بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ASSALAMUALAIKUM..

INILAH KAMPUNG LAMAN PI.
SEGALA MACAM JENIS POKOK DITANAM MENGISI RUANG LAMAN.
ADA POKOK BUNGA RAYA PUTIH YANG BOLEH DIGUNAKAN AKAR DAN DAUNNYA MERAWAT WANITA KEGUGURAN.
MAWAR MERAH MUDA INI AMAT HARUM DAN RAJIN BERBUNGA. BUNGANYA KECIL DAN BERJAMBAK.

ORKID-ORKID PELBAGAI WARNA DIGANTUNG MENGHIASI SERAMBI.
MAWAR MERAH YANG JARANG BERKUNTUM. NAMUN SESEKALI KUNTUMANNYA MENGORAK KELOPAK, TERPANA MEMANDANGNYA. 
BUNGA RAYA PINK YANG AGAK BESAR BENTUKNYA.
LAMAN DI BAHAGIAN TEPI DITANAMI BUNGA-BUNGA PUDING.
JIRAN-JIRAN YANG BAIK SEBELAH MENYEBELAH RUMAH TURUT SIBUK MENGEMASI LAMAN RUMAHNYA SAMBIL MENJENGUK BERTANYA KHABAR.
BEGINILAH SUASANA DESA YANG SEPI NAN TIADA TERCEMAR DENGAN RAUNGAN KEBISINGAN NAMUN TENANG DAN DAMAI.
MENJELANG RAMADAN YANG BAKAL MENJELANG TIDAK BEBERAPA HARI LAGI PASTI RAMAI YANG TERKENANGKAN KAMPUNG LAMAN YANG DITINGGALKAN DAN TERAMAT MERINDUINYA...

16 comments - "BUNGA-BUNGA DESA"

Yun Sing delete icon 21 June 2014 at 20:29

Cantik-cantik belaka :')

abuikhwan delete icon 21 June 2014 at 21:18

Subhanallah, cantik.
Tenang melihatnya..tiba-tiba teringat kampung halaman.

paridah delete icon 21 June 2014 at 22:21

kampung laman mcik ni Yun Sing...tq

paridah delete icon 21 June 2014 at 22:25

yeke..tq abuikhwan...mesti rindu kampung laman menjelang ramadan kan

nohas delete icon 21 June 2014 at 23:38

Seronok..byk pokok2 bunga di sekeliling rumah..terapi jiwa..ditambah dgn suasana yg aman dan jiran yg baik...

Mnyambut bulan puasa di kpg bersama ibubapa memang seronok..

Sobri Yaacob delete icon 22 June 2014 at 12:16

salam sis..
sangat cantik dan mempersonakan..
menyejukkan mata yg memandang..
kikx3

paridah delete icon 22 June 2014 at 14:38

berpuasa dikampung dgn damai suasananya mmg best...apalagi saling xlupa bertukar juadah...tq nohas.

paridah delete icon 22 June 2014 at 14:40

wsalam dik..gitula suasana desa di felda kita kan...tq sobri rajin klik3.

Pha Is delete icon 22 June 2014 at 18:10

teringat kat rumah.. hehe.. exam baru habis.. tinggal nk kemas2 barang, lepas tu trus balik kampung..

paridah delete icon 22 June 2014 at 18:39

exam dh hbs ya..bolehlah kmpung berpuasa brsama kluarga n rancang masa depan...gdluck Pha Is tq.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 22 June 2014 at 19:03

Cantiknya akak... Kalau la laman rumah zumal camtu kan best :)

Sylarius Yusof delete icon 22 June 2014 at 19:33

Tanaman-tanaman ni sememangnya banyak khasiatnya. Banyak yang kita dapat manfaatkan daripadanya kan.

Purnomo Jr delete icon 22 June 2014 at 19:48

cantik dan buat betah ngeliatnya

paridah delete icon 22 June 2014 at 21:17

tq zumal..laman rumah kak tu luas juga.

paridah delete icon 22 June 2014 at 21:20

biasala org kampung akan menanam apa yg mrk perlukan...tq Sylarius Yusof.

paridah delete icon 22 June 2014 at 21:21

cantik ke...tq Purnomo Jr.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”