Tuesday, 9 July 2019

SIMFONI DESA

ASSALAMUALAIKUM


SONIAN 6543
SONIAN 6563

SIMFONI DESA

Gagah  atur langkah
menyongsong pagi
desa damai
usaha

Semai anak benih
menunggu tumbuh
subur hijau pucuk
merimbun

Budi pada tanah
gigih bersungguh
hasil tidak mungkir
melimpah

Jelang tengah hari
bahang mentari
seka titis peluh
di dahi

paridah Ishak
Desa Melor Serendah
9/7/019

Monday, 8 July 2019

ULASAN BUKU SYAIR LAGENDA IKAN

ASSALAMUALAIKUM

ULASAN BUKU SYAIR LAGENDA IKAN TERBITAN SPTA OLEH PENULIS SUJATA WEE TELAH DISIARKAN MINGGUAN MALAYSIA SEMALAM...TAHNIAH SU...PENULIS KETURUNAN SIAM KELAHIRAN KELANTAN  KINI BEGITU AKTIF MENGULAS BUKU BARU SPTA...ALHAMDULILLAH NAMA GRUP PENULIS SPTA @FB DAN PENULISNYA SEMAKIN DIKENALI...ANTARA YANG PI TAHU PERNAH MENULIS ULASAN BUKU SPTA IALAH CT NURZA, SABARIAH NUR SALEH, YAHTI HAYATI, CIKGU NAZIM MOHD SUBARI DLL....TIDAK KETINGGALAN PI JUGA YANG PERNAH MENGULAS BUKU MEMORI AIDILFITRI HEH..HEH..


Saturday, 6 July 2019

EBOOK GHOSTWRITER: CONFESSIONS

ASSALAMUALAIKUM

Ebook GHOSTWRITER : THE CONFESSIONS

Ebook 111 muka surat ini mengandungi 17 kisah ghostwriter yang buat duit dengan menulis sekecil-kecil projek seperti menulis artikel dan soalan peperiksaan sekolah bernilai RM200 sehingga sebesar projek menulis manuskrip buku bernilai RM15 ribu.

Mereka berkongsi mengenai mengapa mahu menjadi ghostwriter, apa proses yang dilalui, pengalaman bertemu client, tip dan panduan jika mahu menjadi ghostwriter. Ianya sangat eksklusif

Selepas membaca ebook ini anda akan :

1. TAHU KISAH SEBENAR KERJAYA GHOSTWRITER



Ebook 111 muka surat ini mengandungi 17 kisah ghostwriter yang buat duit dengan menulis sekecil-kecil projek seperti menulis artikel dan soalan peperiksaan sekolah bernilai RM200 sehingga sebesar projek menulis manuskrip buku bernilai RM15 ribu.
Mereka berkongsi mengenai mengapa mahu menjadi ghostwriter, apa proses yang dilalui, pengalaman bertemu client, tip dan panduan jika mahu menjadi ghostwriter. Ianya sangat eksklusif
Selepas membaca ebook ini anda akan :
1. TAHU KISAH SEBENAR KERJAYA GHOSTWRITER
2. LEBIH YAKIN UNTUK BELAJAR MENJADI GHOSTWRITER, WALAU APA PUN LATAR BELAKANG ANDA
3. MEMBINA JARINGAN BARU DENGAN PENULIS & GHOSTWRITER BERPENGALAMAN
4. MENDAPAT TIP & PANDUAN MAHAL MENJADI GHOSTWRITER
5. BERSEDIA MEMBINA KERJAYA BARU DALAM BIDANG PENULISAN

6. MERANCANG PELAN ATAU ROADMAP MENJADI GHOSTWRITER SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA

"Aku ni penulis, nak harapkan royalti buku memang sikit. Alangkah bagusnya kalau skill menulis ni boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa dan jadi sumber pendapatan lumayan!”
Katanya dunia penerbitan menghadapi kejatuhan. Ramai penerbit tutup dan ramai juga penulis terjejas. Harapkan royalti memang sikit. Ramai lagi penulis tidak tahu ada peluang menjadi ghostwriter yang dibayar lumayan.
Mahu tahu kisah benar ghostwriter buat fast cash dari rumah?
Dapatkan Ebook Ghostwriter : The Confessions.
Harga istimewa untuk Early Birds



Upah menulis.com

Friday, 5 July 2019

ANTOLOGI PANTUN AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

PANTUN AIDILFITRI merupakan antologi terbaru PI terbitan SPTA

Seramai empat puluh lima orang penulis alam siber di media sosial Facebook  dari  Malaysia, Singapura, UK, bertindak sebagai pemantunAntologi ini terbitan SPTA yang kelapan bagi tahun 2019




Thursday, 4 July 2019

MAHU BELAJAR MANULIS DARI WARTAWAN,,

Assalamualaikum

Nama aku, Ali Imran
Aku masuk Bernama pada Jan 2011, tanpa sebarang ilmu penulisan secara formal.
Diploma aku dalam bidang perniagaan. Ijazah dalam bidang logistik. Minta kerja sebagai wartawan.
Masa ditemubual orang lain siap bawa keratan akhbar tulisan mereka yang pernah disiar. Banyak pula tu.
Aku? Hanya ada alamat laman blog sahaja.
Itu pun tulisannya tunggang langgang.
Segala ilmu teknikal penulisan, aku belajar dalam tempoh 3 tahun pertama di tempat kerja.
Ilmu penulisan gaya rumah agensi berita yang dibaca oleh rakyat Malaysia.
Agensi berita memberikan rencana dan hasil penulisan kepada semua akhbar yang melanggan.
Dari agensi berita aku belajar;
Apa yang menjadikan tulisan biasa dilihat luar biasa pada pembaca.
Cara nak menyedapkan penulisan yang kering bak laporan pejabat sahaja.
Mengukur kekuatan penulisan sendiri yang membuat orang dekat dan tidak menjauh.

Akhirnya aku faham, apa yang paling penting dalam penulisan adalah renjatan idea untuk menulis perkara yang nampak biasa-biasa jadi terampil di mata rakyat jelata.
Saudara mahu belajarkah agar dapat diamalkan dalam penulisan di Facebook, Instagram, blog dan bahan bercetak?
Dari tulisan kering menjadi hijau subur kerana benih ditanam cara yang betul.
Pada hari Ahad 19 Mei ini, aku kendalikan Kelas Penulisan Kilat - Penulisan Rencana di bawah payung Kelas Penulisan Ramadan anjuran Persatuan Gerakan Penulis Malaysia.
Yuran hanya RM100, lepas raya RM 299.
Kelas pagi, separuh hari, komitmen penuh.
Kita belajar menulis sampai reti nak susun cerita.
Lokasi kelas di Wangsa Melawati.
Marilah.
Daftar segera di pautan ini. Pilih kelas yang betul ya!
Selamat berpuasa!
Nama aku, Ali Imran

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

Wednesday, 3 July 2019

MASAM MANIS

ASSALAMUALAIKUM

PIC RUSS ASAN

NAK PILIH YANG MASAK KE YANG MUDA, NAK YANG MASAM KE YANG MANIS...PI DAH TAK MAMPU NAK PILIH YANG MANA SATU SEBAB SEJAK AWAL PAGI HINGGA KINI PERUT ASYIK MEMULAS SAJA...NAK MENAIP PUN DAH TAK LARAT HEH..HEH..

Saturday, 29 June 2019

MAAFKAN SAYA MAK!

ASSALAMUALAIKUM


Tahu tak apa yang dilakukan oleh orang politik bagi memperbaiki persepsi masyarakat terhadapnya apabila sudah bersara?
Mereka menulis atau mengupah orang menulis kisah hidup.
Perkara yang sama dilakukan oleh anak yang menulis cerita-cerita ibunya (atau kisah sendiri sebagai ibu).
Ada sebahagian anak menggunakan peluang menulis kisah hidup ibu bagi membentuk persepsi baharu dalam penyampaian cerita keluarga.
Cerita yang disampaikan tetap sama.
Cerita tidak berubah.
Apa yang dibuat adalah membentuk makna baharu melalui kesimpulan, ibrah dan sudut pandang yang ditulis oleh anak.
Misalnya dalam kehidupan sebenar, inilah ibu;
  • Ibunya hanya bersekolah setakat darjah empat.
  • Ibu dikelilingi ipar yang berpendidikan dan berjawatan.
  • Ibu hanyalah suri rumah yang duduk di kampung.
Pada mata kasar, ini cerita wanita yang berpendidikan rendah tanpa pekerjaan profesional.
Bunyinya seperti sisi tempang kehidupan ibu.
Penulis kemudian merangka cerita ini dengan mengaitkan pula jiwa besar ibu berkaitan hal pendidikan dengan membentuk rantaian cerita dalam bab-bab lain.
Persepsi diubah apabila penulis merancang sedemikian.
Misalnya, ditulis kisah ibu berjalan hampir satu kilometer setiap hari menghantar anak mengaji.
Ada juga cerita pesanan 'hidup mulia' yang kerap menjadi perbualan ketika sesi lipat kain di ruang tamu.
Akhir sekali, pembaca melihat ibu penulis bukanlah orang yang tertewas tetapi kekurangan itulah menjadikan anak-anak yang disediakan sebagai anggota masyarakat yang mahal isinya.
Peranan anak sebagai penulis kisah ibu adalah membesarkan watak ini menjadi watak besar yang tidak tertewas dalam dugaan hidup.
Bagaimana menjadi ibu watak yang dikenang oleh anak-anak dan cucu sebagai watak besar?
Tulislah kisah hidup dan cetaklah paling minima empat naskhah untuk simpanan keluarga.
Belajar cara menyusun dan menulis serta mencetak kisah hidup dalam Seminar Menulis Kisah Hidup Yang Sedap DIbaca; Kisah Ibu dan Anak pada Sabtu, 27 Julai 2019.
Ada bonus alat kerja lain bernilai RM1,380 kepada yang mengklik pada link di bawah;

Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/

Thursday, 27 June 2019

LORONG INI

ASSALAMUALAIKUM




KUATRIN LORONG INI

Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya

Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang  berkongsi  rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata  berbisa

Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut  udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra    

Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang

Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar   

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019                 

MyBloglist