Wednesday 19 February 2014

JALA EMAS

ASSALAMUALAIKUM....

KUIH JALA EMAS NI BAHAN UTAMANYA CUMA TELOR ITEK, TELOR AYAM DAN GULA. RASANYA MANIS. RUPANYA KUNING TERANG. SANGAT TERKENAL DISEBELAH PANTAI TIMUR SEPERTI DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG. MUDAH DITEMUI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KERANA SERING DIGUNAKAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN.

JOM CUBA BUAT JALA EMAS PULA BUKAN JALA BIASA.

Jala Emas Raja 



Bahan-Bahan:
10 biji telur itik
2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
1 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara:
Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.

Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).

Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.
Tambahan:
Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya

RESEPI...
http://resepi.mesra.net/



20 comments:

  1. pasti enak banget ya mbak..
    hmmm..nyummmii...

    ReplyDelete
  2. aiza pernah merasa kuih ini kak.. masa tu rakan sepejabat aiza orang kelantan yang bagi.. memang rasanya tersangat manis.. terima aksih sebab kak berkongsi resipi di sini..

    ReplyDelete
  3. ya aiza kuih ni mmg manis tapi rasanya sedap...resepi dh ada tu aiza trylh buat...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  4. mari menjala..tak pernah makan kuih ni..

    ReplyDelete
  5. sy kelantanese
    tp x penah makan kuih ni
    mgkin sbb area kami jarang jumpa kueh ni kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...mungkin ikut daerah kot, mcm daerah yg bersempadan dgn terengganu n daerah di phg yg femes kuih ni cuma di kuantan n pekan yg bersempadan dgn terengganu tq irfa.

      Delete
  6. tetiba saya tingat puding diraja...ada kuih ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puding raja gunakan jala emas juga tapi ada tambahannya...tq Khairin Annies.

      Delete
  7. mungkin kalau di Indonesia bernama bihun, sama atau tidak ya?

    ReplyDelete
  8. ya mungkin juga tu...sbb mcik pun xtau rupa bihun di Indonesia...jikalau di sini bihun digoreng dgn pelbagai rencah r dimakan dgn sup setelah dicelur.....tq joe.

    ReplyDelete
  9. suka tgk tapi tak berapa suka makan, hehehe tq share resepi yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisi ni cantik unik rupanya...mungkin ramai yg xsuka makan mcm KA sbb rasanya manis sgt....resepi pun kak kongsi drpd web masakan....tq Kesuma Angsana.

      Delete
  10. Kakak dah banyak kali tengok kawan blogger tunjuk tapi kakak tak pernah buat dan tak pernah merasa. Teringin juga nak merasa. Nak buat macam tak confident boleh jadi sebab tengok rata-rata gambarnya cantik bukan main...

    ReplyDelete
  11. cubalah buat..mana tahu kot menjadi...tak try tentu tak tahu hasilnya....tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  12. mcm x pernah makan aje ni auntie !

    ReplyDelete
  13. yeke...kuih org lama ni PearlVelvet SueQys...tq

    ReplyDelete
  14. 1st time dengar dan tengok.. ingatkan tadi kuih jala a.k.a roti kirai...

    ReplyDelete
  15. kuih ni manis pha is...n disediakan dlm majlis2 yg istimewa sbb tu namanya jala emas bukan roti jala r roti kirai...kuih2 lama ni....tq Pha Is.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist