Sunday, 25 August 2019

GURINDAM GEMAR DEWAN BUDAYA

ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BLOGGERS DAN VIEWERS YANG DIKASIHI.

ALHAMDULILLAH KARYA PI GURINDAM GEMAR DIPILIH EDITOR DEWAN BUDAYA UNTUK DISIARKAN DALAM MAJALAH ITU EDISI SEPTEMBER 019....TERIMA KASIH BANYAK ATAS KESUDIAN EDITOR MENERBITKAN KARYA PI YANG SEADANYA....SEKARANG SUDAH ADA DI PASARAN...BOLEHLAH DAPATKANNYA UNTUK MEMBACA CATATAN ILMIAH TENTANG BUDAYA DAN PELBAGAI INTIPATINYA YANG TERBAIK SEBAGAI SANTAPAN MINDA.



Saturday, 24 August 2019

Petrosains RBTX Challenge 2019 - Grand Finals

ASSALAMUALAIKUM

AQIL HARRIS CUCU PI DAN TIM SEK INTAN BAIDURI TELAH BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR ROBOTIC RACER HARI INI... ANTARA 30 TIM PERINGKAT JUNIOR SEKOLAH SELURUH MALAYSIA DIDOAKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG DIHARAPKAN....KALAU NAK TENGUK ACARA NI BOLEH JE...FB PETROSAINS SIARKAN VIDEO LIVE.


Friday, 23 August 2019

SAMBAL TOTOK..

ASSALAMUALAIKUM

pic google (c)

CORETAN PAK ENGKU
Dari Dapur Selera Pak Engku
Aku ni memang orang kampung totok. Selera makan pun ikut selera orang kampung. Satu tabiat aku kalau aku teringin nak makan sesuatu, masakan kampung, aku suka buat sendiri. Aku tak mahu orang lain buat. Orang lain buat memang tak sama rasanya. Aku masak ikut stail arwah emak aku. Aku belajar masak ngan emak aku waktu aku bujang dulu.
Minggu lepas aku teringin nak mkan sambal gesek. Atau ada orang kampung aku panggil sambal jolok. Mudah je nak buatnya. Ambil 15 ke 20 biji cili, segenggam ikan bilis jenis yang lembut. Yang dah siap berkopek. Harga mahal sikit tak apa. Limau kasturi 7 ke 8 biji. Basuh cili api, ikan bilis dan limau bersih-bersih. Tumbuk cili api lumat-lumat. Kemudian masukkan ikan bilis. Terus tumbuk hingga cili api dan ikan bilis biar jadi sebati. Tak perlu dilumatkan ikan bilis tu. Lepas tu perah asam limau kasturi. Kemudian masukkan air asam limau kesturi tadi ke dalam sambal yg telah bercampur dengan ikan bilis tadi. Gaulkan. Dah siap.
Hari ini pula aku teringin nak makan anyang. Anyang tauge. Ini juga makanan kegemaran aku sejak kecil. Kalau kat kampung dulu-dulu selain anyang tauge emak juga selalu buatkan anyang pucuk paku. Nak buat anyang ni sama ada anyang tauge atau anyang pucuk paku memang mudah. Macam aku buat anyang tauge tengah hari tadi le.
Bahannya: Tauge, limau kesturi, udang kering, kerisik, lada hitam, bunga kantan, bawang kecil dan sedikit cili api. Aku tak tahu berapa banyak taugenya. Tadi aku beli tauge RM 1.50. Limau kesturi 10 biji, udang kering 2 sudu besar, kerisik satu senduk kecik atau lebih sedikit tak apa. Sedap. Lada hitam 15 ke 20 butir. Kalau malas nak tumbuk untuk hancurkan beli saja serbuk lada hitam. Beres. Bunga kantan sekuntum. Cili api 5 – 6 biji. Bawang kecil 5 – 6 ulas. Sedikit garam halus.
Cara membuatnya:
1. Basuh tauge dan celur dalam air panas. Sebaik layu angkat dan tuskan airnya. Kemudian letakkan dalam pinggan atau mangkuk yang sesuai.
2. Goreng setengah biji kelapa parut hingga garing. Kemudian tumbuk atau di’blender’ untuk jadikan kerisik.
3. Basuh udang kering kemudian tumbuk hingga lumat. Asingkan.
4. Basuh lada hitam dan tumbuk hingga lumat. Asingkan. Kalau malas gunakan saja serbuk lada hitam yang telah siap yang ada dujual di kedai.
5. Basuh limau kesturi dan perah airnya. Asingkan dalam bekas. Ambil 3-4 biji kulit limau kesturi yang telah diperah airnya tadi dan dimayang halus. Asingkan.
6. Bawang kecil dimayang halus.
7. Basuh bunga kantan kemudian dimayang halus. Asingkan.
8. Tumbuk cili api hingga lumat dan asingkan.
9. Semua bahan-bahan yang ditumbuk dan dimayang serta kerisik digaulkan biar serata. Kemudian masukkan air perahan limau kesturi.
10. Akhir sekali bubuh garam seukupnya dan gaul sama rata.
Dah siap untuk dimakan.
Selain dimakan bersama nasi, anyang ini juga sedap dimakan dengan pisang goreng utk minum petang. Kena pula dengan segelas kopi o kaw. Perghhhh.. terangkat. Cubalah siapa yang nak cuba dan tak pernah memakannya. Inilah makan kegemaran aku yang aku makan tengah hari tadi dan disambung pula makan malam baru sebentar tadi.
Untuk masakan tengah hari esok ialah Ikan Baung Masak Lomak Cili Api. Masakan orang Nogoghi Semilan. Siapa yang berminat tunggukan resepinya esok. Hehehe

Thursday, 22 August 2019

KURA-KURA TERBANG TERLUPA PESANAN

ASSALAMUALAIKUM


Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak

KURA-KURA TERBANG TERLUPA PESANAN

Maka tersebutlah kisah di dalam sebuah desa yang semakin kering-kontang kerana dilanda musim kemarau yang panjang. Langitnya kelabu berjerebu kerana ada hutan-hutannya yang telah terbakar.  Sungai dan tasik semakin kering airnya. Tanah sawah yang selama ini digunakan petani untuk menanam padi telah mula merekah. Cuaca di siang hari terasa sangat panas berbahang.
Penghuni desa itu mengambil keputusan untuk berpindah dari situ. Meninggalkan desa itu dengan membawa bersama semua barang-barang mereka dan juga binatang ternakan mereka. Mereka amat bersedih kerana terpaksa meninggalkan desa yang telah lama dihuni selama ini.
Namun tindakan itu terpaksa diambil demi keselamatan dan meneruskan kehidupan  di tempat yang lebih baik keadaan cuacanya. Setelah semua penghuninya berpindah, sepi sekali desa itu. Kelihatan seekor kura-kura merangkak perlahan. Menjengulkan dirinya daripada rimbunan semak-samun yang bergerigis rantingnya lantaran daun-daunnya telah gugur.  
Kura-kura berasa hairan kerana mendapati desa itu amat sunyi keadaannya. Tidak kelihatan  sesiapa pun berada di situ.
“Kemana agaknya mereka semua pergi?” rungutnya.  Kura-kura tidak menyedari bahawa semua penghuni desa itu semuanya telah berpindah kerana dia tertidur ketika itu. Keadaan dirinya pun tidak berapa sihat.
Dia bersedih, memikirkan nasib dirinya kini tinggal sendirian di sini. Bimbang pula akan keadaan kemarau akan berterusan dan akan memberi akibat buruk kepada dirinya. 
“Aku hendak berjalan jauh pun tidak berdaya, bagaimanalah aku hendak berpindah meninggalkan desa ini. Agaknya aku akan mati di sini.” “Kura-kura merintih sedih mengenangkan  nasib dirinya.
Tiba-tiba hinggap dua ekor angsa putih di atas batang kayu berdekatan dengannya. Entah dari mana angsa-angsa itu terbang, tidaklah diketahuinya. Gembira sedikit hatinya kerana telah ada kawan untuk saling berkata-kata.
“Kamu tidak ikut orang-orang desa ini berpindahkah Kura-kura? Tadi sewaktu kami berdua terbang melintasi ruang sini, kami melihat gerombolan orang-orang desa bersama keluarga dan ternakan mereka meneruskan perjalanan ke suatu tempat.” Pertanyaan dua ekor angsa putih itu telah menjelaskan kepadanya akan sebab keadaan sepi desa ini. 
“Aku pun memang hendak ikut orang-orang desa ini berpindah tapi apalah dayaku. Aku tidak larat hendak berjalan jauh..Sudah berapa hari aku demam. .Mungkin badanku tidak tahan kepanasan melampau. Air di sungai dan tasik telah kering, jadi tidak dapatlah aku berendam untuk menyejukkan badanku.”
“Oh begitukah! Kasihan kami mendengar cerita kamu ini. Alangkah baiknya kalau kami dapat membawa kamu keluar dari desa yang mulai kering-kontang akibat kemarau ini. Kami memang ingin menolong kamu!” Angsa putih itu saling berpandangan sesama mereka.
“Tidak mengapalah  wahai angsa berdua. Niat baik kamu amat aku hargai. Kamu berdua begitu prihatin dengan nasib diriku. Aku reda saja dengan takkdirku. Apa-apa saja yang berlaku ke atas diriku akan kuterima.” Kedua-dua ekor angsa putih itu merasa belas mendengar kata kura-kura.
“Biar kami berdua berfikir dulu bagaimana caranya untuk membawa kamu keluar daripada sini. Kami tidak sampai hati hendak meninggalkan kamu sendirian di sini.”  Kedua-dua ekor angsa itu berjalan beriringan meninggalkan kura-kura sendirian sebentar.
“Apa fikiran kau Angsa Besar?” Tanya angsa yang berbadan  kecil sedikit kepada angsa yang yang lebih besar daripada dirinya.
“Aku pun buntu memikirkan cara bagaimana kita hendak menolong kura-kura itu,” sahut  Angsa Besar.
“Kalau kita tak tolong dia, siapa lagi? Tentu dia akan mati kerana di sini sudah tidak ada apa yang boleh dimakan atau diminum. Kasihan dia!” balas Angsa Kecil 
Mereka termenung sambil berfikir lagi. Angsa Kecil memandang sekitarnya yang dipenuhi dengan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang patah dan bersepahan di tanah.
“Aku rasa aku sudah mendapat ilham!” beritahu Angsa Kecil kepada Angsa Besar dengan teruja. Wajahnya kelihatan berseri.
“Oh…iakah! Cepatlah beritahu. Semoga cepat kita dapat selesaikan masalah kura-kura itu.”  Angsa Kecil meninggalkan Angsa Besar menuju pohon jambu yang dilihatnya banyak dahannya yang telah patah. Dia mengambil dahannya yang kecil dengan mulutnya lalu membawa kepada Angsa Besar.
Angsa Besar masih tidak faham apakah maksud Angsa Kecil dengan dahan kayu  jambu yang dibawa kepadanya.
“Nak dibuat apa dengan kayu ini?” Tanya Angsa Besar agak keliru.
“Dahan jambu ini kuat. Tidak mudah patah. Dan mampu menahan beban yang berat..” kata Angsa Kecil kepada Angsa Besar. 
“Ya. Aku mulai faham maksud kau Angsa Kecil!. Kau mahu kita menerbangkan kura-kura itu. Dan membawanya keluar dari sini dengan menggunakan kayu jambu ini.”
“Apakah kamu bersetuju dengan cara begitu, Angsa Besar? Aku pun sudah tidak tahu hendak fikirkan cara lain lagi untuk menolong kura-kura itu..”
“Aku setuju..Lagipun kura-kura itu tidaklah besar. Kita berdua mampu menerbangkannya menggunakan dahan kayu jambu ini.  Ayuh kita beritahu kepada kura-kura rancangan kita. Aku harap dia juga akan menyetujuinya.”
Kedua-dua ekor angsa putih itu berjalan bersama menuju ke tempat kura-kura sambil membawa kayu dahan jambu  dengan mulut mereka. Kura-kura kehairanan akan perbuatan kedua-dua ekor angsa itu.
“Kami  sudah mendapat cara untuk mengeluarkan kamu dari sini. “
“Bagaimanakah caranya?” Tanya Kura-kura  ingin mengetahuinya.
“Kami akan menerbangkan kamu dengan menggunakan dahan kayu jambu ini.”
“Aku masih tidak faham.” Sahut Kura-kura kebingungan.
“Mudah saja!  Kamu gunakan mulut kamu untuk memegang kayu ini. Dan kami berdua akan berada di sebelah kiri dan kanan kamu untuk memegang kayu dengan paruh kami dan menerbangkan kamu.” Angsa Kecil menjelaskan perkara itu.
“Oh. Aku mulai faham! ” Harapannya untuk menyelamatkan dirinya daripada bencana kemarau semakin cerah.
“Terima kasih kerana kamu berdua mahu menolong aku dengan menerbangkan aku keluar dari desa ini. Kamu berdua memang sangat baik hati.”
“Tapi sebelum kami bawa kamu terbang, kamu dengarlah dulu pesanan kami. Demi untuk keselematan kamu juga.” Angsa Besar berkata perlahan.
“Apa pesanan itu?”
“Sepanjang masa kami membawa kamu terbang, walau apa terjadi sekalipun janganlah kamu membuka mulut kamu.”
“Mudah saja pesanan itu, boleh kulakukannya.” balas Kura-kura dengan yakin..
“Baik. Sekarang kamu bersedialah berada di antara kami untuk memegang  kayu ini. Bolehlah kita bersama terbang meninggalkan desa ini.” Angsa Besar memberi arahan kepada kura-kura.
Angsa Besar dan Angsa Kecil membawa kura-kura terbang melintasi sebuah perkampungan. Orang-orang di kampung itu melihatnya dengan takjub  kerana dua ekor angsa membawa kura-kura terbang bersamanya. Mereka bersorak-sorak. Kura-kura terleka dan merasa bangga dirinya menjadi perhatian orang ramai. Dan dia ingin berkata sesuattu kepada angsa putih di kirinya.

Sebaik terbuka saja mulutnya maka melayanglah ia jatuh ke bawah. Dan kedua-dua angsa putih itu meneruskan penerbangan mereka ke destinasi tanpa menyedari bahawa kura-kura telah terjatuh.

Wednesday, 21 August 2019

JALUR GEMILANG

ASSALAMUALAIKUM

JALUR GEMILANG

Megah asa nusa
maruah bangsa
tegar teguh
MERDEKA


Tuesday, 20 August 2019

GAGAL...

ASSALAMUALAIKUM


GURINDAM GAGAL

Andainya gagal apa dirancang,
kaji selidik segera bincang.

Andainya gagal ujian pertama,
rujukan ilmi biarlah lama.

Andainya gagal dalam perkahwinan,
suratan takdir lerai bebanan.

Andainya gagal dalam percintaan,
hati kecewa lumrah perasaan.

Andainya gagal difikir selalu,
tiada jaya melintas lalu.

Andainya gagal beramal soleh
murabbi benar segera pilih

Andainya gagal mendidik laku
gejala keji  mudah berlaku

Andainya gagal berkali-kali
salah dan  silap wajar sesali.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9/05/019 

Monday, 19 August 2019

SRIKANDI MELAKA

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT BLOGGERS N VIEWERS KARYAKU, MALAM INI ISNIN JAM 9.30 MALAM JANGAN LUPA DENGAR SIARAN RADIO KLASIK YA....ALHAMDULILLAH KARYA PI SRIKANDI MELAKA AKAN DISIARKAN PENERBITNYA.

TERIMA KASIH BANYAK PENERBITNYA PUAN ZURAIDA MOHD NOR ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI UNTUK SIARAN SLOT PURBAWARA RADIO KLASIK.

                                                            PIC GOOGLE (C)

RANCANGAN: PANGGUNG DI KLASIK
PENERBIT:        ZURAIDAH MOHD NOR.
TAJUK:               SRIKANDI  MELAKA.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          PARIDAH ISHAK,

DESA MELOR,
48200 SERENDAH
SELANGOR DE
K/P:                     
HP/ E-MEL:        HP ........... EMEL paridahishak@gmail.com
AKAUN BANK:        

                           

PELAKON:        1. .…………………….....…........ sebagai TUN FATIMAH.
                            2. .………………………............. sebagai LELASARI.
                            3. ………………………….......... sebagai SULTAN.
                            4. ………………………….......... sebagai TUN BUSU.
                             5....................................................sebagai L.KHOJA   HASAN.                          
                           

EFEK:                 1. SUARA PERGADUHAN.
2. SUARA ORANG RIUH-RENDAH.

SINOPSIS:             
Ayahanda Tun Fatimah, bendahara Melaka, suaminya dan keluarga dititah bunuh oleh Sultan Melaka kerana dipercayai merancang merampas kuasa mentadbir negeri. Tun Fatimah amat bersedih kerana merasakan sultan bertindak tanpa menyiasat kebenarannya terlebih  dahulu. Lelasari sahabatnya cuba menaikkan semangatnya yang merudum dengan menasihatkannya agar menyiasat gara-gara siapakah yang menabur fitnah yang menyebabkan kejadian itu.. Tun Busu, sepupu mereka dan seperguruan dalam persilatan turut membantu.  Sultan memaksa Tun Fatimah menjadi isterinya. Pada mulanya Tun Fatimah enggan. Akhirnya Tun Fatimah  bersetuju setelah dipujuk Lelasari dan Tun Busu yang menerangkan rancangan mereka untuk membongkar rahsia pembunuhan bendahara dan keluarganya. Tentulah lebih mudah mereka melaksanakan siasatan mereka sekiranya Tun Fatimah berada dalam istana dan berdampingan dengan sultan.  Hasil siasatan mereka mengetahui, hukuman yang dikenakan sultan ke atas bendahara adalah kerana sultan percaya pendustaan Raja Mandaliar dan laksamana Khoja Hasan. RajaMandaliar dan laksamana Khoja Hasan menerima hukuman setimpal dijatuhkan sultan.

Sunday, 18 August 2019

SAYEMBARA MENULIS CERPEN YADIM...

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA YANG BERMINAT JOM SERTAINYA....HADIAHNYA LUMAYAN JUGA...MESTI BERANI MENCUBA...KALAU TAK CUBA MANA NAK TAHU AKAN HASILNYA KAN!


MyBloglist