Wednesday, 2 March 2016

5 things I hate most

ASSALAMUALAIKUM...



Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
Bermula di sini lalu Nieyl di sini 
ini bukan benci membenci
hanya sekadar satu entri
apa yang tidak disukai

Assalamualaikum.
PI ditag blogger kakzakie untuk segmen blogger Nieylnadia. Terima kasih kakzakie!  Tapi tak tahu pula apa sebenarnya yang menjadi kebencian di hati yang amat sangat kala melalui pengalaman kehidupan ini. Apapun bolehlah dicoret serba sedikit apa yang terkilan dan termengkelan di kerongkong tidak mampu ditelan. Namun setiap kejadian Allah yang tersurat itu terselindung hikmah-Nya yang tidak kita ketahui walau kita amat membencinya.

1.       Terimbau kenangan lalu tentang kesilapan yang pernah dilakukan, terasa bodoh dan jahil diri kerna tidak mampu berfikir jernih sewaktu membuat apa sesuka hati saja. Amat terdera sekali rasa hati. Seboleh-bolehnya tidak mahu lagi mengulangi sebarang kesilapan. Tapi sebab PI bukanlah sesempurna mana kadang tanpa sedar ada saja dirasakan masih berlaku salah silap PI di sana sini. Astaghfirullah.

2.       Diri sangat letih dan mengantuk tapi mata belum juga mahu terlelap. Bosan juga merenung malam gelita yang sunyi sepi.

3.       Sebagai OKU selalu juga PI dibawa anak anak berwisata ke mana saja. Memang suka berjalan merata melihat dunia luar walau berkerusi roda tapi yang jadi musykil di hati kalau-kalau dalam perjalanan perut memulas tiba-tiba dan terpaksa mencari tempat menunaikan hajat. Tentu amat menyusahkan anak-anak yang terlalu banyak bersusah payah kerana PI selama ini.

4.       Kegiatan PI seharian tidaklah banyak dan kesukaan PI hanya membaca dan menulis menggunakan computer dan internet saja. Sedang PI asyik menulis tiba-tiba internet terputus itu yang buatkan PI kebosanan seharian menunggu internet bersambung kembali.

5.       Amat benci melihat, membaca, mendengar cerita kezaliman yang dilakukan sesama manusia. Terasa ujian hidup yang mereka lalui teramat sukar berbanding PI walau OKU dalam ertikata memang kurang berupaya tapi masih ada tempat berlindung dan kasih sayang anak-anak yang prihatin dgn masalah ibu mereka. 

PI nak tags pula adik adik blogger yang rajin berkarya di blog dengan coretan yang menarik kesemua yang mesra dan ramah sekali melayani bicara seorang blogger rare di alam maya heh..heh..
rare sgtlah tu kan adik-adik, anak-anak.
Lebih memudahkan aturan penganjurnya PI sebutkan blogger yang ditags iaitu, nohas, fifi faizah, puan wawa, yun sing, zumal.
bersama kita ramai-ramai meriahkan segmen Nieylnadia ini sebagai sokongan dan tanda ukhwah yang terjalen mesra antara kita.

33 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih fidah suka2 jer heh..heh...tq

      Delete
  2. bestnyer dapat follower² yg sgt sporting :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dulu dari kakak atas entri PI ini
    Sesekali mengikut rentak teman blogger best juga kan PI:)

    Biarpun OKU tapi PI dikelilingi ramai insan-insan yg menyayangi PI termasuk kakak ni sebenarnya. Jauh tapi sayang tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kakzakie sesekali ikut rentak blogger yg kreatif dlm penulisan blog seronok juga kan.
      Insya-Allah dianugerahi rezki anak2 yg menyayangi n kawan2 yg baik mcm kakzakie tksh bnyak walau jauh dimata dkt di hati.

      Delete
  4. Saya tak dapat jwp lagi apa yg kak zakie tag PI.Ntahlah bukan takde benci cuma tak ingat lagi .Yang no 1 seperti terasa diri ini pun sama ,benci dengam kejahilan masa lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita saniah..kdg kenangan lalu mendera perasaan amat...tq.

      Delete
  5. bestnya kak PI ramai yang sayang. semoga dipermudahkan urusan kak PI

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tksh fifi..heh..heh kak tags fifi tu jgn lupa utk tls n3 juga ya...

      Delete
  7. Betul kalau dah lalui yang sukar ni benda kecik tak terasa tak suka atau benci kan.. suka la jawapan PI :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm benar BP kesukaran hidup yg perih melupakan utk berfikir mslh kecil yg diatasi hanya dgn bersabar..tq

      Delete
  8. Selamat bersegmen..saya suka membaca catatan anda..

    ReplyDelete
  9. segment yang ditawarkan sangat menarik hati dan patutlah jika waktu senggang dapat ikut serta.

    ReplyDelete
  10. Jom join sekali CT..kak tags CT juga...tq

    ReplyDelete
  11. Assallammuallaikum..salam ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM...SALAM UKHWAH ICAH BANJARMASIN SLMT BERKENALAN...

      Delete
  12. Menarik segmen macam nih! selamat bersegmen Mrs. A ucapkan ;-)

    ReplyDelete
  13. THANKS kak PI, tag wawa..')

    ReplyDelete
  14. SAMA2 WAWA..JGN LUPA TLS N3 YA...TQ

    ReplyDelete
  15. Eh Yun Sing kena tag. Sorry lama tak jenguk blog ni. Tahun SPM memang busy sikit, blog pun selalu tak terupdate. Terima kasih ya. Nanti Yun Sing buat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpalah yunsing belajar rajin2 utk capai kejayaan dlm SPM kelak..terima kasih yunsing sudi tulis n3 tag tu.

      Delete
  16. Eh Yun Sing kena tag. Sorry lama tak jenguk blog ni. Tahun SPM memang busy sikit, blog pun selalu tak terupdate. Terima kasih ya. Nanti Yun Sing buat ^^

    ReplyDelete
  17. Selamat bersegmen kak PI.. :)

    ReplyDelete
  18. ehehe betul tu Kak PI.. kalo tngh kusyuk online tetiba tenet putus mmg tension laaaaa.. stress tiba2..

    ReplyDelete
  19. YELA CT MMG TENSION DIBUATNYA KAN...TQ

    ReplyDelete
  20. AsSalam PI... sama lah kitakan.. bila dah umur meningkat ni nak berjalan kemana pun fikirkan kesehatan perut.. kot2 nak terlepas hajat nanti tempat pulak kurang enak... tak kiralah yang normal ke yang Kurang upaya ke...sama jer kita...saat macam ni paling diambil kira...

    Selamat berhujung minggu PI...semoga bahgia selalu disamping keluarga tercinta... aamiin..

    ReplyDelete
  21. no 4 tu same to me..gelisah kalau x de internet

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”