Tuesday, 8 September 2020

SITUASI SEMASA

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


 

 

LADENI SITUASI

 

Angkara Covid Sembilan Belas

langkah diatur sekitar rumah

bergiat aktif usahlah malas

semangat hidup tidaklah lemah

 

Penuhi masa seawal pagi

rutin harian kini berubah

kalau persia tentulah rugi

rungsing dan risau akan bertambah

 

Bersolat wajib amalan Islam

mengadap Khalik maha Pencipta

persis berganti siang dan malam

wabak terangkat doa dipinta

 

Hamba nan kerdil kesal dihimpun

hanya pada-Mu memohon ampun


Monday, 7 September 2020

KEMBARA HAYAT

ASSALAMUALAIKUM


 


KEMBARA HAYAT

 

Jasad dijelma ke alam fana

sudah tersurat sejak azali

arah haluan entah ke mana

 

Apa terjadi usah sesali

hanya berharap apa dirancang

tidak kecewa berkali-kali

 

Atur rencana lama berbincang

tidak tersalah atau tersilap

lunak bahasa hindari lancang

 

Suluh cahaya sinari gelap

tidak tersasar mengorak langkah

ruang yang terang beransur malap

 

Di alam fana perelok tingkah

amalan baik jadikan bekal

menuju barzah nikmat yang berkah

Sunday, 6 September 2020

KUIZ PENULIS SINGAPURA

 ASSALAMUALAIKUM



Allahu akbar!
Hendak gaulkan cili kisar pada ayam, tetapi aku tertuang di adunan cokodok(jemput-jemput pisang).
Sedang mengacau, baru sedar.
Apa perasaan dan tindakanku?
Hadiah 10 buku sebelum jam 12tengah malam.

DAN PI PUN CUBA-CUBALAH MENJAWAB SOALAN BUNDA ANIE DIN PENULIS TERKENAL DARI SINGAPURA INI

Paridah Ishak memberikan jawapan;
buang cili setakat boleh n goreng je cekodok pisang dengan tambahan rasa pedas sikit.
Aku goreng semua, berikan pada sesiapa yang berpapasan terutama cleaner semasa perjalanan dalam hujan bertemu kawan. Alhamdulillah rezrki mereka, jemput-jemput pisang rasa pedas.
Moga mereka selalu terkenang bila aku melintas.
Terima kasih pada semua yang mencuba.
Tungggu bunda cari soalan lagi.

ALHAMDULILLAH JAWAPAN YANG PI BERI MENEPATI TEKAANYA

Saturday, 5 September 2020

MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM




MALAYSIA
Mara melangkah menuju jaya meraih cita
Anganan dan impi realisasikan
Lambat berleka ketinggalan waktu
Andai ingin berdiri sama tinggi
Yakin asa kemas genggaman
Suci niat sudut nubari
Ilahi restui berkati insyaa-Allah
Amiinkan doa nusa sejahtera selama

PARIDAH ISHAK
DMS
5/9/2020

Friday, 4 September 2020

LANGIT PALESTIN

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



 




 

TRAGEDI SABRA SHATILLA

 

Masih mencengkam dalam memori

Insiden pilu Sabra Shatilla

kelompok khemah  digempur ngeri

darah mencurah lumpuh segala

 

 

Sempadan Gaza selatan Lubnan

khemah didiri tempat berlindung

Israel serang rakus peranan

alasan beri musuh ditudung

 

 

Kini Palestin ujud negara

berjiran musuh dikenal pasti

Israel sering cetus angkara

cari alasan membunuh mati

 

 

Demi Palestin tanah warisan

warga pertahan tak kenal bosan


Thursday, 3 September 2020

MAWAR

 ASSALAMUALAIKUM


 


MAWAR

 

Mawar menyerlah kelopak indah

di celah daun ranting berduri

pesona pandang tiada sudah

 

Wangi aroma disebar angin

ruang ternyata segar berseri

gemalai lentuk di malam dingin

 

Mawar berkuntum sempurna cantik

tidak terdaya mengusir rasa

apa mengganggu pasti dijentik

 

Mawarku ini mekar tiasa

tidak tergambar jiwa terpaku

justeru asli luar biasa

 

Semoga mawar tak akan layu

kekal begitu di dalam hati

andainya gugur kugenggam sayu


PARIDAH ISHAK

DMS

3 SEPT 020


Wednesday, 2 September 2020

PUSPA ANGGERIK..

 ASSALAMUALAIKUM


DULU-DULU PELBAGAI JENIS ORKID BERGANTUNGAN DI SERAMBI RUMAH PI LA NI TIADA LAGI..MUJUR SEMUA PIC MASIH TERSIMPAN DI BLOG ...DAPATLAH MENGIMBAU KENANGAN SESEKALI.









SEMUA PIC SAHABAT GRUP ORKID@FACEBOOK(C)


Tuesday, 1 September 2020

DISEBALIK HIKMAH

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA SAHABAT PENULIS WAHIDAH AHMAD INI DISIARKAN DALAM SLOT ADILA RADIO KLASIK..KISAH PENGALAMAN PERIH HIDUPNYA SUATU KETIKA DULU..SEMOGA DAPAT DIJADIKAN TELADAN KEPADA KITA MENEMPUHI CABARAN HIDUP.


                                                                                          Wahidah Ahmad


DI SEBALIK HIKMAH.


Aku hidup dalam serba kekurangan.Ibuku pergi menghadap ilahi ketika aku berusia 14 tahun. Tinggallah aku dengan bapaku dan kakakku. Hidup kami ketika itu bagaikan hilang pedoman..Kami bertiga sentiasa menangis apabila terkenang ibu yang telah pergi meninggalkan kami.

            Bapaku pula diserang  stroke  membuatnya tidak boleh berjalan untuk beberapa bulan. Dia juga sering meratapi kepergian ibuku sambil berkata"mengapa ibumu pergi begitu cepat sekali"?Aku sedih dan menangis mendengarnya.
Kehidupan kami ketika itu sungguh susah,kerana sumber pendapatan tiada disebabkan bapaku sakit.

            Bapaku merupakan seorang nelayan, Setelah bapaku sakit, kakakku terpaksa bekerja kampung untuk menampung pebelanjaan kami. Di samping itu sesekali  abang-abangku  menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku pula hanya sempat bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja. Itu pun tak habis..kerana tidak mampu membayar tambang bas sekolah.Aku tidak dibenarkan menaiki bas sekolah oleh pengusahanya.
Maka aku pun terus tidak ke sekolah. Kukatakan pada sahabatku,bahawa aku terpaksa menjaga bapaku yang diserang stroke.

            Memang bapaku perlukan penjagaan  rapi. Sebab bapaku tidak boleh berjalan,dan semua keperluannya diuruskan aku.Sedari mandi,makan pakai hingga ke tandas perlukan bantuanku. Aku menangis lagi kala bapaku pula dijemput Ilahi.
Tinggallah aku kini bersama kakakku

            Perjalanan hidupku berubah lagi setelah bapaku tiada, Aku sering diambil oleh abang-abangku bersilih ganti untuk tinggal bersama mereka. Aku   suka kalau abang Ngah  datang mengambilku kerana isterinya baik.Begitulah aku ke sana sini bagaikan bola mengharap simpati abang-abang dan kakak-kakakku.Seorang kakakku mengajakku tinggal bersamanya di Masai kerana disuruh membantunya ketika itu dalam pantang anak kedua..Masa tu umurku menjangkau 18 tahun.Disebelah rumah sewa kakakku ada beberapa orang pemuda juga menyewa disitu.
            Salah seorangnya   meminang gadis jirannya di kampungnya tetapi ditolak  ibu  gadis itu. Sekembalinya  ke Masai,dia terpandang aku,lalu berjumpa kakakku menyatakan hasratnya untuk meminangku.Tanpa memberitahuku kakakku   menerimanya. Setelah diterimanya baru dikabarkan padaku. Enam bulan kemudian majlis pernikahanku berlangsung.

            Bermulalah kehidupan baruku bergelar  isteri. Aku  dibawa suamiku ke kampungnya  di Sagil, berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-maranya yang tidak pernah aku temui, Mereka dapat menerimaku seadanya. Suamiku meninggalkan aku di kampungnya dan pulang berkerja di Pasir Gudang.sementara mencari rumah sewa untuk kami di sana. Dia  hanya  pulang pada cuti hujung minggu.Tinggalah  aku bersama keluarga baruku itu.

            Bermula  cerita ketika sibuk bersiap nak sambut raya, bapa mentuaku menyembelih ayam. Emak mentuaku menyuruh aku membuang bulunya setelah merendam ayam itu dalam air panas.. Aku  ni memang tak makan ayam, daging kecuali ikan..Ikan pun pilih-pilih juga. Udang pun aku tak makan.
Aku tak pernah pegang ayam yang ada bulu.,Aku geli dan takut sangat.
            "Mak! saya geli sebelum ni arwah mak saya tak pernah suruh saya buat semua tu.sebab dia tahu saya geli,”kataku berterus-terang.

Terperanjat aku mendengar jawapan mertuaku

            " Kalau aku tahu tak nak aku meminang! semua tak reti!bentaknya padaku,

Bagaikan bom meledak didadaku. Aku teramat sedih dikata begitu oleh emak mentuaku
            Aku  lari ke tepi rumah dan menangis  semahunya. Wajah arwah ibu terbayang di mataku. Tanpa kusedari rupanya bapa mertuaku melihat kejadian itu.
            " Kenapa dgn kau Idah!?kenapa menangis ni?"
            " Saya sakit gigi pak!”  kataku perlahan sambil mengesat air mataku.

            “.Oh! kata bapa mentuaku, Dia  menyuruhku masuk ke dalam rumah. Lama kemudian  dia  muncul semula. Rupa-rupanya dibelikannya aku ubat sakit gigi popular cap tengkorak lalu dihulurkan bersama segelas air padaku,
            "Nah ubat sakit gigi bapak beli tadi. Makanlah  nanti baiklah tu,” bapa mentuaku bersuara lembut. Terpaksa juga kutelan pil itu sambil
dalam hati berkata, " aku bukan sakit gigi,tapi aku sakit hatilah bapak!
Hatiku   berkata, " nanti lah aku akan tunjukkan yang aku ni bukan seperti apa dikatakan emak mentuaku itu..

            Mula saat itu aku berazam, berubah memperbaiki kemampuan diri.. Ketika aku tinggal di Selayang Permai, Batu Cave aku bergaul dengan jiran tetangga dan sertai rewang tiap kali kenduri kawin..Sambil itu aku mempelajari pelbagai jenis masakan. Justeru aku rajin   bertanya  banyaklah ilmu yang aku dapat dari mereka semua disamping buku-buku resepi yang dibeli.

            Aku juga pergi belajar menjahit di sekolah jahitan di pekan Selayang.sehingga aku dapat menjahit baju anak-anakku pelbagai fesyen dan ambil upah menjahit baju. Tiap kali balik kampung di Sagil kupakaikan anak-anakku baju kujahit sendiri.
Dan aku cuba masak resepi yang dipelajari daripada kawan-kawanku di Selayang Permai.
            "Pandai idah masak… bapak suka… sedap…mak kau tak pandai masak macam ni.” Kata bapa mentuaku.Wahh! gembira tidak terkata hatiku saat itu, membuat aku bertambah bersemangat untuk masak lagi.Tiap kali raya aku akan sediakan sate babat resepi turun temurun keluargaku sebagai hidangan buat bapa mertuaku kerana dia memang gemar makanan tu.manakala ibu mertuaku masak lauk yang disukainya. Aku kalau raya cuma makan ketupat dengan sambal kacang saja.

            Setelah lama dalam keluarga suamiku baru kutahu rupa-rupanya
emak mentuaku ada pilihannya iaitu gadis belakang rumahnya untuk dijadikan menantu,tapi bapa mentuaku  tidak mahu,.patutlah apa ku buat semua tak kena di mata emak mentuaku.

            Berkat kesabaranku akhirnya mentuaku sayang padaku, Pada  jiran-jirannya emak mentuaku menceritakan bahawa aku ini pandai memasak, pandai menjahit. Apatah lagi pabila dia tahu aku berniaga menjual pelbagai makanan di pasar tani,waktu tu aku dah berpindah ke Kertih Terengganu kerana suamiku ditukarkan kesana.katanya dengan bersemangat.aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.

            Tapi dalam bergurau kukatakana padanya " saya mana pandai masak, mak kan kata menyesal meminang saya dulu" kataku sambil ketawa.

"Ala!! Mak minta maaf ya!” ujarnya sambil menepuk-nepuk pehaku.

Kini kedua duanya telah tiada, Buat Arwah ibu mertua terima kasih kerana maklah saya tahu segalanya kini. Itulah hikmah yang tersirat dalam kata-kata mak itu Allah telah tunjukkan pada saya.
            Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua ibubapaku dan roh kedua ibu dan bapa mertuaku.Al fatehah.Aamiin.

Wahidah hj Ahmad
Segamat,johor

MyBloglist