Sunday, 9 February 2025

UJIKARYA PANTUN

 ASSALAMUALAIKUM

PI MENYERTAI UJIKARYA PANTUN @GRAHA KARYA BARU-BARU INI TAPI HANYA BEBERAPA RANGKAP SAJA YANG LULUS...PANTUN RIMA SEMPURNA MEMANG INDAH DAN SEMPURNA BENTUKNYA...TAPI MEMANG SUKAR MEMBINANYA DENGAN SAMPIRAN RIMA SEMPURNA,

GRAFIK SIFU TABIR ALAM...TERIMA KASIH















Saturday, 8 February 2025

ISLAM

 ASSALAMUALAIKUM





ISLAM

(Rondel)



Agama  Islam akidah Muslim

umat Muhammad takwa beriman

amal ibadah sejak berzaman

sempurna akhlak ilmunya alim

.

Disanggah  jua hamba yang zalim

cetus angkara memang idaman

agama Islam akidah Muslim

umat Muhammad takwa beriman


.

Sesuka  hati campur urusan

pelbagai cara digunakannya

bicara megah dengan angkuhnya

Allah  melihat tentu balasan 

agama Islam akidah Muslim

umat Muhammad takwa beriman



PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

8/2/025

Friday, 7 February 2025

RUANG SUNYI

 ASSALAMUALAIKUM



RUANG SUNYI


Dalam  ruang sunyi wujud diri

tanpa jeriji  tapi  penjara

sekian lama meniti hari

selimut duka kasurnya lara

.

Fikiran  jauh melayang-layang

singgah merata pohon memori

pengalamannya terbayang-bayang

bersulam rasa terdiam geri

.

Detik  berlalu begitu lambat

pagi   beransur menuju senja

terdesak gusar mahu menghambat

tetaplah jua begitu saja

.

Menanti  esok segera jelang

membuka kamar kuak jendela

terpadam sudah cerita malang

perih merusuh hapus segala

.

Masih  keliru berbaur rasa

simpang-perenang berliku-liku

tertanya-tanya senantiasa

ajaib cita damba berlaku


Thursday, 6 February 2025

PESANAN DATUK

 ASSALAMUALAIKUM




PESANAN DATUK

 

Datuk berpesan dia tak dengar

kata sengaja berbuat hingar

terlalu leka

bersuka-suka

terjatuh dalam danur yang bangar

.

Masih berlagak dengan angkuhnya

tidak peduli pesan datuknya

dari dahulu

langkah melulu

ditipu kawan hilang hartanya

.

Masalah dera salahkan datuk

berbakul-bakul hina mengutuk

sumpah seranah

bagai memanah

padah terima datuk mengetuk

.

Datuk memanglah tersangat tua

Hanya seorang bukannya dua

mendengar pesan

katanya bosan

akibat lewa lara bersua


Wednesday, 5 February 2025

PADAN MUKA

 ASSALAMUALAIKUM



PADAN MUKA

 

“Kau mahakaya kan?”

“Insya-Allah!”

“Tak lama lagi tariff letrik akan naik. Katanya untuk golongan mahakat macam kau. Padan muka.”

“Padan muka aku saja ka? Atau kita sama-sama padan muka?”

“Aku tentulah tak kena-mengena.”

“Kau yakin sangat ka? Aku kan pengilang makanan. Kalau tariff letrik naik tentulah kos produksi meningkat.  Rugilah aku.”

“Kesian kau!”

“Aku kan peniaga. Sentiasa ada strategi untuk mengelak rugi.”

“Oh! Apa caranya?”

“Tentulah aku akan naikkan harga barang yang kilang aku keluarkan.”

“Gitu pulak?”

“Takkan mahakaya saja nak padan muka. Sama-sama;ah kita padan muka.”

 


Tuesday, 4 February 2025

SALAM SYAABAN

 ASSALAMUALAIKUM



 


 

SALAM SYAABAN

 

 

Ya Allah Tuhan Pencipta alam semesta,

selawat dan salam Rasul nan tercinta.

 

Purnama Syaaban jelma di langit malam,

cahaya gemilang menyinari kelam.

.

Menggantikan Rejab ikut putaran waktu,

segalanya Allah tentukan begitu.

.

Membawa petanda giliran baharu,

Ramadan menjelang dihujung penjuru.

.

Bulan mulia hadir amat ternanti,

rahmat Allah janji tunainya pasti.

.

Siap siaga hamba amal ibadah,

siang dan malam bersungguh tak sudah.

.

Mengikut sunah Nabi Muhammad amal,

puasa sunat tarbiah jiwa akmal.

.

Semoga masih ada hayat bersua,

rahmat Ramadan akan dikutip jua.

.

Ya Allah Tuhan Pencipta alam semesta,

selawat dan salam Rasul nan tercinta.


Sunday, 2 February 2025

NELAYAN SUNGAI

 ASSALAMUALAIKUM



NELAYAN SUNGAI

 

Nelayan sungai merupakan kerja tradisi dilakukan penduduk yang tinggal di kampung berdekatan sungai. Mereka akan memancing, menjala dan memukat ikan. Kalau di kampungku tentulah di Sungai Pahang.  Jika ada rezeki dengan kegiatan itu mereka akan mendapat ikan seperti patin, tenggalan, baung, belida, jelawat dan pelbagai jenis lagi. Ikan sungai Pahang amat digemari kerana rasanya lazat. Harganya pun mahal. Seekor ikan patin sungai harganya melebihi 100 RM. Menurut seleraku ikan   di sungai Pahang berbeza keenakan rasanya berbanding dengan ikan sungai di tempat lain. Dan amat tinggi permintaannya. Justeru ramai penduduk sekitarnya menjadi nelayan sungai secara sepenuh masa atau sambilan.

 

Hari Wilayah –

nelayan Sungai Pahang

rezeki daya 


Saturday, 1 February 2025

JATUH

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



JATUH

(Sajadah)




Tersungkur  tanpa sedar

mengeja sakit membaca pedih

menyulam benang sabar

.

Sapu  kotoran debu

suci cemar kalbu

.

Bangun  tatap langit

juang tafsir sengit


#2

Jatuh  ulang kali

lupa nostalgia silam lalu

azam bangun lagi

.

Maju  terus maju

pasti arah tuju

.

Insaf  pada khilaf

taubat mohon maaf




PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

1/2/025

MyBloglist