Thursday 31 March 2016

MANDAI NANGKA..

ASSALMUALAIKUM...

MANDAI NANGKA

Bagi masyarakat Banjar, Mandai terdengar tidak asing dan bahkan sangat terkenal.
Mandai adalah sebutan untuk kulit cempedak @ nangka yang sudah di buat jeruk @perapan. Untuk masakan bahan utamanya adalah kulit cempedak@nangka di mana boleh dijadikan lauk menemani makanan utama seperti nasi, rasanya sangat nikmat dengan tekstur berserat serta lembut, kelembutannya tergantung seberapa lama kulit cempedak @ nangka di rendam.
Pembuatan Mandai adalah mudah. Kebiasaannya masyarakat banjar, akan membuat mandai melalui proses rendaman bersama dengan sedikit garam selama beberapa hari tetapi cara yang saya nk share ni special sikit cara pembuatannya.
Cara ni mak saya yg ajar. Lebih cepat, lebih mudah dan sedia di masak dan dihidang hanya dalam masa beberapa jam sahaja berbanding proses rendaman mengambil masa bebrapa hari.
Jom try cara mak saya buat mandai. Kali ni saya buat guna kulit nangka madu:
1) Buah nangka@cempedak haruslah dalam keadaan matang, setelah itu isi buahnya di ambil dan dimakan atau diasingkan.
2) Kulit nangka@cempedak kemudian dikupas hingga kulit bagian yang paling luar tidak ada lagi, dan kulit bahagian dalamnya yang putih gebu inilah yang akan di digunakan dan diolah menjadi Mandai.
3) Setelah itu kulit dalam ini di potong-potong menjadi beberapa bahagian ikut pada kesukaan masing2.
.
4) Kulit yang sudah dikupas tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bersih dan ditoskan.
5) BAHAGIAN INI PALING PENTING:
Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit nangka ke dalam periuk sekejap @ dicelur seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit nangka @cempedak ini akan jadi lembik (Anggaran 1 min - 3 minit @ hingga isinya agak lembut).
6) Tos kan kulit yang sudah direbus tadi hingga betul-betul sejuk.
7) Kemudian boleh la ditabur dengan sedikit garam mengikut kesesuaian dan diratakan keseluruh bahagian.
8) Kulit nangka @ cempedak yang sudah digaram tadi disimpan dalam bekas atau boleh disimpan dalam peti sejuk.
9) Proses perapan tidak lama. Hanya mengambil masa 1 @ 2 jam sahaja. Kemudian mandai sedia di masak dan dihidang mengikut selera masing-masing.
Siap! Ringkas, Cepat dan mudah...
Berikut adalah salah satu cara memasak dan menghidangkan Mandai.
Bahan-bahan: 
Mandai 
Minyak goreng
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah atau hijau
Sedikit Garam
Cara Pembuatan:
Bawang besar, bawang putih di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili.
Bila bahan-bahan tumis tadi sudah agak layu barulah dimasukkan mandai. Letak sedikit garam jika perlu. 
Digaulkan sebati dan digoreng hingga masak atau sedikit garing.
Sedia dihidang bersama nasi nasi panas2. Siap!

CARA MEMBUAT MANDAI..
Kulit yang sudah dibuang kulit kerasnya dimasukkan dalam bekas
Kulit tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bagi menghilangkan habuk2 sekiranya ada

 


Kulit yang sudah ditabur garam diperam dalam peti sejuk selama 1 @ 2 jam sebelum boleh dimasak. Selebihnya biar sahaja disimpan dalam peti sejuk.
Ni cara paling simple... Goreng mandai kemudian taburkan bawang dan cili. Goreng hingga garing

19 comments:

  1. first time tengok sayur mandai nangka ni..mcm kerabu jg kan..sedap nmpaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni mandai yg direndam dgn air garam dulu sebelum di masak nohas...tq

      Delete
  2. Kak PI sedapnya...saya dah lama tak buat dan dah tentu dah lama tak makan .Saya juga keturunan banjar PI,mandai ni arwah pak saya yang mahir buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...sedap mandai ni kan saniah nk buatpun mudah...tq

      Delete
  3. Baru tahu kak PI..
    Tak pernah buat pun..
    Selalu masak nangka muda jer kak PI..
    Nanti kalau ada kulit nangka masak nak cuba buat lah Mandai ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat mandai pula yati mkanan tradisi yg ramai xtau ni...tq

      Delete
  4. Baru first time dengar ni, yg saya pernah dgr kulit tembikai tu, buang kulit kerasnya kemudian bolelsh buat masak lemak putih kr..
    Mak mentua saya org nogori, bunga durian pun boleh digoreng buat lauk

    ReplyDelete
  5. Baru first time dengar ni, yg saya pernah dgr kulit tembikai tu, buang kulit kerasnya kemudian bolelsh buat masak lemak putih kr..
    Mak mentua saya org nogori, bunga durian pun boleh digoreng buat lauk

    ReplyDelete
  6. makanan tradisi banjar ni nor...sedap dimakan dgn nasi panas...tq

    ReplyDelete
  7. Hadeuh salah baca tak kirain Mandi...masa ada mandi Nangka, ternyata bukan mandi tapi MANDAI NANGKA....mesti lezat dan nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..silap baca ya CT makanan tradisi org banjar ni..tq

      Delete
  8. Pertama kali tengok dan tahu pasal ni PI

    ReplyDelete
  9. kak pun baru tahu yan nampaknya kulit nangka msk pun boleh dijadikan sayur yg sedap...tq

    ReplyDelete
  10. 1st time tengok ni Kak...hihi

    ReplyDelete
  11. Selalu nampak orang masak mandai nangka ni. :) Macam saya, masih berpantang nangka, orang tua-tua kata sejuk sangat kan nangka ni. Walaupun anak da setahun lebih, takut nak makan. Selera nampak masakan tu. :)

    ReplyDelete
  12. yeke tahu tntg mandai ni ya...eloklah berpantang dulu hingga rasa diri dh sht sbb mandai nangka ni berangin ain chuin.

    ReplyDelete
  13. Wahh bestnya... tengok pun dah selera ni... marveles!!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist