MUSIM KENDURI KAWIN AKAN BERMULA SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PADA AKHIR MEI INI. KEBIASAANNYA MEMANG BEGITU KERANA UNTUK BERKENDURI PERLUKAN MASA YANG FLEKSIBEL BUAT SEMUA YANG HENDAK MENGHADIRINYA APALAGI TUAN RUMAH BERNIAT MENGUMPULKAN SAUDARA MARA, KAUM KERABAT, SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN DAN PARA UNDANGAN UNTUK MEMENUHI MAJLIS YANG JARANG KALI DI ADAKAN ITU. BARANGKALI MUSIM CUTI SEKOLAH ADALAH MASA YANG CUKUP SESUAI PADA PERKIRAAN MEREKA YANG INGIN MENGADAKAN MAJLIS SEBEGINI...
PENGHARAPAN KEPADA PASANGAN YANG TELAH DIIJAB KABUL DI MAJLIS YANG SANGAT MERIAH INI DAN TELAH MENELAN BELANJA PULUHAN RIBU, RATUSAN RIBU, JUTA RINGGIT BUAT YANG MAMPU TENTULAH PERKAHWINAN ITU KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT WALAU APA SAJA ARAL YANG MELINTANG KEHIDUPAN MEREKA. DIHARUNGI RANJAUNYA TANPA MENYERAH KALAH...
CONTOHI PERKAHWINAN PASANGAN-PASANGAN IDOLA YANG ADA DI DEPAN MATA KITA SEPERTI TUN DR.MAHATHIR DAN TUN DR.SITI HASMAH BEKAS PM YANG KEKAL BERSAMA BERCINTA, BERBAHAGIA.
ARWAH TOK JUGA BEGITU. KASIH SAYANG ARWAH TOKWAN SENTIASA DIKENANG-KENANG WALAU RAMAI YANG MASUK MEMINANGNYA SETELAH KETIADAAN TOKWAN. TANDANYA KASIH SAYANG TOKWAN ITU SENTIASA MEMBEKAS DI HATI TOK DAN SUKAR MENUKAR PENGGANTINYA.
BEGITU JUGA DENGAN EMAKKU, SETELAH KETIADAAN ARWAH BAPA ADA YANG MEMINANGNYA UNTUK DIJADIKAN ISTERI. BUKAN SEBARANGAN ORANG, KAYA RAYA BERILMU LAGI. JAWAB MAKKU MUDAH SAJA "TAK LAPAQ AKU NAK KAWIN LAGI.."
TAPI LAIN PULA YANG TERJADI KEPADA SEORANG JIRAN KAWANKU. BEGITU SUGUL SETELAH KEPULANGAN SUAMINYA KEPADA YANG BERHAK. KOMENNYA YANG AKU DENGAR, "LEPAS NI TAK NAK DAH KAHWIN LAGI...BIARLAH SEKALI SAJA, TAPI KALAU DAH JODOH NAK BUAT LAGU MANA."
DAN JODOHNYA MEMANG ADA LAGI. TIDAKLAH SALAH BERKAHWIN SEMULA SETELAH ISTERI/SUAMI MENINGGAL DUNIA. LAGIPUN MEMANG DIGALAKAN ISTERI/SUAMI YANG KEHILANGAN PASANGAN MENCARI PENGGANTINYA. TAPI ISTERI-ISTERI BAGINDA RASULLULLAH SAW TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN LAGI.
NAMUN JODOH PERTEMUAN ITU ALLAH YANG MENGATURNYA. KITA BOLEH MERANCANG BEGITU BEGINI DAN TERJADI DENGAN IZIN ALLAH JUGA. TAPI LEBIH ELOK MERANCANG UNTUK KEBAHGIAN DIRI.
SELMAT PENGANTIN BARU KEPADA BAKAL-BAKAL MEMPELAI SEMOGA KEKAL BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT DAN MEMBAWA KE SYURGA...
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
4 hours ago
Doakan sajelah kan akak
ReplyDeleteyelah kak doakan jer...tq KA
ReplyDelete