RAMADAN MULIA
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa.
.
Selawat dan salam tiasa lafazkan,
Nabi Muhammad tak pernah dilupakan.
.
Ramadan mulia tajuknya karangan.
puisi nazam coretan seiringan.
.
Allah janjikan ganjaran sempurna pasti,
tatkala Ramadan ibadah tak henti.
.
Umpama musimnya menyemai benihnya,
kelaknya di syurga menuai hasilnya.
.
Tunaikan puasa selama sebulan,
sedekah jariah semarak amalan.
.
Bersungguh-sungguh mahu beramal soleh,
temu lailatulqadar semoga terpilih.
.
Ilahi Rabbi Azzawajalla Esa,
ampunilah akan segalanya dosa

Aamiin...
ReplyDeleteSelamat menyambut 1 ramadhan kak PI 🎉🎉. Semoga lancar puasa kita sampai ke akhir yaaa
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa.. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum amin..
ReplyDelete