Saturday, 17 October 2020

HAIKU

 ASSALAMUALAIKUM


PIC SIFUTABIR ALAM (C)


HAIKU
Membina puisi
tradisi Jepun
haiku itu
mencabar
Minda gelut fikir
mencari kigo
jangan lupa
kireji
Wajah citra pasti
kata tersirat
baris akhir
selesai
Nampak amat mudah
frasa digabung
tiga baris
sahaja
Penilaian sifu
tidak begitu
kerap gagal
ke laut

Sifu Tabir Alam
membimbing haijin
tanpa jemu
dirasa

Masa yang diambil
terlalu lama
memikirkan
berbulan

Demikian cara
sangat teliti
nukil haiku
kualiti

Puisi nan indah
tidak sebarang
makna kata
rohani

Friday, 16 October 2020

JODOH

 ASSALAMUALAIKUM


JODOH








#1

Cik Siah telah kehilangan suaminya. Sedih sungguh hatinya. Dia meratapi perpisahan dengan suaminya yang telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Cik Siah ini dalam kalangan masyarakat kampong kami orangnya terpandang juga. Lebih berada daripada kami jiran-jirannya. Suami dan bapanya miliki perusahaan yang menguntungkan. Namun Cik Siah ini baik orangnya dan tidak meninggi diri. Beliau sering menyertai apa saja kegiatan kami, jiran-jirannya termasuk mengaji di surau.

            Setelah beberapa bulan kematian suaminya Cik Siah kembali ke surau menghadiri majlis ilmu yang telah agak lama ditinggalkannya. Wajahnya tersenyum selalu melayani perbualan kami jiran-jirannya. Ada  yang bertanya, Cik Siah tak nak ke cari pengganti suamikah. Jawab Cik Siah, dia sudah selesa dengan kesendiriannya. Tidak berhajat lagi nak cari suami baru.

            Tiba-tiba aku mendengar suara berbisik mengatakan Cik Siah telah berkahwin dengan seorang imam kampung sebelah. Cik Siah ini walau sudah bercucu namun wajahnya anggun jelita. Rupa parasnya mempesonakan siapa saja yang memandangnya. Jadi tidaklah menghairankkan jodoh mencarinya.

            Katanya besannya yang menguruskan pernikahannya dengan suami barunya. Sedangkan  dia sebenarnya menerimanya dalam keadaan terpaksa justeru segan hendak menolaknya. Begitulah kalau jodoh sudah tersurat  walau dia tidak inginkannya.

#2

Seorang kawan memberitahuku dia ingin berkahwin dengan seorang gadis di Songkla, Thailand.  Katanya kepadaku bakal isterinya itu sangat cantik dan amat lembut budi bahasanya. Aku hanya mendoakan Allah permudahkan urusan kawanku itu dan hajatnya tertunai.

            Kawanku itu menemuiku sekembalinya dari Thailand. Tapi tidak pula kelihatan sesiapa bersamanya.

“Mana isterinya?”

“Tak jadi nikah!”

“Kenapa?”

“Bila tok kadi jabat tangan aku nak akad, tiba-tiba aku terbayangkan wajah isteri aku. Tak tergamak pula aku nak menduakannya. Terus aku cabut balik sini.” Katanya.

“Oh!”

 Jodoh yang dicarinya kelihatan sangat dekat tapi kawanku itu hindarinya pula,

Aku teringat cerita emakku dipinang seseorang setelah ayahku kembali kepada-Nya.

“Takku lapaq nak menikah aih!”

Heh..heh..


Thursday, 15 October 2020

PISANG TANDUK DESA MELOR..

 ASSALAMUALAIKUM


PI SELALU TERTANYA-TANYA POKOK PISANG APALAH YANG DITANAM ANAK PI TUAN UZAINI NI...HARI BERGANTI PI DAH TAK KISAH LAGI...SEKALI TERJENGOK KAT LUAR RUMAH TERNAMPAK PISANG TU DAH BERBUAH...PISANG TANDUK RUPANYA...TAK LAMA LAGI AKAN MENJADI KEREPEKLAH TU SEBAB ANAK CUCU GEMAR SEKALI MAKAN KEREPEK PISANG TANDUK.



DAN SEDIKIT TANAMAN HIASAN DI RUANGAN YAMG SANGAT MINIMA/SEKANGKANG KERA









Wednesday, 14 October 2020

MENGENANG BUDI

ASSALAMUALAIKUM



MENGENANG BUDI

 

Budi dikenang setulus hati

budaya bangsa warisan lama

merasa syukur Allah rahmati

ukhuwah kasih kekal bersama

 

Terima budi dengan sengaja

akan dirundung rasa terikat

jikalau hendak laksana kerja

berfikir jauh bukannya dekat

 

Orang berbudi kita merasa

tidaklah boleh berlebih kurang

tersilap cara tentunya siksa

diumpat keji tidak sebarang

 

Baiknya budi mulia jasa

dalam kenangan indah tiasa 


Tuesday, 13 October 2020

TRAGEDI OKTOBER

 ASSALAMUALAIKUM


TRAGEDI OKTOBER?

 

Mengenang kembali

nyanyian Awie

seni kata

mendayu

 

Cerita terkini

gelora durja

suka duka

berbeda

 

Keinginan hati

tercapai sudah

namun rusuh

berladung

 

Lantaran kembaran

mengiring pulang

Kluster Sabah

pandemik

 

Semakin menular

wabak bahaya

haru biru

curiga

 

Negeri Selangor

seluruh WP

PKPD

Oktober

 

Bermuhasabah diri

dunia fana

sementara

insaflah

 

Nikmati rahmat-Nya

kesamping loba

kejar mimpi

bayangan

 

Kuasa milik-Nya

insan pilihan

Allah tentu

siapa



PIC GOOGLE IMAGES (C)

Monday, 12 October 2020

BUMI ANBIA

 ASSALAMUALAIKUM





PIC GOOGLE IMAGES (C)


SONETA BUMI ANBIA 

Kuatrin#1

Tanah Palestin di Timur Tengah

negara jiran kiri dan kanan

luas lautan rezeki jengah

 warga bersatu erat jalinan

 

kuatrin #2

Bumi bertuah sarat sejarah

surah Al-Quran tinta catatan

para ambia  berjuang pasrah

agama Allah syiar suratan

 

Kuatrin #3

Israk dan mikraj rasul junjungan

dibawa terbang Buraq bestari

Sidratul-muntaha jauh kunjungan

masjid al-Aqsa kiblat bahari

           

 

Couplet

Warga Palestin insan pilihan

diuji Allah kuat bertahan


Sunday, 11 October 2020

NORMA BAHARU

 ASSALAMUALAIKUM



NORMA BAHARU

 

Sering di ulang dalam bicara

norma baharu gaya terkini

usah dilanggar permudah cara

apa disaran mesti yakini

 

Rakyat jelata akur sahaja

anjuran baik tidak dibantah

patuh segala tidak mendurja

Virus corona semoga betah

 

Akhirnya landai peratus wabak

bersyukut hamba pada Pencipta

dapat kembali rutin ditebak

sayang sekali tidak ternyata

 

Norma baharu tidak dihadam

ada yang engkar kononnya kebal

hamba setia laksana khadam

curiga hati mengeram sebal             


Saturday, 10 October 2020

OBJEK DI SUNGAI KIJANG

ASSALAMUALAIKUM


 Alhamdulillah selamat kepenerimaan kakpidah antologi Objek di Sungai Kijang kiriman cikgu

Hamidi Md Yudin

selaku penyelenggara dan penerbit...terima kasih banyak cikgu.

Antologi sastera kanak-kanak grup MMSK@FACEBOOK ini nukilan karya gandingan penulis-penulis yang menyertakan cerpen dan puisi kanak-kanak. Terima kasih cikgu sudi menerbitkan dua buah puisi kakpidah iaitu GURINDAM ANDAI MENDENGAR dan SYAIR BUDI BAHASA. Sekiranya ingin milikinya sebagai tambahan bacaan keluarga sila hubungi penerbitnya. Harganya sederhana saja dan mampu milik,




MyBloglist