ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, 8 June 2021
BAHASA PAHANG
Monday, 7 June 2021
SELUANG MELAUT...
ASSALAMUALIKUM
Oleh
Paridah Ishak
SELUANG MELAUT
Malam yang damai tenang.
Bintang-bintang bergemerlapan di dada langit. Menyinari gelita. Keadaan laut
tidak terlalu bergelombang. Angin sentiasa berpuput mulus. Nyaman . Dingin
menguliti. Dan terasa hingga ke tulang. Belum lagi alam sekitar membawa monsun
Timur Laut yang akan menggelorakan Laut China Selatan ini dan merumitkan
penghidupan di persisir perairannya dengan musim tengkujuh. Pasti akan
berkunjung juga tidak lama lagi.
Ketika ini nelayan-nelayan pantai yang
menaiki bot kecil atau perahu dan hanya miliki peralatan penangkapan ikan yang minima tidak
berani turun ke laut untuk mengais sedikit rezeki meneruskan kehidupan. Hanya
menempuh bahaya sekiranya ingin melakukannya. Para nelayan tentu akan mengambil
sikap mementingkan keselamatan diri mereka. Nyawa wajib dijaga. Kehilangannya
sudah tentu tiada ganti.
Kini masih di bulan Ogos. Cuacanya
tenang berseri dan metah sesuai
berwisata di tempat peranginan di tepi laut. Dan aktiviti nelayan-nelayan
berterusan sebagaimana biasa. Di kejauhan kelihatan cahaya bergerak di tengah
samudera. Barangkali ada kapal yang sedang belayar merentas lautan. Menuju
destinasi entah kemana.
Jalil berdiri di tepi bot. Memerhati alam sekeliling yang sunyi. Kedengaran hanya
lagu ombak berdebur menampar bot dan
suara enjinnya yang tidak putus. Pengemudi bot fokus mengendalikan operasi
pelayaran tidak mengambil kisah perilaku Jalil. Dia menilai situasi laut yang
melengkunginya. Berdasarkan daripada sedikit pengetahuan yang diperolehi
tentang kejuruteraan laut yang di pelajarinya di UITM. Kemudian menyambung pengajian peringkat
sarjana di universiti UK. Pengajian yang mengambil masa agak lama sebelum
menamatkannya.
Pelayarannya bersama bot yang dinaiki
ini pasti tidak tersasar ke destinasinya kerana tiupan angin yang lembut tidak
akan menyebabkan tekanan ombak yang menggelora. Harapannya semoga berterusan
situasi begini dan tidak berlaku perubahan cuaca drastik.
Ketenangan suasananya melekakannya
menikmati keindahan laut Cina Selatan yang terbentang dan tidak tercapai hujung
pandangannya. Perjalanan yang agak lama namun lancar tanpa aral gangguan
akhirnya sampai ke destinasi tujuan. Sebuah pulau indah menyapa pandangannya.
Walau malam membungkus panorama sebenar namun pulau Redang ketara jua citranya.
Bot mewah itu sudah tiba di jeti. Injinnya
sudah dimatikan. Namun Jalil masih alpa,
termenung seketika. Dia tidak melangkah turun daripada bot lagi. Faez segera
mencapai begnya dan beg temannya itu untuk dibawa bersamanya. Jalil tersedar
daripada lamunannya yang melayang jauh entah ke mana. Dicapainya begnya
daripada genggaman Faez. Langkah Faez dituruti. Mereka berjalan seiringan justeru arah tujuan
adalah sama.
Di hadapannya terpampang papan tanda
Resort Sri Palma Pulau Redang. Faez kagum sekali melihat persekitaran resort
yang cantik dengan rekaan seni bina chalet yang unik bentuknya walaupun hanya
kelihatan samar dan cuma diterangi sinaran lampu jalan.
Faez mengajak Jalil untuk terus melangkah mendekati kaunter pertanyaan
resort yang masih terang benderang itu. Ada seseorang yang kelihatan
mundar-mandir di dalamnya. Seakan sedang menanti kehadiran seseorang.
Langkah Faez terhenti pabila terasa
tangan Jalil menyentuhi bahunya. Dia segera berpaling. Dan menanti buah bicara
temannya itu. Hatinya merasa gusar, tidak enak. Apa pula masalah temannya itu
lagi.
“Faez!”
“Apa lagi? Bukankah di sini tempat
pertemuan kita dengan kawan-kawan sekolah dulu. Kita pun dah buat tempahan.
Usahlah kau fikir tentang projek kapal yang sedang kau bina tu. Lupakan dulu.
Aku tahulah kau tu jurutera marin pembina kapal. Kita berehat sekejap di sini.
Sambil bertemu kawan-kawan lama kita..L agipun dah lama kita rancang pertemuan
ni. Baru kali ni menjadi. Maklumlah kita kan masing-masing sibuk dengan
pelbagai urusan. Setelah sekian lama bekerja, kita berihat pulak. Tubuh kita
pun minta haknya untuk dilayani tau!” Panjang lebar jawapan Faez menjelaskannya
walau dia tidak tahu apakah soalan sebenar temannya itu.
“Esok lusa aku ada tugasan untuk
menguji beberapa buah bot peronda polis marin yang dibeli dengan syarikat
tempat aku bekerja. Itu yang dalam kepala aku sentiasa duk mengira ketepatan
strukturnya . Kepala aku ni terbayang-bayang setiap pelan yang aku reka. Asyik
memikir tentangnya. Aku hanya boleh berharap segalanya tepat dan sempurna. Bot
marin yang disiapkan itu terbaik keadaannya sebelum diserahkan kepada
pelanggan penting syarikat kami tu.”
“Insyaa-Allah. Tiada apa-apa masalah
tu. Kau kan profesyenal. “
“Walau seprofesyenal mana pun,
kesilapan kadang berlaku juga tanpa kita sedari. Kan kita ni manusia biasa
saja!”
“Kita sama-sama doakan rekacipta kau
terbaik macam selalu. Tak payahlah kau terlalu fikirkan semua tu!”
“Harapanku semoga begitulah
hendaknya.”
Senibina kapal dan pengangkutan laut,
jurusan pilihannya di UITM mengajarnya
ilmu kejuruteraan maritim. Meliputi
teknologi rekabentuk kapal atau objek pengangkutan yang terapung di air.
Teknologi pembinaan kapal merupakan bidang tersendiri dan semakin maju.
Kejuruteraan Marin berkaitan dengan rekabentuk dan operasi enjin pendorong di
atas sesebuah kapal.
Untuk melakukan pelbagai aktiviti di
laut, sungai dan tasik, manusia telah lama menggunakan pelbagai jenis struktur
terapung direkabentuk dan dibina. Ada yang bersaiz kecil seperti kanu dan bot
memancing, juga yang berbentuk raksasa seperti kapal tangki.
Pembinaan kapal pada mulanya tidak
diasaskan kepada teknologi sains. Tetapi
lebih berdasarkan ketrampilan dan kemahiran pembina bot atau kapal berkenaan.
Sejak zaman awal peradaban manusia telah berlaku. Sejarah tamaddun Mesir Kuno,
Yunani dan China telah mencatatnya. Al-Quran juga menceritera kisah nabi Nuh
alihissalam yang membina bahtera besar untuk menyelamatkan umat yang beriman
kepada Allah Yang Maha Esa daripada
bencana banjir.
Dalam riwayat Melayu lama pula,
penglipur lara bercerita kisah kapal Merong Maha Wangsa tersadai di gunung
Jerai dilanggar burung geroda ketika dalam pelayaran membawa putera Rom yang
akan mengahwini puteri China. Kapal itu
telah bertukar menjadi batu kerana disumpah sang kelembai. Batu yang terhampar
luas di puncak gunung Jerai dipercayai ialah artifak kapal raja Merong Maha
Wangsa.
Demikian juga dalam pembinaan kapal-kapal perang dan
penjelajah dibina tamaddun Rom, Islam
dan juga kuasa penjajah Inggeris, Sepanyol, Belanda, Portugis dan Perancis
tidak menggunakan ilmu matematik atau kaedah saintifik yang diyakini masakini..
Pada abad ke tujuh belas, saintis dan
jurutera mula menerapkan ilmu sains dan matematik kepada rekabentuk kapal.
Antara yang terawal ialah Sir Anthony Deane yang menulis buku Doctrine of Naval
Architecture pada tahun 1670. Bidang
Senibina Kapal hanya boleh diikuti di luar negara Universiti-universiti di
Jepun, United Kingdom,. Mulai tahun 1981, Universiti Teknologi Malaysia telah
menawarkan kursus di bidang Teknologi Marin yang merangkumi senibina Kapal pada
peringkat Ijazah dan Diploma.
Jalil berpeluang mengikuti kursus yang
ditawarlan UITM setelah dia lulus temuduganya.Kini semua ilmu itu telah
mengadaptasi dalam dirinya. Lestari seiring
kehidupannya. Terapung objek itu satu persatu dalam layar mindanya. Mereka yang
mempunyai kepakaran dalam senibina kapal ialah arkitek kapal sepertinya. Dia
seorang pengamal berkarya dengan gigih dalam
bidang yang diceburinya demi kemudahan penggunanya..
“Setahu aku, kau masa kat sekolah dulu
aliran sastera. Tapi peliknya jadi orang sains pula. Hairan juga aku. ” Sambil
mengatur langkah ke kaunter resort mereka berbeka perlahan. Memecah kesunyian malam.
“Aku sebenarnya bukan minat sastera
pun. Tak pandai langsung berkarya kreatif puisi atau cerpen. Membacanya minat
juga. Tapi sebab tak pandai macam kau, ke kelas sasteralah aku. Dulu kan kelas
sastera hanya pilihan mereka yang lemah dalam sains dan matematik. Kau pula
dari kelas sains tapi jadi orang sastera pula ya. Tapi sains dan sastera itu
kehidupan, perlu adaptasi seiringan. Minat dan kemahuan penting untuk
mencapainya. Siapa sangka kau kini seorang YB yang setiasa memikirkan kebajikan
rakyat jelata. Aku pun tak mampu buat semua tu.Bukan main tinggi pencapaian
kau. Ada rezeki manatahu jadi menteri pula. Aku sajalah yang menghabiskan masa
dalam kapal di laut saja. Mengais rezeki Allah yang melimpah dalam laut.”
“Tapi rezekinya lumayankan?”
“In syaa-Allah…bolehlah nak hidup.
Tapi tidaklah kaya-raya macam sesetengah kawan-kawan kita.” Faez sangat faham
sikap Jalil yang selamba merendah diri itu hanya menambah kata.
“Ramai kawan-kawan sepersekolahan kita
dulu yang hebat sekali pencapaiannya dalam kehidupan mereka. Kau ingat Azmi?
Dia kini pengetua sekolah tempat kita belajar dulu..Sorang lagi kawan baik kau
Tan Sri Asman kini orang kuat SPR.” Jalil sekadar mengangguk. Dia tidak
mengambil tahu sangat perkembangan hidup kawan-kawan sepersekolahannya setelah
sekian lama berpisah sebaik usai tingkatan lima..masing-masing membawa diri
menurut haluannya. Sama ada menyambung pelajaran, bekerja atau berkahwin.
“Ya aku ingat,juga Azmi. Diakan sekelas dengan kau, kelas lima sains satu.
Memang bijak orangnya, layak pun jadi pengetua sekolah. Asman tu kawan
sekelas aku masa kat kampung. Dalam
kelas masa ujian asyik dia je yang dapat nombor satu. Satu sekolah kenali dia
sebagai budak bijak. Aku selalu dapat nombor satu juga. Tapi nombor satu yang
paling belakang.” Lelucon Jalil menerbitkan tawa kedua-duanya.
“ Cuma aku sorang je tak hebat pencapaiannya. Hanya seorang pelaut.
Bekerja dalam laut. Aku dulu tidak pandai macam kau dan kawan-kawan kita. Lemah
sangat dalam akademik. Selalu dapat nombor corot je dalam kelas.
Mengenangkannya malu pula. Segan pula nak bertemu kawan- kawan lama kita yang
kebanyakannya berjaya dan sudah kaya-raya semuanya.”
‘Aku dulu PMR sebelum ditukar PT3 pun
tak lulus Faez. Tapi ayahku usaha masukan ke sekolah swasta hingga aku lulus
dan dapat sambung belajar di sekolah kerajaan, bertemu kau dan kawan-kawan kita. Kata ayahku pelajaran itu
amat penting dalam kehidupan walau hidup
kami sentiasa kesukaran. Ayahku bergantung harap kepadaku untuk mengubah corak
kehidupan kami yang daif kepada lebih sempurna. Justeru aku anak lelaki dan
sulung pula,harapan ayah ibu dan keluarga kepadaku perlu kugalas dengan baik.
Keputusan SPM pun tak berapa bagus.
Cuma setakat lulus pangkat tiga saja. Bukan sebabnya kerana aku tidak gigih
berusaha. Barangkali nasibku yang tersurat sudah begitu. Tapi ayahku yang cuma
tahu tulis baca saja itu menggalakkan aku mohon masuki mana mana IPT walau aku
tidak yakin akan berjaya. Aku hanya berhasrat hendak mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dengan keupayaanku. Hendak bersandarkan kelayan akademik yang tidak
seberapa itu masakan mungkin. Aku selesa meneruskan kerjaya tani warisan
keluargaku sekian lama. Tapi pandangan ayahku berbeza. Luas dan jauh minda
ayahku mencongak kira. Akhirnya aku berubah pendirian. Berkat doa ayah ibuku
beginilah aku kini.’ Monolognya bercempera tidak bersambung lagi.
“Wah! Merendah diri pula kawan kita
ni. Tak disebabkan kau tak jadi reunion
kita ni. Kau yang sumbangkan dana untuk majlis kita. Semua belanjanya kau tanggung. Termasuklah sediakan bot untuk
pengangkutan kawan-kawan kita ke sini. Kita yang lebih awal ke sini dengan bot
persiaran kau yang mewah lagi. Selesa sungguh aku belayar dengan bot mewah kau
ni!”
“Eh! Kau salah faham tu. Bot mewah tu
bukan aku punya. Aku pinjam je dari syarikat tempat kerja aku tu. Sesekali
melaram dengan harta syarikat heh…heh..”
“Iyakah? Cakap kau kadang bukan boleh
percaya juga, kau ni jenis orang yang suka pendam rahsia sendiri. Asyik
merendah diri saja. Aku kenal sangat kau ni!”
“Sejak bila kau tak percaya aku ni?
Kau kan kawan baik aku masa kat sekolah menengah di Kuantan dulu. Kita sebilik
di asrama putera.” Kenangan ketika dia bersama Faez dan rakan-rakan seasrama
bergentayangan lalu. Manis dan pahitnya dirasai. Abadi dalam kenangan.
“Yelah tu kawan baik konon! Tapi aku
tak tahu pun kau sambung belajar di UK. Senyap-senyap saja kau ke sana. Mujur
ayah kau beritahu aku. Kalau tidak sampai sudah aku tak tahu!” rasa jengkel
Faez terluah lirih.
“Buat apalah aku nak hebuh cuma dapat
sambung belajar di UK. Mesti tak ada
yang percaya kawan sekolah mereka yang selalu dapat nombor paling belakang
setiap kali ujian, belajar di UK bidang kejuruteraan kapal. Nanti dikatanya aku
membohong pula. Tak mahulah aku! Biarlah aku dengan cara hidupku tanpa
menyusahkan sesiapa.”
Faez menerima sekadarnya alasan yang
diberi sahabatnya walau hatinya mungkin sedikit terkilan.
“Maaflah Faez! Sebenarnya aku terlupa nak beritahu kau tika aku nak
bertolak. Maklum masa tu kalut nak uruskan semua. Tapi bila dah sampai di sana
aku kirim surat pada kau kan. Dan sampai kini kita tak pernah putus hubungan.”
Lirih suara Jalil melunakan penerimaan
Faez. Emosinya kembali normal. Dia mulai memahami situasi yang didepani
kawannya itu.
“Itulah kan.kita tak pernah tahu
apa-apa pun tentang hidup kita. Tapi Allah mendorong kita ke arah itu.
Sebaliknya apa yang kita rancang beriya-iya tidak menjadi. Dan kita hanya tahu
mengeluh kesal.” Tukas Faez lunak.
“ Tapi jangan kau hebuhkan pula pasal tu
pada kawan-kawan kita. Aku ikhlas buat semua tu. Tidak salah aku hendak belanja
sedikit pada kawan-kawan kita. Kau sebut
saja semua ni kau yang tanggung biayanya. Kau kan orang politik. Orang politik
kan banyak duitnya. Lagipun kan YB ada peruntukan meraikan rakyat jelata.
Tambah dah nak jelang pilihanraya tak lama lagi. Mesti YB sedang berlumba-lumba
buat kebajikan untuk raih sokongan pengundi. Biasanya begitu selalu kan. Rakyat
jelata macam aku ni dapatlah merasa sedikit harta negara yang melimpah ruah
banyaknya. Bukan kekayaannya dibolot politikus yang menguruskan fiskal negara.
Tidak adillah begitu. Rakyat macam aku ni cuma diberi janji dan harapan saja.”
“Pandailah kau nak mengenakan aku.
Duitnya tu ada juga. Tapi tak banyak
sangat. Ekonomi negara kan sedang merudum sekarang ni, belanja keraian pun
sikit je yang dibagi. Lainlah kau. Bisnis kau berkembang maju walau ramai yang perit merasa kesulitan dan
hidup seadanya saja. Kalau dah rezeki melimpah tu tidak salah berkongsilah
sedikit kan!”
“Jomlah kita cepat ke sana. Pengurus
resort nampak mundar-mandir dekat kaunter resort tu agaknya sedang tunggu kita
mendaftar diri.” Jalil menggesa Faez mematikan bicara sahabat itu.
“Kenapalah pula pengurus resort yang
nak ambil daftar kita? Kan ada kerani resepsionis pekerjanya. Pengurus pula nak
buat kerja gitu!” Faez tersengih sahaja. Dan tidak membalas apa-apa.
“Oh! Aku faham. Heh..heh..kau kan YB.
Tak rugi aku berkawan dengan YB ni…ke mana saja akan dirai. Memudahkan urusan
pula.”
“Yelah tu. Badan aku ni pun dah rasa
letih sangat. Rasa tak sabar nak tidur atas tilam, beristirahat.” Tangan Jalil
di tariknya. Jalil terpana kebingungan.
Tetapi langkah Faez dituruti juga. Tidak teragak-agak lagi. Malam beransur
dini. Cahaya bintang semakin sirna. Jalil dan Faez lena jendera sehingga azan
subuh kedengaran dilaungkan dari surau resort.
Pagi yang damai.
Jalil sudah mempersiap diri sekemas
mungkin. Berbaju batik lukisan tangan bercorak rebung dan warna dasarnya hijau
pucuk pisang. Begitu juga Faez, kedua-duanya kacak bergaya terampilannya walau
usia kedua-duanya melebehi separuh abad,.
“Jom kita ke jeti menyambut kedatangan
kawan-kawan kita. Agaknya mereka dah sampai tu.” Seorang demi seorang
kawan-kawan yang setuju menghadiri pertemuan itu menuruni bot yang membawa
mereka dari tanah besar ke situ. Mereka bersalaman antaranya dan saling
bertukar senyum manis. Mungkin juga mereka mengimbau kenangan yang dialami.
Wajah lelaki-lelaki seusia dengannya ada yang tidak dikenalinya. Walau suatu
ketika dulu mereka adalah rakan sepermainan. Begitu juga dengan kawan-kawannya
yang perempuan.
Jalil terkesima memandang seseorang.
Wajah itu sangat dikenalinya. Sentiasa menari-nari di layar mindanya wajah ayu
itu. Pujaan hatinya dalam diam suatu ketika dulu. Kejap tersemat dalam
memorinya. Langsung tidak terlupakan.
“Kau ingat Azimah? Dia kan sekelas
dengan kau. Suaminya Datuk Rahim.” Bisik Faez perlahan menyapa deria dengar
sahabatnya.
“Azimah mestilah ingat. Kan dia kawan
baik aku. Selalu tolong aku buat kerja
sekolah dulu.”
“Datuk Rahim tak ikut sekali ke Azi?”
datin Azimah tersenyum hambar.
“Taklah YB. Datuk ada mesyuarat
penting dengan pucuk pimpinan parti di KL.”
“Kau kan orang parti juga tak kan kau
tak tahu.” Tukas Jalil kehairanan.
“Manalah aku tahu. Aku parti lain.
Datuk Rahim parti lain. Tapi kami berkawan baik. Tak ada masalah apa-apa.”
“Oh! Begitu kisahnya ya. Yang bergaduh
riuh rendah kat dalam TV tu cuma drama swasta saja. Hmm…susah juga nak faham
ragam orang politik ni ya. Pening kepala aku memikirkannya. Mujurlah aku pelaut saja.
Aku tidak ada masa hendak bertengkar dengan laut.”
“Kau kerja laut saja Lil?”
“Ya Datin. Nelayan laut dalam,cari
rezeki hidup. Itu sajalah kepandaian yang ada datin!” Faiz tersenyum saja
mendengar kekata Jalil.
“Tak payahlah nak berdatin-datin
dengan saya. Panggil Azi saja. Macamlah tak biasa. Kan kita kawan baik dulu.
Selamanya kita akan berkawan baik.”
‘Nampaknya begitulah Azi. Selamanya
kita akan berkawan baik. Dulu aku pernah berangan sebaik menamatkan pengajian
di UK akan pulang melamarmu. Dan membawamu belayar berkeliling dunia bersama
bahtera hidup yang sedang kusiapkan pembinaannya sepenuh hati. Taman hatiku meriah berbunga harum.
Tapi sebaik kuberitahu hasrat itu
kepada ayah ibuku, mereka tersenyum saja. Katanya aku dah lama terlambat.
Azimah yang ayah ibuku sangat kenali justeru ayahnya pernah menjadi guruku di sekolah
kebangsaan dulu telah berkahwin dengan
seseorang. Tidak kuambil tahu pun siapa pasangannya. Hancur berkecai hatiku
kala mendengar khabar itu.
Hanya doa kuiringkan dari jauh agar
Azimah dan suamiya kekal berbahagia hingga ke syurga abadi. Namun lama juga
hendak kupadam nama Azimah dari lembaran hatiku. Setiap hari menyendiri menatap
laut dari terbit mentari hingga senja merah mewarna horizon. Irene hadir
menemani sepiku. Aktiviti yang sealiran minat memesrakan hubungan. Sering
bertukar kata tentang ceritera laut merawat sedikit demi sedikit kesakitan di
jiwaku
“Jom kita semua ke meja hidangan. Saya
pula selaku tuan rumah ya,” teragak-agak pula Faez menuturkannya.
“Kan YB yang aturkan semua ni. YBlah
tuan rumahya.”sela datin Azimah.
Faez tersenyum mengerling Jalil. Datin
Azimah berpaling ke arah rakan-rakannya mengajak mereka semua mengikutinya ke
meja hidangan. Masing-masing berselfi dahulu sebelum menjamah hidangan. Masih
tidak puas berselfi untuk merakam kenangan pertemuan mereka.
“Mana cikgu Azmi? Tak nampak pun.”
“Biasalah cikgu, sibuk selalu dengan
tugasnya. Itu yang tak dapat datang kot.”
“Azi tu tak berubah wajahnya. Masih
secantik dulu.”
“Kau berkenankan kawan kita tu ke?
Bolehlah aku cuba tanyakan.”
“Ish. Gila kau! Kan dia isteri orang.
Nak cari nahas.”
“Kau tak tahu ke Azi dan suaminya ada
masalah rumah tangga. Suaminya buat hubungan dengan wanita lain dan bercadang
nak kahwin lagi. Azi tak izinkan dan nak tuntut fasakh.”
“Kau ni tahu saja ya.”
“Mestilah tau. Aku orang politik,
mesti ambil tahu mengenai lawannya. Apa lagi kelemahannya.”
“Eh! Begitu pulak ya. Tapi kalau aku
nakkan Azi di mana nak kucampakan Irene Aisyah, isteri aku tu:
“Ke lautlah..heh…heh…”
“Mau disamannya aku juta-juta. Ayah
isteri aku tu pemilik syarikat tempat aku bekerja tau. Lagipun tidak mungkin
aku melakukannya kerana cintaku melaut kepada isteriku itu. Bidadari yang
menemani susah payahku di dunia hingga jannah.”
“Oh! Aku tak tahupun kau ni menantu
saudagar besar syarikat kapal terkenal tu.” melopong besar Faiz sambil merenung
wajah Jalil.
“Jodoh pertemuan Allah mengaturnya
Faez. Aku terima ketentuan-Nya dengan reda.” Jeda malaikat lalu.
“Tapi apa sebenarnya masalah Azi?
Hingga hendak meruntuhkan masjid yang sudah lama dibina.”
“Wah kau pun excited nak tahu kisah orang ya!”
“Azi tu kawan baik kita. Tentulah aku
nak tahu juga kisahnya. Bukan niatku nak menjaga tepi kain orang. Kau jangan
salah faham pulak!” Faez tersengih mendengar alas an Jalil hendak mewajarkan
cara.
“Apa yang rancak disembang kawan
berdua ni?” sela Datin Azimah, tiba-tiba sudah muncul di sisi mereka. Terkedu
bicara seketika.
“Tak ada apa datin. Saya kan pelaut.
Cerita tentang laut saja seluas lautnya.
Tak pernah habis kan Faez. Kehidupan kita ni seluas laut yang kadangkala tenang
dan kadang bergelora.”
Faez sekadar terangguk-angguk.
Tersengih sedikit.
Sunday, 6 June 2021
RUANG UDARA
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT NERHUJUNG MINGGU...JAGA DIRI NIKMATI SAAT BERBAHAGIA DI RUMAH DEMI AFIAT DIRI..BERLINDUNG DARPADA BAHAYA KOBID DLL
MyBloglist
-
Apa Sebenarnya Squishy? - Pernah tak nampak benda comel berbentuk roti, buah, haiwan atau macam-macam makanan, kemudian bila dipicit dia kemek dan perlahan-lahan kembali kepada ...13 hours ago
-
Parmesan Cheesecake-Pandan by mak' cik - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Masa pergi AEON minggu lepas, ternampak POP Display ni. dalam hati berbisik, produk baharu ke ni? sebab sebelum ni, anies...17 hours ago
-
ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH - Assalamualaikum semua, Pagi tadi aku masuk pejabat lambat, ada temujanji dekat klinik dengan doktor. Jumpa kejap je doktor tanya sikit-sikit dia bagi re...17 hours ago
-
Sudahkah Para Suami dan Bapa Bersedia? - Cuba buka dompet anda sekarang. Kebanyakan daripada kita begitu teliti membawa kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM. Namun, kita sering terlupa m...21 hours ago
-
Trivia Merdeka Perdana Menteri - Assalamualaikum Kali ni kita tenguk Pm kita. Paling terpaling ohsem Tun Mahadhir lah sebab sampai 2 kali jadi PM. Sekarang tunggu Pru yang akan datang si...1 day ago
-
Kenapa macam x dapat komen? - Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?2 days ago
-
Popcorn Experiment Time! - Salam hujung minggu di bulan September semua! 🙋🏻♀️✨ Hangpa pernah cuba masak *popcorn* sendiri dak? Baru-baru ni cheq terpengaruh dengan satu *video* ...2 days ago
-
Buah Perah & Sup Ceker - Bimillahirrahmanirrahim. Semalam selepas gotong-royong bersihkan bilik Wak Niah bersama Wak Aton dan adik Chah, Wak Aton tidur di rumah Bonda. Adik Wi men...3 days ago
-
-
Tidak ada jalan jodoh yang lebih indah atau lebih menyedihkan dari yang lain.Setiap orang hanya sedang berjalan di takdir masing-masing, menuju seseorang yang telah ALLAH pilihkan untukmu. - Pada suatu petang yang teduh, tatkala matahari mulai condong ke ufuk barat dan angin berhembus perlahan menyusuri halaman, duduklah seorang insan sendir...3 days ago
-
Kitab Tamadun Melayu II - Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati. Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini dit...4 days ago
-
Salam Kemerdekaan ke-69 - Terlewat sudahh..tapi nak wish jugak..buat kenangan.. Semoga terus makmur, aman sentosa negaraku tercinta6 days ago
-
Membedah P. Ramlee - Naskhah Pertama Yang Dimiliki - *`Naskhah penulisan mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pertama saya beli` * Buku ini merupakan naskhah pertama tentang P. Ramlee yang saya miliki...1 week ago
-
Resepi sotong kicap berempah - Lama kak ana tak update resepi masakan kat blog. Kesihatan sangat tak mengizinkan, kadang-kadang okay kadang-kadang tak berapa sihat . Faktor usia dengan ...1 week ago
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...2 weeks ago
-
Syukur Alhamdulillah For Everything. - * Syukur Alhamdulillah For Everything.* Dalam posisi apa sahaja, sewajarnya semua hambaNya perlu ingat untuk bersyukur atas semua nikmat selagi ada denyu...2 weeks ago
-
Buah Rambai - Salam bertani Ada sepokok rambai di dusun WP sedang berbuah ranum. Wak simpan sepokok rambai ini supaya dikenali oleh generasi wak seterusnya. Kebanyaka...2 weeks ago
-
RENDANG DAGING KORBAN PULAK - * RENDANG DAGING KORBAN PULAK* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BUKA FREEZER peti ais. Eh ada daging lagi n...3 weeks ago
-
Kata-kata tentang kesihatan mental dan motosikal - Bismillah… Secara rasminya aku dah tak update blog ni lebih dari setahun. Entah ada ke orang baca pun tak tau. Tapi tak apa. I don’t post for likes. I po...3 weeks ago
-
Hiking Bukit Kemensah - Air Terjun Sofea Jane - *Hiking Bukit Kemensah - Air Terjun Sofea Jane.* Hari Sabtu 2 minggu lepas aku dan anak-anak pergi hiking ke Bukit Kemensah, dengan matlamat untuk ke Air T...4 weeks ago
-
Sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura - Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masji...4 weeks ago
-
Alhamdulillah! Blog Vitamin Wawa Kini Mencecah 4.1 Juta View 🎉 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. [image: View blog, www.vitaminwawa.com , vitaminwawa] Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang...1 month ago
-
Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). *Kisah campak belakang pada 23 Ju...1 month ago
-
Writer's Cut Time - Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. ...2 months ago
-
Kisah aku dan dia - Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arw...3 months ago
-
HUAWEI WATCH FIT 5 Series - Huawei introduces an exciting new chapter under its *“Now Is Your Spark” *campaign, spotlighting a trio of innovations designed to elevate everyday experien...3 months ago
-
Big 5 - Assalamualaikum. Alhamdulillah, 24 April hadir lagi. Allah masih memberikan kesihatan untuk menyambut hari lahir yang ke ehem ehem...😆 Apa hobi ibu-ibu?...4 months ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan5 months ago
-
Lapar... - Sungai Kodara... Ketenangan di Gujo yang mendamaikan. Keindahan perkampungan Ogimachi di Shirakawa-go benar-benar memukau. Rasa enggan melangkah pergi. Ti...5 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...1 year ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...3 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...3 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...3 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...4 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...4 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...6 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...7 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...8 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...8 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...9 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...9 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago


