Monday, 4 August 2025

AL- QURAN

 ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM


  dtooespnrS4g9t981fi6htcgh00ctm46585m7ht3i51147376il0c3
AL-QURAN
.
Al-Quranul Karim
malaikat Jibril
bawa wahyu
Ilahi
.
Amanah pegangan
Nabi Muhammad
akhir zaman
utusan
.
Tiga puluh juzuk
lailatulqadar
mula turun
beransur
.
Mukjizat kandungan
risalah benar
umat Islam
warisi

Sunday, 3 August 2025

PERANGKAP TIKUS

 ASSALAMUALAIKUM


PERANGKAP TIKUS
.
Pada suatu ketika dahulu, seekor tikus sedang mengintai dari celahan dinding rumah. Dia melihat tuan rumah baru pulang dari pekan, membawa banyak barangan. Tikus itu berharap ada makanan kegemarannya antara belian itu. Seperti biasa, apabila tuan rumah dan isterinya tidur, dia akan menyelinap ke dapur mencari makanan. Itulah rutin malamnya.Tuan rumah meletakkan semua barangan di atas meja lalu memanggil isterinya yang sedang berehat di bilik. Isterinya segera datang.
“Apa yang abang beli?” tanya isterinya.
“Pelbagai jenis makanan,” jawab suaminya.
“Abang beli tak barang yang saya pesan?”
“Ada. Abang tak lupa. Tengok ini!”
Tuan rumah menunjukkan satu persatu barang yang dibelinya. Isterinya tersenyum gembira. Tikus yang mengintai dari balik dinding turut teruja.
“Lihat ini! Perangkap tikus yang awak pesan tu ada sekali. Nanti abang letakkan di sudut dapur. Tikus yang sering mengganggu waktu tidur setiap malam tu pasti akan tertangkap.”
“Ya, tikus itu selalu menyelongkar makanan. Bila dikejar, laju dia lari. Kali ini mesti dia takkan terlepas.”
Tikus terkejut besar. Dia panik dan segera melarikan diri untuk memberitahu kawan-kawan dan jiran tetangganya, haiwan peliharaan tuan rumah tentang ancaman yang bakal dihadapinya. Dia berlari ke reban ayam.
“Kamu kenapa, Tikus? Termengah-mengah macam dikejar musuh,” tanya Ayam sambil mengais tanah mencari ulat.
“Tuan rumah dah beli perangkap tikus! Sekarang ada perangkap di dalam rumah!” kata Tikus dengan suara cemas.
“Perangkap tikus? Itu tak ada kena-mengena dengan aku,” jawab Ayam tenang.
Tikus kecewa kerana Ayam tidak ambil peduli. Dia segera beredar dan pergi pula menemui Kambing.
“Perangkap itu memang bahaya, Tikus. Aku pun risaukan kamu,” kata Kambing setelah mendengar cerita Tikus.
“Tapi aku tak tahu bagaimana nak membantu. Aku hanya mampu nasihatkan kamu agar lebih berhati-hati.” Tikus mengangguk lemah, bersyukur sekurang-kurangnya Kambing sudi mendengar.
Dia kemudian pergi ke padang belakang rumah untuk bertemu Lembu.
“Lembu, tuan rumah beli perangkap tikus!”
“Hmm… perangkap tikus bukan ancaman buat aku. Kalau aku terpijak pun, pasti perangkap itu akan hancur,” jawab Lembu acuh tak acuh sambil terus meragut rumput.
Tikus makin sedih. Tiada siapa yang benar-benar mempedulikan masalahnya. Dengan perasaan kecewa, dia berlari ke dalam hutan dan bertemu Ular.
“Kenapa kamu muram, Tikus?” desis Ular.
Tikus pun menceritakan segalanya.
“Perangkap tikus itu kecil sahaja. Ia takkan membahayakan aku,” kata Ular dengan yakin. Jawapan itu mengecewakan Tikus. Dia pulang ke rumah dan kembali bersembunyi di celah dinding, menyedari bahawa dia harus menghadapi bahaya itu sendirian.
Malam itu, walaupun perutnya lapar, dia tidak berani keluar mencari makanan. Dia terlalu bimbang jika terperangkap.
Tiba-tiba, bunyi benda jatuh dari dapur mengejutkannya.
“Bunyi apa tu? Apa yang berlaku?” Tikus bertanya dalam hati.
Dia mengintai dari celahan dinding. Tuan rumah pula mengejutkan isterinya.
“Bangun cepat. Abang rasa perangkap tikus dah mengena. Mari kita tengok.”
Mereka berdua segera ke dapur. Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati seekor ular berbisa terperangkap dan sedang meronta untuk melepaskan diri.
Tuan rumah cuba membuka perangkap itu, namun ular itu sempat mematuk tangan isterinya sebelum sempat dibunuh dengan sebatang kayu. Isterinya jatuh terduduk menahan sakit. Tikus yang melihat segalanya merasa sedih. Ular mati kerana tidak mempedulikan amaran yang diberikannya dahulu.

Tuan rumah segera membawa isterinya ke hospital. Selepas menerima rawatan, isterinya dibenarkan pulang tetapi tetap mengalami demam berpanjangan. Dia meminta suaminya memasak sup ayam untuk memulihkan keadaannya. Maka tuan rumah menyembelih ayam peliharaannya.
Tikus berduka, jirannya Ayam telah tiada.
Namun sakit isterinya tidak juga reda. Seorang jiran mencadangkan agar diberi makan hati kambing sebagai penawar.
“Iya ke?” tanya tuan rumah kepada isterinya.
“Cubalah, bang. Saya tak tahan menanggung sakit ini.”
Tanpa berlengah, suaminya menyembelih kambing peliharaan untuk mendapatkan hatinya.
Tikus semakin sedih. Kambing juga mati kerana perangkap itu.
Namun, isterinya tetap tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Ramai jiran datang menziarahi dan membantu menguruskan jenazah. Setelah segalanya selesai, Tuan Rumah duduk termenung sendirian. Kini tiba pula masa untuk mengadakan kenduri arwah.
Dia hanya ada seekor lembu. Maka lembu itu juga disembelih.
Tikus hanya mampu memandang dari kejauhan, penuh kesedihan. Satu demi satu jiran-jirannya mati, semuanya berpunca daripada perangkap tikus yang dibeli untuk menangkapnya. Namun bukan dia yang menjadi mangsa, sebaliknya sahabat-sahabatnya yang tidak peduli bahayanya
.
Beberapa hari kemudian, perangkap tikus itu sudah tiada lagi di dapur.
TAMAT

Saturday, 2 August 2025

GRAHA KARYA

 ASSALAMUALAIKUM  

KARYA PILIHAN
❤ Paridah Ishak
GRAHA KARYA
(Pancalarik)
Salam Sabtu hari Sejana moga rencana usai sempurna.
Alhamdulillah terima kasih Sifu Tabir Alam sudi pilih puisi sonian karya PI dan diadaptasi dalam grafik menarik @ GRAHA KARYA.
Pic Sifu TA(C)


GRAHA KARYA

Syukur

rahmat Allah

hidup sederhana

berada samping sahabat

handai

Sifu

Tabir Alam

admin Graha Karya

kelopak sastera maya

segar

Budi

tabur tulus

penulis pemula

gilap bakat asas diri

cerlang

Suci

mesra kasih

jalinan ukhuwah

bagai aur dengan tebing

taut

 

Friday, 1 August 2025

CERITERA SEBUAH PURA

 ASSALAMUALAIKUM



CERITERA SEBUAH PURA
.
Sebuah pura alam buana
sekian lama wujud berkurun
indah semesta luas saujana
warisan moyang turun temurun
.
Semenjak purba zaman bahari
hunian permai rakyat jelata
flora merata fauna berlari
jejak di sini nawaitu cipta
.
Merekayasa langkah ziarah
terpegun kagum lantas berhasrat
sembunyi gerak geri menjarah
begitu gara dunia barat
.
Jalin hubungan santunan mesra
saran pandangan anjur nasehat
hajat sebenar inginkan pura
penguasanya biar berehat
.
Graha pura bertimbun hartanya
emas permata menggunung tinggi
durjana ghairah memilikinya
habis segala tiada lagi

MyBloglist