Kalau sudah jadi penulis terkenal tentulah senang hendak buat duit dengan menulis. Sebelum terkenal dan ada nama susahlah sikit. Sebab itulah kita mendapati setiap tahun nama-nama penulis yang sama menaiki podium menerima anugerah penulisan.
Tentu tidak wajar mempertikaikan kemenangan penulis-penulis ini dalam genre yang mereka sertai samaada sajak, cerpen atau novel kerana mereka tentunya mempraktikan ajaran sifu penulisan masing-masing iaitu:
1. Menulis setiap hari...bukan tulis nota pendek tapi tulislah berkajang-kajang.
2. Setelah siap edit semua jangan ada sedikit kesalahan ejaan dan tata bahasa.
3. Hantar kepada mana-mana penerbitan yang dipilih. Jikalau tidak disiar hantar lagi dan lagi jangan jemu.
4. Apabila karya pertama disiar teruslah berkarya dengan rajin dan menghantarnya kepada penerbit kerana editor yang sudah biasa dengan karya kita tidak susah nak mengedit semula kerana percaya dengan kebolehan kita.
Ilmu yang sedikit ini diberi sifu penulisan sdra Zaharah Nawawi tika aku mengikuti kursus penulisan DBP beberapa tahun lalu. Tapi kursus penulisan ini tidak menjadikan aku penulis terkenal pun. Sebab aku bukannya rajin menulis walau sepanjang hidupku ini banyak kali juga menghadiri kursus-kursus penulisan.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
teringin dan pernah berangan nak tulis novel tp kini cuma mampu merapu kat blog ;)
ReplyDeleteirfa memang rajin menulis n sgt berbakat. kalau minat nk tulis novel elok cepat dimulakan...lmbt siap xmengapa asal ada permulaannya...tq irfa
ReplyDeleteTeringin nk jd penulis.. tp idea x cukup berkembang. Huhuhu
ReplyDeletetq Rohaida...kak dpt fren blogger sorang lg. tksh sudi singgah. Rohaida kan dh penulis semulajadi setelah pandai menulis heh...heh...
ReplyDelete