Saturday, 15 June 2019

SIMPULAN BAHASA...

ASSALAMUALAIKUM


PANTUN SIMPULAN BAHASA

Sayur meranti bercampur tauhu,
tumbuhan bayam dicelah pangsa;
isi hati siapa yang tahu,
didalam diam memendam rasa.

Selada dingin rapat di pangkal,
jalar kelisa di tepi tangga;
ada angin tak dapat disangkal;
luar biasa tidak terduga.

Ikan ketuka berenang-renang,
Laut berombak jauh jelajah;
Air muka persih dan tenang,
Tidak beriak berseri wajah.

Di dalam pukat ada gelama,
bawa penganan jinjing sebelah;
ada bakat bertokoh karisma,
gaya pimpinan jelas terserlah.

Sambil mengemas hingga beranda,
menyapu sampah rata melayang,
anak emas ayahanda bonda;
tempat tumpah kasih dan sayang.                         

Bawa rambutan turun ke sampan,
dayung ke pekan SimpangTiga;
ayam tambatan tanggung harapan;
mengubah akan nasib keluarga.

Segantang pulut berikan nyonya,
ambil cemperai di tepi jalan;
banyak mulut rajin bertanya,
mengharap lerai akan soalan.

Rumpunan serai selang-selikan,
di tepi kali rimbun cemara;
mulut murai dikatakan rakan,
riuh sekali ucap bicara.

Burung merpati meniti tali,
kelasi sasa melontar sauh;
kecil hati tidaklah sekali;
tersinggung rasa dibuang jauh.

Berjenis bunga mekar berganti,
 kala disemi atur sejajar;
pasang telinga dengar teliti;
cepat fahami ilmudiajar.

Temu permata di dalam rawa,
siapa punya entah gerangan;
putih mata membendung kecewa;
andai hanya berpangku tangan.

Pohon disuluh buah direngguh,
jatuh sempaya tepi telaga;
titik peluh usaha bersungguh,
mencapai jaya pasti berbangga.

Daun beringin selirat sarat,
Herba jemuju jual di tamu;
atas angin negara di barat;
tempat dituju menambah ilmu.

PARIDAH ISHAK
Serendah Selangor
15/06/019

Tanda bold adalah simpulan bahasa

Friday, 14 June 2019

HIKMAT BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


HIKMAT BASMALAH
Cerita rakyat olahan;
Paridah Ishak


Pada zaman dahulu di dalam sebuah hutan tinggal sepasang suami isteri keturunan Orang Asal. Kerja mereka setap hari adalah bertani dan memburu hidupan liar. Walau mereka bekerja dengan rajin tetapi mereka tetap juga berada di dakam kemiskinan. Kehidupan mereka yang sukar membuat Agam menjadi malas untuk melakukan suruhan agama yang wajib. Mereka baru saja memeluk agama Islam
            Sementara Adah isterinya pula sentiasa tabah menghadapi keadaan hidup begitu. Beliau amat rajin menunaikan solat  apabila sahaja masuk waktunya. Menjadi amalannya, Setiap kali hendak melakukan sesuatu pasti akan dimulakannya dengan  ucapan kalimah” basmalah”.
            Amalan isterinya itu diperhatikan suaminya. Agam  memperlekehkan perbuatan isterinya itu.
            “Kenapalah awak ini masih rajin bersolat? Awak ini membuang masa sahaja. Tak payahlah bersolat. Bukan dapat faedahnya pun.” Kata Agam kepada isterinya
            “Kenapa pula awak berkata begitu? Solat itu tiang ugama. Kalau tiada tiangnya bagaimana akan tegak agamanya. Bukankah kita ini orang beragama Islam. Islam agama yang baru kita anut itu akan membawa kesejahteraan kepada kita.” Balas isterinya mempertahankan kebenarannya.
            “Pandailah awak bercakap. Tapi setelah menganut Islam, hidup kita masih miskin juga. Tidak ada perubahannya. Kita masih tinggal di pondok buruk. Hendak makan pun mesti dipilih yang halal . Hanya makan ubi kayu sahaja. Aku hendak menyumpit lotong,kera untuk dibuat lauk pun sudah tidak boleh. Babi hutan pun banyak berkeliaran tapi sudah tidak boleh disumpit. Semua itu lauk yang sedap dan mudah diperolehi.” Kata Agam memberitahu kekesalan hatinya.
            “Selain lotong, kera, babi hutan, bukankah banyak lagi hidupan hutan yang boleh disumpit dan boleh dijadikan lauk kita seperti kijang, rusa, pelanduk, landak? Hanya awak sahaja yang malas hendak menyumpitnya.” Tambah isterinya bersuara lembut dan perlahan.
            “Menyumpit semua hidupan itu tidak semudah yang awak sangka. Mereka itu sangat pantas larinya. Aku tak terkejar hendak menangkap mereka.” Agam menyatakan alasannya dengan tegas.
            “Sebelum memulakan sesuatu kerja, ucaplah “ basmalah” terlebih dulu. Pasti Allah akan menolong kita. Maka kerja kita akan menjadi lebih mudah..” Isterinya cuba memberi sedikit panduan. Ilmu itu diperolehinya ketika menghadiri kelas agama yang diberikan seorang alim yang berdakwah kepada kaum mereka.
            “Awak ini hanya itu saja yang awak tahu cakap. Asyik “basmalah” saja. Apakah kata-kata itu ada hikmatnya? Sudahlah awak jangan bersolat dan sebut “basmalah” lagi. Aku tidak suka. ”  kata Agam dengan jengkel. Isterinya hanya mendiamkan diri.
            “Saya hendak ke sungai menangkap ikan untuk makanan kita.” Beritahu isterinya selaku meminta izin kepada suaminya.
            “Pergilah. Mudah-mudahan awak akan mendapat ikan yang banyak”
            “Sebelum itu saya hendak bersolat dulu, memohon kepada Allah melimpahkan rezeki-Nya kepada kita.”
“Ikut suka hati awaklah. Saya hendak tidur saja.”
“Itulah kerja yang awak tau. Cuma tidur saja. Sebelum awak tidur ucap “basmalah” dulu agar awak tidak bermimpi dikejar harimau seperti selalu.”
“Huh. Tak payahlah awak nak mengajar aku pulak macam ustaz itu. Pergi sajalah ke sungai menangkap ikan. Moga awak dapat menangkap ikan dengan banyak.”
Setelah selesai menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat, Adah menuruni tangga pondoknya membawa raga kecil dan penangguk ikan. Raga kecil itu untuk mengisi  ikan yang berjaya ditangkapnya mengggunakan penangguk ikan yang diperbuat dari  rotan itu  di sungai kelak.  
Adah turun ke gigi sungai kecil itu, memulakan langkahnya dengan membaca kalimah “basmalah.” Kelihatan banyak ikan-ikan yang berenang di sungai berbatu halus di dasarnya dan sangat jernih airnya itu.
Adah menangguk ikan-ikan itu dengan mudah setelah mengumpannya dengan buah sawit yang ditemuinya di pinggir sungai itu. Hampir penuh raga yang dibawanya terisi ikan-ikan yang telah ditangguknya..
Dia berpuas hati dengan apa yang diperolehinya
“Alhamdulillah. Dapatlah ikan-ikan ini dijadikan lauk dan dimakan bersama ubi kayu” katanya perlahan. Dia dan suaminya sudah lama tidak makan nasi kerana bekalan beras sukar hendak diperolehi kata suaminya. Dia mempercayai sahaja apa yang dikatakan suaminya itu.
“Awak, saya sudah balik! Tenguklah apa yang kita bawa balik ni. Tolonglah bawakan ke dapur. kita hendak ke belakang pondok mencabut ubi kayu.”
Suaminya tidak mempedulikan panggilannya . Dia meneruskan tidur yang telah terganggu dengan suara isterinya sebentar tadi.
“Wah banyak juga ikan yang dapat awak tangguk ya?” tegur Agam tatkala melihat isterinya menyiang ikan.
“Alhamdulillah. Mungkin berkat saya membaca “basmalah” sebelum memulakan kerja. Tuhan memberi kita rezeki yang banyak. Selain dibuat lauk,boleh saya buat ikan kering  dan ikan pekasam untuk makanan kita.” Agam menceberkan bibirnya, seolah tidak suka mendengar kata-kata isterinya itu.
“Suka hati awaklah!” sahutnya sambil meninggalkan lokasi kerja isterinya itu.
Dia bertanya kepada dirinya, adakah perkataan ‘basmalah’ itu memang benar mempunyai hikmat kepada yang menuturnya. Dia termenung dan berfikir. Akhirnya dia mendapat idea untuk mengujinya
            “Aku hendak ke kampung di tepi hutan ini mencari sedikit beras. Guri yang mengisi beras pun sudah kosong.  Sudah lama kita tidak makan nasi.” Dicapainya guni yang sering di isi beras di atas para.
            “Ialah. Pergilah. Jangan lupa menyebut “basmalah” sebelum memulakan kerja.”  Pesan isterinya itu tidak dipedulikannya. .Di dalam fikirannya dia sedang merancang sebaliknya.
            Langkahnya menuju ke dalam hutan. Matanya melingas seakan mencari sesuatu.  Dia  menemui apa yang dicarinya. Pantas ditangkapnya haiwan berbisa itu. Lalu dimasukan ke dalam guni yang dibawanya.  
            Sampai di rumah dimasukan haiwan berbisa itu ke dalam guri pengisi beras. Perbuatannya tidak disedari isterinya yang sedang menjemur ikan ketika itu.
            “Awak dah pulang. Cepatnya. Sudah dapat beras yang dicari?” Agam angguk.
            “Pergilah tanak nasi. Sudah ada beras di dalam guri.” Ujar suaminya.
            “Jangan lupa baca “basmalah’ ” Katanya dengan nada mengejek.
             Adah gembira kerana suaminya kelihatan berubah. Dan tidak lagi memarahinya menyebut “basmalah.”
            “Bismilahirohmanirrohim,” ucap Adah sebelum membuka penutup guri. Sebaik penutup guri dibuka terpancarlah cahaya kuing keemasan dari dalam guri tersebut. Adah sangat terkejut hingga terpekik-pekik memanggil suaminya.  Agam mengesyaki isterinya yang dibencinya kerana suka menyebut “basmalah” sedang kesakitan dipatuk ular berbisa yang diletakkannya ke dalam guri itu.
            “Sudah aku duga “basmalah” itu tiada hikmatnya. Sekarang merasalah akibatnya.” Ujarnya.
            “Awak kenapa tidak datang lagi? Tidak mahukah melihat emas di dalam guri ini.”
“Emas?”  Agam terkejut kebingungan. Bagaimana ular berbisa yang diletaknya di dalam guri bertukar mejadi emas pula. Dia segera mendapatkan isterinya.
“Banyaknya emas. Aku  kaya!” Agam teruja.
“Sebelum awak mengambil emas itu baca basmalah dulu.” Agam tidak pedulikan pesanan isterinya. Tangannya dihulurkan ke dalam guri untuk mengambil emas. Tiba-tiba saja Agam menggelupur kesakitan kerana telah dipatuk ular.

TAMAT

Thursday, 13 June 2019

ADIK...

ASSALAMUALAIKUM...

ADIK ANAK BONGSU DARIPADA 13 ORANG ADIK BERADIK...ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAKNYA TELAH BERKELUARGA DAN MEMILIKI KERJAYA YANG BAIK...ADIK SENDIRI SEORANG GRADUAN IPTA TETAPI MEMILIH MANDIRI KERJA SENDIRI DI SAMPING BERADA DI RUMAH BERSAMA AYAHANDANYA....BONDANYA TELAH MENINGGAL DUNIA DUA TAHUN LALU.

PI SANGAT KAGUMI SIKAP ADIK YANG TANGKAS MENGURUSKAN HIDUPNYA TANPA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA...ADIK SEORANG GADIS MUDA YANG CANTIK TAPI TETAP TIDAK KEKOK MENTERNAK KAMBING SEBAGAI BAHAN DAGANGAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

UNTUK MENGURUSKAN PENTERNAKAN KAMBINGNYA ADIK TELAH MENGIKUTI KURSUSNYA DI SEBUAH AGENSI PERTANIAN DI KELANG.

PI MENGENALI ADIK SEJAK KECIL DAN HOBINYA MEMANCING DI SUNGAI DAN LAUT...MAKLUM KAMPUNG ADIK DI CHENDERING ADA SUNGAI DAN LAUT...SETAKAT HENDAK MAKAN IKAN SEGAR SETIAP HARI MEMANG TIADA MASALAH....ADIK MENGGEMARI KEGIATAN LASAK TAPI RAJIN JUGA MEMBUAT KEBAJIKAN DENGAN MEMASAK UNTUK JEMAAH DARI MERATA NEGARA YANG KADANGKALA BERMUSAFIR DI MASJID BUKIT PAYUNG.

SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT HENDAK MEMBELI KAMBING ADIK UNTUK KENDURI ATAU RUMAH TERBUKA SYAWAL BOLEHLAH HUBUNGI ADIK...WOW MASAKAN KAMBING GOLEK SEDAP TERAMAT TU.

ALAMAT ADIK;
TUAN ZATUL IFFAH TUAN MUDA
1241-B KG BUKIT BATU PUTIH CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU








Wednesday, 12 June 2019

ANTOLOGI SYAIR LAGENDA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM

ANTOLOGI SYAIR LAGENDA IKAN TERBITAN SPTA SELENGGARAAN SIFU TABIR ALAM MERUPAKAN ANTOLOGI TERBARU PI BULAN JUN 019.
PENUKIL-PENUKILNYA MEMILIH PELBAGAI JENIS IKAN YANG DISYAIRKAN KISAHNYA....ADA SYAIR IKAN NUN, TAPAH, PATIN, HARUAN, KERAPU, DUYUNG . BUNTAL, DLL...AMAT MENARIK SEKALI SEMUA KARYA YANG DIPILIH HASIL BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM....PI MEMILIH KISAH IKAN PUYU YANG MENGGABUNGKAN MITOS DAN KEPERCAYAAN

SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT MILIKI ANTOLOGI PUISI TRADISI INI SILA HUBUNGI TABIR ALAM @FACEBOOK









Tuesday, 11 June 2019

KAMPUNG HALAMAN....

ASSALAMUALAIKUM

PI BALIK KAMPUNG BERAYA BARU NI KAN MAIN SUKA TENGUK POKOK POKOK YANG DITANAM DULU MASIH ELOK SEGARNYA WALAUPUN TUANNNYA HANYA DAPAT PULANG SESEKALI MENJENGAHNYA...KELAPA, PISANG, BELIMBING, DURIAN, MEMPELAM, LIMAU KASTURI, LIMAU NIPIS DLL SENTIASA MENGELUARKAN HASILNYA DAN DIMANFAATKAN KEGUNAANNYA JIRAN-JIRAN BERDEKATAN....ALHAMDULILLAH MELIMPAHRUAH REZEKI ALLAH UNTUK HAMBA-HAMBA-NYA








Sunday, 9 June 2019

JALAN JALAN BERAYA KE CHENDERING....

ASSALAMUALAIKUM

PADA HARI RAYA PERTAMA PI DIBAWA ANAK-ANAK BERAYA KE RUMAH BONDA, SAUDARA MARA DAN JIRAN-JIRAN TERDEKAT...DAPATLAH JUGA MERASAI KEMERIAHAN SUASANA RAYA WALAU DALAM KEADAAN DIRI YANG UZUR TIDAK BERDAYA.....SUDAH TIDAK SEMPAT LAGI HENDAK BERSEDIH MENGENANG NASIB DIRI YANG SERBA KEKURANGAN....HANYA INGIN TURUT HANYUT DALAM KEMERIAHAN BERHARI RAYA MERAIKAN KEMENANGAN MELEPASI UJIAN RAMADAN YANG MENJANJIKAN GANJARAN PENUH BAROKAH..

SETELAH PUAS BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN KERETA YANG DINAIKI MELAJU PULA MELEPASI SEMPADAN PAHANG MEMASUKI TERENGGANU...HAMPIR TENGAH MALAM BARU SAMPAI KE RUMAH PENGINAPAN QURATA RESORT ...LOKASINYA BERHAMPIRAN KUALA TRENGGANU...KE SINI SEBENARNYA HENDAK MENGHADIRI MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN ADIK MENANTU PI SEORANG JURUTERA AWAM.

MAJLIS BERLANGSUNG SEMPURNA DAN SANGAT MERIAH....TIGA HARI PI DAN ANAK CUCU BERKAMPUNG DI SINI SEHINGGA USAI SEMUANYA....SEBELUM PULANG DI HARI RAYA KE  EMPAT BELILA SEDIKIT KOPOK LEKOR DLL....TIDAK BANYAK KEDAI YANG DIBUKA UNTUK KEMUDAHAN BERBELANJA KERANA MASIH DALAM MOOD RAYA...

KALAU BERNIAT HENDAK BERCUTI JALAN JALAN WISATA MAKAN MAKAN DATANGLAH KE SINI TAPI BUKAN DALAM MUSIM RAYA.





 

Sunday, 2 June 2019

KAD HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM



PI JOIN GRUP PENULIS  ADMINNYA PENULIS AKADEMI SANGGAR NURIMAS MENGGALAKKAN PENULIS YANG BERMINAT UNTUK MENGERATKAN KEMESRAAN ANTARA PENULIS PENULIS DENGAN SALING MENGIRIM KAD RAYA...
MENDAPAT KAD RAYA KIRIMAN SAHABAT SUKA                            TERAMAT...BERTAMBAH MERIAH SUASANA HARI RAYA DIRASAKAN

 NURIMAS SN TURUT MENGIRIMKAN ANTOLOGI CERPEN KALI PERTAMA SELENGGARAAN BELIAU KEPADA PI BERSAMA KAD RAYANYA...TERIMA KASIH BANYAK ALONG.


Salam Aidilfitri maaf zahir batin sahabat fb semua terima kasih kepada sahabat grup penulis along Akademik Sanggar Nurimas Noorlaila GhafarNorgadis Labuan Nurul Syahida Hassan Abd Hamid mfjinggawan Sabariah Nor Salleh Jeffri sudi kirIm kakpidah kad raya Alhamdulillah

Saturday, 1 June 2019

GURINDAM AIDILFITRI PENA PERMAI

ASSALAMUALAIKUM..
.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI SAHABAT-SAHABAT BLOGGERS ADIK-ADIK, ANAK-ANAK DAN VIEWERS SEMUANYA...MAAFKAN KESILAPAN YANG TERSENGAJA ATAU TIDAK DALAM KETERUJAAN MENERBITKAN N3 SESUKA RASA...PI HANYA MANUSIA BIASA YANG   KERDILLAGI MARHAEN....DAN RAMADAN YANG PENUH          BERKAH MULAI MENGANSUR DIRI...LALU JELANGLAH SYAWAL MEMBAWA CAHAYA KEBAHAGIAN YANG DIRAIKAN MUSLIMIN MUSLIMAT PERSADA DUNIA....RAMAI                YANG TELAH BERADA DI KAMPUNG HALAMAN MENANTI  SAAT SYAWAL DIUMUMKAN....PI JUGA AKAN PULANG KE TEMPAT ASAL UNTUK BERHARI RAYA BERSAMA BONDA ADIK-ADIK DAN SAUDARA MARA.....DOAKAN PI SELAMAT PERGI                  DAN PULANG  ...MASIH DIKURNIAKAN-NYA DAYA DAN USIA UNTUK KEMBALI MENCORET SUARA DI BLOG KARYAKU INSYAA ALLAH.       

JOM KITA HAYATI GURINDAM PENA PERMAI...PENULIS SAHABAT PI INI SEORANG JURUTERA KONTRAKTOR DAN BERMINAT DALAM PENULISAN PUISI             



GURINDAM AIDILFITRI

Mulakan bismillah gurindam Aidilfitri
nikmat kesucian kemenangan diri
Aidilfitri ianya suatu anugerah
hamba taat tegah dan arah
Aidilfitri setinggihari kemenangan
taat takwa tinggal kesenangan
Aidilfitri lupakan segala sengketa
mari bermaafan bersalam kita
Aidilfitri ingat ibu bapa
tanpa mereka kita siapa
Aidilfitri dekati sahabat taulan
takut  tak jumpa kita terkilan
Aidilfitri ingat yang telah  pergi
sedekah alfatihah ziarah lagi
Aidilfitri jangan kita berhabisan
ikut kemampuan kurang hiasan
Aiddilfitri tunjuk diri keinsafan
di kalangan kita ada kedaifan
Aidilfitri jaga diri keselamatan
sentiasa waspada sikit ketakutan

PENA PERMAI
Kajang Selangor




MyBloglist