ASSALAMUALAIKUM...
GULAI KAWAH ATAU APA SAJA YANG TERPAKSA DIMASAK BERKAWAH-KAWAH INI UNTUK MENJAMU PERMINTAAN MAKANAN YANG RAMAI MEMANG BERBEZA RASA KESEDAPANNYA. DAN MEMASAK SECARA BANYAK INI BIASANYA DILAKUKAN TUKANG-TUKANG MASAK YANG PAKAR DAN SERING DIPANGGIL UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN MAJLIS-MAJLIS KENDURI-KENDARA.
KINI GULAI KAWAH DAN MASAK BERKAWAH-KAWAH INI MENGAMBIL TEMPATNYA DI TEMPAT-TEMPAT PEMINDAHAN BANJIR PULA. MAKAN SECARA BERAMAI-RAMAI SAMBIL MENSYUKURI REZEKI ALLAH YANG DINIKMATI HARI INI BEGITU MENYELERAKAN.
DAN HATI PASTI TIDAK LEPAS MEMIKIRKAN RUMAHTANGGA YANG DITINGGALKAN SAMAADA BOLEH KEMBALI PULANG KEESOKANNYA, HENDAK MENGEMASKANNYA LAGI DISAMPING MANGGANTI KEPERLUAN YANG HILANG DISAPU BAH. JIKALAU YANG TELAH HILANG RUMAHNYA PULA BAGAIMANA?
ALANGKAH SEDIHNYA!
KITA YANG HANYA MEMBACA KISAH-KISAH SEDIH INI HANYA BOLEH BERKATA BERSABARLAH DENGAN UJIAN ALLAH TETAPI YANG MENGHADAPI DAN MERASAINYA.....SUBHANALLAH TAK TERGAMBARKAN RUPANYA.
PI KONGSIKAN RESEPI GULAI KAWAH YANG DIPETIK DARIPADA MATAHATI.BLOGSPOT.COM
RESEPI GULAI KAWAH
Bahan:
Daging cincang 1/2 kg
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2 inci
lengkuas 5 hiris
kunyit hidup 1 inci
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai
rempah gulai darat 2 sudu besar
rempah kerutup 1 sudu kecil
air asam jawa
nise 1 - 1 1/2 keret(sama fungsi ngan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pon boleh)
garam buku
Cara masak gulai kawah:
1)Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.
2)Tumis bawang merah dan bawang puteh. Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin. Masak sampai sebati dengan minyak. Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi. Kacau-kacau biar jangan hangit. Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya. Biar rempah betul-betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging. Masak dengan api yang kecil.
3) Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
3 hours ago
sedap kulai kawah..dagingnya lembut..
ReplyDeleteMMG SEDAP ...BNYK PETUA UTK MLMBUTKN GULAI DLM KAWAH NI...TQ NOHAS.
Deleterempah gulai darat tu yg tak tahu mcm mana nak buat ...
ReplyDeleteREMPAH GULAI DARAT NI BIASANYA DIJUAL DI TERENGGANU/KELANTAN ...ORG SANA XGUNA SERBUK KARI BIASA NI..TQ QV
Deletelain kali kalau masak,,, hantarkan kat sini sikittt :)
ReplyDeleteHEH..HEH BOLEH ADDA SYUHADA...TQ
DeleteKakak pernah pesan anak dara kakak yg belajar di T'ganu belikan rempah gulai kawah yg dah siap..
ReplyDeleteSenang kalau dah sesiap rempah tinggal masukkan daging dan bahan mentahnya aje.
BETUL TU REMPAH GULAI DARAT NI SPECIAL SIKIT...RASANYA PUN LAIN...NK DPTKANNYA KENA CARI DI TRENGGANU...TEMPAT LAIN XDER...TQ KAK ZAKIE
DeleteGood sharing :-)
ReplyDeleteTQ SYLARIUS TUSUF.
DeleteSedapnya gulai kawah. Makan plak dengan ikan masin, thorbaikkk :)
ReplyDeleteYEKE N NASI PANAS KAN...TQ MYLIFE RIA.
DeleteSetiap bulan ramadan saya sering membeli gulai kawah kambing di bazar ramadan. Gulai kawah ni pada perasan saya macam sedappppp sangat PI.
ReplyDeleteKisah banjir besar yang melanda Pantai Timur skrg ni... sedikit sebanyak terkesan juga di hati kami kerana salah sorang anak saudara saya terlibat sama.
MMG SEDAP GULAI NI RASANYA LAIN DARI GULAI BIASA...KISAH BNJIR DI BLOG SWEETIE SY DH BACA..KESIAN NSB SHADA N TEMAN2NYA TERPERANGKP DLM BNJIR...TP BNJIR DI KLNTAN DH SURUT NMPKNYA...TQ SWEETIE.
DeleteWallaikumsalam..
ReplyDeletenamanya mengerikan sangat ya gulai kawah seperti gunung berapi ada kawahnya :D
HEH..HEH...BUKAN GITU..NAMANYA SAJA TU..BIASANYA KAWAH YG BESAR DIGUNAKAN UNTUK MSK DGN BANYK....TQ CILEMBU THEA.
Deletesedap....
ReplyDeleteYES..
DeleteSekarang ni bukan sahaja masa kenduri jer boleh dapat gulai kawah ni, hari2 biasa pun ada jer...cuma rasanya tak hebat macam gulai kawah kenduri.
ReplyDeleteSEDAP LAGI GULAI KAWAH KENDURI YA....TQ BM.
Deletedulu, mana2 pergi kenduri kawen ada je gulai ni sekarang org mkn ayam je... (katering)
ReplyDeleteYALAH DIANA..GULAI KAWAH UTARA SEDAP JUGA...ISH NK MKN XRAMAI XKAN NK MSK SEKAWAH KOT..TQ
ReplyDeleteYEKE...TAPI KALAU DI KAMPUNG BILA KENDURI MSTI NK TUMBANGKN LEMBU SEKOR DUA...JAWABNYA BERKAWAHLH GULAINYA...TQ ANIES.
ReplyDelete