"Kenapa kau tak pilih dia? Dia kan kaya, ada syarikat guaman sendiri dan seorang yang berjaya di dalam hidup kau tentu senang lenang kelak..." Kawannya itu masih meneruskan komentarnya lagi.
"Atau kau pilih saja sidia yang kau ceritakan pernah melamarmu tapi kau tolak. Aku tengok dia pun hebat orangnya, seorang kontraktor tahap jutawan. Kenapalah kau ni menolak tuah...sah-sah kau akan bermandikan wang ringgit kelak...tak faham betul aku..."
Kawannya itu dijeling sekilas dengan senyuman berbunga.
"Dah habis omel kau ke...kau tak payah nak susah-susah faham aku, aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni..."
"Ceritalah...aku dengar ni..."
"Aku tak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kayaraya segera. Cuma aku rasa aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun kau nak kalau suami kau kata lepas kita kahwin nanti awak duduk saja kat rumah...takpayah nak kerja. Sedangkan mak ayah kita yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajian kita. Takkan kita taknak berkerja membantu mak ayah kita. Dibuatnya jodoh kita tak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak berkerja.
Alasan aku yang kedua mudah saja...sebab aku tak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tak kaya. Kebaikan tu sangat penting tau. Dalam dunia sekarang tidak ramai lagi lelaki yang baik tau...Lagipun aku dah ada sidia yang sangat cintakan aku..."
'Patutlah pun. Moga apa yang direncanakan menjadi kenyataan. Kadangkala memang amat payah menolak takdir justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur sahabatku.'
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
4 hours ago
pesan mak saya 'pilih yg sayang kamu.jgn pilih yang kamu tergila-gilakan dia'hehe
ReplyDeleteyeke...betullah pesan mak tu Irfa...mak kan dah lama hidup...tentu dah banyak rasa asam garam dunia...
ReplyDeletewah...menarik
ReplyDeleteHEH..HEH..TQ MKL RAJIN MENYELAK N3 LAMA..
ReplyDelete