ASSALAMUALAIKUM
Salam Jumaat mulia. Disember semakin berhujung...PI kongsikan beberapa puisi karya PI pilihan Sifu Tabir Alam dalam adaptasi grafik menarik @graha karya 024....terima kasih banyak sifu kesudiannya.
ASSALAMUALAIKUM
Salam Jumaat mulia. Disember semakin berhujung...PI kongsikan beberapa puisi karya PI pilihan Sifu Tabir Alam dalam adaptasi grafik menarik @graha karya 024....terima kasih banyak sifu kesudiannya.
ASSALAMUALAIKUM
SURAT RINDU
Kutulis surat
ini untukmu
lukisan rindu
luahan rasa
gejolak lara
menular bisa
moga terlerai
kala bertemu
.
Baca coretan
usah kau jemu
teliti maksud
setiap frasa
kutulis surat
ini untukmu
lukisan rindu
luahan rasa
.
Sekian lama
kita berpisah
hanya niatku
ingin bersua
dikau kekasih
tiada dua
memendam ragu
bergelut resah
kutulis surat
ini untukmu
lukisan rindu
luahan rasa
ASSALAMUALAIKUM
ULANG TAHUN KELAHIRAN
Dahulu di sekolah,
belajar ilmu alam tentang usia haiwan. Antara haiwan yang berusia panjang dan
hidup lama ialah buaya, penyu, paus dll. Haiwan ini wujud sejak zaman
prasejarah. Aku terbaca sebuah web sains perkongsian sahabat grup media sosial bahawa
seekor buaya bernama Henry the giant telah menyambut ulang tahun ke 124. Henry berada
di pusat pemeliharaan haiwan di Afrika Selatan. Sepanjang hidupnya buaya itu
telah menghasilkan 10,000 anak.
Henry the giant
buaya purbakala -
hasilan nafas
ASSALAMUALAIKUM
BENANG BASAH
Tegakkan benang basah memang amat susah
usah lolos jarum
kelindan berkait
bermasalah kain dijahit
terbiar sudahnya
masa berlalu
tunggu kering
pastikan elok
jahitan
Jahitan
pastikan elok
tunggu kering
masa berlalu
terbiar sudahnya
bermasalah kain dijahi
usah lolos jarum
kelindan berkait
tegakkan benang basah
memang amat susah
ASSALAMUALAIKUM
ANAK CUCU PI SIBUK DENGAN KEGIATAN MEREKA SEPERTI SELALU PADA HUJUNG TAHUN...KALI INI AQIL HARITH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM...PAPANYA ULANG-ALIK KE ENDAU PULA MENGENDALIKAN PROJEK BINAAN LKIM...ABQORI DAN MAMANYA IKUT ROMBONGAN SEKOLAH KE LEGOLAND JOHOR BAHRU...MIA IKUT PAPANYA DINNER DI HOTEL EQ SETELAH HANTAR ARIFF KE ASRAMA SEKOLAHNYA DI BENTONG...FAREEZ PULA KE MELAKA MENGIKUTI ROMBONGAN SEKOLAHNYA DI SERENDAH
ASSALAMUALAIKUM
SIAPALAH KITA
Siapalah kita suka menghina
gemar mencerca tidak berkenan
mudah melontar batu mengena
tuju sasaran bawa peranan
Sekadar kenal belum bersua
bagaikan akrab tersangat rapat
luar dan dalam tahu semua
arif segala buktinya tepat
Sedikit tahu habis dibongkar
bagai menulis sebuah karya
darinya pucuk hingganya akar
dicoret larik di media maya
Cacian hina bukan budaya
budi bahasa santun Melayu
sebabkan ragu hilang percaya
maksud sebenar lagu mendayu
Di tempat tinggi Dia tercinta
tingkah hamba-Nya jelas perhati
Rakib dan Atid terus meninta
Di Padang Mahsyar memapar bukti
ASSALAMUALAIKUM
KASIH INI
Kasihku ini hanya untuk-Mu
tidakku ragu mengukir kata
pernah keliru sering bertamu
pudar gerhana tulusnya cinta
Sesalan datang tidak terkira
rasa berdosa menimbun tinggi
sesak dihimpit perih sengsara
tidakkan mahu diulang lagi
Murni kasih-Mu daku mengharap
kudus cinta-Mu kepada hamba
tulus sayang-Mu inginku serap
ampuni salah amat didamba
Bagai meruntun di dalam sukma
ingin bertemu melerai rindu
saat dinanti bakal bersama
renyai tangisan tersedu-sedu
Detik berlalu dibilang-bilang
langkah hampiri makin mendekat
tiada aral dapat menghalang
tatkala nafas sudah tersekat
ASSALAMUALAIKUM
CUCU PI AQIL HARITH ANTARA CALON YG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BERMULA ISNIN LALU.... BERSAMA KITA DOAKAN SEMOGA SEMUANYA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG ...ALLAH PERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN LISAN, AMALI, BERTULIS DENGAN TENANG.........AAMIIN YRBA