Wednesday, 19 November 2025

GELANGGANG SABUNG

 ASSALAMUALAIKUM




GELANGGANG SABUNG
.
Dipegang abung, dibelah nangka,
dicempung maman adi alahan;
gelanggang sabung telah dibuka,
kampung halaman jadi taruhan.
.
Dilanggar tapan merempuh tangga,
terkapai leta merenung janggi;
cagar harapan menempuh duga,
mencapai cita menggunung tinggi.
.
Sehariannya di lata selam,
membongkar akar, kerat jemuju;
perjanjiannya tinta semalam,
bertukar-tukar syarat setuju.
.
Katanya inang pada pendita,
ke balai rukyah rakan berwalang;
andainya menang bersukacita,
nilai hadiah bukan kepalang.
.
Berserak serai agak merata,
lelah mengerat, benta tersadai;
bersorak-sorai gegak gempita,
kalah tersurat harta tergadai.

12 comments:

  1. teringat peribahasa menang sorak kampung tergadai ada kaitan juga dengan kisah sabung ni kan kak PI

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..ni kisah pak kaduk kan? kisah ayam sabungnya beradu dengan ayam raja..

    ReplyDelete
  3. yg sy tahu laa.kan.. kat filipina aktiviti ni masih aktif kat sana

    ReplyDelete
  4. Saya tak suka ayam berlaga, mesti saya leraikan..sebab berdarah kepala, pernah tangan kena patuk paruh tazam..luka kulit tangan saya, saya tak kisah kerana nak selamatkan ayam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh cikgu kesian ayam berlaga kalau xdileraikan tentu mrk cedera...cikgu sgt prihatin

      Delete
  5. suatu hari ayam jantan dua ekor bertelaga masa tu hujan lebat..sebaik reda saya ke reban ayam..seekor ayam jantan tak bermaya, penuh darah kepala, esok pagi dah mati..hampa kecewa..
    tapi bab bersabung ni manusia punya rancangan..tak pernah join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam kalau berlaga mmg nk kalahkan lawannya ...sian ayam yg mati masanya dah tiba tu reda saja

      Delete
  6. Sedihnya masih banyak yg melakukan sabung ayam ini kan. Di sinipun ada kak. Tak ingat dosa jika bertaruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny ya masih ada yg bersabung ingin menang

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist