Thursday 24 March 2016

SEDIKIT KISAH PENULIS AIZA ZIZAN/HAZAMA.....

ASSALAMUALAIKUM...

Tidak mudah menjadi penulis. Bidang penulisan tidak menjanjikan kemewahan atau hidup gemerlap seperti bintang. Ramai yang mampu bertahan kerana minat dan kecintaan selain kegigihan dan kesabaran.
Anda bagaimana? Apakah yang anda harapkan? Usah kecewa jika dalam tempoh setahun dua ini anda belum jauh melangkah. Perjalanan anda baru bermula. Anda harus bersedia menempuh onak duri, memanjat pokok dan mendaki tanah tinggi.

Saya bukan siapa-siapa. Tetapi saya Hazama Harun's Profile Photo melalui beberapa fasa. Saya pernah bercita-cita menjadi penulis. Saya bermula ketika usia remaja, 15 tahun waktu pertama kali puisi tersiar di akhbar dan setahun kemudian di majalah. Kini usia saya sudah 45 tahun. Saya belum mampu membina nama yang besar tetapi saya tidak kisah.
Bukan nama yang saya cari. Saya terima seadanya. Allah makbulkan hasrat saya untuk menjadi penulis. Skop penulisan itu luas. Dulu, semasa usia muda, saya hanya nampak novel, cerpen dan puisi. Tetapi akhirnya, saya menjadi penulis buku akademik. Di dalam dunia saya sekarang, saya boleh menulis petikan yang pelbagai. Puisi, pantun, cerpen, rencana dan sebagainya.
Saya tidak kecewa kerana gagal menjadi novelis. Saya sudah mencubanya. Adalah beberapa karya kecil. Saya pernah menulis puisi dan masih menulis puisi. Syukurlah ada juga beberapa antologi. Cerpen juga, walaupun tidak banyak.
Pernahlah juga merasa RM30 untuk puisi yang disiarkan di akhbar arus perdana. RM200 untuk puisi di Dewan Sastera. RM200 untuk sketsa Kisah dan Lagu di RTM, cerpen antara RM80 - RM150 yang tersiar di majalah. Memang bayaran tidak konsisten dan ada ketikanya tidak setimpal apatah lagi jika nama-nama besar pun dibayar sejumlah itu juga. Tetapi tidaklah semua. Ada bayaran yang berbaloi juga.
Syukurlah sekarang, bayaran yang saya terima jauh lebih baik. Sebagai penulis buku akademik, dengan latar belakang pengalaman yang saya ada sebagai editor dan senior editor selama berbelas tahun, saya ditawarkan harga yang memuaskan. Antara RM25 - RM35 sehalaman. Satu-satu projek antara 60 - 150 halaman.
Alhamdulillah. Perencanaan Allah itu sempurna. Pengalaman yang kita lalu itu adalah persiapan untuk kita. Mungkin hari ini anda susah, bersabarlah. Esok pasti ada cahaya. Allah mahu menguji kita, mempersiapkan diri kita. Jika ini bidang yang baik untuk kita, pasti ada jalannya.
Betulkan niat. Berusaha. Berdoa. Bersyukur atas nikmat-NYA. Hati pun jadi tenang. Kerja jadi lancar dan senang.

BERKONGSI TULISAN HAZAMA/AIZA ZIZAN SEORANG EDITOR DAN PENULIS BERPENGALAMAN.....

8 comments:

  1. Seorg yg gigih dan kental dalam mengejar misi tidak mustahil kini mampu mengukir senyuman yg panjang. Tidak ramai yg mampu berbuat begitu PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu kak zakie puan aiza kini seorang penulis n editor pro yang berkerja di bidang penulisan di rumahnya sendiri...tq

      Delete
  2. Wanita gigih merangkak dari bawah dengan bayaran Yang tidal setimpal tapi akhirnya berjaya menaikkan nama dengan bayaran yang boleh tersenyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela zai dgn usaha n kemahiran serta ilmu kejayaan akan diraih perlahan-lahan,,,tq

      Delete
  3. susahnye sebenarnye bidang penulisan ni..nak hasilkan cerita dan novel tu,memang kena usaha lebih :)

    ReplyDelete
  4. bidang penulisan ni luas cikgu xhanya tls karya kreatif novel dll tapi merangkumi buku akademik n ilmiah juga. cikgu juga sgt berbakat menulis n mungkin kelak cikgu akan muncul sbg penulis buku akademik yg penting...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist