ASSALAMUALAIKUM…
Sebelum Ramadan
baru ni PI dan anak cucu bercadang pulang kampong di UJ Pahang untuk menyambut
puasa bersama mak, adik-adik dan anak-anak saudara di sana. Bertolak pada
petang Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 10 malam. Jauh juga perjalanannya
dari Selayang ke UJ kampong PI tu kan.
Sampai saja
di rumah keperluan yang paling penting selain menghidupkan bekalan eletrik
tentulah membuka meter air yang ditutup kerana mengelakan pembanziran air yang
mengalir walau tak digunakan. Sekali terkejut sungguh bila dapati meter air
telah dikunci pihak JBA Pahang. Apa pula masalahnya? Bil air sudah dijelaskan
secara online. Bukannya jumlah ribu riban pun. PI pun hanya pulang ke kampong sebulan
sekali membersihkan rumah, kawasannya dan semua urusan bersangkutan sebagai
pemastautin felda tapi bil air yang diterima boleh tahan tingginya. Selalunya PI
akan kumpulkan nilainya tidak melebihi 100 RM sebelum menjelaskannya.
Pic google image
Pabila tiada
air amatlah menyusahkan sekali terutama bagi OKU seperti PI. Kalau ada air yang
boleh dibuka daripada saluran paip tentu memudahkan PI, mandi, bersuci,
berwuduk tanpa menyusahkan sesiapa dan begitu juga cucu-cucu PI yang ramai dan
masih kecil yang sentiasa perlukan air untuk pembersihan diri dan segalanya.
Tapi itulah
yang terjadi. Keceriaan untuk bercuti di kampong halaman bertukar sebaliknya. Mulanya
anak/menantu bercadang menyewa homestay sekitar sini saja tapi rencana bertukar
pula. Lebih jauh pula langkahnya. Lagipun hendak menyelesaikan urusan kunci
meter air dengan JBA di Maran tidak dapat dilakukan segera kerana hari Sabtu
cuti resmi Yang Di Pertuan Agong sementara hari Ahad pula cuti umum. Hish dua
hari tanpa air tidak jadi manusia jawabnya.
Keputusan dibuat
sudah alang-alang bercuti teruskan sajalah percutiannya ke tempat yang lebih
menyelesakan. Di samping berharap dalam perjalanan pulang nanti urusan dengan
JBA mampu diselesaikan. PI dan anak cucu bertolak ke Chendering Terengganu
iaitu kampong menantu PI. Sudah lama juga PI tidak ke sini. Kali terakhir
sewaktu anak sulung PI menjalani KPLI di sebuah maktab perguruan di Kuala
Terengganu. Bertemu jodoh pula dengan orang Terengganu. Jadi berpeluanglah PI
selalu ke Terengganu untuk menikmati keindahan pantainya dan sosio budaya
Melayu Terengganu yang unik dan amat berbeza dengan negeri lain
.
Sampai di
Chendering hampir jam dua petang. Ronda-ronda dulu sekitar pantai Chendering,
Kuala Ibai, Pantai Batu Buruk dll tempat menarik sekitar situ sebelum check in
ke Qurata resort.
Sambung
kisahnya di entry seterusnya.
Moga segera selesai ya kak..pasti berhikmah..
ReplyDeleteInsyaAllah selesai juga masalahnya tapi mmg stress dibuatnya PC...tq
ReplyDeleteHarap2 dh selesai masalah JBA tu.
ReplyDeletetakde air memang sgt susah..
ReplyDeletePehh tak ada air mmg siksa, apatah lagi klu dah penat2 dlm perjalanan... semoga segalanya dipermudahkan... aamiin.
ReplyDeleteMujur juga ada alternatif lain sebagai penyelesaiannya
ReplyDeleteSambil tu dpt sekali makan angin walau hajat nak berkumpul di rumah kampung tak kesampaian. Kakak tunggu next entri nak tahu kenapa JBA kunci?
yela kakzakie mujur juga ada pilihan penyelesaiaan masalah tu...kak dh draft sikit sambungan n3 kisah ni...ptg ni publish..esok kakzakie boleh baca...tksh.
ReplyDeleteAlahai! kesian kak PI.
ReplyDeleteNamun pasti ada hikmah disebaliknya.
yela Mrs A MASALAH BSR XDE AIR NI..TQ
ReplyDeleteOh, begitu kisahnya! Kiranya ni rumah emak akaklah ya. Sayangkan kalau rumah tak berpenghuni tapi bil bukan main banyak. Macam rumah emak saya di kampung juga. Bil telefon kira jalan ajelah walaupun bayar sewa aje. Bertahun juga. Last-last kakak saya minta berhentikan semua bil yang ada. Ruma emak di kampung tu tempat hantu menumpang teduh aje saya rasa ^_^
ReplyDelete