATKAN SARAF DAN TULANG SEHINGGA WHEEL CHAIR YANG DISEDIAKAN PIHAK HOSPITAL TIDAK MENCUKUPI...
....UNTUK TIDAK MELEWATKAN MASA MEMENUHI JANJI YANG DITETAPKAN ANAK PI TERPAKSA MEMBELI WHEEL CHAIR BARU DENGAN HARGA 390 RM....MAHAL JUGA KAN....SEPATUTNYA HARGA WHEEL CHAIR UNTUK KEGUNAAN MEREKA YANG SAKIT DAN KURANG UPAYA RENDAH SAJA DAN DIBAWAH PENGAWASAN KERAJAAN....SEBAB ANAK PI BARU NI ADA JUGA MEMBELI WHEEL CHAIR DI BANDAR SELAYANG DENGAN HARGA 250 RM SAJA...JAUH BERBEZA KAN HARGANYA.....
TAPI DI SAAT KITA PERLUKANNYA AMAT TERPAKSALAH KITA MENYABARKAN DIRI....LAGIPUN MEMANG BERCADANG NAK TAMBAH LAGI WHEEL CHAIR UNTUK KEGUNAAN LUAR RUMAH.
SETELAH LAMA DI RUANG MENUNGGU AKHIRNYA TIBA GILIRAN MENEMUI DOKTOR...KEMUDIAN BERTEMU PERAWAT PULA UNTUK MEMBUKA SIMEN DI KAKI...KAKI YANG PATAH MEMANGLAH SAKIT WALAU DISENTUH SEDIKIT...TAPI YANG MERAWATNYA BERTUTUR LUNAK MELEGAKAN SEDIKIT RASA SAKIT....
SEORANG MISI YANG CANTIK MANIS MENGATAKAN BELIAU MENGENALI PI KERANA SEKAMPUNG DENGAN PI....WAH BAGUS SEKALI INGATAN GADIS MUDA INI....MAAFLAH PI MEMANG TIDAK MENGECAM WAJAHNYA DAN DIRINYA MUNGKIN SEBAYA DENGAN ANAK-ANAK PI
DI BANDAR BESAR INI DI INSTITUSI TERKENAL JARANG SEKALI ADA YANG MAHU MENGAKUI MENGENALI KITA APALAGI KALAU KITA INI OKU KAN...BAIK SEKALI BUDI BAHASA MISI ORANG KAMPUNG PI NI.
SELESAI DERITA MENUKAR BANDAGE KAKI YANG PATAH DAN DOKTOR MENGESAN TERDAPAT LUKA DI KAKI...ENTAH APA SEBABNYA....DOKTOR MENCADANGKAN PI MEMBUAT RAWATAN DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN...SIAP BAGI SURAT LAGI.
KETIGA-TIGA ANAK LELAKI PI MEMBAWA PI KE PUSAT KESIHATAN YANG BERADA DI TAMAN PERUMAHAN EHSAN KEPONG....PERTAMA KALI PI LIHAT TERLALU RAMAI PESAKIT MEMENUHI RUANG MENUNGGU UNTUK DAPATKAN RAWATAN DI PUSAT KESIHATAN KECIL...
KALAU DI TEMPAT PI SUASANA DI PUSAT KESIHATAN TIDAKLAH SESIBUK INI...PESAKITNYA PUN BOLEH DIBILANG DENGAN JARI....NAMPAKNYA RAMAI SEKALI YANG SAKIT DI BANDAR DAN PUSAT KESIHATAN KERAJAAN MENJADI TUMPUAN UNTUK MENJIMATKAN KOS PERUBATAN RAKYAT MARHAEN...
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
4 hours ago
Apa pun yg membanggakan kakak PI punya anak-anak yg prihatin. Kakak tabik pada mereka. Bukan seorg yg menghantar tapi bertiga. Alhamdulillah... sejuk rasa hati kakak sebagai ibu. Bagi kita yy jadi anak duit tak jadi halangan asal aje mak/ayah kita terjaga rapi. Itulah yg 'hero-hero' PI buat.
ReplyDeleteINSYAALLAH KAK ZAKIE...TIGA HERO PI INI AMAT BANYAK MEMBANTU PI YG OKU N SDG KESAKITAN INI...SYUKUR ALHAMDULILLAH..TKSH.
ReplyDeleteSemuga cepat sembuh ya kak. Mungkin tulang lambat sembuh kerana faktor usia apa pun jangan banyak renyah nanti lagi lambat nak sihat. Syukur anak-anak bersusah payah menghantar maknya pergi checkup. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan Akak.
ReplyDeleteAMIIN TKSH NOTIE..INSYAALLAH..YELA NOTIE TULANG DH HBS REPUT SBB KETUAAN USIA.
DeleteMoga PI cepat sembuh ...Alhamdulilah,anak2 PI begitu ambil berat pada ibunya yang tak sehat.
ReplyDeleteBetullah PI di klinik kesihatan sekarang ni ramai yang dapatkan rawatan memandangkan kos2 perubatan di swasta sekarang semakin mahal .
seronoknya anak2 menemani PI membuat rawatan, dalam kesakitan pasti ada rasa gembira dengan keprihatinan anak2 kan, moga PI terus diberikan kesembuhan ya
ReplyDeletesakit tu kifarah dari tuhan..salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita.banyakkan bersabar :)
ReplyDeletemoga cepat sembuh.
ReplyDeletesemoga kak PI cepat sembuh seperti sediakala...saya pun pegi klinik kesihatan, mmg ramai, menunggu tu jemu juga..
ReplyDeleteHospital Selayang ni masalah tempat letak kereta..stress sungguh..
Apa pun syukurlah kak PI... saya pernah ke kepong tu, lagi pun tak jauh dgn rumah lama saya... mmg klu waktu checkup sgt2 sarat dgn org... arwah ayah saya pun pernah berminggu di rawat di Selayang sblum ditukar ke Sg Buloh... faham sgt situasi apatah lagi org yg 'berhotel' di hospital ni.
ReplyDeleteMoga PI tabah menghadapi dugaan2 ini dan moga Allah permudahkan semua urusan kak PI. Alhamdulillah anak2 semua bertanggungjawab dan prihatin =)
ReplyDeleteSekarang pusat kesihatan kerajaan memang penuh sesak sebab rawatan di klinik swasta sangat mahal.
ReplyDeleteSemoga pn cepat sembuh.
Semoga Kak PI cepat2 sembuh dan dimudahkan segala urusan...
ReplyDeleteMemang begitulah keadaan di pusat2 kesihatan kerajaan...selalu aje penuh :(
semoga cepat sembuh kak PI..
ReplyDeleteAMIIN..TKSH WAWA
ReplyDeleteutg PI ada anak lelaki yg ramai . mudah bila perlukan bantuan . semoga cepat sembuh dan dipermudahkan ...
ReplyDelete