Friday, 20 December 2024

KARYA PILIHAN

 ASSALAMUALAIKUM

Salam Jumaat mulia. Disember semakin berhujung...PI kongsikan beberapa puisi karya PI pilihan Sifu Tabir Alam dalam adaptasi grafik menarik @graha karya 024....terima kasih banyak sifu kesudiannya.










































Thursday, 19 December 2024

SURAT RINDU

 ASSALAMUALAIKUM



SURAT RINDU

 

Kutulis surat ini untukmu

lukisan rindu luahan rasa

gejolak lara menular bisa

moga terlerai kala bertemu

.

Baca coretan usah kau jemu

teliti maksud setiap frasa

kutulis surat ini untukmu

lukisan rindu luahan rasa

.

Sekian lama kita berpisah

hanya niatku ingin bersua

dikau kekasih tiada dua

memendam ragu bergelut resah

kutulis surat ini untukmu

lukisan rindu luahan rasa


Wednesday, 18 December 2024

ULANG TAHUN HENRY THE GIANT CROCODILE

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE (C)


ULANG TAHUN KELAHIRAN

 

Dahulu di sekolah, belajar ilmu alam tentang usia haiwan. Antara haiwan yang berusia panjang dan hidup lama ialah buaya, penyu, paus dll. Haiwan ini wujud sejak zaman prasejarah. Aku terbaca sebuah web sains perkongsian sahabat grup media sosial bahawa seekor buaya bernama Henry the giant telah menyambut ulang tahun ke 124. Henry berada di pusat pemeliharaan haiwan di Afrika Selatan. Sepanjang hidupnya buaya itu telah menghasilkan 10,000 anak.

 

Henry the giant

buaya purbakala -

hasilan nafas




Tuesday, 17 December 2024

BENANG BASAH

 ASSALAMUALAIKUM



BENANG BASAH

 

Tegakkan  benang basah memang amat susah

usah lolos jarum kelindan berkait

bermasalah  kain dijahit

terbiar  sudahnya

masa berlalu

tunggu kering

pastikan elok

jahitan

 

Jahitan

pastikan elok

tunggu kering

masa berlalu

terbiar sudahnya

bermasalah kain dijahi

usah lolos jarum kelindan berkait

tegakkan benang basah memang amat susah


Monday, 16 December 2024

CERITA DISEMBER 024

 ASSALAMUALAIKUM

ANAK CUCU PI SIBUK DENGAN KEGIATAN MEREKA SEPERTI SELALU PADA HUJUNG TAHUN...KALI INI AQIL HARITH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM...PAPANYA ULANG-ALIK KE ENDAU PULA MENGENDALIKAN PROJEK BINAAN LKIM...ABQORI DAN MAMANYA IKUT ROMBONGAN SEKOLAH KE LEGOLAND JOHOR BAHRU...MIA IKUT PAPANYA DINNER DI HOTEL EQ SETELAH HANTAR ARIFF KE ASRAMA SEKOLAHNYA DI BENTONG...FAREEZ PULA KE MELAKA MENGIKUTI ROMBONGAN SEKOLAHNYA DI SERENDAH

























Sunday, 15 December 2024

SIAPALAH KITA

 ASSALAMUALAIKUM



SIAPALAH KITA


Siapalah kita suka menghina

gemar mencerca tidak berkenan

mudah melontar batu mengena

tuju sasaran bawa peranan


Sekadar kenal  belum bersua

bagaikan akrab tersangat rapat

luar dan dalam tahu semua

arif segala buktinya tepat                        


Sedikit  tahu habis dibongkar

bagai menulis sebuah karya

darinya pucuk hingganya akar

dicoret larik di media maya 


Cacian hina bukan budaya

budi bahasa  santun Melayu

sebabkan   ragu hilang percaya

maksud sebenar lagu mendayu


Di tempat tinggi Dia tercinta

tingkah hamba-Nya jelas perhati

Rakib dan Atid terus meninta

Di Padang Mahsyar memapar bukti  

Saturday, 14 December 2024

KASIH INI

 ASSALAMUALAIKUM



KASIH INI


Kasihku ini hanya untuk-Mu

tidakku ragu mengukir  kata

pernah keliru  sering bertamu

pudar gerhana tulusnya cinta


Sesalan datang tidak  terkira

rasa berdosa menimbun tinggi

sesak dihimpit perih sengsara

tidakkan mahu diulang lagi


Murni kasih-Mu daku mengharap

kudus cinta-Mu kepada hamba

tulus sayang-Mu inginku serap

ampuni salah amat didamba


Bagai  meruntun di  dalam sukma

ingin bertemu melerai rindu

saat dinanti bakal bersama

renyai tangisan tersedu-sedu


Detik  berlalu dibilang-bilang

langkah hampiri makin mendekat

tiada aral dapat menghalang

tatkala nafas sudah tersekat


Thursday, 12 December 2024

SPM 2024

 ASSALAMUALAIKUM


CUCU PI AQIL HARITH ANTARA CALON YG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BERMULA ISNIN LALU.... BERSAMA KITA DOAKAN SEMOGA SEMUANYA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG ...ALLAH PERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN LISAN, AMALI, BERTULIS DENGAN TENANG.........AAMIIN YRBA



MyBloglist