Saturday, 11 June 2016

IKAN BAWAL TIGA RASA ALA THAI...

ASSAALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....SELAMAT BERPUASA DAN MELAKUKAN IBADAH LAIN YANG BESAR GANJARAN PAHALA SEPERTI JANJI-NYA...LETIH?...LETIH SEDIKIT TIDAK MENGAPA...PASTI TERAMAT GEMBIRA PABILA TIBA WAKTU BERBUKA....DAH RANCANG APA YANG NAK DISEDIAKAN WAKTU BERBUKA NANTI....JOM CUBA RESEPI INI....

IKAN BAWAL TIGA RASA ALA THAI

1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 tangkai cili padi ~ di ketuk Ita lebihkan sebab suka pedas
3 sudu besar sos cili Thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris perasan jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa
.
Bahan Hiasan:
1/2 biji bawang besar ~ di dadu
1 inc halia ~ di hiris halus
1 tangkai cili merah ~ diris
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
Nenas ~ di potong dadu
Tomato ~ di belah 4
Timun ~ belah 4 dan potong 1 cm
Capsicum ~ potong kecil
Daun limau purut ~ di siat buang tangkai tengah
.
Cara-Cara Penyediaan:
Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng secara terendam hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi
Kemudian masukkan bahan-bahan sos.
Jika pekat tambahkan air, masak hingga merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan bahan hiasan satu persatu
Masak sebentar, bila kuah dan pekat sedikit matikan api
Tuangkan atau curahkan kuah di atas ikan yang telah di goreng tadi
.
Sapa dah buat share2 la dengan admin

SUMBER LIKE PAGE  ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN

Friday, 10 June 2016

KISAH RAMADAN KE 4..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA..

9 jun = 4 ramadhan

hari yg sangat panjang (dan rasa macam aku dlm roller coaster).
pagi: drive p opis yg aku rasa 'melayang' otak. dgn rasa sakit kepala berdenyutnya. pukoi 9.30 pagi, aku rasa sakit kepala tahap mcm semua benda keliling aku berpusing n rasa nk muntah. ok, p lena dlm surau. jam 11pagi, terjaga teroih teringat ada discussion dgn officer jab landskap. pi laa dlm weng2 tu siap tonyoh balm, aromatherapy cap lombok. tak taula shaq bau apa kt aku masa discussion.
settle bab tu, p sambung buat keja opis. sbb nak kena submit kat shaq ptg tu jgk2.

4.30ptg teros p scan. blk awai sbb nak p masjid - ada tahlil. singgah beli sayuq ngan udang. otw ke hway, member aku call. bgtau anak dia tertinggai kat rnr juru arah utara. dgn hp dia problem, aku x dgq apa dia dok ckp tu, aku dpt tangkap point utama- hg p sat tgk anak aku. hoiiii, menggelabah x tau nk hbq. walaupun bkn anak aku. mak nya gheyau dah. mujuq laa aku x masuk hway lagi. so p rnr. aku sampai, ada keta polis kluaq dr parking. dlm dok cari bdk ni, satu bangla mai tanya, kakak cari apa? bila hbq cari bdk ppuan, umoq 6 tahun.. dia kata - owh.. itu polis sudah bawak pi. saya call polis sbb budak tu nanges kuat. sebaik jumpa kat org yg baik. anak member aku pun cerdik. siap hbq nama, dok mana, tadika apa ngan nama tokwan pun dia hbq. polis bwk p balai bkt tengah. aku punya panik sampai tak bleh igt tang mana balai tu. padahai, lalu hari-hari!! aku bleh suruh member aku google. huhu. sorry.

ok, settle kes tu, aku sampai rumah koi 6.20 ptg. pi masjid ngan mak. lps buka posa, solat magrib n isyak ada baca yassin. sakan btoi naqib yassin td, punya laju dia baca. jenuh curi napas aih.lps terawih ( 8 rakaat ja aku ) plan nya nak p mkn kerang ngan member2. tp dah mak x mau ikut, pastu kawan mak nk tumpang blk, aku nk kena hntq depa dulu la. pi kat keta, tadaaaaaaa! lampu tak off. keta tak bleh start. sebaik ada Ameera Nadia Shafiee, tolong pi hntq mak2 ni dulu, pastu mmg rezeki aku laa, kedai pomen kat dpn rumah kawan mak ni buka lg. pendekkan ceta, adik2 pomen telah menolong kakak yg xda jumper nih. maka dekat pukoi 11 baru la p mkn kerang & belangkas dgn gigih sbb kedai dok kat sempadan penang-perak. sekian laa ceta aku.
jgn la hendaknya, dok mai tanya bab member yg tertinggai anak tu sbb dia x tau yg anak dia kluaq drpd keta. tak dak mak nak lalai bila mcm2 kes dah jadi. tp kali ni Allah bg ujian kat dia. selamat semua dah pun.
Semoga boleh bangun soq satgi. bai

*tapi dalam pada aku kalut dok p tanya org nak pinjam jumper (tanya kat org yg nak blk drpd masjid ) ada jugakkkk sorang pakcik ni - kenai drpd aku sekolah rendah tanya soklan cepuput - hang kawen dak lagi?? bila jwp dak lagi. dia sambung plak- awat tak kawen? allahurabbi. mujuq bulan posa pakcik. kalo dak mesti pakcik menyesai tanya soklan tu

ps...TULISAN NI PI KONGSI DARIPADA WALL FB ROHANA KASIM ...TANPA EDITING...KALAU TIDAK SILAP BELIAU ADALAH PENSYARAH UITM PERAK.

Thursday, 9 June 2016

MOHON BERBANYAK MAAF...

ASSALAMUALAIKUM…

Sambung entry semalam ya…

Justeru ketiadaan air di rumah disebabkan meternya dikunci pihak JBA Pahang terpaksa PI dan anak-anak menyewa chalet di Chendering Terengganu selama dua hari. Bukan main jauh lagi tu heh..heh…dalam dua jam perjalanan juga melalui lebuh raya pantai timur yang baru dibuka. Hangus duit yang disimpan untuk bajet puasa dan raya. Sudah demikian ketentuan-Nya, redha saja. Jikalau tidak kerana cerita meter air yang dikunci itu tentu PI akan sentiasa menangguhkan hasrat menziarahi keluarga anak menantu di sini kerana keuzuran diri.

Memang suka berada di Chendering yang amat indah pemandangan pantai lautnya yang juga dikenali sebagai Bandar diraja Terengganu. Dapat menyusuri jalan-jalan sekitar beberapa istana Sultan Terengganu yang kebanyakannya didiri tersergam indah berhampiran pantai. Chendering juga ada pelabuhan perikanannya sendiri. Sempat juga ke sana melihat kapal besar, bot-bot dan sampan-sampan kecil yang melakukan aktiviti menangkap ikan di laut.

Bulan April, Mei hingga June begitu sinonim sekali dengan acara mencadat sotong di perairan laut Terengganu. Rupanya aktiviti mencadat sotong ini perlu menaiki bot besar yang khusus dan banyak sekali lampu yang dipasang atas bawah kiri kanan bot tersebut. Menurut anak menantu PI, itu adalah cara menarik sotong menghampiri bot dan mudah mencadatnya. Sotong yang dicandat biasanya besar hingga ada yang seberat 10 kg. dan harganya 20 RM sekg. Kalau seekor 10 kg siaplah 200RM membayar harganya jika teringin membelinya.

Anak menantu PI beli juga sotong yang dicandat ini 10 kg. tapi bukan seekor tapi berpuluh ekor untuk dibawa pulang ke Selayang dengan kotak ikan yang dilapisi ketulan ais. Sambil tu borong juga berjenis-jenis kuih dan keropok lekor yang dijual dengan harga yang amat berpatutan dan enak rasanya buat bekalan pulang.
Tanpa diduga PI dan anak cucu dapat menyambut tibanya Ramadan mulia di Chendering pada tahun ini. Langsung tidak terlintas di fikiran pun rencananya.

Setelah dua malam bermalam di Qurata resort kami pun berangkut barang ke kereta pada paginya untuk bertolak pulang ke Pahang. Dengan hajat menyelesaikan urusan di JBA Maran. Maran adalah Bandar kecil yang menempatkan pejabat pejabat pentadbiran yang pelbagai untuk memudahkan masyarakat setempat mengendalikan urusan bersangkutan. Pendekata Bandar Maran penghuninya kebanyakannya adalah kaki tangan awam. Dan penduduk kampong sekitarnya tidaklah terlalu ramai. Dulu PI juga bersekolah menengah di sini.

Sampai di JBA Maran barulah tau sebab sebenar kenapa meter air dikunci. Kononnya pihak mereka tidak tahu bahawa bayaran bil telah dijelaskan secara online dan tidak mengupdate ke dalam akaun tersebut. Boleh jadi begitu pula. Denda untuk membuka meter yang dikunci perlu dijelaskan juga. SOP untuk membuka kunci ditetapkan dalam tiga hari. 
Menunggulah kami sekeluarga dengan sabar hingga keesokan paginya di rumah dengan harapan bekalan air segera tiba. Tapi masih tiada. Setelah beberapa kali panggilan dibuat menceritakan hal kemusykilannya dengan nada yang tidak berapa manis akhirnya tibalah teknisyen yang memegang kunci meter tersebut lalu segera membukanya. 

Kesulitan tanpa air menyebabkan ramai yang tidak rasional dan sukar mengawal kemarahan. Apalagi keperluan terhadap air di bulan Ramadan begitu mendesak. Tak kiralah di bulan lain pun sama juga.

PI dan keluarga meminta maaf kepada JBA Maran di atas kesulitan yang timbul melibatkan kami. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi dan akan membayar bil air secara manual saja agar terhindar masalah sebegini.

KENALI PENYAKIT MELALUI JARI...

ASSALAMUALAIKUM...

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang




Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..


Sumber facebook

Wednesday, 8 June 2016

JBA KUNCI METER AIR..

ASSALAMUALAIKUM…

Sebelum Ramadan baru ni PI dan anak cucu bercadang pulang kampong di UJ Pahang untuk menyambut puasa bersama mak, adik-adik dan anak-anak saudara di sana. Bertolak pada petang Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 10 malam. Jauh juga perjalanannya dari Selayang ke UJ kampong PI tu kan.

Sampai saja di rumah keperluan yang paling penting selain menghidupkan bekalan eletrik tentulah membuka meter air yang ditutup kerana mengelakan pembanziran air yang mengalir walau tak digunakan. Sekali terkejut sungguh bila dapati meter air telah dikunci pihak JBA Pahang. Apa pula masalahnya? Bil air sudah dijelaskan secara online. Bukannya jumlah ribu riban pun. PI pun hanya pulang ke kampong sebulan sekali membersihkan rumah, kawasannya dan semua urusan bersangkutan sebagai pemastautin felda tapi bil air yang diterima boleh tahan tingginya. Selalunya PI akan kumpulkan nilainya tidak melebihi 100 RM sebelum menjelaskannya.

Pic google image

Pabila tiada air amatlah menyusahkan sekali terutama bagi OKU seperti PI. Kalau ada air yang boleh dibuka daripada saluran paip tentu memudahkan PI, mandi, bersuci, berwuduk tanpa menyusahkan sesiapa dan begitu juga cucu-cucu PI yang ramai dan masih kecil yang sentiasa perlukan air untuk pembersihan diri dan segalanya.

Tapi itulah yang terjadi. Keceriaan untuk bercuti di kampong halaman bertukar sebaliknya. Mulanya anak/menantu bercadang menyewa homestay sekitar sini saja tapi rencana bertukar pula. Lebih jauh pula langkahnya. Lagipun hendak menyelesaikan urusan kunci meter air dengan JBA di Maran tidak dapat dilakukan segera kerana hari Sabtu cuti resmi Yang Di Pertuan Agong sementara hari Ahad pula cuti umum. Hish dua hari tanpa air tidak jadi manusia jawabnya.

Keputusan dibuat sudah alang-alang bercuti teruskan sajalah percutiannya ke tempat yang lebih menyelesakan. Di samping berharap dalam perjalanan pulang nanti urusan dengan JBA mampu diselesaikan. PI dan anak cucu bertolak ke Chendering Terengganu iaitu kampong menantu PI. Sudah lama juga PI tidak ke sini. Kali terakhir sewaktu anak sulung PI menjalani KPLI di sebuah maktab perguruan di Kuala Terengganu. Bertemu jodoh pula dengan orang Terengganu. Jadi berpeluanglah PI selalu ke Terengganu untuk menikmati keindahan pantainya dan sosio budaya Melayu Terengganu yang unik dan amat berbeza dengan negeri lain
.
Sampai di Chendering hampir jam dua petang. Ronda-ronda dulu sekitar pantai Chendering, Kuala Ibai, Pantai Batu Buruk dll tempat menarik sekitar situ sebelum check in ke Qurata resort.

Sambung kisahnya di entry seterusnya. 

MARHABAN YA SHAHR RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM....

APA KHABAR SEMUA RAKAN-RAKAN, ADIK-ADIK, ANAK-ANAK  BLOGGERS DAN VIEWERS YANG RAJIN JUGA JENGUK INTAI BLOG PI YANG SUAM-SUAM KUKU NI....SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK....MAAF ZAHIR BATIN....SUDAH MASUK RAMADAN KETIGA HARI NI....SEMOGA SEMUANYA SIHAT WALAFIAT DAN DAPAT MENJALANI IBADAH BERPUASA DAN LAIN-LAIN AMALAN YANG MEMBERI GANJARAN PAHALA BERGANDA DI BULAN RAMADAN MULIA SEPERTI JANJI-NYA....LAMA JUGA PI TAK BERSIARAN YA...ADALAH SEBABNYA TU...NANTI PI CERITAKAN DALAM N3 BERIKUTNYA




Grafik Anna Din.

Friday, 3 June 2016

GERIK RIMBA WARISAN..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...

Pic google image


GERIK RIMBA WARISAN


Tun Saban anakanda Tun Perak

Dari Melaka hijrah ke Belom menerokainya

rimba  Gerik warisan jutaan tahun

Menyimpan khazanah rahsia alam

Gerik hijau tebal hutan keliling

Gunung-ganang memasakinya

bersempadan tanah Siam

Raja Reman melanggarnya 1902

Justeru dekan giat menggerit-gerit

lalu dinamakan Gerik

1908 takdir berubah

Berpulang jajahan kepada Perak

Andai dulu di sinilah

gerombolan komunis melancar gara-gara

Bersarang mengatur rencana pemberontakan

Namun damai

dengan perjanjian Baling.

Baling dan Gerik bersebelahan

Daerah kejiranan

Alam semulajadi Gerik indah permai

menongkah masa membangun maju

Paridah Ishak

Selayang Utama

3 Jun 2016

Thursday, 2 June 2016

SONETA RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM..

.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru betul-betul diajar
Bagai bunga kembang mewangi.

Selepas tamat berguru dengan sifu Tabir Alam inilah hasil
Soneta #1 saya. Semoga ianya menepati ciri-ciri Soneta
seperti apa yang sifu Tabir Alam telah terapkan dalam
pengajarannya. Kawan-kawan yang lain, jom kita bersoneta.
Praktikkan apa yang kita telah pelajari. Kepada sifu Tabir Alam
jikalau ada apa-apa kekurangan atau kesilapan silalah berikan
komen. Saya amat menghargainya. Terima kasih.

Soneta #1.
RAMADAN
Sinar Ramadan menjelma lagi
Bulan yang penuh dengan barokah
Ia ibarat mentari pagi
Membawa sinar teramat indah.

Andainya solat hanya untukku
Khusus untuk-Nya daku puasa
Ia pembersih jiwa yang beku
Itulah rahmat Allah Yang Esa.

Apa pun jua amal ibadah
Berserta ikhlas daku lakukan
Bila bersujud atas sejadah
Kasihnya Allah yang kuharapkan.

Hadir Ramadan adalah pasti
Ke akhir hayat tetap kunanti.
Pak Engku
Senawang. Seremban.
31.05.2016

MyBloglist