Wednesday, 19 March 2014

SEGARKAN JIWA DENGAN AURA BUNGA-BUNGA...

ASSALAMUALAIKUM....

BAGAIMANA HENDAK MENYEGARKAN JIWA DENGAN AURA BUNGA-BUNGA YA?
APAKAH DENGAN MEMANDANG KEINDAHANNYA? ATAU MENGHIDU KEHARUMANNYA?

KEDUA-DUANYA PUN BOLEH DILAKUKAN ASALKAN KITA SUKA DAN SELESA.

TAPI APAKATA KALAU KITA TENGGELAMKAN DIRI KITA DALAM KEHARUMAN DAN KEINDAHANNYA DENGAN CARA MANDI BUNGA.

TIDAK PERLU HENDAK BERJAMPI MEMBACA MENTERA BERIA SEPERTI YANG DILAKUKAN BOMOH-BOMOH, CUMA PERLU DAPATKAN BUNGA-BUNGA BERWARNA-WARNI DAN HARUM..BIASANYA 7 JENIS, LEBIH PUN TAK MENGAPA, DICAMPUR BEBERAPA HIRIS LIMAU NIPIS BERSERTA BEBERAPA HELAI DAUN PANDAN YANG DIRENDAM DI DALAM SEBALDI AIR.

PIC GOOGLE

 SELAWAT NABI SEBELUM MULA MANDI. IN SYA ALLAH WAJAH PASTI BERSERI SEPERTI SEORANG PUTERI...KENA CUBA TU...TAK CUBA TENTU TAK TAHU.

Semua pic Salloma Nursery.

Tuesday, 18 March 2014

ULAM-ULAM BUAH-BUAH HUTAN...

ASSALAMUALAIKUM...

BUAH-BUAHAN HUTAN YANG DIJADIKAN ULAM MENCICAH SAMBAL MEMBUKA SELERA BIASANYA TIDAK DITANAM TAPI TUMBUH SECARA SEMULAJADI DI PINGGIR KAMPUNG TRADISI  DI DALAM DUSUN-DUSUN ATAU DI DALAM HUTAN.

UNTUK MENDAPATKANNYA BUKAN SENANG PULA. TERPAKSA MEREDAH SEMAK SAMUN, HUTAN KEMUDIAN MENGAITNYA ATAUPUN MEMANJATNYA. BERISIKO JUGA KERJA TU. DIBUATNYA TERJATUH TIKA MEMANJAT POKOK-POKOK ULAM PETAI, KERDAS ATAU JERING TAK KE NAYA TERCEDERA MENANGGUNG KESAKITAN...

PABILA SAMPAI KE TANGAN KITA HARGANYA BUKAN MAIN MAHAL LAGI WALAU YANG MENDAPATKANNYA DARIPADA SUMBER .ALAM YANG PERCUMA. TAPI SEBELUM SAMPAI KE TANGAN KITA TELAH MELALUI BEBERAPA TANGAN LAGI. MULA PENCARINYA MENDAPATKANNYA DAN MENJUALNYA KEPADA PERAIH. DARIPADA PERAIH KECIL BERTUKAR TANGAN KEPADA PERAIH BESAR. PERAIH BESAR MENJUAL PULA KEPADA PERAIH-PERAIH KECIL DAN KEPADA PENJAJA.

WALAU MAHAL KERANA KESEDAPAN RASANYA SETELAH DIJADIKAN ULAM ATAU MASAKAN TERTENTU MENYEBABKAN KITA MENGABAIKAN SEMUA TU.

ULAM BUAH JERING, KERDAS, PETAI MENYELERAKAN SEKALI DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS TAPI BAU TUBUH YANG TERBIT HASL PU ...PAST URINE..HMM...BOLEH TAHAN MENYUCUK KALBU.

BAU NAFAS JUGA DENGAN MUDAH DIKENALI SI POLAN NI BERULAM APA SEBENTAR TADI.

PETAI
                                            pic noradabi rosdi.

KERDAS/GENUAK

JERING...PIC deqna
Photo: Sekarang...
Sedang mengupas selonggok jering buat ulam tengah hari ni. Rezeki simpang masuk depan rumah. Banyak ni...boleh beragih dengan sedara mara. Tak habis sekali makan. Atas pokok pun banyak lagi.

DAN APAKATA KITA CUBA MASAK RESEPI TRADISI SAMBAL PEDAS JERING CAMBAH YANG ENAK INI. ..JERING CAMBAH BIASANYA DIPILIH DARIPADA JERING TUA YANG DISIMPAN DI DALAM PASIR ATAU HABUK PAPAN YANG LEMBAB SEHINGGA BERCAMBAH.

Sambal Pedas Jering Cambah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna....TERIMA KASIH BERKONGSI RESEPI.
   
Bahan2
30 keping jering cambah 
(30 keping tu maknanya dari 15 biji jering)
(jering cambah ialah jering tua yang telah keras yang ditanam didalam pasir khas beberapa ketika untuk merangupkan kembali jering tersebut) 
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat 
1 keping asam gelugur
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya 
 
Bahan2 Ditumbuk Halus
20 - 25 biji cili padi (boleh lebihkan jika nak lebih pedas)
2 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 cm kunyit hidup
Jering cambah yang telah dicuci bersih
Cara2 Memasak
1. Jering dibersihkan. Buang bahagian kulit ari & akar jering jika ada & buang juga jika ada bahagian yg busuk/warna coklat tua. Basuh bersih jering & tos. Hiris atau sagat nipis jering tadi kemudian dibasuh & tos 
2. Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering yang dihiris hingga layu & nampak masak. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama & gorengkan ikan bilis yang siap dikopek hingga garing. Angkat & ketepikan.
4. Masih gunakan minyak yang sama tetapi kurangkan sedikit minyaknya.  Tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga wangi & masak. 
5. Masukkan asam gelugur, bawang besar hiris dan kacau2. Masukkan ikan bilis, jering goreng tadi serta gula, garam & serbuk perasa dan kacau bagi rata.
6. Rasakan apa yang kurang jika perlu boleh ditambah.
7. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak...

..

Monday, 17 March 2014

CORAT CORET PAK ENGKU...KAWAN-KAWAN KITA...


Pak Engku
CORAT-CORET PAK ENGKU...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Salam Ukhwah buat semua....

Buat renungan sahabat dan taulan!

'TAK SEINDAH WAJAH'
(Lakonan hidup..........)

Dalam kehidupan di dunia ini kita tak boleh lari dari hidup bermasyarakt.
Kalau kita cuba lari dari hakikat ini, mengasingkan diri dan hidup bersendirian maka dikatakan pula kita nanti sebagai 'Kera Sumbang'.

Yang pastinya di dalam kehidupan kita memerlukan kawan, sahabat, rakan,
taulan atau teman. Bila mencarinya kita sangat berharap akan mendapat
yang terbaik buat diri kita. Tidak kiralah dia teman biasa atau teman sehidup
semati kita. Jikalau mencari teman biasa kita mendambakan kawan yang
sebenarnya kawan. Kawan seiring jalan! Kawan yang benar-benar sayang
kepada kita. Perbidalan ada mengatakan, 'Sayang ibu sayang sahaja, Sayang ayah menurut kata, Sayang saudara sama berada, Sayang sahabat sama binasa!'

Inilah sebenarnya teman yang kita perlukan. Teman yang tetap bersama dikala kita menangis. Bukan hanya berada di sisi kita sewaktu kita ketawa.
Begitulah dikatakan oleh orang tua-tua, 'Teman ketawa senang didapat, Teman menangis sukar dicari!' Teman atau sahabat yang sanggup binasa
atau mati bersama kita memang sukar untuk kita dapat.! Masih adakah lagi insan yang sebegini mulia hatinya? Kita sering mengharapan teman atau rakan yang 'Seperti aur dengan tebing, hidup sandar menyandar.' Kawan yang sanggup menagis atau susah bersama kita. Hakikatnya, yang banyak kita temui sekarang ialah kawan yang 'Ibarat enau di dalam belukar, melepaskan pucuknya masing-masing!

Lebih dahsyat lagi, terkadang-kadang kita dapat 'Kawan yang menikam kawan dari belakang!' Kawan yang 'Telunjuknya lurus kelingkingnya berkait!'
Kawan yang, 'Mulut kita disuapkan pisang, buntut kita dicucuknya dengan onak!' Kawan yang suka 'Menggunting dalam lipatan' pun ramai kedapatan di sekeliling kita.

Jelasnya, di dalam hidup ini amat payah untuk kita hendak membaca apa yang ada dalam hati perut orang. Kita nampak wajah yang indah
dan tutur katanya yang manis, namun belum pasti ia adalah gambaran sebenar peribadi seseorang! Terkadang-kadang di mulut yang manis
terdapat racun yang berbisa. Ibarat lebah, 'Mulut membawa madu, pantat membawa sengat!' Ada juga orang yang suka 'Menanam tebu di pinggir
bibir.' Manis cakap dan budi bahasanya hanya di mulut sahaja, sedangkan
di hatinya tidak seperti yang dikatakannya.

Janganlah kita sangkakan yang manis-manis itu, semuanya enak belaka. Ingat-ingatlah, 'Di dalam madu kadang-kadang ada hempedu.' Kan sudah dikatakan oleh orang yang terdahulu, 'Lidah itu tidak bertulang!' Seperti
lirik lagu 'Tinggi Gunung Seribu Janji' nyanyian mendiang Broery yang berbunyii....
'Memang lidah tak bertulang
Takterbatas kata-kata
Tinggi gunung seribu janji
Lain di bibir lain di hati....'.

Kita ini sebenarnya adalah manusia yang lemah. Sering tertipu oleh lakonan
manusia. Manusia yang hidupnya suka berpura-pura. Dan aku pun terkenangkan sebuah lagu ini yang didendangkan oleh Tan Sri S.M.Salim yang berjudul 'Tak Seindah Wajah (Lakonan hidup..) Seolah-olah kisah yang diceritakan di dalam lagu ini mungkin terkena tepat ke batang hidung aku sendiri.. Hayatilah akan madah di dalam lagu ini...

'Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu berniat zahir
Ku kira suci jiwa nurani
Suci seikhlas wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang.

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda...'

Begitulah adanya kehidupan ini. Jadi berhati-hati dan berwaspadalah kita di setiap ketika. Jangan nanti bila kita sudah tersemu baru kita menyesal. Kata orang tua-tua, 'Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya.'

Sekian untuk renungan kita bersama.
Tammatul Al Kalam.

1
BANYAK KAWAN PERKARA KAWAN
ADA KAWAN MEMBERI KITA KEBAHAGIAAN
ADA KAWAN SERING MEMBUAT KITA RAWAN
MENIALAI KAWAN
JANGAN HANYA MELIHAT YANG DI LUARAN
RUPA YANG CANTIK DAN TAMPAN
KITA TERUS TERTAWAN
INGATLAH MEREKA ITU JUGA ADALAH INSAN
YANG PUNYA BERBAGAI-BAGAI KELAKUAN DAN KELEBIHAN!

ADA KAWAN YANG SUKA MAKAN KAWAN
SUKA MENIKAM KAWAN DARI BELAKANG
ADA KAWAN YANG ZAHIRNYA KITA NAMPAK BAIK
RUPANYA TELUNJUK DIA LURUS KELENGKENGNYA BERKAIT
ADA KAWAN, DI LUAR PERIBADINYA MENAWAN
NAMUN DALAM DIAM-DIAM, DIA MENGGUNTING DALAM LIPATAN
MULUT KITA, PISANG DIA SUAPKAN
PUNGGUNG KITA, ONAK RUPANYA DIA CUCUKKAN!

TERKADANG-KADANG KITA JUGA MUDAH TERLUPA
BUKANLAH TUJUAN UNTUK HENDAK BERBURUK SANGKA
MEMANG TERDAPAT SERIGALA YANG BERBULUKAN DOMBA
DAN MUSANG YANG BERBULU AYAM PUN BANYAK YANG ADA!

ADA KAWAN YANG SUKA BERPURA-PURA
MULUTNYA MANIS MENGALAHKAN MANISNYA GULA
DI BIBIR, TEBU DITANAM RUPANYA
DI HATINYA, ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA.

KAWAN YANG KITA HENDAK CARI
BIARLAH KAWAN YANG SEJATI
SETIANYA BERSAMA KITA MEMBAWA HINGGA KE MATI
JANGANLAH SEMASA KITA KETAWA DIA MENGHAMPIRI
TAPI DI WAKTU KITA MENANGIS DIA MENGHILANG DIRI
DAN KITA TERKONTENG-KONTENG TINGGAL SENDIRI!

KEPADA KAWAN-KAWAN INILAH PESAN SAHAYA
MEMILIH KAWAN BIARLAH BERPADA-PADA
KITA KENALAH SENTIASA HUBAYA-HUBAYA
SUPAYA HIDUP KITA NANTI TIDAKLAH TERPEDAYA!

Sekian. Tamattul Al Kalam.

Sunday, 16 March 2014

USAH BERTELAGAH ISU ASN/ASB

ASSALAMUALAIKUM.

Pelabur ASN/ASB perlu dimaklumkan ke mana dana-dana saham mereka disalurkan. - Gambar hiasan
BARU-BARU ini isu mengenai hukum pelaburan dalam Skim Amanah Saham Bumiputra dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN) tampak kembali rancak diperdebatkan di alam siber. Facebook penulis juga dihujani dengan pelbagai persoalan untuk mendapatkan kepastian status sebenar pelaburan dalam ASB dan ASN.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan), Prof Emiritus Tan Sri Abdul Shukor Husin sendiri terpaksa membuat kenyataan penegasan bahawa hukum melabur dalam Skim ASN dan ASB adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan tersebut.

Sebagai orang awam kita harus sentiasa hormat kepada pihak yang diamanahkan kerajaan terutamanya Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab melantik para mufti untuk menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan untuk merungkaikan permasalahan umat mengenai hukum hakam agama.

Ini juga sebahagian daripada tuntutan ketaatan kepada pemerintah atau Ulil Amri yang antara lainnya bertanggungjawab memilih para hakim atau mufti bagi merungkai permasalahan umat. Sehinggakan dalam satu kaedah fikah disebutkan: "Keputusan atau pandangan Hakim atau Mufti (lantikan pemerintah) mendahului sebarang bentuk pandangan atau ijtihad individu."

Hakikatnya kegagalan menghormati dan mengiktiraf kedudukan pihak lebih berautoriti atau berkelayakan mengeluarkan fatwalah yang menyebabkan umat menjadi celaru kerana terlalu banyak 'mufti-mufti jadian' yang sewenang-wenang mengeluarkan hukum halal haram.

Berbalik kepada polemik ASB dan ASN ini, kenyataan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan baru-baru ini hanyalah menegaskan kembali resolusi Majlis Fatwa yang bersidang kali ke-80 pada 1 - 3 Februari 2008 yang memutuskan bahawa skim pelaburan ASB dan ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus hukumnya.

Dalam Muzakarah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut dianggotai oleh mufti-mufti seluruh Malaysia dan individu-individu berkepakaran dalam bidang fikah dan muamalah mengharuskannya atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.

Hakikatnya Majlis Fatwa mengambil pendekatan ijtihad secara kolektif yang membuat pertimbangan mengenai satu-satu isu secara kefahaman holistik yang seiring dengan prinsip dan kaedah syarak. "Berhukum atas sesuatu mesti memperkirakan kefahaman menyeluruh mengenai isu tersebut." (Al-Ghazali, Al-Mustashfa fi usul al-fiqh; 9-11)

Namun, polemik berkenaan dengan ASB dan ASN mula timbul semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12 April 2011 yang memutuskan bahawa skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal lantaran bertentangan dengan hukum syarak.

Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Patuh Syariah

Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Sememangnya Majlis Penasihat Syariah di bawah Suruhanjaya Sekuriti telah pun mengeluarkan resolusi Syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran dalam aktiviti dan operasinya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh syariah sebagai contoh konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti haram seperti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu. Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh syariah.

Walau bagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba iaitu Maybank melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Persoalannya sekarang fatwa manakah yang hendak dituruti?

Bagi pandangan peribadi penulis, sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Pejabat Mufti Selangor. Kedua-duanya adalah badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW: 

"Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala."
Walau bagaimanapun dalam konteks wara', seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara' di sini ialah ketakwaan kita pada Allah hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar (syuhbah) sebagaimana yang digariskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Cuma dalam konteks isu pelaburan ASB/ASN yang melibatkan proses ijtihad para ulama, tidak perlulah kita bersikap keras dan tegar mempertahankan satu pandangan hingga menidak apatah lagi memperlekehkan pandangan yang lain. Lebih buruk lagi apabila ada suara-suara bersifat tohmah dan fitnah hingga tergamak menuduh fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa adalah fatwa politik untuk menjustifikasi pendirian pemerintah.

Seharusnya sebagai umat Islam kita diasuh supaya bertasamuh atau berlapang dada dalam berbeza pandangan apatah lagi dalam hal yang melibatkan perkara-perkara ijtihad yang terbuka luas untuk umat berbeza pandangan. Malah tiada siapa berhak mendakwa pandangan merekalah yang betul dan diterima Allah.
Sebab itulah kita wajar mencontohi akhlak ulama muktabar terdahulu seperti Imam As-Syafie Rahimahullah yang menyebut: "Pandanganku benar namun boleh jadi salah, pandangan orang lain salah namun boleh jadi benar."

Justeru tepuk dada tanya iman. Walau apa pun keputusan kita tidak perlulah kita menuding jari menganggap keputusan kita sahaja betul dan orang lain salah. Apa yang penting untuk kita sentiasa memperhitungkan setiap sesuatu yang ingin kita lakukan adalah jelas aspek halal dan haramnya demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

* PENULIS ialah Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Saturday, 15 March 2014

PUISIKU MENCARIMU..BERSAMA DHUHA..

Missing MH370
Dedaun waktu
luruh satu persatu
namun terus
mencarimu tanpa jemu...

lapisan langit yang tujuh...
diselak awan-awan sirus omnibus komulus...
manatahu sayap bilahmu tersangkut..
dan dikhabarkan berita pertemuan mengujakan
kepada hati-hati yang rusuh..

tapi burung camar yang mengiring perjalanan..
juga tergeleng-geleng tertanya-tanya 
keberadaan yang dicari di mana..

ya Ilahi
Jikalau dia berada di langit
segeralah turunkan ke bumi

hutan belukar
 sudah habis diselongkar...
bukit bukau 
gunung ganang
disasar radar mencari pasti..

ya Ilahi jikalau dia di dalam bumi keluarkanlah
nyatakanlah
hanya kepada-Mu...hamba-Mu redha berserah ....

samudera sepertiga alam
tidak terlepas lintasan pandangan
bersama bahtera besar sejagat
mengharung ombak bergulung
bertanya kabar karang dugung dan duyung
yang leka berenang didasarnya
yang tertanya-tanya
sedang cari apa...


ya Ilahi!
demi kasih-Mu
demi keindahan-mu
demi kekuasaan-Mu...
jikalau dia berada di dasar laut-Mu
timbulkanlah..

Jadikanlah kami dari kalangan yang bersyukur
dan ampunilah segenap dosa kesalahan
kezaliman kami
selama ini
ya rabb.....

BY
paridah ishak
14.03.2014


Friday, 14 March 2014

UJIAN-UJIAN ALLAH...BERSABARLAH...


ASSALAMUALAIKUM...
Salam jumaat yang mulia...

Negara kita Malaysia, pemimpin dan rakyatnya SEDANG DIUJI oleh Allah swt dengan jelas dan terang. Kita sedang hadapi antaranya :
a. Kemarau,

b. Jerebu,


c. Kehilangan MH370,
Missing MH370

d. Denggi meningkat tinggi

Pic google untuk hiasan.


e. Kepanasan cuaca lebih dari biasa

f. Gerakan penolak hadith yang dibiarkan
g. Pilihanraya Kajang yang 'mabuk politik',


h. Isu kalimah Allah yang masih belum selesai,

i. Ahli politik & penyokong semakin sengketa khususnya selepas keputusan mahkamah baru-baru ini,
j. Bomoh menjejaskan nama baik Islam & negara hingga peringkat antarabangsa

Justeru, keyakinan dan kerbergantungan kita kepada Allah swt sedang diuji, melihat siapa yang benar-benar ada iman di dalam hatinya. Doa kita diuji kemaqbulannya. Sama-sama dengarkan sedikit perkongsian saya berkenaan persoalan doa maqbul dan tertolak punca, sebab dan cara. Moga bermanfaat http://www.youtube.com/watch?v=Wh6ovzC4J30
Tulisan Haslinah Hamdan facebook.

Thursday, 13 March 2014

SENYUM SIKIT EH...


ASSALAMUALAIKUM...

WALAU KITA SERIUS MENANGANI MASALAH YANG MEMBEBANI KITA DAN KITA TIDAK PUTUS-PUTUS BERDOA AGAR ALLAH SEGERA MERUNGKAI BUHUL PERMASALAHAN YANG PENUH MISTERI INI TAPI KITA PERLU SELESAKAN DIRI AGAR TIDAK TERLALU STRESS. DENGAN ITU TUBUH KITA MAMPU BERFIKIR NORMAL DAN RASIONAL SAMBIL SENYUM-SENYUM SEDIKIT...KAN HEH..HEH..

Missing MH370

Wednesday, 12 March 2014

PENUMPANG HANTU BUKAN PENGGANAS...

ASSALAMUALAIKUM...



Missing MH370

MH370 - PENUMPANG 'HANTU' BUKAN PENGGANAS


Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakanpassport palsu untuk menaiki pesawat MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin berhijrah ke German.


Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.


Suspek warga Iran, Poria Nour Mohamad Mehrdad. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Sementara itu, di Lyon, Perancis, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mendedahkan identiti individu kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370.


Individu itu dikenal pasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan rakaman foto yang disiarkan Interpol menunjukkan mereka menaiki pesawat pada masa yang sama.

Mereka menggunakan pasport Iran untuk memasuki Malaysia sebelum bertuka dan menggunakan dokumen perjalanan curi milik warga Austria dan Itali, kata Nobel.

MyBloglist