Friday 30 September 2016

TASAWUF...

ASSALAMUALAIKKUM...


SALAM JUMAAT MULIA


PENGERTIAN TASAWUF

Tasawuf bukanlah harus berpakaian bertampal
Bukan pula yang meratap tangis atau berteriak
Apalagi bertingkah aneh
Tasawuf adalah bersih dari kekeruhan
Menjejaki kebenaran agama dan Al Quran
Sentiasa kelihatan takut pada Allah
Di atas doa dosa...
Rasulullah Saw bersabda:
Orang orang yang berdampingan dengan Allah di hari kiamat adalah mereka yag tunduk tawadhu dengan rendah hati Mereka juga sentiasa takut dengan murka Allah Swt

Coretan Ustazah Nurbaya Usman.

Thursday 29 September 2016

SYAIR PENANGAN DURIAN....

ASSALAMUALAIKUM...

SYAIR PENANGAN DURIAN


Musim durian sudahlah tiba ,
dusun di pinggir berhutan rimba,
kini dikunjungi seakan berlumba,
menebas semak membersih reba.

Di dalam pondok tiada ragu.
siang dan malam duduk menunggu,
gugur durian bak berlagu,
satu persatu dikutip regu.

Sukanya hati mengumpul durian,
hasil dusun pusaka warisan,
jadi jualan atau santapan,
makmur rezeki titipan Tuhan.

Durian berduri halus kasar,
ada yang manis ada yang tawar,
kalau mengenal rupa di luar,
mudah memilih tanpa gusar.

Raja Kunyit durian termahal,
kuning isinya berulas kenyal,
daerah Raub tempat berasal,
pilihan penggemar tanpa kesal.

Makan durian penuh selera,
seluruh badan panas terdera,
petua lama atasi lara,
air di pangsa minum segera.



Wednesday 28 September 2016

RAHSIA WARNA PERALIHAN WAKTU SOLAT...

ASSALAMUALAIKUM…

RAHSIA PERALIHAN WAKTU SOLAT


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU DZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
#ingatan utk diri sendiri


Cooretan Yus Efendi.

TERBANGLAH BURUNG TERBANG...

ASSALAMUALAIKUM....

WORDLESS WEDNESDAY

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
TERBANG JUA MEMBELAH AWAN...
INSYA-ALLAH


Tuesday 27 September 2016

PULARA...

ASSALAMUALAIKUM...




IPOH: Kerajaan Negeri Perak sedang merancang untuk mengembangkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) supaya ia menjadi satu program besar yang bertaraf antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan memasukkan beberapa unsur lain dalam memastikan PULARA yang dianjurkan bagi tahun ketujuh kali ini dapat membawa pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang karyawan, sastera dan budaya.
“Oleh yang demikian pihak jawatankuasa telah membuat perbincangan dan memutuskan agar pada kali ini PULARA akan turut sama membuat program-program yang setaraf dengannya.
“Pada kali ini kita akan mengadakan Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) dan ianya bukan hanya melibatkan dalam bidang sastera tetapi juga melibatkan bidang penulisan dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, pada kali ini, hadiah berkenaan meliputi 14 kategori utama melibatkan keseluruhan genre penulisan selain daripada tiga anugerah lain iaitu Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan dan Karyawan Sepanjang Hayat.
“Bagi anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan akan menerima wang tunai sebanyak RM50,000, piala iringan dan watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri Perak.
“Selain itu, kita juga ada Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan yang akan menerima sebanyak RM25,000, manakala Karyawan Sepanjang Hayat RM15,000 dan masing-masing akan menerima watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri Perak,” jelasnya.
Beliau juga berharap dengan pengistiharan hadiah sastera berkenaan akan memberikan satu input atau suntikan ke arah menjadikan PULARA sebagai satu acara besar peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
“Diharap dengan ada kompenan yang kita wujudkan dalam PULARA ini nanti, ia akan menjadikan negeri Perak sebagai pusat tumpuan bagi golongan karyawan di peringkat antarabangsa,” tambahnya.
Penyertaan bagi HSRD 5 akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tokoh-tokoh dan mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing akan dilantik bagi menilai karya-karya yang layak.
Penyertaan pula terbuka penulis warganegara Malaysia rakyat negeri Perak yang berkarya di negeri Perak, di luar negeri Perak atau luar negara atau warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Perak sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih.
Borang pencalonan dan penyertaan boleh dimuat turun daripada laman Facebook Kampung Karyawan Malim.
Sumber Perak Today


ps..

PI DAN RAMAI LAGI PENULIS SAJAK YANG TERLIBAT DALAM ANTOLOGI SAJAK BANDAR-BANDAR DI PERAK TURUT DIUNDANG KE MAJLIS INI DENGAN MENDAFTAR DAHULU SECARA ONLINE DI
www.pulara7.blogspot.my .

Sumber:
Shasha Shakierah@Karyawan Pk
salinan:
Zabidin Hj Isma
Zabidin Hj Ismail Paridah Ishak Amelia Hashim Mohamad Khairi Mohamad Ani Sitiesahmusa Siti zuraida dewi Yahti Hayatinorza asmahwati shukor affix zulkarnain adam ahmad safarman dollah leo aws onn abdullah Noor Azihan Sulaiman al fariz al zaris bayu pagi mohamad amirul Azreel Rosni Khir Ipoh Mohamad Zuraimi Razali DrRaja Rajeswari Seetha Raman sazalee sulaiman nik Nik Mohd Iznan puzi hadi Rokiah Hashim hariff othman norais rufaifa abdullah wijaya perkasa Saad Noordin Elmi Ikhwan Nasruddin nini zalina mataadin ayesarafie Muhamad Roni Pasla Saniah Masri CT Nurza prof hashim yaacob siti mariah alias faris arshad andy chooi aminah a malek hanifah ibrahim ahmad fikri ab rahman kamar zaman

SEMOGA MAJLIS SASTERA GILANG GEMILANG ANJURAN KERAJAAN NEGERI PERAK INI SEMPURNA DENGAN JAYA MAJLISNYA DAN MEMBERI MENAFAAT KEPADA PERKEMBANGAN SASTERA NEGARA DAN PENGGIAT KARYA  SASTERA.

Monday 26 September 2016

MENULIS CERPEN IKUT LOGHAT NEGERI..

ASSALAMUALAIKUM...

JOM MULA MENULIS KARYA SEPANJANG 4000-5000 WORDS DAN DIHANTAR KE PENERBITAN.    FUFU TERBIT ... MESTI MENGGUNAKAN LOGHAT NEGERI DI MANA ANDA BERASAL TETAPI PERLU ADA GLOSARI MENERANGKAN MAKSUDNYA....MENARIK KAN PROJEK PENULISAN YANG MENGGABUNGKAN PENGGUNAAN LOGHAT NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA...PI ASAL KEDAH TAPI TAK FASIH JUGA LOGHAT KEDAH SEBAB MEMBESAR DI PAHANG...LOGHAT PAHANG PUN TAK BERAPA BOLEH BAWA SEBAB DI PERTEMPATAN FELDA PAHANG PESERTANYA DARI NEGERI BERBEZA KECUALI SABAH DAN SARAWAK....

MASALAH JUGA KAN...

TARIKH TUTUPNYA 30 NOVEMBER 016....KALAU MINAT NAK SERTAINYA BAIK MULA MENULISNYA PERLAHAN-LAHAN....SEHARI SEBARIS AYAT LAMA-LAMA SIAP JUGA HEH..HEH..


TAWA DAN TANGIS..

ASSALLAMUALAIKUM...



Tawa dan tangis adalah permainan hidup. Hidup yang hanya dipenuhi dengan tawa ria saja akan membosankan kita.
Dalam perjalanan hidup kita pasti akan menempuhi saat berduka lara.
Air mata pasti akan mengalir keluar membasahi pipi. Itulah air mata kedukaan atau kekecewaan.. Namun dalam kegembiraan juga kita boleh mengeluarkan air mata. Itu adalah air mata kebahagiaan. Dalam kesyahduan kita sujud menghadap Yang Maha Esa pun kita boleh menitiskan air mata. Kita terkenang akan betapa kerdilnya diri kita ini di sisi-Nya. Betapa masih terlalu kurangnya amal ibadah kita. Betapa kurangnya kita bersyukur di atas nikmat dan rahmat-Nya. Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan selama ini. Itulah air mata keinsafan. Tawa ria dan tangisan adalah rencah kehidupan. Dan air mata yang masin menambahkan kenikmatan kehidupan itu sendiri.
Namun harus diingat, janganlah sampai kita mengeluarkan air mata atas perkara yang sia-sia dan melalaikan. Air mata yang sedemikian tiada nilainya di sisi Allah.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


Sunday 25 September 2016

"Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"

ASSALAMUALAIKUM...


"Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"



TAMAT : 29 SEPTEMBER 2016

Cara Untuk Join

1. Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita"
2. Follow Blog/ FB Page / Follow IG @nieylanadia / Follow 
3. Make sure blog korang active ya
4. Linkkan entry korang di kotak komen di bawah
5. 10 Blog yang bertuah akan dipilih melalui random.org

Moh kita join dan link adalah seperti berikut :


PESONA ORKID

ASSALAMUALAIKUM...

TERUJA SEKALI MEMANDANG KEINDAHAN DAN KEUNIKAN BUNGA ORKID KEJADIAN ALLAH SUBHANALLAH.... YANG ANEKA JENIS BENTUKNYA....ORKID ADA YANG MUDAH TUMBUH DAN WARNA BERSERI SEPERTI YANG BANYAK DIDAPATI TUMBUH SEPANJANG LEBUHRAYA YANG BERDEKATAN RIMBA....ORKID LIAR PUN BANYAK KEDAPATAN DI DALAM HUTAN DAN RAMAI PENGGEMARNYA MENCARINYA....ADA JUGA JENIS ORKID HYBRID HASIL CANTUMAN BENIH YANG MENGELUARKAN BUNGA-BUNGA YANG CANTIK MEMPESONA.

MEMANDAG KUNTUMAN ORKID MENDAMAIKAM GEJOLAK JIWA...KALAU NAK MMERASAINYA CUBA-CUBALAH BERJINAK-JINAK DENGAN PENANAMAN ORKID.....SEKALI DAH JATUH MNAT MEMANG SUKAR NAK PISAHKANNYA.









Saturday 24 September 2016

BINGKA ABON...

ASSALAMUALAAIKUM.....

KALAU SEMPAT BAKING MALAM INI PAGI ESOK SUDAH TERSEDIA UNTUK SARAPAN PAGI...SEDAP NAMPAKNYA NI...RESEPI DIKONGSI DARI LIKE PAGE RESEPI DAN PETUA FB...JOM CUBA.
BINGKA ABON
Bahan:
85g tepung sagu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh instant yeast
145g telur
170g santan pekat
85g gula
Air daun pandan (1 sudu teh)
Cara:
Satukan tepung ubi, garam dan yis segera. Masukkan telur dan gaul sebati.
Santan dan gula disatukan dalam periuk, kacau diatas api yang kecil, agak-agak dah panas (bukan panas mengelegak ya.. hanya sekadar naik wap jer).
Masukkan bancuhan santan kedalam tepung tadi. Masukkan air pandan (esen pandan) dan kacau sebati. Guna blender pun boleh. Biarkan banchan selama 2½-3 jam.
Sebelum 15minit membakar panaskan oven pada suhu 160°C dengan api bawah sahaja.
Gunakan acuan 15 x 15 x 5 cm, sapukan dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum untuk elakkan dari melekat. Boleh juga gunakan 25 x 25 cm parchment paper.
Tuang adunan dan bakar anggaran 35 minit pada kedudukan bawah (tray dikedudukan bawah)
Tambahkan suhu kepada 180°C dan setkan oven dengan kepanasan atas dan pastikan kedudukan ditengah oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga golden brown.
Keluarkan dan biarkan sejuk diredai.
-Myzana.blogspot

PANTUN BUNGA RAYA...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL BELEK-BELEK TANAMAN YANG MENGHIASI LAMAN RUMAH....KALAU DI RUMAH PI POKOK BUNGA RAYA ANEKA WARNA PI TANAM KELILING RUMAH....JIKA ADA YANG MINAT NAK TURUT MENANAMNYA JUGA PI AKAN BERIKAN SAJA....KADANGKALA ADA ANAK CUCU YANG KEPANASAN AKIBAT DEMAM AKAN DIAMBIL DAUNNYA LALU DIRAMAS DALAM SEMANGKOK AIR BUAT MENJELUM KEPALA DAN MENURUNKAN SUHU PANAS BADAN....POKOK BUNGA RAYA CANTIK DIJADIKAN PERHIASAN LAMAN DAN BERGUNA SEBAGAI UBATAN HERBA JUGA...






Dari Pagoh ke pekan Semerah,
berbaju kebaya hias ratna;
cantik sungguh berkelopak merah,
bunga raya seri suasana.


Ayam serama warna kelabu,
tertusuk duri bunga angsana;
kelopak lima stigma rambu,
sinar mentari menyerlah warna.

Bertudung labuh duduk di taman,
hinggap di riba burung kedidi;
subur tumbuh kelilingi laman,
ubatan herba semula jadi.


Friday 23 September 2016

CARa HINDARI SIKSAAN NERAKA...

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA




Dikisahkan bahawa seseorang telah datang kepada Rasulullah saw seraya berkata:
Ya Rasulullah....

Dengan apakah aku dapat menjaga diri dari neraka?

Rasulullah saw menjawab:
Dengan linangan air matamu

Lalu di tanyakan:
Bagaimana caranya?

Rasulullah saw menjawab:
Deraskan air mata kerana takut kepada Allah
Sebab mata yang menangis kerana takut kepada Nya
Tidak akan mendapat siksa.

Di riwayatkan pula Rasulullah bersabda:
Linangan air mata seorang mukmin kerana takut kepada Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya

Para Malaikat menyeru setiap siang dan malam:
Wahai yang berumur 40 tahun...
Tanaman mu sudah hampir berbuah

Wahai yang berumur 50 tahun...
Marilah menuju perhitungan amal

Wahai yang berumur 60 tahun...
Apakah yang telah kau lakukan 
Dan apakah yang telah kau tinggalkan?

Wahai yang berumur 70 tahun...
Apakah yang sedang kau tunggu?

Seandai makhluk tidak tercipta
Seandai manusia tahu untuk apa di ciptakan dan mereka beramal untuk apa. Tentu mereka akan lebih berhati hati

Betapa banyak nikmat Allah yang telah di curahkan dan berapa kali kita lalai untuk mensyukurinya.

Coretan ustzah Nurbayah Usman.

Selamat bermuhasabah...

Thursday 22 September 2016

KISAH KERANG...

ASSALAMUALAIKUM....



KERANG KALAU DIMASAK SAMBAL TUMIS DIGANDINGKAN DENGAN NASI LEMAK SEDAP SANGAT TU....KALAU DIREBUS DENGAN SERAI DAN DIMAKAN DENGAN SOS ATAU SAMBAL KICAP SEDAP JUGA....TAPI ADA KISAH MENARIK TENTANG KERANG YANG RAMAI TIDAK TAHU...
KALAU NAK TAHU JOM BACA PELAN-PELAN....PENDEK JERPUN...


                                           pic google image

Alkisah pada satu hari ada se ekor anak kerang mengadu kepada ibunya ada sebutir pasir tajam memasuki dan menusuk tubuhnya
“Anak ku”
Kata sang Ibu sambil bercucuran air mata
Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tangan pun, sehingga ibu tak dapat menolongmu. Tapi terimalah itu sebagai takdir alam dan kuatkan hatimu dan kerahkan semangatmu. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang dapat kita lakukan...nak
Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya. Ada hasilnya, tapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, anak kerang meragukan nasihat ibu nya.
Dengan air mata ia bertahan sehingga cukup lama. Tetapi tanpa di sedari, sebutir mutiara mulai terbentuk dalam daging nya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun semakin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.
Akhirnya sebutir mutiara besar indah yang bernilai mahal pun terbentuk dengan sempurna.Penderitaannya berubah menjadi mutiara. Air matanya berubah menjadi sangat berharga kerana dirinya lebih bertuah dari kerang lain yang cuma di santap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Demikian juga dengan manusia yang ingin berjalan menuju pintu kesedaran dan kedamaiaan. Tidak akan terkecuali untuk memasuki pintu penderitaan dan kesakitan terlebih dahulu.
Allah memelihara manusia bukan saja dengan kegembiraan tetapi juga dengan kesedihan. Allah mengurus kita tidak hanya dengan kenikmatan tetapi jugan dengan penderiaan.
Pasrahlah mengalir bersama derita kerana ganjaran dari Allah sungguh istimewa dan Allah Maha Mengetahui


 Sumber ustazah nurbayah usman

Wednesday 21 September 2016

PANTUN KASIH SAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...



KASIH SAYANG ITU...

Seharusnya kasih dan sayang itu janganlah kita jadikan seperti barang. Barang dagangan yang boleh dijual beli. Kasih sayang teramat tinggi nilainya. Ianya tidak boleh diperdagangkan. Begitulah yang dimaksudkan dalam pantun di bawah ini:-
Terbang melayang si pipit tuli
Terbang ke sarang tepi lembangan
Kasih dan sayang tak jual beli
Bukan barang buat dagangan.
Namun masih remai yang kasih sayang mereka ibarat barang jualan. Diletakkan nilai dan harganya. Apabila ini berlaku terhadap pasangan suami isteri atau pasangan yang bercinta, maka terjadilah seperti apa yang dimaksudkan dalam pantun berikut:-
Tok Pawang ke Pasar Payang
Beli bawang barang seloyang
Ada wang abang disayang
Tiada wang abang melayang.
Kalau begitulah adanya kasih sayang di manakah letak nilainya? Adakah nilainya? Kasih sayang adalah suatu perasaan yang seni di dalam jiwa. Kalau ianya hendak kita berikan kepada seseorang biarlah dengan hati yang tulus ikhlas. Jikalau kasih sayang dijadikan barang dagangan maka nilainya adalah kosong semata-mata. Ianya akan hilang ditelan waktu. Akan musnah dalam sekelip mata. Seperti maksud pantun ini:-
Dipanjat budak pohon kuini
Daunnya rimbun dahannya reput
Di tengah hari bulan puasa
Kasih yang tidak tulus dan murni
Ibarat embun di hujung rumput
Disinar mentari hilanglah ia.
Tidak dinafi bahawa kesenangan hidup penting dalam membina perhubungan kasih sayang.Namun ia bukanlah segala-galanya. Apakah benar kekayaan harta benda dan wang ringgit boleh menjamin kasih sayang yang kekal abadi? Hanya manusia yang mementingkan duniawi yang berfikiran sedemikian.
Kasih sayang yang abadi terletak pada hubungan dua hala yang indah. Saling perlu dan memerlukan. Kasih sayang berkait rapat dengan perasaan saling percaya dan mempercayai. Wang ringgit dan harta kekayaan bukan ukurannya. Ada pasangan yang hidupnya daif dan serba kekurangan namun hidup mereka penuh dengan kasih sayang. Ada pasangan yang hidup kaya raya namun hidup mereka tidak pernah berselimutkan kasih sayang dan tiada kedamaian di jiwa. Kasih sayang yang bersandarkan pada harta dan kekayaan wang ringgit adalah kasih sayang atau cinta yang penuh kepura-puraan dan tidak akan bertahan lama. Ianya akan berakhir apabila nikmat kekayaan itu Allah ambil kembali. Seperti maksud pantun yang paparkan:-
Burung tarum burung serindit
Terbang melayang ke pohon ara
Hidung dicium pipi digigit
Itulah sayang yang pura-pura.
Maka beruntung dan bersyukurlah bagi mereka yang hidup berulit kasih sayang dengan pasangan masing-masing hingga ke hujung usia. Itulah anugerah dan nikmat Allah yang tidak terhingga dan harus disyukuri.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

WORDLEES WEDNESDAY

BERHENTILAH MAKAN SEBELUM KENYANG TENTU MAMPU MENJADIKAN BADAN SLIM-MLIM CANTIK RAMPING DAN TERHINDAR DARI PENYAKIT BAWAAN MAKANAN.....SUNNAH RASULLULLAH YANG PATUT DIIKUTI...




Tuesday 20 September 2016

GUNUNG PERTAMA DI DUNIA...

ASSALAMUALAIKUM…

JABAL ABI QUBAIS



Pic google image

Kota Makkah adalah kota yang terletak di lembah atau wadi yang di kelilingi olih gunung gunung. Semua yang bernama gunung atau bukit di Makkah adalah tumpukkan batu batu yang menyilaukan mata apalagi jika di lihat pada siang hari dengan teriknya matahari..

Dari sekian banyaknya jabal atau bukit, ada beberapa jabal yang mempunyai nilai yang sejarah dan kisahnya yang tidak dilupakan olih umat Islam.
Diantaranya adalah bukit yang bernama Jabal Abi Qubais.

Setiap muslim yang datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji ataupun umrah pasti pernah mendengar nama Jabal Abi Qubais tapi kurang mengetahui kedudukan atau sejarah jabal tersebut.

Jabal Abi Qubais berada di sebelah timur Baitullah. Jika kita bediri dan membelakangkan hajar aswad maka pandangan kita akan melurus ke sebuah istana megah (Istana Shafa) yang berdiri di atas sebuah bukit yang telah pupus.Itulah di antara kawasan Jabl Abi Qubais yang mempunyai sejarah yang berkaitan dengan sejarah Baitullah dan kota Makkah.

Jabal Abi Qubais merupakan bukit yang letaknya sangat dekat dengan Masjidil Haram dan berhadapan dengan bukit Shofa. Jabal Abi Qubais adalah gunung yang pertama kali di ciptakan olih Allah Swt di muka bumi setelah penciptaan Baitullah Ka’bah.

Dahulu di atas puncak bukit tersebut ada sebuah masjid kecil yang dinamakan sebagai Masjid Bilal. Bukit ini menurut para ulama Makkah adalah bukit yang mulia kerana berdekatan dengan Ka’bah dan menggadap ke bukit hafa.

Ada riwayat menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais juga di kenali dengan nama Jabal Al Amin (bukit kepercayaan)

Pada saat Nabi Ibrahim Alaihissalam membangun Baitullah, Hajar Aswad di bawa dari Jabal Qubais olih Malaikat Jibril dan di serahkan kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk di letakkan di sudut Ka’bah.

Di riwayatkan juga bahawa batu batu yang di gunakan untuk membangun Baitullah olih Nabi Ibrahim Allaihissalam di ambil dari Jabal Abi Qubais.

Setelah selesai membangun Ka’bah Nabi Ibrahim Alaihissalam lalu naik ke atas Jabal Abi Qubais dan berseru:

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenanp penjuru yang jauh.(Surah Al Hajj ayat 27)

Terdapat juga banyak riwayat yang menyatakan bahawa mukjizat Rasulullah Saw ketika bulan terbelah terjadi di Abi Qubais.

Pada satu ketika kafir Quraisy telah meminta baginda Rasulullah Saw untuk membuktikan kenabiannya agar beliau dapat membelah bulan. Maka dengan kekuasaan Allah Swt, Rasulullah Saw telah membelah bulan menjadi dua belahan dengan tujukan jarinya

Peristiwa yang hebat ini telah di saksikan olih kaum musryikin Makkah bahawa bulan telah benar benar terbelah dua.

Satu belahan berada di atas Jabal Qubais dan belahan kedua bergerak ke arah Jabal Qaiu’an yang kedudukan berhadapan dengan bukit Marwa.

Bagi Jemaah haji yang masih berada di tanah suci ambilkan kesempatan untuk melihat keistimewaan bukit atau Jabal Abi Qubais

Coretan ustazah Nurbayah Usman.
Top of Form
Like
Love
Haha
Wow
Sa

MyBloglist