Thursday, 30 June 2016

HAIKU KURMA..

ASSALAMUALAIKUM....

TAMAR ADALAH KURMA KERING DAN RUTHAB ADALAH KURMA SEGAR YANG LEMBIK....BERBUKA PUASA DENGAN KURMA, TAMAR, RUTHAB ADALAH SUNAH RASUL YANG MEMBERI GANJARAN PAHALA TAK TERDUGA....DAN BERHAIKU KURMA ADALAH KEGEMBIRAAN PI MERAIKAN RAMADAN HEH..HEH..



Haiku # 1
Bersahur tamar-
Berlalu siang panjang
Bergema azan

haiku #2
kerudung ungu –
wajah semanis kurma
jelitawan desa

haiku #3
doa Rasullullah-
sepohon kurma girang
tanaman syurga

haiku #4
sebalang acar –
campuran tamar kering
produk halal

haiku #5
telekung putih –
sebutir tamar ajwa
fikiran tenang

haiku # 6
pameran masakan–
sepiring puding tamar
juri berunding

haiku #7
diet terbaik -
amalan makan tamar
kalori rendah

haiku #8
kurma dipetik –
lading luas menghijau
makanan sunah-
nutrisi wajib tubuh






haiku #9
sepohon kurma –
hawa kering el-nino
mayang melempai

haiku #10
tamar Najwa –
butiran kecil manis
pilihan Rasul

haiku #11
gangguan sihir-
tujuh bilangan tamar
muntahan bias

haiku #12
sekotak rutab –
makin berkurang isi
hari berlalu

haiku #13
gurun Saudi
jajaran pohon kurma
ladang insani

haiku #14
ramai pengunjung –
pasar tamar madinah
bertukar ringgit

haiku #15
aneka tamar-
dalam piring hidangan
tamu madrasah

haiku #16
tamar pilihan –
giat cernaan usus
gejolak segah

haiku #16
bekalan tamar –
berkotak dalam kedai
tiada gusar

haiku #17
kek buahan
adunan rutab Yaman-
potongan kiub


PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA


Wednesday, 29 June 2016

CEK NUFFNANG...

ASSALAMUALAIKUM...

CEK KETIGA NUFFNANG


SETELAH HAMPIR DUA TAHUN TIADA SEBARANG CEK KIRIMAN NUFFNANG KERNA DENDA CLICK FRAUD YANG MEREKA KESAN BERLAKU AKHIRNYA CEK KETIGA DILULUSKAN JUGA...REZEKI RAMADAN MENJELANG SYAWAL SYUKUR ALHAMDULILLAH.
TERIMA KASIH NUFFNANG...MOGA DIMASA DEPAN TIADA MASALAH CLICK FRAUD YANG MENJEJASKAN BAYARAN NUFFNANG.
CEK NUFFNANG YANG PI TERIMA HUJUNG BULAN MEI BARU NI SEJUMLAH 98.80 JE...BANYAK TU..


Tuesday, 28 June 2016

RAMADAN MULIA..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ahlan wasahlan Romadhan mulia
hadirmu membawa bahagia ria

Musim bungamu sedang berkuntum
semerbak mekar lagi harum

Laksana itulah Romadhan indah
sebulan berpuasa bukan masalah

Bertuah sungguh nasib dirimu
Romadhan ini masih bertemu

Kutiplah permata pahala berharga
yang bertaburan merata-rata

Allah janjikan kepada hamba-Nya
setiap amal ditaksir berganda

Setiap denyut nafas dihembus
berzikir bertasbih berdoa tulus

Ayat suci lagukan merdu
sunyi malam tiada terganggu

Ringankan tangan menghulur memberi
zahirkan ihsan sifat manusiawi

Lailaturqadar terang bercahaya
setiap detiknya amalan dikira

Mesti direbut mesti dicari
fadhilah berkahnya bakal merahmati















Monday, 27 June 2016

PARIT PERAK TENGAH....

ASSALAMUALAIKUM...

PARIT PERAK TENGAH

KENANGAN CINTA

Dari Layang layang kiri ke Layang layang kanan
Dari Bota kiri ke Bota kanan
Sejarah silam penuh kenangan
Masih abadi dalam lipatan
32800 Jalan Si Puteh Pekan Parit
Surat dikirim manis dicoret
Ukir janji pertemuan
Di menara jam tinggi Parit
Sedang musim buah kayu
Meriahnya suasana meriangkan
Manggis rambutan langsat dokong durian pulasan
Rezeki dagangan tempatan jelangnya tahunan
Umpama cintaku yang tidak kesampaian
Bermusim barum bak durian

Paridah Ishak
Selayang Utama

2 Jun 2016

Sunday, 26 June 2016

BISKUT RAYA MEWAH CAFE...

ASSALAMUALAIKUM...

ADIK PI FAZILAH SEORANG YANG SANGAT RAJIN BERNIAGA DAN MILIKI BISNIS CAFE DI TENGAH BANDAR BENTONG....BELIAU JUGA ADALAH AHLI PERSATUAN PENJAJA BENTONG YANG GIAT DENGAN AKTIVITI PERNIAGAAN...

DALAM BULAN RAMADAN YANG SEMAKIN BERHUJUNG NI TENTULAH FOKUS PERNIAGAANNYA LEBIH KEPADA PERSIAPAN MENYAMBUT LEBARAN SEPERTI KUIH/COOKIES RAYA, BAJU RAYA DLL...
KALAU ADA KESEMPATAN BOLEHLAH TURUN KE BENTONG UNTUK DAPATKAN APA SAJA KEPERLUAN YANG DIINGINKAN...KAT BAZAR ADILFITRI DATARAN BENTONG






PIC FB ILA MEWAH



Saturday, 25 June 2016

POPIA CHEESE VOLCANO...

ASSALAMUALAIKUM....

JOM MULA BUAT BISKUT/COOKIES YANG MUDAH...DAH TAK LAMA NAK RAYA NI...


POPIA CHEESE VOLCANO style Yunique Culinaire!

Byk ari da mengidam.Dapat resepi dari group ni jugak yang guna super ring tu.Tq! cuma ingkar skit sbb sy suka pedas.Tambah cili volcano meletops u ols.Lekat2 kat jari seasoning dia.

Resepi
1.Potong kulit popia
2.Goreng api slow jgn kuning sgt.Toss kan minyak
3.Blend kering Gula icing,serbuk cili,garam sikit,serbuk cheese( kalau ada)/SUPER RING.Sy tambah secubit volcano cili powder HEXA untuk efek pedas api volcano. adjust rasa ikut tekak.pastu gaul.simpan dlm botol kedap udara.

P/s: kalau guna serbuk cheese da xpyh super ring dah.ini untuk yg xjumpa serbuk cheese



POPIA NESTUM HORLICK

Bahan2nya:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum origanal
**1/2 cwn susu tepung (aku guna dutch lady)
**1/2 cwn horlick
**1/2 cwn gula castor
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:

1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.

2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong2.. 1 gulung boleh digunting kpd 10 bhgian. Gunting semua.





LIKE PAGE JOM BUAT BISKUT.

Thursday, 23 June 2016

HAIKU SEBENTUK CINCIN...

ASSALAMUALAIKUM...

MUTAKHIR INI SEJAK PATAH KAKI SEMINGGU LALU KEAKTIFAN PI DI BLOG SEMAKIN LEMBAB...DULU2 PUN LEMBAB JUGA DAN TAK SEPANTAS BLOGGER YANG NORMAL LAGI BIJAK DAN BANYAK IDE...TAPI MINAT BLOGGING MASIH ADA...SAKITNYA DI KAKI TAK MENGGANGGU JEMARI YANG MENGETIP KEYBOARD TAPI KADANG GANGGUAN KESAKITAN KAKI TERASA MENYELURUH TUBUH HINGGA MINDA TAK MAMPU MENGAWALNYA...JAWABNYA TIDUR SAJALAH.

KEBETULAN LA NI PI SEDANG SERTAI SAYEMBARA HAIKU ANJURAN SIFU TABIR ALAM...JADI DAPATLAH JUGA UPDATE BLOG DENGAN HAIKU NUKILAN PI....

MOHON BERBANYAK MAAF KERANA KADANGKALA TAK SEMPAT NAK BW KE BLOG KAWAN-KAWAN SEPERTI SELALU...TETAPI TETAP JUGA AKAN DICUBA MELAKUKANNYA.

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN DENGAN SESUNGGUH HATI...MERAIH KEBERKATAN-NYA.

Pic google images
  Haiku #1
Cincin berlian
Lautan bergelora ;
Mainan mimpi

Haiku #2
Awal Januari –
Catat sejarah manis
Cincin disambut

Haiku #3
Hari lebaran –
Dulang lamaran kasih
Cincin bermata

Haiku #4
Awal Muharam –
Resmi ikatan cinta
Cincin di jari

Haiku #5
Dedaunan kering –
Cincin melorot jatuh
Rusuh mendera

Haiku #6
Ziarah Syawal –
Sebentuk cincin emas
Gemerlap sinar

Haiku #7
Iftar Ramadan –
Kuih gelungan cincin
Gabung selera

Haiku #8
Maghrib pertama –
 Cincin berbatu akik
Jubah kelabu

Haiku #9
Lailatulqadar-
seluruh alam indah
cincin Ilahi

haiku #10
zakat Ramadan –
cincin emas dipajak
tawakal rela




 haiku #11

kelapa sawit –
perintang waktu senggang
cincin ukiran

haiku #12
ibadah haji –
cincin pengenalan diri
warga negara

haiku #13

hari Arafah –
mustajab doa tulus
cincin gemerlap

haiku #15
duit raya bersampul –
cincin di ikat hujung
kumpul simpanan

haiku #16
hadiah kasih
cincin jutaan ringgit:
Afrika Tengah

Haiku # 17

Rumah terbuka –
Hiasan sarat badan
cincin bersinar

Haiku #18
Perhiasan dunia:
Sekuntum mawar
Cincin di jari

Haiku #19
Hadiah raya –
Cincin batu berlian
Alhamdulillah

Haiku   #20
Berbaju raya –
Leher telok belanga
Cincin tiruan


Paridah Ishak
Selayang Utama







Wednesday, 22 June 2016

SEKEPING KAD RAYA SEHELAI SHAWL UNGU...

ASSALAMUALAIKUM.....


HEH..HEH ABAIKAN PIC YANG TAK MENJADI NI YA....HANYA SECEBIS SAJA YANG MAMPU DI SNAP CAMERA HP....TAPI INILAH TANDA INGATAN TULUS IKHLAS KIRIMAN BLOGGER QASEH VEE...http://harumankasehvee.blogspot.com/2016/06/duit-raya-rm2000-hanya-dengan-gambar.html#more

SEBENARNYA MASUK KALI INI SUDAH TIGA KAD RAYA PI TERIMA DARIPADA QV...BLOGGER MUDA LAGI KIUT DENGAN TERBITAN ANEKA ENTRY MENARIK DI BLOG BELIAU...BANYAK INFO DAN ILMU YANG BOLEH DIPEROLEHI..TAK RUGI JIKA SELALU SINGGAH DI SINI...DIHARGAI DAN DAPAT HADIAH LAGI  MACAM PI HEH..HEH..

TERIMA KASIH BANYAK QV KIRIMAN HADIAHNYA...MENYUSAHKAN DIRI SAJA...SHAWL WARNA UNGU MEMANG KESUKAAN PI...CANTIK DAN LEMBUT.


Tuesday, 21 June 2016

CITRA HOSPITAL SELAYANG DAN PUSAT KESIHATAN KECIL...

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM PI ADA TEMUJANJI DI HOSPITAL SELAYANG BERTEMU PAKAR TULANG...TERLALU RAMAI PESAKIT YANG SAKITNYA MELIBATKAN SARAF DAN TULANG SEHINGGA WHEEL CHAIR YANG DISEDIAKAN PIHAK HOSPITAL TIDAK MENCUKUPI...

....UNTUK TIDAK MELEWATKAN MASA MEMENUHI JANJI YANG DITETAPKAN ANAK PI TERPAKSA MEMBELI WHEEL CHAIR BARU DENGAN HARGA 390 RM....MAHAL JUGA KAN....SEPATUTNYA HARGA WHEEL CHAIR UNTUK KEGUNAAN MEREKA YANG SAKIT DAN KURANG UPAYA RENDAH SAJA DAN DIBAWAH PENGAWASAN KERAJAAN....SEBAB ANAK PI BARU NI ADA JUGA MEMBELI WHEEL CHAIR DI BANDAR SELAYANG DENGAN HARGA 250 RM SAJA...JAUH BERBEZA KAN HARGANYA.....

TAPI DI SAAT KITA PERLUKANNYA AMAT TERPAKSALAH KITA MENYABARKAN DIRI....LAGIPUN MEMANG BERCADANG NAK TAMBAH LAGI WHEEL CHAIR UNTUK KEGUNAAN LUAR RUMAH.

SETELAH LAMA DI RUANG MENUNGGU AKHIRNYA TIBA GILIRAN MENEMUI DOKTOR...KEMUDIAN BERTEMU PERAWAT PULA UNTUK MEMBUKA SIMEN DI KAKI...KAKI YANG PATAH MEMANGLAH SAKIT WALAU DISENTUH SEDIKIT...TAPI YANG MERAWATNYA BERTUTUR LUNAK   MELEGAKAN SEDIKIT RASA SAKIT....

SEORANG MISI YANG CANTIK MANIS MENGATAKAN BELIAU MENGENALI PI KERANA SEKAMPUNG DENGAN PI....WAH BAGUS SEKALI INGATAN GADIS MUDA INI....MAAFLAH PI MEMANG TIDAK MENGECAM WAJAHNYA DAN DIRINYA MUNGKIN SEBAYA DENGAN ANAK-ANAK PI

DI BANDAR BESAR INI DI INSTITUSI TERKENAL  JARANG SEKALI ADA YANG MAHU MENGAKUI MENGENALI KITA APALAGI KALAU KITA INI OKU KAN...BAIK SEKALI BUDI BAHASA MISI ORANG KAMPUNG PI NI.

SELESAI DERITA MENUKAR BANDAGE KAKI YANG PATAH DAN DOKTOR MENGESAN TERDAPAT LUKA DI KAKI...ENTAH APA SEBABNYA....DOKTOR MENCADANGKAN PI MEMBUAT RAWATAN DI KLINIK KESIHATAN BERHAMPIRAN...SIAP BAGI SURAT LAGI.

KETIGA-TIGA ANAK LELAKI PI MEMBAWA PI KE PUSAT KESIHATAN YANG BERADA DI TAMAN PERUMAHAN EHSAN KEPONG....PERTAMA KALI PI LIHAT TERLALU RAMAI PESAKIT MEMENUHI RUANG MENUNGGU UNTUK DAPATKAN RAWATAN DI PUSAT KESIHATAN KECIL...

KALAU DI TEMPAT PI SUASANA DI PUSAT KESIHATAN TIDAKLAH SESIBUK INI...PESAKITNYA PUN BOLEH DIBILANG DENGAN JARI....NAMPAKNYA RAMAI SEKALI YANG SAKIT DI BANDAR DAN PUSAT KESIHATAN KERAJAAN MENJADI TUMPUAN UNTUK MENJIMATKAN KOS PERUBATAN RAKYAT MARHAEN...

Monday, 20 June 2016

SONETA TUAH DAN TEJA...

ASSALAMUALAIKUM...


Pic google images

SONETA # TUAH DAN TEJA

kuatrin #1 Tuah dan Teja kisah diperi
kasih abadi cinta lagenda
berkorban demi raja bestari
jiwa wira setia di dada

kuatrin #2
Sekapur sirih seulas pinang
jampi serapah pengakhir cinta
tersayat pilu Teja mengenang
pedih di hati tidak terkata

kuatrin #3
Sultan Melaka bersukacita
puteri Pahang cantik rupawan
idaman hati penuhi cita
dari jujur seorang pahlawan

 # couplet
Cinta suci tuntut pengorbanan
walau derita tanggung bebanan


PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

Sunday, 19 June 2016

ORKID AIDILFITRI...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH TIDAK LAMA LAGI AKAN JELANG AIDILFITRI DAN DI HARI CUTI HUJUNG MINGGU BOLEHLAH MULA MENGEMASKAN KAWASAN LAMAN RUMAH DENGAN BUNGA-BUNGA ORKID YANG MEKAR INDAH...KALAU TIADA YANG KELIHATAN BERPUTIK BUNGA DAPATKAN SAJA DI MANA-MANA NURSERI YANG BERDEKATAN....TIDAK PERLU BELI ORKID YANG MAHAL...ASAL BERBUNGA CANTIK OK SAJA...YANG PENTING PERLU CERIAKAN SUASANA SEMPENA HARI MULIA YANG DINANTIKAN SEMUA...







Friday, 17 June 2016

HAIKU NASI HIMPIT...

ASSALAMUALAIKUM...


Pic google images



Haiku #1
Ketupat nasi –
Potong empat persegi
Serunding ikan

Haiku #2
Api sederhana
Seperiuk nasi lembik;
Membeku putih

Haiku #3
Sepinggan lontong -
Sayuran lemak kuning
Tradisi Johor

Haiku #4
Hidangan tamu
Sepiring nasi himpit ;
Rendang tok perak

Haiku #5
Gabungan kuih
Setekoh air kopi;
Sushi Malaysia

Haiku #6
Sushi Malaysia –
Selera nusantara
Jalin ukhwah

Haiku # 7
Ketulan nasi -
Juadah penuh meja
Santapan pagi

Haiku # 8
Riuh di dapur:
Nasi himpit berserak
Tetamu tiba

Haiku # 9
Menyusun jari -
Penganan dihulur
Tukar juadah

Haiku 10#
Kacang berkuah –
Lodeh bersayur taugeh
Kira kalori

Haiku #11
Rebusan nasi -
Api panas membara
Periuk besar

Haiku #12
Berpantang nasi –
Makanan kegemaran
Lebihan gula

Haiku #13
Haijin pening -
Haiku nasi himpit
Kigo bertindih

Haiku #14
Sekalung doa
sajian nasi ambeng;
rewang sekampung

haiku #15
pilihan kuah
resepi lontong kering;
menjilat jari









MOHON AMPUN..YA RABB...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...


Thursday, 16 June 2016

PARIT BUNTAR SINGGAH SEBENTAR...

ASSALAMUALAIKUM...

PARIT BUNTAR SINGGAH SEBENTAR

Daerah Krian melaut bendang
Sejuk lontaran pandang
Dari Kuala Kurau, Bagan Serai, Bagan Tiang hingga Tanjung Piandang
Dari   Beriah, Selinsing hingga gunung Semanggol
Citra kehidupan tani terunggul

Warisan Tok Buntar
yang memugar
Parit Buntar tanah subur
Lestari makmur

Jaluran lebuhraya Utara Selatan
mudahkan laluan kembara wisata

Andai melencong susur
desa-desa tradisi ditemui
Ternyata nyaman murni
mengurung sepi

Paridah Ishak
Selayang Utama
31 Mei 2016

Wednesday, 15 June 2016

PASRAH DAN REDA..

ASSALAMUALAIKUM....



TERIMA KASIH BANYAK ADIK-ADIK BLOGGERS DAN ANAK-ANAK JUGA VIEWERS YANG SUDI MENDOAKAN KESEMBUHAN PI...INSYA ALLAH DOA YANG TULUS IKHLAS SEGERA DIMAKBULKAN ALLAH...PI SEBENARNYA LA NI SEDANG MAMUN...PENING KELEMAYAR ...ASYIK NAK TIDUR SAJA AKIBAT PAIN KILLER YANG DIAMBIL...KALAU TAK DIAMBIL UBAT TU ALAMATNYA MEMANG TIDAK BOLEH TIDUR JAWABNYA...TIDUR AMAT PENTING UNTUK MENGELAKAN KELETIHAN DIRI....

TAHUN 2012 PI ALAMI PATAH TULANG PINGGUL AKIBAT TERJATUH DI DAPUR...KESAKITANNYA BERTAHUN JUGA HENDAK HILANG PERLAHAN-LAHAN MENYEBABKAN PI TERLANTAR...KINI BERSAMBUNG LAGI KISAH PATAH TULANG DI BETIS PULA....BARU HENDAK MERANCANG SESUATU SETELAH KEADAAN DIRI AGAK OK....NAMUN PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK BERHIKMAH...REDA SAJA...

DAN PI TETAP JUGA BERUSAHA MENULIS ENTRY PENDEK UNTUK TATAPAN SESIAPA YANG BERMINAT SEADANYA SAJA SAMBIL MELAYANI KESAKITAN....KESAKITAN ITU NIKMAT HIDUP...ALLAH MENGUJI KITA DENGAN KESAKITAN UNTUK MENYEDARKAN BAHAWA KITA MASIH HIDUP ...

Di dalam mencari keutamaan “Ilahiyah Murni” ada tersemat sebuah rahsia yang sungguh menyentuhkan hati dan jiwa. Di tingkatan ini maka termuat makna Al Ikhlas.
Katakanlah bahawa Allah itu satu...
Bahawa Allah itu satu satuNya yang sekaligus segala galaNya
Yang di hadapan Nya kita lebur dan lenyap dalam kesyhaduan ...
Itulah keutamaan Tauhid yang agung yang menyatukan diri kita dengan Nya, sehingga yang ada hanya Allah.
Diri kita tidak penting di dunia ini
Kejayaan dunia tidak terlalu penting untuk di banggakan
Apalagi sekadar pangkat dan harta di dunia ini
Kerana hanya Allah lah satu satunya yang penting
Di dunia dan Akhirat
Pasrahlah dan sepasrah pasrah nya kerana di saat ini kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya dan Allah adalah yang terpenting di dunia maupun di akhirat

Ustazah Siti Nurbaya Usman

Tuesday, 14 June 2016

DUGAAN RAMADAN....

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM ANAK-ANAK PI YANG BERKERJA TERPAKSA BERCUTI KERANA MENGUSUNG PI KE HOSPITAL SELAYANG...ENNTAH MACAMANA PI DUDUK TIDAK STABIL DAN TERJATUH DARI KATIL...DALAM KEKALUTAN SEORANG ANAK CUBA MENOLONG MEMBANGUNKAN PI BERLAKU KESILAPAN LETAK KAKI TIBA-TIBA TERDENGAR BUNYI BERDERAK...TERDETAK DI HATI PATAH PULA KAKI AKU NI...KESAKITAN MULA TERASA...MERAUNGLAH SUDAHNYA.

DI HOSPITAL DI SORONG KE SATU RUANG LEPAS SATU, SATU UNTUK MENEMUI PAKAR BERKENAAN...UJIAN XRAY DILAKUKAN...MEMANG BETUL DUGAAN PI...TULANG BETIS BAHGIAN BAWAH DAH PATAH...DOKTOR CADANGKAN BUAT PEMBEDAHAN TAPI PI PILIH KAKI YANG PATAH DI SIMEN SAJA...KALAU DIBEDAH BERTAHUN PULA MENANGGUNG KESAKITANNYA....BAIKLAH DISIMEN SAJA SAMBIL MENUNGGU IA SEMBUH DENGAN SENDIRINYA...INSYAALLAH...ADIK-ADIK BLOGGER DAN VIEWERS TOLONG SAMA-SAMA DOAKAN KESEMBUHAN PI YA...TERIMA KASIH BANYAK




TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA DOKTOR-DOKTOR DAN PERAWAT-PERAWAT DI HOSPITAL SELAYANG YANG MENANGANI KES PI SEBAIKNYA...LAYANA MESRA BAIK BUDI DIKENANG SELAMANYA.

Sunday, 12 June 2016

HAIKU DAUN PALAS....

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH MASUK RAMADAN KETUJUH HARI NI....SEBENTAR SAJA SUDAH SEMINGGU KITA BERPUASA...DAH BOLEH MULA MERANCANG HIDANGAN UNTUK HARI RAYA TU...TERUTAMA MAKANAN TRADISI SEPERTI KETUPAT PALAS....SEBELUM TU NIKMATI DULU PUISI HAIKU PI YANG KURANG SERBA SERBI NI...



PIC GOOGLE IMAGES

Haiku #1
Tanaman palas:
bersulam antara pohon
sumber rezeki

haiku #2
kelongsong palas -
berbentuk tiga segi
ketupat jantan

haiku #3
rumpunan palas -
mencelah pinggir hutan
denai fauna

haiku #4
palas berduri –
rimbun meneduh panas
tidak peduli

haiku #5
simpulan palas –
origami hiasan
seni kreatif

haiku #6
dedaun palas –
mengatap pondok kecil
penunggu dusun

haiku #7
semangkuk gulai
umbut palas beruap;
herba berubat

haiku #7
sentuhan palas –
tradisi budaya
asli sejati

haiku #8
tumbuhan palas
anugerah Ilahi
bumi berseri

haiku #9
anyaman palas –
rancak atur kelarai
susun kenangan

haiku #10
senario palas
lambakan pasar tani
pilihan rambang

Paridah Ishak
Selayang Utama
12/6/2016

MyBloglist