Wednesday 30 November 2016

KALENDAR PULARA 2017....

ASSALAMUALAIKUM...

BAGI YANG MENUKILKAN KARYA SAJAK DALAM ANTOLOGI SAJAK BANDAR BANDAR DI PERAK... PIHAK PULARA SEBAGAI PENGANJURNYA TELAH SEDIAKAN KALENDAR 2017 SEBAGAI CENDERAMATA...MENARIK JUGA...TAPI SEDIH JUGA PI TAK MAMPU NAK DAPATKANNYA...TAK LEPAS NAK KE PANGKOR SANA HEH..HEH..



Tuesday 29 November 2016

NOVELET SAINS FIKSYEN...

ASSALAMUALAIKUM...




DEMI ALLAH
DEMI ANGIN
DEMI AIR

Oleh Paridah Ishak.


Azalina dan Nurhusna berkira-kira hendak mengikuti Nursyafikah pulang ke kampungnya hujung minggu ini sebelum kedua-duanya pulang ke kampung halaman masing-masing setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di university Putra Malaysia Serdang.
Sekarang ini di kampung Nursyafikah buah-buahan sedang bermusim. Lalu dia mempelawa kawan-kawannya itu untuk merasai kenikmatan buah-buahan yang masak ranum di pohon lagi segar sekali. Azalina lahir dan tinggal di bandar KB sementara Nurhusna pula lahir dan membesar di bandar JB langsung tidak pernah merasai suasana alam di perkampungan. Itu yang membuatkan kedua-dua sahabat itu teruja untuk mengikuti Nursyafikah pulang ke kampungnya di Pahang.
“Jauh juga kampungkau ya Pikah. Lambat pula aku rasa nak sampai. Dah naik kematu bontot aku rasanya duduk saja tapi masih tak sampai lagi.” Azalina melepaskan keluh-kesahnya. Mungkin tekanan tubuhnnya yang tidak langgas bergerak cergas menyebakan darah berkumpul dan tidak mengalir lancar.
“Sabarlah! Kejap lagi sampailah kita. Tenguk Suna relek saja. Leka dia perhati keindahan alam sekeliling. Kauni macam-mcam saja lah Lin.”
“Tadi tu memang aku ralit sangat duk perati orkid liar yang banyak tumbuh kat tepi jalan pinggir hutan tu, cantik sungguh. Tapi bila keretakau dah mula membelok ke jalan yang bengkang-bengkok macam ular kena palu ini kepala aku dah mula pening. Mual nak muntahpun ada. Menggelombang je aku rasa perut aku ni.” Ketidakseimbangan situasi yang sedang dilaluinya kini sedang mempengaruhi minda normalnya.
“Oh! Kau dah mula mabuk darat ya. Kesiankau. Tak apa kita berhenti sekejap kat gerai buah kat depan tu. Kita minum dan beli limau. Kalau rasa pening elok tonyoh dahikau dengan kulit limau dan makan isinya. Aroma limau mampu membuat saraf otakkau tenang.” Istilah mabuk darat sering digunakan emaknya kala melihatnya pening dan mual tika berkereta dalam perjalan jauh diulangi menyebutnya kepada Azalina.
“Jauh lagi ke Pikah ?” soal Nurhusna pula dari seat duduk belakang..
“Kaupun dah rasa pening jugak ke Suna.”
“Taklah. Aku okey je. Cuma kesiankan Lin yang dah pening lalat ni.”
“Sabar ya Lin. Kita berhenti sekejap kat depan tu. Jalan kalau bengkang-bengkok gini memang ramai yang tak tahan  perut kalau tak biasa. Aku dah biasa sangat jadi dah mentan. Lagipun inilah satu-satunya jalan menghala ke rumah aku. Nak tak nak kena lalu juga.”
Nursyafikah memarkir kereta kancilnya yang kecil berurna biru itu di pinggir jalan berhampiran sebuah gerai buah-buahan. Kelihatan tiada pelanggan yang mengunjungi gerai itu selain mereka bertiga. Ada durian yang dilonggok dengan label Musang King. Jenama durian yang agak mahal harganya dan amat popular kerana keenakan rasanya yang pahit manis itu.
Rambutan gading yang kuning dan rambutan merah anak sekolah juga diikat kemas menanti pembelinya. Dokong, duku, langsat, rambai juga berlonggok mengikut bahagiannya. Bentuk buah-buahan itu seakan tapi berbeza rasanya. Bagi yang mengenalinya langsung tiada masalah untuk memilih mana satu yang disukai.
“Kau berdua nak makan durian Musang King ke? Ralit saja duk perati.”
“Taklah! Cuma terkejut tenguk harganya. Kanmain mahal lagi, 80 RM sekilo.” Balas Suna.
“Apa nak hairan Suna. Barang baik, harganya mesti mahal. Lagipun inilah rezeki pedusun setahun sekali. Durian ni bukannya berbuah tiap masa.”
“Sekarang ni dah banyak durian klon yang berbuah sepanjang tahun Pikah. Genetic durian dah diubah para saintis pertanian. Mudah saja kalau nak makan durian bila-bila masa saja. Asal ada duitnya heh..heh..” Nurhusna menyanggah kenyataan sahabatnya itu.
“Aku rasa nak beli buah dokong untuk makkau. Tapi aku tak kenal yang mana satu. Nampak semua serupa saja langsat, duku, dokong, rambai tu. Kaulah pilihkan Pikah.”
“Tak payah Lin. Semua buah-buah yang dijual kat sini ada kat dusun belakang rumah aku. Limau madu dan belimbing besi pun ada. Aku cadangkankau beli limau saja untuk legakan tekak kau yang mual tu..kalaukau rasa nak termuntah baik kau muntahkan isi perutkau tu sekarang. Barulah kau rasa selesa sikit. Jalan bengkang-bengkuk ni tak lama lagi habislah di kawasan perkampungan orang Asli di hujung tu. Jalan menghala kampung aku lepas tu lurus saja hingga ke muka tangga..”
“Belum rasa nak termuntah lagi cuma pening sikit.” Azalina memicit-micit dahinya.
“Sabarlah Lin. Sapu minyak kaki tiga kat dahikau. Nah!” Nursyafikah mengunjukan botol minyak angin kecil itu setelah mengeluarkannya daripada tas sandangnya.
“Dah tak sabar nak jumpa makcik Ina makkau Pikah.”
“Aku tahulah sebabnya tu. Mestikau nak korek rahsia mak akukan!”
“Ish! Tak adalah Pikah. Pandai sajakau ni main teka-teka.”.
“Aku dah oder ABC ni…jomlah minum.” Ajak Nurhusna mengeraskan suaranya agar didengari sahabat-sahabatnya yang agak berjauhan jaraknya darinya.. Kedua-duanya segera tinggalkan pangkin yang sarat dengan aneka buah-an tempatan itu menuju ke tempat Nurhusna yang menanti sahabat-sahabatnya di meja yang dihidangkan tiga mangkok ABC oleh pemilik gerai itu seorang gadis muda sebayanya.
“Sedap nampaknya ABC ni. Macam-macam yang diisi dalamnya. Lebih dari tujuh jenis tu.”
Azalina menguis-nguis ais yang disagat halus sambil cuba membilang-bilang satu persatu kandungan ABC itu. Ada kacang merah, sagu kasar, sagu halus, cendol, agar-agar dan lain-lain lagi yang tidapat dipastikan namanya.
Ketiga-tiga sahabat baik mula menikmati ABC/air batu campur yang melegakan kekontangan tekak mereka sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan mereka.Kancil biru telah membawa ke destinasi yang ditujui mereka bertiga dengan selamatnya. Salina menyambut kehadiran anaknya dan tetamunya dengan wajah ceria. Tersenyum simpul menyambut salam sambil bertanya khabar.
“Besar juga rumahkau ya Pikah. Kau cakap dulu rumahkau pondok buruk je. Pandaikau menipu ya.”
“Rumah besar tapi tiada isinya. Sama juga tarafnya dengan pondok buruk Lin. Dahlah jangan soal lagi tentang tu. Mak aku dah siapkan bilikkau orang. Pergi masuk sana nak baring ke nak salin baju ke. Lepas tu kalau terasa nak makan durian pergilah ke dapur. Mak aku dah kumpul durian gugur segala jenis nama untuk kauorang. Rambutanpun ada sikit mak aku kait.”
“Yeke Pikah? Memang tak sabar nak rasa ni,” balas Nurhusna.
“Tapi aku rasa nak mandi dulu segarkan diri Pikah. Baru selesa sikit. Lega semua keletihan urat saraf badan.”
“Suka hatikaulah Lin. Bilik mandi sebelah bilik ni saja. Pergilahkau berdua mandi segarkan diri. Lepas tu kau orang ke dapur ya. Mak aku dah sediakan segala macam hidangan untukkau orang tu.”
“Okey Pikah. Selepas mandi aku ke dapur. Kautak nak mandikah Suna.”
“Nak juga. Pergilahkau dulu..”
.Sambil membantu mak cik Ina menyiapkan hidangan makan malam riuh saja kedua gadis itu bertanya begitu begini kepada tuan rumah. Mak cik Ina melayan setiap pertanyaan tetamunya itu dengan ramah.
“Besar juga rumah mak cik ni. Mak cik tinggal dengan sesiapa lagi. Tak Nampak sesiapapun selain kami.”
“Mak cik duk dengan adik Pikah.tah kemana dia merayau tak balik lagi. Sorang lagi adik Pikah sedang belajar di ITM.”
“Ya adik Pikah yang belajar kat ITM tu kami pernah jumpa. Selalu juga dia datang melawat Pikah di rumah sewa kami” sahut Azalina sambil melirik Nurhusna.
“Rumah ni dulu ramai penghuninya. Sebabtu dibina besar. Tapi la ni dah berkurang bilangan penghuninya.” Salina merenung jauh seolah dihadapannya terentang lorong kehidupan berliku yang pernah ditempuhinya. Tujuh warna pelangi yang mengindahi kehidupannya dan anak-anaknya telah dilitupi mendung gelap. Tidak kelihatan lagi. Hanya insiden yang mencalari ruang langit kehidupannya tidak daya dilupakan.
Dialah jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada tiga. Seluruh keperluanku, keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya. Tidak kasihankah kau kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara miliki segalanya. Mengapa tidak kau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa gangguan yang kau timbulkan.

Pilihanmu adalah hakmu menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan tapi ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan kewajarannya. Hakmu pasti kau pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub aku berhak terhadap sesuatu itu akanku pertahankan sehabis kudrah.

Suratan pula menentu takdir-Nya. Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar tidak direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan  sebagai anugerah teristimewa kepadamu pula.  Apalagi yang dapatku kata selain merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.

Barangkali kau merasakan tidak pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana jasad yang berjiwa, berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan yang diperhitungkan tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan besarnya yang berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu. Pertarungan, pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara olahmu

terpaksaku hadapi dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang mampu ku buat selain menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguh kau tidak berhati perut.  Langsung tidak kasihan kepadaku. Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu begitu. Hak Allah hendakku ambil pula buat menambah dosa yang sedia ada.

Namun suara hatiku selalu membisik begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya, menghambatnya jauh agar tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku mengelirukannya dan meninggalkan efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua masih. Memeningkan, membingungkan.

Harus kuingat danku sedari bahawa diri kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa denganku dan tidak layak bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai itu walau lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak seharusnya melebihkan  pula rasa cinta kepada yang berhak sesungguhnya terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Mencintai seseorang tidak salah. Tapi harus berpada-pada.

Laluku pujuk hatiku dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa rahmah.
Sendirianlah aku. Walau sepi, walau sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah masalah itu bagiku? Rasanya tidakpun. Hidup perlu diteruskan walau ujian-Nya merintang sepanjang perjalanannya.

Kesedihan, kedukaan tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang menabiri alamnya sehingga sentiasa sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja perancangan ke arah kehidupan sebaik mungkin. Suratanku sejak azali begitu takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda. Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi ada sifat iri antara sesama kita. Biarkan perjalanan hidup kita lancar berterusan ke destinasi akhirnya tanpa olah tanpa bantah.

Siang malam bergantian dan kitapun leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita. Tidak langsung mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan masalah yang telah ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata masalahku saja. Tiada kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu itu.

Yang diinginkan berlaku sebgitu tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran sebenarnya. Hendak mengalih sasaran ke arah yang betul tidak tahu pula. Pening kepala memikirkannya.Sudahnya kerisauan yang mengganggu fikiran seakan mengheretku sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat normal. Mengenangkan nasib malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana anak-anak orang lain seakan kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan hatiku.

Mengapa tidak mahu menafkahkan anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku itu tidak berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara kehidupan anak-anaknya yang bertiga yang masih kecil itu. Diri yang telah menjadi hakmu kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia. Dulunya mereka dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah kesayangan mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada.

Kini setelah hadirmu jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas isteri yang tiada harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat menyara hidup semua zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung tidak. Marah sungguh bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga sanggup menganiaya aku dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku memohon perceraian di mahkammah syariah.

Jikalau marahkan aku janganlah libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada kemarahan itu.Namun tidak dinafikan memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja tidak mahu beri nafkah kerana dalam diri mereka telah tertanam sifat mahu balas dendam terhadap bekas isteri yang telah bertukar jadi musuhnya.

Ada juga beri alasan tidak bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang boleh dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu itu memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?  
Anak-anak adalah nasabnya yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Amanah Allah yang miliki 7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh alam ini kepada seorang yang bergelar bapa kenapa dipermudahkan saja.

Apakahkau memain peranan sebagai jarum penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci anak-anaknya? Menghembus mantera yang dibawa angin  menyelinapi lubuk hatinya?  Peranan angin yang membawa pesanan kepada minda adalah fakta yang sukar dipertikai. Boleh jadi aku hanya berprasangka tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan hanyalah fitnah bisikan syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan mereka yang selama ini tidak pernah merasainya sepanjang hidup di samping ayah kesayangan mereka. Hairan pula dengan perubahan sikapnya yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknya kau telah sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali lagi hatiku dirunyam sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak kebenarannya. Walau segalanya adalah langsung tidak mustahil lantaran sifat ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak purbakala keujudannya dan firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran yang suci. 


Paranoia pula aku melebihkan rona situasi yang melengkungiku sehingga fikiranku bercelaru bersimpang perenang.  Entah kemana halanya destinasi tidaklah pasti. Namun kesulitan corak kehidupan yang terpaksa didepani anak-anakku membuat fikiranku sering diganggu tanggapan yang bukan-bukan. Ah! Melayan perasaanpun tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Lebih baik aku mengerah mindaku berfikir bagaimana aku mahu meneruskan kelangsungan hidup daripada tiada kepada ada.
Bersambung....

ILHAM PUJANGGA...

ASSALAMUALAIKUM...



ILHAM PUJANGGA

Perbidalan pujangga
Seorang ILHAM PUJANGGA
coretan suara hatinya membidal
 tersirat menukil frasa menyimpul makna
Walau mengeluh melerai rusuh
tegar tabah jalan jauh ditempuh
meski wajah lembut bersahaja
bak…
Indah sekali permata marjan,
     hati galau risau mendesis;
        kalau kalau sirna suasah,
Pipit tuli makan berhujan,
    tak dihalau padiku habis,
hendak dihalau kainku basah.

Gulai ikan berlinang lemak,
     segera hidangkan jangan dilupa;
Hendak dimakan mati emak,
     hendak diluahkan mati bapa.

Berjalan-jalan ke pengkalan,
     Malam nan indah diterangi suar;
hendak ditelan termengkelan,
     hendak diludah tidak keluar.

Padi  bersirat di dalam bendang,
     buah celagi di dalam bakul;
betapa berat mata memandang,
    berat lagi bahu yang memikul.

Seorang ILHAM PUJANGGA
dikenali lewat persada maya
bergaya penuh wibawa
berkarya berbilang cabang demi
seni kehidupan
Namun hiba dukanya disalut senyuman
berseli tawa

Paridah Ishak
Taman Selayang Utama
13 No

Monday 28 November 2016

TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM...

ASSALAMUALAIKUM...




TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM

Daerah Baling di negara kita adalah salah satu daerah bersempadan dengan negeri Fathoni Daruss salam, Thailand yang disebut Pattani bagi masyarakat sebelah sini. Yala, Saturn, Narathiwat, Pattani, Songkla/Senggora berada di selatan Thailand.
Pemisah antara kedua-dua negara adalah hutan tebal pernah dijadikan tempat persembunyian gerila komunis dalam tahun akhir 50-.an sehingga perjanjian damai 1955 Baling dimeterai antara kerajaan Malaysia ketika itu dengan Chin Peng ketua parti PKM (Parti Komunis Malaya).

Justeru mereka yang tinggal di kedua-dua negara yang bersebelahan sering berulang alik membuat kunjungan melaksanakan urusan masing-masing sambil bertemu saudara-mara setelah suasana aman diwujudkan hasil perjanjian itu. Salah seorangnya adalah bapa saudara Penulis yang Penulis gelar Wa Abu. Apabila ditanya, “Wa pi mana?” jawabnya, “Pi Yala sat.” dan Wa Abu selalu membawa pulang pelbagai hasil pertanian dari sana sebagai buah tangan.
Daerah Yala dan beberapa provinsi yang dipecahkan di negeri Fathoni Darusslam sangat giat dan maju dalam bidang pertanian sejak sekian lama. Ternyata bangsa Melayu warga Fathoni adalah sangat rajin dan gigih berusaha dalam pelbagai bidang ekonomi demi kehidupan yang dijalani. Lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian yang kebanyakan hasilnya dieksport ke negara kita.

Sebenarnya semasa kecil Penulis pernah tinggal bersama keluarga di Simpang Empat Baling. Penduduk di sini lebih dikenali sebagai Melayu Pattani dengan lorat pertuturan yang unik kerana seakan dialek negeri Kelantan yang bercampur dengan dialek Kedah. Dan ramai juga penghuninya adalah mereka yang berketurunan Siam.

Orang Siam di sini kebanyakannya petani yang amat rajin mengusahakan pelbagai jenis tanaman komersial juga menternak khinzir. Jadi tidak hairanlah kalau kita mendapati kumpulan khinzir berkeliaran di mana saja di setiap ceruk perkampungan daerah sini.
Cerita itu Penulis simpan sebagai memori lama dahulu. Mungkin suasana daerah Baling bersempadan negeri Fathoni Thailand telah jauh berubah keadaannya mengikut perubahan arus masa. Dan tiada lagi khinzir yang berkeliaran merata mencemarkan kesucian alam sekitar dan mengganggu kesempurnaan ibadah penganut Islam.

Masyarakat Melayu Pattani di selatan Thailand sekitar 4 % - 2.3 juta daripada keseluruhan penduduknya sejumlah 70 juta, amat dikenali sebagai Muslim sejati walau di tengah keberadaan mereka dalam negara yang kebanyakannya menganut agama Buddha.
Mereka mengamalkan budaya mereka sendiri dengan yakin walau keadaan negeri itu sering digambarkan bergolak dengan pertempuran meragut nyawa antara kumpulan pemisah dan kerajaan Thailand.

Kumpulan pemisah selatan Thailand di bawah pimpinan tokohnya Hj. Sulung ingin membebaskan negeri Fathoni dari kerajaan Thailand dan telah memperjuangkannya sekian lama kerana bersandarkan sejarah bahawa Fathoni adalah sebuah kerajaan berdaulat yang meliputi Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditakluki kerajaan Siam pada 1902.
Namun perkembangan pendidikan Islam yang menyangkut tuntutan ukhrowi dan duniawi sentiasa pesat walau negeri Fathoni dilanda konflik yang tidak selesai. Ramai ulama Islam kelahiran Pattani amat dikenali dengan kitab yang ditulis menjadi rujukan penuntut ilmu agama Islam.

Antaranya adalah Sheikh Ali bin Faqih al-Fathani,  Sheikh Abdul Jalil al Fathani, Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Sheik Muhammad Nur al – Fathani dan ramai lagi ulama negeri ini yang berperanan menyebarkan dakwah Islam. Paling dikenali adalah Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai pendakwah ulung seluruh nusantara.
Kini banyak juga university dan pusat pengajian tinggi yang didirikan di negeri Fathoni untuk mengujudkan masyarakat berilmu seiring tuntutan masa. Antaranya adalah:-

1.    College of Islamic Studies
2.    Deep South Journalism School
3.    Fathoni University
4.    Islamic Academy and Arab Studies Naradiwas
5.    Pengajian Tinggi Islam Darul Maarif Pattani (PETIDAM)
6.    Prince of Songkla University

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN FATHONI DARUSSALAM

Kegiatan penulisan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sudah lama dipraktikan dalam usaha penyebaran dakwah Islam yang ditulis para ulama negeri Fathoni sejak lama dahulu. Walau ada keputusan kerajaan Thailand hendak melenyapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai usaha penyatuan bahasa kebangsaan Thailand.
Namun bahasa Melayu terus berkembang baik walau terpaksa bersaing dengan bahasa Siam yang semakin popular di kalangan generasi baru kini.
Dan ramai juga siswa-siswi dari negeri Fathoni Darussalam yang menimba ilmu di university tempatan negara kita terutamanya di UIA/Universiti Islam Antarabangsa juga di lain-lain negara.
Alam siber yang luas penggunaannya kini memudahkan perhubungan secara maya dan ramai penulis penulis terkenal Fathoni turut sama menyertai grup penulisan di Malaysia seperti E-Sastera-Malaysia, BeTA, SPTA, NUMERA dan lain-lain grup penulisan yang banyak sekali diujudkan penggiat industry maya iaitu FACEBOOK, GOOGLE, LINKDN, TUMBLER, WHATSAPP, INSTGRAM, TWITTER. Media maya yang turut membantu menyebarkan pelbagai info dengan lebih cepat.
Antara penulis yang Penulis kenali berasal dari Fathoni dan amat aktif dalam penulisan sastera siber adalah saudara Mahroso Doloh.  Penulis tidak kenali beliau secara personal tapi lewat alam maya saja kerana beliau adalah admin  GAKSA E-SASTERA-MALAYSIA.GAKSA yang Penulis turut sertai.
GAKSA E-SASTERA dibentuk oleh Persatuan Aktivis E-SASTERA (Malaysia) yang bertindak sebagai Sekretariat, Lentera Sastera Indonesia (LSI), PUTRA Seni (Brunei Darussalam), Kumpulan Bebas Melata (Singapura) dan Komunitas Pena Petani (Thailand).
Zamree Idris seorang penulis Fathoni telah dipilih pemenang award E-SASTERA-ASEAN bagi Thailand, Gabriel Kim – Malaysia dan Nanang Suryadi – Indonesia. Majlis penyampaian hadiahnya telah diadakan di Pondok Pesantren Al-Fath, Cilegon, Banten, Indonesia pada 18 November 2016 yang lalu sempena program wisata sastera "Antara Anyer Dan Jakarta" anjuran E-SASTERA dengan dihoskan oleh LSI
Beberapa orang penulis dalam group penulisan BeTA juga ada yang berasal dari Fathoni Darussalam seperti Nurjah Ahmad, Tuwaedaniya Maringing dan Zubaidah Bakakah.
Fathoni Darussalam sebuah negeri indah dengan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Menurut seorang sahabat Penulis yang pernah ke sana, pantai-pantai di Pattani dan Songkla secantik pantai di pantai timur negara kita seperti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.. Dan soal mendapat makanan halal ketika berada di sana langsung tiada masalah.
Tapi sentiasa perlu berhati-hati menjaga keselamatan diri kerana kadangkala tidak terduga boleh terperangkap dalam pertempuran antara kedua-dua belah pihak yang mempertahankan hak dan yang ingin mengekalkan hak. Perjuangan yang sentiasa memakan korban dan amat memilukan.


Bersama kita mendoakan semoga Negara Islam berdaulat yang telah hilang dari peta ini sentiasa aman damai dan tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Kedamaian dan kesentosaan pasti membawa rahmat dan menafaat kepada penduduknya. Dan Allah SWT memakbulkan doa para pejuang dan penduduknya memperolehi hak yang dituntut. Allah mendengar doa-doa hamba-hamba-Nya yang teraniaya. Yang berhak pasti mendapat haknya.

 Pic google images

Sumber
1.    Kompasiana.com
2.    Taufeq net.
3.    Wikipedia.
4.    Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu – Dr. Awang Sariyan.
5.    E-SASTERA-MALAYSIA
6.    BeTA (Bersama Terbitkan Antologi)





Sunday 27 November 2016

GELONGSORAN TANAH SERENDAH...

ASSALAMUALAIKUM...




GELONGSORAN TANAH SERENDAH

Tanah Serendah taman alam indah
Hutan rimba warisan pribumi
Jernih air lata mengalir
Bermandi-manda bermain air
Dan rumah rumah kecil di pinggir
Pembangunan merobah wajah
Tasik dan paya digubah-gubah
Ditambak ditambah-tambah
Lalu rumah agam dibina merata
Memenuhi minta warga kota
Yang ingin merasa suasana desa
Sebelum berakhir usia
Lalu berlomba-lombalah jurutera arkitek
Merekabentuk kediaman cantik
Menorah menakik tanpa serik
Tanpa sedar kelukaan mendukakan
Kerosakan menjahanamkan
Leburlah pelaburan
Akibah gelongsoran
Astagfirullah ujian kesabaran
Moga menginsafkan

Paridah Ishak
Selayang Utama

27/11/2016

Saturday 26 November 2016

GELAP PENJURU TIANG...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERADU


GELAP PENJURU TIANG

Senja baru berlalu
dan isyak melepasi waktu
ruang istirehat menjemput tamu
segera lena beradu
Peta minda berhenti melakar karya
justeru kelelahannya sepanjang usia mengaturnya
menurut rencana
Nikmatnya melelap sepasang mata
dengan jenera
sepi segenap ruang
Penjuru tiang dimamah gelita
dimensi mimpi mewarna-warni pelangi
moga esok masih harum mewangi
berseri

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA


IKAN BAKAR SAMBAL SEDAP...

ASSALAMUALAIKUM...

SEMOGA SIHAT WALAFIAT SEMUA BERHARI MINGGU DENGAN CERIA...HARI INI KITA BELAJAR NASAK-MASAK PULA YA...LAGIPUN DAH LAM JUGA KITA TINGGALKAN KELAS MASAK KAT BLOG PI NI KAN...SAMBIL BELAJAR BOLEH TERUS SEDIAKAN HIDANGAN TENGAHARI.

Ikan Bakar Sambal Sedap

 

Bahan-bahannya

3 batang serai
3 biji bawang merah
1 - 2 helai daun kunyit
3 biji bawang putih
udang kering (dikisar bersama)
asam jawa
2 inci kunyit hidup
garam
gula
serbuk perasa secukup rasa
20 - 25 lada kering (dikisar berasingan)
2 inci halia
ikan pari secukupnya
Cara Membuat Sambal:

#1: pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.
#2: selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.
Cara Membakar Ikan:
Bahan-bahan:
- sambal ikan bakar
- alumunium foil
- daun pisang
Cara Membuatnya:
#1: pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.
#2: letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.
#3: jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.

Resepi blog blogopsi.com 

MyBloglist