ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM.
GELANGGANG SASTERA
Sejak sekolah rendah aku suka
menulis dan membaca. Novel dan pelbagai karya kreatif amatku minati. Aku pun
berangan-angan ingin memasuki aliran sastera setelah tamat SRP. Tertunailah
hajatku kerana keputusan peperiksaan melayakkan aku ke situ. Subjek berkaitan
sastera melonjakkan markahnya. Walaupun aku boleh juga menguasai subjek matematik,
aku langsung tidak peduli. Aku leka dengan sastera saja. Tapi minatku itu tidak
membawaku ke mana-mana. Aku cuba melupakannya lantaran kesibukanku mengurus
kehidupan. Namun takdir masih meletakkan dalam gelanggang sastera yang dipenuhi
penggiatnya yang pelbagai gelagat, aliran, gelaran yang membezakan status. Fahaman
penulis mengikat ketaksubannya kuterima. Malas aku nak pening kepala
memikirkannya. Asal mereka berbahagia terpulanglah. Perlahan-lahan aku menjauh
kerana sedar diri. Aku bukan sesiapa dan tidak layak berkawan dengan
penulis-penulis glamer yang hebat kecapaiannya dalam dunia penulisan.
.
sains sosial -
awal persekolahan
gelanggang krisis
MENUAI SAWIT
Menuai sawit dari pohonnya perlukan
daya tenaga tidak sedikit. Ketika pokoknya masih rendah perlu gunakan cop besi
yang tajam untuk memotong tandan buahnya. Kemudian dikumpulkan setempat di atas
platform menunggu lori mengangkutnya ke kilang pemprosesan. Masa berlalu pohon
sawit semakin meninggi. Cop buah yang berkayu panjang semester tidak berguna
lagi untuk memotong tandan sawit.
Terpaksa pula menggunakan galah yang
panjang untuk mengait sawit dari pohonnya. Ketika ini memang menjadi masalah untuk
mendapatkan khidmat penuai sawit. Agensi felda plantations menggunakan khidmat
pekerja dari Indonesia, Bangladesh dll negara untuk menguruskan ladang jika
peneroka tidak berupaya. Tambahan pula anak-anak tidak lagi berminat melakukan
kerja keras di kampung. Hanya segelintir sahaja masih berada di skim felda sebagai
generasi kedua dan ketiga.
Nampaknya masalah menuai sawit ada
solusi dengan mesin penuai sawit yang telah dicipta. Mungkin kegunaannya
praktikal dah mudah dikendali. Aku melihat video di facebook mengait sawit
menggunakan mesin itu dan terus meletakkannya di dalam lori.
.
wanita muda –
jentera tuai sawit
kreativiti

Tenaga kerja manusia sudah diambil alih oleh mesin.
ReplyDeletetksh amie ya mesin memudahkan urusan kehidupan kita
DeleteWak masih guna cok dan sabit menuai sawit.
ReplyDeletetksh wp yaka pokok masih rendah tu
Deletesy mengajar di sekolah yg terletak di dalam ladang kelapa sawit. memang selalu berselisih dgn pekerja2 yg naik motor pada waktu pagi semasa nak ke sekolah...
ReplyDeleteyaka cikgu sekolah di kampung kak ada kebun kelapa sawit sbg sumber pendapatan sekolah
Deletedulu selalu dengar org cakap buah sawit ni berat. once dah cuba angkat perghhh... mmg betul... kerja kat ladang sawit ni betul2 perlukan kudrat yg besar dan kuat
ReplyDeleteTeman2 saga banyak yg punya kebun kelapa sawit di sumatera. Dan pernah lihat cara mengangkat nya ke truck, beuuugh memang susah dan beraaaaat. Salut lah dengan pekerjanya yg sanggub .
ReplyDeleteDulu saya ingiiin sekali masuk jurusan sastra. Apa daya dilarang oleh papa . Dianggab tidak menghasilkan. Pada akhirnya cuma bisa menurut orangtua, masuk ke jurusan yg disetujui. Tp nanti jika anak saya nak masuk jurusan yg mereka suka, apapun itu asal mereka serius belajar, saya akan support tanpa memaksa mereka ke jurusan yg mereka tidak suka
ReplyDelete