Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
ini bukan benci membenci
hanya sekadar satu entri
apa yang tidak disukai
Assalamualaikum.
PI ditag blogger kakzakie untuk
segmen blogger Nieylnadia. Terima kasih kakzakie! Tapi tak tahu pula apa sebenarnya yang
menjadi kebencian di hati yang amat sangat kala melalui pengalaman kehidupan
ini. Apapun bolehlah dicoret serba sedikit apa yang terkilan dan termengkelan
di kerongkong tidak mampu ditelan. Namun setiap kejadian Allah yang tersurat
itu terselindung hikmah-Nya yang tidak kita ketahui walau kita amat
membencinya.
1. Terimbau
kenangan lalu tentang kesilapan yang pernah dilakukan, terasa bodoh dan jahil
diri kerna tidak mampu berfikir jernih sewaktu membuat apa sesuka hati saja. Amat
terdera sekali rasa hati. Seboleh-bolehnya tidak mahu lagi mengulangi sebarang
kesilapan. Tapi sebab PI bukanlah sesempurna mana kadang tanpa sedar ada saja
dirasakan masih berlaku salah silap PI di sana sini. Astaghfirullah.
2. Diri
sangat letih dan mengantuk tapi mata belum juga mahu terlelap. Bosan juga
merenung malam gelita yang sunyi sepi.
3. Sebagai
OKU selalu juga PI dibawa anak anak berwisata ke mana saja. Memang suka
berjalan merata melihat dunia luar walau berkerusi roda tapi yang jadi musykil
di hati kalau-kalau dalam perjalanan perut memulas tiba-tiba dan terpaksa
mencari tempat menunaikan hajat. Tentu amat menyusahkan anak-anak yang terlalu
banyak bersusah payah kerana PI selama ini.
4. Kegiatan
PI seharian tidaklah banyak dan kesukaan PI hanya membaca dan menulis
menggunakan computer dan internet saja. Sedang PI asyik menulis tiba-tiba
internet terputus itu yang buatkan PI kebosanan seharian menunggu internet
bersambung kembali.
5. Amat
benci melihat, membaca, mendengar cerita kezaliman yang dilakukan sesama manusia.
Terasa ujian hidup yang mereka lalui teramat sukar berbanding PI walau OKU
dalam ertikata memang kurang berupaya tapi masih ada tempat berlindung dan
kasih sayang anak-anak yang prihatin dgn masalah ibu mereka.
PI nak tags pula adik adik blogger yang rajin berkarya di blog dengan coretan yang menarik kesemua yang mesra dan ramah sekali melayani bicara seorang blogger rare di alam maya heh..heh..
rare sgtlah tu kan adik-adik, anak-anak.
Lebih memudahkan aturan penganjurnya PI sebutkan blogger yang ditags iaitu, nohas, fifi faizah, puan wawa, yun sing, zumal.
bersama kita ramai-ramai meriahkan segmen Nieylnadia ini sebagai sokongan dan tanda ukhwah yang terjalen mesra antara kita.
Selamat bersegmen Kak PI
ReplyDeleteTerima kasih fidah suka2 jer heh..heh...tq
Deletebestnyer dapat follower² yg sgt sporting :)
ReplyDeletesporting tanda syg nieyl heh..heh..tq
DeleteTerima kasih dulu dari kakak atas entri PI ini
ReplyDeleteSesekali mengikut rentak teman blogger best juga kan PI:)
Biarpun OKU tapi PI dikelilingi ramai insan-insan yg menyayangi PI termasuk kakak ni sebenarnya. Jauh tapi sayang tau:)
sama2 kakzakie sesekali ikut rentak blogger yg kreatif dlm penulisan blog seronok juga kan.
DeleteInsya-Allah dianugerahi rezki anak2 yg menyayangi n kawan2 yg baik mcm kakzakie tksh bnyak walau jauh dimata dkt di hati.
Saya tak dapat jwp lagi apa yg kak zakie tag PI.Ntahlah bukan takde benci cuma tak ingat lagi .Yang no 1 seperti terasa diri ini pun sama ,benci dengam kejahilan masa lalu.
ReplyDeletesamalah kita saniah..kdg kenangan lalu mendera perasaan amat...tq.
Deletebestnya kak PI ramai yang sayang. semoga dipermudahkan urusan kak PI
ReplyDeleteinsyaAllah raihanah tksh doanya amiin.
Deleteselamat bersegmen sis.. ^_^
ReplyDeletetksh fifi..heh..heh kak tags fifi tu jgn lupa utk tls n3 juga ya...
DeleteBetul kalau dah lalui yang sukar ni benda kecik tak terasa tak suka atau benci kan.. suka la jawapan PI :)
ReplyDeletehmm benar BP kesukaran hidup yg perih melupakan utk berfikir mslh kecil yg diatasi hanya dgn bersabar..tq
DeleteSelamat bersegmen..saya suka membaca catatan anda..
ReplyDeleteTerima kasih MKL insyaAllah.
Deletesegment yang ditawarkan sangat menarik hati dan patutlah jika waktu senggang dapat ikut serta.
ReplyDeleteJom join sekali CT..kak tags CT juga...tq
ReplyDeleteAssallammuallaikum..salam ukhuwah.
ReplyDeleteWSALAM...SALAM UKHWAH ICAH BANJARMASIN SLMT BERKENALAN...
DeleteMenarik segmen macam nih! selamat bersegmen Mrs. A ucapkan ;-)
ReplyDeleteTKSH MRS A..SUKA2 JER.
DeleteTHANKS kak PI, tag wawa..')
ReplyDeleteSAMA2 WAWA..JGN LUPA TLS N3 YA...TQ
ReplyDeleteEh Yun Sing kena tag. Sorry lama tak jenguk blog ni. Tahun SPM memang busy sikit, blog pun selalu tak terupdate. Terima kasih ya. Nanti Yun Sing buat ^^
ReplyDeletexpalah yunsing belajar rajin2 utk capai kejayaan dlm SPM kelak..terima kasih yunsing sudi tulis n3 tag tu.
DeleteEh Yun Sing kena tag. Sorry lama tak jenguk blog ni. Tahun SPM memang busy sikit, blog pun selalu tak terupdate. Terima kasih ya. Nanti Yun Sing buat ^^
ReplyDeleteSelamat bersegmen kak PI.. :)
ReplyDeletetksh dik KK..suka2 jer.
ReplyDeleteehehe betul tu Kak PI.. kalo tngh kusyuk online tetiba tenet putus mmg tension laaaaa.. stress tiba2..
ReplyDeleteYELA CT MMG TENSION DIBUATNYA KAN...TQ
ReplyDeleteAsSalam PI... sama lah kitakan.. bila dah umur meningkat ni nak berjalan kemana pun fikirkan kesehatan perut.. kot2 nak terlepas hajat nanti tempat pulak kurang enak... tak kiralah yang normal ke yang Kurang upaya ke...sama jer kita...saat macam ni paling diambil kira...
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu PI...semoga bahgia selalu disamping keluarga tercinta... aamiin..
no 4 tu same to me..gelisah kalau x de internet
ReplyDelete