Thursday, 6 March 2014

JENAYAH ANIAYA ISTERI..

ASSALAMUALAIKUM....

Jenayah aniaya isteri



ISTERI dan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab dan jagaan suami. Suami adalah ‘pelindung’ kepada isteri dan anak-anak. Justeru, suami bertanggungjawab menjaga, memberi nafkah yang mencukupi serta memberi kasih sayang kepada mereka.

Allah SWT menyuruh kita hidup aman damai dan berkasih sayang dalam sebuah rumah tangga. Jika anak tidak boleh disakiti, didera dan dianiaya, isteri juga mendapat perlindungan undang-undang Allah SWT dan undang-undang biasa.

Walau bagaimanapun, setiap hari ada sahaja kes keganasan atau penderaan terhadap isteri. Ada isteri yang dipukul, diterajang, dicurah asid, ditumbuk dan sebagainya. Itu adalah penderaan fizikal. Penderaan emosi juga tidak kurang, malah ada isteri yang terlalu tertekan sehingga dia hilang pertimbangan dan membuat perkara di luar kewarasan.

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang ada di semua negeri, adalah menjadi satu kesalahan jika mendera isteri. Ini diperuntukan oleh seksyen 128 (1): "Seorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu."

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam tidak mentakrif perbuatan aniaya seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mentafsir penderaan isteri, namun maksudnya adalah sama. Dalam kedua-dua undang-undang, keperluan utama ialah membuat laporan polis jika berlaku penganiayaan atau penderaan.

Sama seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Enakmen itujuga membuat peruntukan yang berbentuk gender neutral, di mana mangsa boleh jadi suami atau isteri.

Walau bagaimanapun, majoriti kes penganiayaan ialah terhadap isteri dan pelaku adalah suami.
Perbezaan antara Akta Keganasan Rumahtangga (AKR) dengan enakmen ialah AKR lebih spesifik.

AKR terpakai kepada orang Islam dan tindakan boleh diambil melalui AKR dahulu dan kemudian isteri yang beragama boleh membuat permohonan cerai melalui fasakh atau taklik.

AKR juga memberi perlindungan kepada mangsa seperti Perintah Interim, Perintah Penghunian Eksklusif, waran tangkap, pampasan dan sebagainya. Dalam seksyen 128, hukuman adalah jelas jika suami atau isteri menganiaya pasangan masing-masing. Penderaan atau penganiayaan terhadap isteri boleh digunakan sebagai alasan untuk memohon fasakh atau taklik.

Gantung tak bertali

Selain penderaan secara fizikal, meninggalkan isteri tanpa khabar berita atau yang disebut sebagai meninggal langsung adalah satu kesalahan di bawah enakmen itu.

Meninggal langsung isteri atau dahulunya disebut ‘gantung tak bertali’ adalah suatu penganiayaan atau penderaan terhadap isteri. Ramai suami beranggapan dia mempunyai kuasa mutlak terhadap isterinya dan menyalahgunakan kuasanya sebagai suami. Apabila suami isteri berbalah, dan isteri mengambil keputusan untuk meminta cerai, suami pula secara sewenang-wenangnya meninggalkan isteri dan anak-anak.

Perkataan lumrah yang disebuat ialah: " Tak nak jadi bini aku tak pa. Aku tak dapat, orang lain pun tak dapat."

Dalam hal ini isteri boleh memohon taklik kerana suami tidak balik lebih dari empat bulan qamariah. Ada sesetengah kes, isteri lari dari rumah kerana tidak sanggup untuk terus tinggal dengan suami.

Bila isteri memohon taklik, suami bantah atas alasan isteri nusyuz kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami. Akhirnya isteri terpaksa memohon fasakh yang mungkin memakan masa kerana suami mungkin menukar alamat atau berpindah ke tempat lain.

Jika seorang suami secara sengaja meninggalkan isterinya tanpa alasan, isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk suaminya kembali kepadanya. Ini diperuntukan oleh seksyen 121 yang berbunyi: "Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya."

Menurut seksyen 127: "Jika seseorang telah diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duany


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Wednesday, 5 March 2014

BUAH-BUAH NADIR YANG PELIK..

ag_02.1ASSALAMUALAIKUM...

JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang.
Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui.
Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak.
Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan.
Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan.
Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengorak langkah mengumpulkan spesies buah-buahan nadir.
Dua buah pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir, Terengganu telah dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan, faktor tanah serta boleh dijadikan tarikan utama pelancong di tasik tersebuthttps://blogmardi.wordpress.com/tag/pokok-nadir/

BUAH NADIR NI PELBAGAI RUPANYA DAN KADANG KITA TAK TAHU PUN IANYA BOLEH DIMAKAN DAN DIJADIKAN UBAT.
BUAH KANTAN...PIC TOK PERAK.
Photo: Kembang bunganya pengadun rasa 
sering di guna menambah selera
Sayang Buah nya sering dilupa
Selain dimakan sebagai ubat juga diguna
Itulah tumbuhan yg sering dijumpa
Ayuh mengenal apa gerangannya...
JANGAN TAK TAHU POKOK KANTAN PUN ADA BUAHNYA...MUNGKIN SEBAB BUNGANYA SELALU DIPETIK JADI TAK SEMPAT MELIHATNYA BERBUAH...BUAHNYA BOLEH DIJADIKAN UBAT DAN DIMAKAN BEGITU SAJA.

JERING...PIC TOK PERAK.

JERING DIJADIKAN ULAM ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS YANG MENYELERAKAN


                     CERI TERENGGANU SEDAP DIMAKAN PABILA DAH MASAK RANUM.

                                            CERI TERENGGANU..
                                            CERMAI....PIC GOOGLE.

CERMAI NI MASAM SIKIT DAN ADA YANG MENYUKAINYA UNTUK DIBUAT MENYICAH ATAU MENCOLEK. BOLEH JUGA DIJERUKKAN. BEGITU JUGA DENGAN BUAH ROKAM. RUPANYA MENARIK BERWARNA MERAH TERANG BERKILAT TAPI TAK SEMANIS CERI WALAU RUPANYA SEAKAN.

ROKAM
BUAH JENTIK NI MANIS RASANYA. HENDAK MENGELUARKAN ISINYA PERLU DIJENTIK DENGAN JARI BBARULAH TERBUKA KELOPAKNYA. BIASANYA KALAU BUAH-BUAHAN MULA BERMUSIM, BUAH INI JUGA TIDAK KETINGGALAN.
JENTIK.

                                      BERTAM......PIC TOK PERAK.
BUAH NI BANYAK TERDAPAT DI KAMPUNG SEBELAH PERAK. ISINYA MANIS DAN SEDAP DIMAKAN TAPI RAMAI YANG TAK PEDULIKANNYA..

Tuesday, 4 March 2014

SAKIT HATI ATAU TANGGUNG JAWAB.

ASSALAMUALAIKUM...

RUNSING fikiran dibuatnya. Keputusan terletak di tangannya. Kalau ikutkan rasa hati dan mengenang kembali apa yang pernah isteri dan anak-anak lakukan kepadanya, mahu sahaja permintaan si anak dan bekas isterinya ditolak mentah-mentah.
Masih segar dalam ingatannya bagaimana Zana (bekas isteri) telah membuang dirinya daripada keluarga tersebut. Semenjak hari itu, Fariz, tidak pernah berjumpa anak-anak yang semuanya dijaga oleh bekas isteri. Tatkala rindu meronta jiwa, Fariz gagahkan diri untuk bertemu anak-anaknya di rumah milik jandanya.

Tapi setiap kali percubaan itu dilakukan, belum pun sempat dia memeluk ketiga-tiga anaknya untuk melepaskan rindu, dia telah dimaki hamun Zana. Dihalaunya bagai anjing kurap!

Pedih! Maruahnya sebagai seorang ayah kepada tiga orang anaknya ibarat petir menyambar ke bumi. Hangus, hancur serta lebur. Begitulah punahnya harapan yang terpendam sejak sekian lama. Akhirnya keputusan diambil untuk merantau jauh meninggalkan tiga anaknya bersama-sama bekas isterinya.

Namun Fariz tidak pernah melupakan tanggungjawab ke atas ketiga-tiga anak kesayangannya. Melalui nombor akaun milik bekas isterinya itu, secara senyap-senyap dia memasukkan beberapa jumlah wang untuk anak-anaknya. Hanya dengan cara itu, Fariz mengharapkan anak-anaknya tidak melupakan terus dirinya sebagai ayah yang pernah hidup bersama dalam keluarga tersebut.

Ada kala, Fariz tewas melawan emosi diri. Dia menangis semahu mungkin dek terlalu merindui anak-anaknya. Namun dia tidak berupaya kerana khuatir bekas isterinya terus menghalaunya, mengherdiknya dan memaki hamun dirinya di hadapan anak-anak. Sampai bila? Fariz sebolehnya mungkin tidak mahu anak-anaknya menyaksikan perlakuan buruk itu di hadapan mata mereka. Dia tidak mahu kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang ayah tersungkur bagai barang terbuang yang tidak bernilai.

Tahun berlalu. Suatu pagi dia terbaca sesuatu yang cukup menyentap jiwanya di dalam sebuah akhbar. “Mencari ayah untuk menjadi wali." Begitu tajuk yang tertera di dalam akhbar tersebut. Dia tahu itu anaknya. Dia juga tahu itu namanya yang disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Perasaan resah kembali menerjah. Kenangan silam tentang perbuatan bekas isteri terhadapnya datang satu persatu dalam memorinya. Kalau diikutkan rasa, inilah masa yang sesuai untuknya membalas dendam di atas setiap perbuatan si isteri yang pernah menghancurkan dan melukakan hatinya. Tapi bagaimana pula dengan nasib si anak?

Sayu! Fariz dalam dilema antara dendam kepada isteri serta rasa rindu yang keterlaluan kepada si anak. Ini adalah peluang terbaik untuknya berjumpa kembali dan memeluk erat ketiga-tiga orang anaknya di hari perkahwinan itu kelak. Tapi mampukah dia melakukannya kerana perasaan marah itu masih berbekas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Monday, 3 March 2014

OKB! Orang Kaya Baru?....bukan heh...heh...

ASSALAMUALAIKUM...
republish.


Tajuk cerpenku kali ini OKB lela...
Demikian smsku kepada sahabat penulisanku yangku kenali tika bersama-sama menghadiri kursus penulisan anjuran DBP di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Lela penulis yang menggunakan nama pena NOORLAILA GHAFAR yang rajin berkarya. Dan karya-karyanya sering menang hadiah penulisan.

Aku bukan penulis seperti ramai rakan-rakan penulis hebat yangku temui dalam kursus itu antaranya KURSIAH HANUM, MOKHTAR RAHMAN, BAHARUDIN ISMAIL BAHAR dan ramai lagi.

Barangkali hanya nasib baik yang membawa kakiku melangkah ke tengah kelompok penulis-penulis hebat lagi bijak pandai itu...bertuahnyalah...

Kenapa OKB ida? Orang kaya baru ya...
Balas sms lela

Bukanlah lela......Orang Kurang Berupaya...sy lh tu...
Jelasku dgn sms sambil gelak sinis.

Aku teringatkan anekdot itu tika hendak bertemu dengan seorang rakan fb iaitu Rashida Othman di cafe Selayang. Beliau ini ingin sekali menemuiku walauku katakan kepadanya aku ini adalah OKU.

Pertemuanpun diatur seesuai dengan janji yang dimeteri. Aku sampai lebih dulu bersama anak menantu dan cucu yang menemani. Seorang lelaki Cina mungkin sebaya aku lantas segera turun dari cafe berusaha untuk menolongku menaiki tangga cafe yang cuma dua takah itu.

Hatiku tersentuh sekali dengan kprihatinannya membantuku tanpa mengira siapa aku. Berkali-kaliku ucapkan rasa terima kasihku kepadanya.

" Takpa saya pun tua......saya faham masalah orang tua..."
Dan orang-orang tua sepertiku juga lelaki cina itu tentu ingin hidup harmoni saling tolong bantu tanpa ragu dan keliru menghuni sebuah negara yang aman dari sengketa. Apalagi setelah bergelar OKB atau OKU...

JANDA BAIK SEMPURNA BAIK....

ASSALAMUALAIKUM....

PANAS YANG MENGERINGKAN KL DAN SEKITARNYA BEGITU MEMBAHANG MEMBUAT MERASA TIDAK SELESA DAN INGIN LARI DARIPADA SUASANA INI....
TAPI HENDAK LARI KE MANA YA? LARI DEKAT-DEKAT SAJA.

KALAU KE NEGERI SEMBILAN ATAU MELAKA SITUASINYA SAMA SAJA. BEGITU JUGA KALAU MENGHALA KUALA SELANGOR. AIR JUGA SUDAH DICATU...TENTU BERMASALAH JIKA TIBA-TIBA TERDESAK HENDAK GUNAKAN TANDAS YANG PILINYA TIDAK BERAIR.

TAPI HUJUNG MINGGU PERLU AMBIL PELUANG KELUAR DARI KL YANG SEMAKIN KERING KONTANG NI.

DAN RODA KERETA BERPUTAR LAJU MENDAKI LEBUHRAYA KARAK MEMBELAH ALAM HIJAU YANG SEGAR DAN DINGIN. TIBA-TIBA DALAM PERJALANAN HUJAN TURUN MENYIMBAH. POHON-POHON YANG TEGAK RIMBUN KELIHATAN LEBIH BERMAYA.

LORONG YANG DIPILIH SETELAH KELUAR DARIPADA GENTING SEMPAH RUPANYA MENUJU KE JANDA BAIK. DESTINASI INI YANG MENJADI PILIHAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU UNTUK MEREHATKAN DIRI SEKETIKA.



KE JANDA BAIK JALANNYA MENDAKI SEOLAH MEMASUKI HUTAN DARA YANG TIDAK TERUSIK. NYAMAN SEKALI SUASANANYA. ALAM SEMULAJADINYA BAIK TERPELIHARA. JALAN MENUJU JANDA BAIK DI KELILINGI HUTAN DAN TIDAK DICEMARI SAMPAH SARAP YANG BERTABUR WALAU DI SINI ADALAH TEMPAT PERCUTIAN YANG SERING DIKUNJUNGI.

BERADA DI JANDA BAIK SEPERTI BALIK KAMPUNG SENDIRI DENGAN BENTUK RUMAH KAYU YANG MASIH GAGAH TERDIRI. NAMPAK TIDAK RAMAI YANG TERUJA MENDIRIKAN RUMAH BATU BESAR WALAU BANYAK CHALET DAN HOMESTAY YANG DIUSAHAKAN PEMILIKNYA.

554079_267881006682109_962622225_n
JANDA BAIK MENGEKALKAN KEINDAHAN ALAM TANAH TINGGI YANG HIJAU TANPA BANYAK PENEROKAAN TANAH DENGAN AKTIVITI PERTANIAN....AIR SUNGAINYA MENGALIR TENANG MENCELAHI BATU-BATU DAN RUMPUN BULUH DI TEBINGNYA...

TAPI JIKALAU BERPELUANG KE SINI PADA MUSIM BUAH-BUAHAN TENTU MEWAH MENIKMATI BUAH DURIAN, RAMBUTAN, MANGGIS DAN PELBAGAI JENIS LAGI KERANA JANDA BAIK ADALAH DUSUN BUAH-BUAHAN TEMPATAN.

TULISAN PI INI HANYA BERDASARKAN IMBASAN SEPINTAS LALU SAJA. JIKALAU NAK TAHU DETILNYA KENA BACA SUMBER-SUMBER YANG BERKAITAN. MUNGKIN RAMAI YANG BERMINAT NAK TAHU KENAPA JANDA BAIK YANG TERDIRI DI DALAMNYA BEBERAPA BUAH KAMPUNG LAGI DINAMAKAN JANDA BAIK?

Semua pic google.

Sunday, 2 March 2014

ISSH..KEITH FOO

Assalamualaikum...

SEORANG pembaca Mingguan menarik perhatian Awang kepada satu program memasak di sebuah stesen televisyen, baru-baru ini.

PIC GOOGLE.
Katanya, program tersebut disertai oleh seorang chef bersama tiga lagi selebriti.
Salah seorang daripada mereka ialah pelakon kacak, Keith Foo, bintang baharu yang sedang popular di tanah air.

Semasa menjamu masakan minang dalam program tersebut, chef bersama dua personaliti - kesemuanya Melayu - menggunakan sudu dan garpu.

Bagaimanapun Keith Foo, seorang bukan Melayu, memilih untuk makan dengan tangan.
Lalu Awang faham mesej yang mahu disampaikan. Yang bukan Melayu lebih menyelami budaya dan susila bangsa, berbanding Melayu.

Awang berharap biarlah ini jadi kes terpencil. Ambillah contoh, juga iktibar daripada Keith Foo. Lagipun lebih sedap makan masakan minang dengan tangan. Cubalah...
- AWANG SELAMAT


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan

Saturday, 1 March 2014

Rumah itu dunia kecilku

Assalamualaikum

republish...
Kehidupan hanya di ruang kecil ini
melihat awan daripada kisi-kisi jendela
dengan atur jejak langkah awas meniti
berpaut dinding sambil teraba-raba

Kesepian kesedihan kesakitan
tergaul menyatu dalam kalbu
hilang warna hilang rasa
setelah sekian lama
hanya itu ritmanya

Bergulingan di ruangan ini
menggulung coret panjang berjela tulisannya
malah semakin kabur
lantaran terlalu lama

lupakanlah...

Berusaha pula membawa diri ke laman hijau
lanskap daya cipta sendiri
pohonnya tegak dan megah
meski tangan yang mengoles benihnya
resah dan lemah
Allah Maha Kuasa
tumbuh jua pohon-pohon segar
dedaunnya bermain angin
bunga-bunga berkelopak mengharum
limpah rezeki dari-Nya
bukan hanya untukku
malah buat semua

Sendiri di dunia kecil ini
menunggu waktu menyelesaikan urusannya
yang termaktub

KAYA...KAYA...KAYA...




Malaysia mencatatkan nilai pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion pada 2013 iaitu memecah rekod tertinggi pada tahun sebelum itu yang berjumlah RM167.8 bilion.

Daripada jumlah itu, 72.5 peratus merupakan pelaburan langsung domestik manakala 27.5 peratus pelaburan langsung asing.

Kesemua pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,669 projek dengan 14 daripadanya berstatus mega yang nilainya melebihi RM1 bilion.

Kesemua projek yang diluluskan itu berupaya mewujudkan kira-kira 192,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com


APA KOMEN KAWAN-KAWAN SEMUA?

MyBloglist